Anda di halaman 1dari 27

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA PROGRAM/


COMPUTER SYSTEM AND NETWORKING
PROGRAMS CODE & NAME

TAHAP/ LEVEL DVM T1 SEMESTER 2


NO DAN TAJUK MODUL/ DKB2323
MODULE NO AND TITLE COMPUTER NETWORK SETUP AND CONNECTIVITY
K1: COMPUTER NETWORK SET-UP SPECIFICATION
NO. DAN TAJUK UNIT K2: COMPUTER NETWORK INSTALLATION &
KOMPETENSI/ CONFIGURATION
COMPETENCY UNIT NO. K3: COMPUTER NETWORK CONNECTIVITY TEST
AND TITLE K4: COMPUTER NETWORK SET-UP REPORT
2.1 Network rack assembly
STANDARD 2.2 Network Interface Card (NIC) installation and
PEMBELAJARAN / connection
LEARNING STANDARD 2.3 Network hardware mount
2.4 Computer peripherals connectivity installation
2.5 Network address configuration
IT-030-3:2013-C04/P(1/1) Muka/ Page : 1
NO. KOD / CODE NUM. DKB2323-K2/P(1/1) Drpd / of : 17

TAJUK/ TITLE : COMPUTER NETWORK INSTALLATION & CONFIGURATION

SYNOPSIS/ SINOPSIS:

Kertas penerangan ini mendedahkan pelajar untuk mengenal pasti jenis-jenis rangkaian
yang dibangunkan seperti LAN, WAN atau MAN, jenis topologi yang digunakan,
melaksanakan konfigurasi dan sebagainya.

LEARNING OUTCOMES/ HASIL PEMBELAJARAN:


IT-030-3:2013-C04/P(1/1) Muka / Page : 2
NO. KOD / CODE NUM. DKB2323-K2/P(1/1) Drpd/of : 17

Upon completion of the course, students will be able to:

1. Explain computer network set-up specification based on manufacturer instruction


manual. (A3, PL01)

2. Execute network installation, connectivity configuration and test based on job


order/change request. (P4, PLO2)

3. Produce computer network set-up and connectivity report based on company SOP.
(C3, PLO1)

PENERANGAN/INFORMATION:

PENGENALAN

Rangkaian komputer bermaksud sambungan dua atau lebih perkakasan komputer yang
terpisah secara fizikal tetapi disambungkan secara operasinya. Rangkaian komputer juga
merupakan satu sistem perkongsian alat (pencetak dan CD rom), perisian, pertukaran
maklumat dan komunikasi. Maklumat dapat dipindahkan dalam rangkaian melalui kabel,
gelombang radio, inframerah atau satelit.

1. PEMASANGAN RAK RANGKAIAN/ NETWORK RACK ASSEMBLY


Perancangan adalah sangat penting dalam memasang rak pelayan untuk menempatkan
perkakasan komputer supaya kesilapan dapat dielakkan. Setelah rak pelayan siap
dipasang, ia boleh menjadi sukar untuk bergerak. Semasa menyediakan sebuah bilik untuk
menempatkan rak pelayan, harus terlebih dahulu mengetahui cara memasang rak pelayan.
Untuk memastikan semuanya berjalan lancar, beberapa perkara harus dipertimbangkan
dalam memastikan pemasangan rak pelayan berjaya dilaksanakan.

1.1 MEMILIH LOKASI PEMASANGAN RAK PELAYAN YANG BETUL


IT-030-3:2013-C04/P(1/1) Muka / Page : 3
NO. KOD / CODE NUM. DKB2323-K2/P(1/1) Drpd/of : 17

Memilih bilik yang betul sebagai lokasi rak pelayan adalah perkara yang kritikal. Bilik yang
dipilih haruslah mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi kerana bilik ini mengandungi
perkakasan berharga dengan data syarikat yang penting di dalamnya. Bilik yang berada di
tengah-tengah bangunan sesuai kerana tidak mempunyai tingkap. Mempunyai keupayaan
untuk mengunci bilik bagi memastikan kakitangan dan pengunjung tidak masuk juga adalah
idea yang baik.

1.2 KEDUDUKAN RAK PELAYAN JAUH DARIPADA ORANG


Pastikan lokasi rak pelayan jauh daripada orang lain. Pelayan boleh menyebabkan banyak
haba dan bunyi bising yang boleh menjejaskan mereka yang bekerja di kawasan
sekitarnya. Selain itu, apabila orang bekerja berhampiran rak pelayan, mereka
mendedahkan peralatan tersebut kepada risiko kejadian yang tidak diingini. Walaupun rak
pelayan yang baik memberikan banyak perlindungan kepada pelayan di dalamnya, lebih
banyak yang boleh dilakukan untuk memastikannya lebih selamat.

1.3 PERTIMBANGKAN SISTEM PENYEJUK


Perkara lain yang penting dalam menjaga peralatan komputer adalah sistem penyejuk.
Posisi rak berhampiran salauran haba sebagai contoh adalah satu kesilapan besar. Jika
terdapat tingkap di dalam bilik di mana rak diletakkan, pastikan bahawa lokasinya adalah
teduh supaya matahari tidak menyumbang kepada suhu bilik. Pastikan rak tidak
bertentangan dengan dinding yang boleh mengehadkan aliran udara. Sistem penyaman
udara harus dipasang setiap masa agar perkakasan di dalam bilik tidak menjadi panas.

1.4 MEMILIH RAK PELAYAN YANG SESUAI


Sebaik sahaja lokasi pemasangan rak pelayan ditentukan, anda perlu memutuskan jenis
rak pelayan yang terbaik untuk keperluan anda. Terdapat banyak jenis yang sedia ada.
Justeru, pastikan untuk melihat setiap jenis rak pelayan berdasarkan jenis perkakasan yang
akan dipasang pad rak pelayan tersebut.

1.5 PERTIMBANGKAN JENIS RAK PELAYAN


Memilih rak pelayan yang betul adalah sangat penting. Anda perlu mempertimbangkan
jenis perkakasan yang akan dipasang bagi memastikan terdapat ruang yang mencukupi
dan pastikan perkakasan tersebut dapat dipasang dengan betul. Sesetengah syarikat
IT-030-3:2013-C04/P(1/1) Muka / Page : 4
NO. KOD / CODE NUM. DKB2323-K2/P(1/1) Drpd/of : 17

mendapati bahawa rak pelayan yang dipasang di dinding adalah penyelesaian yang ideal.
Justeru, setiap rak pelayan harus dipertimbangkan agar tidak tersalah pilih.

1.6 MEMASTIKAN RAK DAN REL ADALAH SESUAI


Apabila membeli rak pelayan dan perkakasan lain, anda perlu memastikan supaya
perkakasan tersebut dapat dipasang dengan betul di dalam rak pelayan. Memilih rak
pelayan yang tidak sesuai dengan rel yang digunakan pada perkakasan komputer anda
akan menyebabkan perkakasan tidak dapat dipasang. Jika anda tidak pasti jenis rak yang
diperlukan, sila rujuk kepada individu yang lebih pakar.

1.7 PERTIMBANGKAN KOS PEMASANGAN


Sesetengah syarikat membuat kesilapan dan menyebabkan kos yang terlalu tinggi apabila
membeli rak pelayan dan perkakasan komputer. Oleh sebab itu, perbelanjaan harus
dirancang bersesuian dengat bajet kewangan yang disediakan.

1.8 LABEL SETIAP KABEL RANGKAIAN


Apabila menambah perkakasan kepada rak pelayan, anda perlu memasang kabel daripada
perkakasan yang berlainan kepada router, switch, pelayan atau peralatan lain. Pelabelan
kabel ini pada setiap hujung akan membantu memastikan anda dapat mengenal pasti
dengan cepat sambungan kabel tersebut dalam menyelesaikan masalah.

1.9 PENGURUSAN KABEL RANGKAIAN


Selain pelabelan kabel, kabel perlu disusun supaya kelihatan baik di dalam rak pelayan. Ini
bermakna pengurusan kabel harus dilaksanakan supaya kelihatan kemasa dan teratur.

1.10 MERANCANG UNTUK MASA HADAPAN


Apabila merancang pemasangan rak pelayan, anda perlu memastikan bahawa dapat
memenuhi semua keperluan semasa anda. Namun begitu, melihat kepada kemajuan yang
diharapkan untuk syarikat serta keperluan perkakasan masa depan juga merupakan
strategi yang hebat. Menghabiskan sedikit lebih banyak wang hari ini untuk mendapatkan
rak pelayan yang dapat memenuhi keperluan anda selama bertahun-tahun ke depan akan
menjimatkan masa dan wang dalam jangka masa panjang.
IT-030-3:2013-C04/P(1/1) Muka / Page : 5
NO. KOD / CODE NUM. DKB2323-K2/P(1/1) Drpd/of : 17

2. JENIS-JENIS RAK RANGKAIAN


Rak pelayan adalah rak yang direka khusus untuk meletakkan server, peralatan rangkaian
seperti switch, firewall, router, KVM (Kernel – Based Virtual Machine) dan lain-lain. Rak
pelayan sangat meluas digunakan kini terutama syarikat-syarikat besar yang memerlukan
penyimpanan data yang banyak. Satu kebaikan menggunakan rak pelayan adalah dapat
meminimumkan penggunaan ruang.

2.1.1 Jenis-jenis rak pelayan/types of server rack

Terdapat pelbagai jenis rak pelayan yang kerap digunakan seperti closed rack, open
rack, wallmount rack.

a) Rak tertutup/Closed rack

Adalah jenis rack yang tertutup dengan ventilasi menggunakan double roof
fan. Dengan menggunakan pintu kaca dan penutup tepi dan belakang
menggunakan bahan besi yang kuat untuk menahan beban hingga lebih dari
50kg.

b) Rak terbuka/Open rack

Jenis open rack ini adalah jenis yang paling sederhana dalam penempaytan
peralatan jaringan. Harga relatif murah dibanding dengan sistem seperti
closed rack.

c) Rack mount dinding/Wall mount rack

Rak jenis ini biasanya untuk penyimpanan peralatan rangkaian seperti switch
hub, modem dan peralatan lain. Biasanya tersedia untuk 1 pintu dan 2 pintu.
IT-030-3:2013-C04/P(1/1) Muka / Page : 6
NO. KOD / CODE NUM. DKB2323-K2/P(1/1) Drpd/of : 17

2.2 PEMASANGAN DAN PENYAMBUNGAN KAD ANTARA MUKA RANGKAIAN/


NETWORK INTERFACE CARD (NIC) INSTALLATION AND CONNECTION

Komputer dirangkaikan atas beberapa sebab, iaitu berkongsi fail, berkongsi sumber
(perkakasan ataupun aplikasi) dan untuk capaian maklumat. Peranti ini membolehkan
sesebuah komputer berhubung dengan komputer atau peranti lain dalam rangkaian dengan
menyediakan port rangkaian untuk sambungan kabel rangkaian. Kad antara muka
rangkaian (NIC) menyediakan penyambungan fizikal di antara rangkaian dengan komputer
stesen kerja. Kebanyakan NIC adalah bersifat internal dengan kad yang dimuatkan pada
slot di dalam komputer. Beberapa komputer seperti Mac Classic menggunakan kotak
luaran yang dilekatkan pada port bersiri atau port SCSI. Komputer laptop biasanya
menggunakan adapter LAN secara luaran yang disambungkan secara luaran ke port selari
atau kad rangkaian yang dimuatkan ke slot PCMCIA. Kad antara muka rangkaian turut
mempengaruhi kepantasan dan kebolehan sesebuah rangkaian. Adalah lebih baik
menggunakan kad antara muka yang pantas seiring dengan jenis stesen kerja yang
dijalankan. Tiga daripada kad antara muka rangkaian yang paling popular digunakan ialah
kad ethernet, penyambung localtalk dan kad gelang token.

2.2.1 Kad ethernet/ ethernet card

Kad ethernet biasanya dijual secara berasingan dengan komputer di pasaran,


walaupun banyak komputer seperti macintosh kini menyediakan satu pilihan di mana
kad tersebut dimasukkan terus di dalam papan induk sesebuah komputer. Kad
ethernet turut menggunakan penyambung melalui kabel koaksial atau kabel
pasangan berpintal (atau kedua-duanya sekali). Jika ia direka untuk kabel koaksial,
penyambungnya ialah bnc. Jika ia direka untuk kabel pasangan berpintal pula, ia
menggunakan penyambung rj-45. Beberapa kad ethernet turut mengandungi
penyambung aui. Ini boleh digunakan untuk menyambungkan kabel koaksial
pasangan berpintal atau fiber optik kepada ethernet. Apanila kaedah ini digunakan,
satu alat penghantar terima luaran diperlukan pada stesen kerja ini.
IT-030-3:2013-C04/P(1/1) Muka / Page : 7
NO. KOD / CODE NUM. DKB2323-K2/P(1/1) Drpd/of : 17

2.2.2 Penyambung LocalTalk/ LocalTalk connecters

Penyambung LocalTalk merupakan salah satu hasil ciptaan Apple bagi


menyelesaikan masalah rangkaian komputer macintosh. Ia mengandungi satu kotak
adapter yang khas dan kabel yang dipasangkan kepada port selari sebuah komputer
macintosh. Kekuarangan utama pada LocalTalk ialah ia amat perlahan berbanding
dengan ethernet. Kebanyakan penyambung ethernet beroperasi pada kelajuan 10
mbps berbanding dengan LocalTalk yang hanya beroperasi pada kelajuan 230 kbps
atau 0.23 mbps.

2.2.3 Kad gelang token/token ring cards

Kad rangkaian gelang token merupakan kad yang hampir sama dengan ethernet,
satu perbezaan yang dapat dilihat ialah jenis penyambung yang terletak di bahagian
belakang kad tersebut. Kad gelang tiken biasanya mempunyai sembilan pin DIN
jenis penyambung bagi menyambungkan kad tersebut kepada kabel rangkaian.

Cara sambungan

1. Secara terus (direct). Sediakan 2 buah PC, pasang kad NIC pada kedua-dua
PC (jika ada) dan install driver kad NIC tersebut sambung kabel crossover
bagi menghubungkan kedua-dua kad NIC.

2. Server – NIC dipasang pada komputer bagi membolehkan komputer


mencapai maklumat pada server.

3. Pengimbas/Scanner - NIC dipasang pada komputer bagi membolehkan


beberapa pc menggunakan scanner yang sama sekiranya berada pada
rangkaian yang sama.

4. Printer/ multifunction – NIC menggunakan pencapaian ke pencetak yang


dikongsi di rangkaian. Printer perlu diberikan alamat ip, dengan menggunakan
alamat ip tersebut mana-mana printer dapat dapat dicapai oleh pengguna
dalam rangkaian yang sama, pc yang berada dalam rangkaian yang sama
IT-030-3:2013-C04/P(1/1) Muka / Page : 8
NO. KOD / CODE NUM. DKB2323-K2/P(1/1) Drpd/of : 17

dapat menggunakan printer yang sams, komputer yang menyediakan


perkhidmatan dail dipanggil print server.

2.3 PEMASANGAN PERKAKASAN RANGKAIAN/NETWORK HARDWARE MOUNT

UPS (Uninterruptable Power Supply/ Uninterruptable Power System)

UPS merupakan singkatan dari Uninterruptable Power Sistem atau Uninterruptable Power
Supply. UPS dapat mengurangi gangguan-gangguan elektrik serta dapat memberikan
sumber tenaga elektrik sementara sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik. UPS
minimum beroperasi 5 minit jika terputus bekalan elektrik dan perlindungan daripada kilat,
juga menyokong penutupan server secara automatik untuk mengelakkan kerosakan.

KVM (KERNEL – BASED VIRTUAL MACHINE)

Apabila pengguna membuat pembelian server, server tidak didatangkan dengan monitor,
keyboard dan mouse seperti membeli pc. Oleh yang demikian pengguna perlu tambah di
dalam spesifikasi pembelian. Pada kebiasaannya semua server di dalam bilik server
disambungkan kepada satu alat yang dinamakan kvm switch. Server ini disusun di dalam
rak server dan berkongsi 1 monitor, i keyboard dan 1 mouse. Setiap mouse, keyboard dan
monitor server dihubungkan kepada KVM switch. Output KVM ini disambung pula kepada
mouse, keyboard dan monitor. Pengguna perlu pilih untuk pamer server yang tertentu.

Network cable

Ada dua jenis kabel rangkaian utama iaitu:

1. straight - untuk sambung pc ke perkakasan rangkaian yang lain

2. crossover - untuk sambung pc ke pc (juga antara dua perkakasan rangkaian yang


sama jenis)
IT-030-3:2013-C04/P(1/1) Muka / Page : 9
NO. KOD / CODE NUM. DKB2323-K2/P(1/1) Drpd/of : 17

PENGKABELAN/WIRING

kabel merupakan satu media di mana maklumat berpindah Dari satu peranti rangkaian ke
satu peranti rangkaian yang lain. Terdapat beberapa jenis kabel yang biasa digunakan di
dalam rangkaian kawasan setempat (lan). Terdapat beberapa situasi di mana rangkaian
hanya membenarkan satu jenis kabel sahaja yang boleh digunakan namun terdapat juga
situasi di mana kombinasi lebih dari satu jenis kabel dibnearkan. Pemilihan jenis-jenis kabel
adalah berkaitrapat dengan topologi, protokol dan saiz rangkaian. Memahami kriteria-
kriteria bagu jenis-jenis kabel yang berlainan dan perkaitannya dengan aspek lain di dalam
rangkaian adalah perlu untuk perkembangan sistem rangkaian yang berjaya. Dia antara
jenis-jenis kabel yang digunakan di dalam rangkaian ialah seperti:

a. UTP/Unshielded Twisted Pair/Kabel pasangan terpiuh tak berpelindungan

kabel pasangan berpintal (twisted pair) hadir di dalam dua bentuk iaitu berlapik
(shielded) dan tidak berlapik(unshielded). Kabel tidak berlapik pasangan berpintal
(unshielded twisted pair – utp) merupakan jenis kabel yang paling popular dan
pilihan utama kepada rangkaian-rangkaian yang dijalankan di sekolah-sekolah.
Kualiti utp adalah berbeza dari wayar talian telefon hinggalah ke kabel yang
mempunyai kepantasan tinggi. Kabel utp mempunyai empat pasang wayar di
dalamnya dan setiap pasang berpintal dengan jumlah pintalan yang berlainan bagi
setiap inci untuk membantu menyingkirkan gangguan dari pasangan wayar yang
hampir atau dari peranti berelektrik yang lain.

Penyambung UTP

Penyambung yang paling sesuai bagi pengkabelan tidak berlapik pasangan berpintal
ialah rj-45 connector. Ia merupakan penyambung yang dibuat daripada plastik dan
kelihatan seperti penyambung bagi talian telefon. Satu slot dibentuk bagi
membenarkan penyambungan dari hanya satu hala (sisi) sahaja. Rj bermakna
registered jack yang mana idea asal tersebut turut diambil dari penyambungan talian
telefon.
IT-030-3:2013-C04/P(1/1) Muka / Page : 10
NO. KOD / CODE NUM. DKB2323-K2/P(1/1) Drpd/of : 17

Kekurangan UTP

Satu kekurangan kabel UTP ini ialah ia mudah terpengaruh dengan gelombang
frekuensi radio dan alat elektrik yang lain. Kabel in amat sesuai untuk persekitaran
yang mempunyai banyak gelombang frekuensi alat elektrik. Namun begitu, lapik
yang lebih menjadikan kabel ini cepat hambar. Kabel jenis ini sesuai digunakan pada
rangkaian yang menjalankan topologi gelang token.

b. STP/ Shielded Twisted Pair/ kabel pasangan terpiuh berpelindung

Kabel pasangan terpiuh berpelindungan, atau shielded twisted pair (STP) adalah
lebih kurang sama seperti kabel UTP, Cuma kabel STP mempunyai satu lapis
kerajang atau pelindung logam. Kabel STP boleh terdiri daripada satu pasangan
wayar sahaja, atau beberapa pasangan wayar.

Wayar tembaga telah dipiuh bagi melindungi kabel daripada gangguan signal
elektrikal dari luar. Kerajang atau pelindung logam akan menguatkan lagi kabel
dengan mengelakkannya daripada gangguan elektrikal yang dihasilkan oleh kabel
sendiri.

Kos STP adalah lebih mahal daripada kebel UTP, tetapi ia adalah lebih murah jika
dibandingkan dengan media penghantaran yang lain, misalnya kabel gentian optik.

Kabel STP berupaya menghantar data dengan kelajuan yang amat tinggi, lebih
kurang 150 Mbps. Kebanyakan rangkaian yang dibina dengan kabel STP biasanya
memindahkan data dalam keadaan tidak baik melebihi 20 Mbps.

Kadangkala, kabel STP sukar dipasang kerana ia adalah besar dan tidak fleksibel.
Diameter kabel STP yang bersaiz 0.5 inci akan menyukarkan lagi kerja pemasangan
jika kabel yang banyak perlu digabungkan bersama.

Penyambung

Kabel STP boleh menggunakan dua jenis penyambung, bergantung pada jenis
rangkaian yang digunakan. Rangkaian apple localtalk menggunakan penyambung
yang mempunyai soket dan pin kecil, manakala rangkaian IBM cecincin token pula
menggunakan penyambung dua hala yang besar. Kedua-dua jenis penyambung ini
IT-030-3:2013-C04/P(1/1) Muka / Page : 11
NO. KOD / CODE NUM. DKB2323-K2/P(1/1) Drpd/of : 17

adalah sukar dipasang. Biasanya kabel yang dibeli telah dipasang dengan
penyambung.

Kabel STP boleh menghantar maklumat sehingga berpuluh-puluh meter dalam


keadaan yang baik. Jika kabel adalah amat panjang, maka satu peranti khas, seperti
pengulang, perlu digunakan untuk memastikan penghantaran maklumat berjalan
dengan lancar.

c. Coaxial cable/ kabel sepaksi

Kabel ini mempunyai satu wayar tembaga yang bertindak sebagai media pengalir
elektrik yang terletak di tengah-tengah. Satu lapisan plastik bertindak sebagai
pemisah kepada wayar tembaga yang berada di tengah-tengah itu dengan satu lapik
pintalan besi. Pintalan besi ini bertindak sebagai penghalang kepada sebarang
gangguan dari cahaya florensed, komputer dan sebagainya.

Walaupun pengkabelan koaksial agak sukar dimasukkan, namun ia amat peka pada
kehadiran isyarat. Selain daripada itu, ia boleh menampung pengkabelan yang lebih
panjang di antara rangkaian dengan peranti-peranti lain berbanding kabel lapik
pasangan berpintal. Kabel koaksial yang nipis juga dikenali sebagai thinnet. 10base2
merujuk kepada spesifikasi untuk keupayaan koaksial nipis yang membawa isyarat
ethernet. Angka 2 merujuk kepada panjang bagi segmen maksima iaitu 200 meter.
Kabel koaksial yang nipis ini adalah popular di dalam rangkaian yang terdapat di
sekolah-sekolah. Kabel koaksial yang tebal turut juga dikenali sebagai thicknet.
10base5 merujuk kepada spesifikasi bagi keupayaan tebal membawa isyarat
ethernet.

Angka 5 mewakili segmen maksima iaitu 500 meter. Kabel koaksial ini mempunyai
penutup (cover) plastik yang berupaya menghalang kelembapan dari bahan
konduktor yang berada di tengah-tengah. Ini menjadikan ia mampu menampung
gelombang yang lebih besar terutama pada topologi liner bas. Namun begitu
kekurangan kabel ini ialah ia amat sukar untuk dibengkokkan dan ini turut
menyukarkan proses kemasukkan(install).
IT-030-3:2013-C04/P(1/1) Muka / Page : 12
NO. KOD / CODE NUM. DKB2323-K2/P(1/1) Drpd/of : 17

Penyambung kabel koaksial

Penyambung yang paling sesuai digunakam dengan kanel koaksial ialah bayone-
neil-councelman (bnc). Adapter yang berlainan disediakan untuk penyambung bnc
dan ini termasuklah t-connecter, barrel connector dan pemula dan pemutus
litar(terminator). Penyambung bagi kabel merupakan takat paling lemah bagi
sesuatu rangkaian. Bagi mengelakkan masalah dengan sesuatu rangkaian, eloklah
menggunakan bnc yang mudah dikacipkan dan bukan diskrukan kepada kabel.

d. Fiber optic cable/ kabel gentian optik

Kabel gentian optik, atau fiber optic cable. Menggunakan cahaya untuk
memindahkan maklumat menerusi rangkaian. Kabel gentian optik menghantar
cahaya menerusi satu teras yang diperbuat daripada kaca atau plastik. Teras
tersebut dikelilingi oleh jel atau plastik bagi melindunginya daripada kerosakan atau
kehilangan signal. Kabel itu kemudiannya disalut dengan satu lapisan plastik,
biasanya berwarna jingga.

Komunikasi di antara komputer dilakukan menerusi penukaran signal elektrikal.


Signal eletrikal tersebut ditukar menjadi signal cahaya sebelum ia dihantar menerusi
kabel gentian optik. Signal cahaya akan ditukar kembali ke signal eletrikal apabila ia
sampai di hujung kabel.

Kos pembelian dan pemasangan kabel gentian optik dan komponen yang berkaitan
dengannya adalah amat mahal. Umumnya kabel gentian optik digunakan sebagai
kabel utama dalam satu rangkaian, atau dikenali sebagai tulang belakang
(backbone) atau pada tempat yang memerlukan lebar jalur yang tinggi.

Pemasangan. Pengendalian kabel gentian optik adalah amat sukar. Ia harus


dipasang dan diselenggarakan oleh juruteknik yang berpengalaman. Penjagaan
yang khusui harus ditumpukan pada kabel gentian optik yang berteraskan kaca, di
mana ia adalah mudah pecah. Kelengkapan pemantauan yang mahal mungkin
diperlukan bagi mengenal pasti kedudukan putus (break) pada satu kabel gentian
optik.
IT-030-3:2013-C04/P(1/1) Muka / Page : 13
NO. KOD / CODE NUM. DKB2323-K2/P(1/1) Drpd/of : 17

Gangguan. Kabel gentian optik tidak akan menghasilkan signal elektrikal yang
dihasilkan oleh peranti lain, misalnya mesin fotostat. Keadaan ini menjadikan kabel
gentian optik sesuai digunakan oleh syarikat yang mementingkan keselamatan
rangkaian dan tidak mahu maklumat dicuri dengar.

Semua jenis media penghantaran turut menghadapi masalah yang sama, iaitu
semakin jauh signal dihantar, maka ia akan semakin lemah. Signal yang dihantar
menerusi kabel gentian optik tidak akan mengalami pengecilan yang hebat. Kabel
gentian optik boleh menghantar signal ke jarak yang amat jauh tanpa berlakunya
sebarang degradasi signal yang ketara.

Kabel gentian optik boleh memindahkan maklumat dengan kelajuan yang melebihi
100 mbps. Sebilangan jenis kabel gentian optik turut berkobolehan untuk
memindahkan maklumat dengan kelajuan melebihi 2 gbps. Bagaimanapun
kelengkapan yang menawarkan kelajuan yang begitu tinggi biasanya sukar ditemui.

Fakta mengenai kabel gentian optik:

1. Jakat luar pelindung diperbuat daripada teflon atau pvc

2. Fiber kevlar membantu memperkuatkan kabel dan menghalangnya dari patah

3. Satu lapisan plastik bertindak sebagai pelapik kepada fiber di tengah

4. Wayar yang di tengah-tengah diperbuat daripada fiber plastik atau kaca

Penyambung gentian optik

Penyambung yang lazim digunakan dengan kabel gentian optik ialah penyambung st. Ia
berbentuk barel dan hampir sama dengan penyambung BNC. Satu lagi penyambung yang
baru diperkenalkan ialah SC dan kini menjadi kian popular. Ia bermuka segiempat sama
dan lebih mudah disambungkan di tempat yang terhad.
IT-030-3:2013-C04/P(1/1) Muka / Page : 14
NO. KOD / CODE NUM. DKB2323-K2/P(1/1) Drpd/of : 17

Main distribution frame

Switch

Switch merupakan perkakasan rangkaian yang akan memilih laluan atau circuit semasa
penghantaran data kepada destinasinya. Ia turut dimuatkan fungsi router iaitu perkakasan
atau perisian yang mampu menentukan laluan bagi data yang akan dihantar. Secara
umumnya, switch adalah lebuh mudah dan merupakan mekanisma yang lebih laju dari
router. Swirch selalunya berada pada lapisan kedua iaitu lapisan data link. Namun terdapat
switch baru yang berfungsi pada lapisan yang ke 3 iaitu lapisan network (IP Switches).

Dalam rangkaian yang besar, perjalanan data dari satu switch ke switch yang berada di
dalam rangkaian yang berlainan dikenali sebagai hop. Masa yang diambil oleh switch untuk
menghantar data pula dikenali sebagai latency. Switch boleh dijumpai pada peringkat
rangkaian backbone dan gateaway dimana satu rangkaian bersambung dengan rangkaian
yang berlainan dan pada sub rangkaian yang lain. Dalam rangkaian yang mudah pula,
switch tidak diperlukan untuk mesej yang dihantar dan diterima di dalam rangkaian.

Sebagai contoh, local area network boleh menggunakan token ring atau token bus dimana
setiap mesej yang dihantar akan dikenalpasti oleh setiap komputer untuk mengetahui
samada alamat mesej itu situjukan kepad komputer tersebut atau tidak. Ia memecahkan
keseluruhan rangkaian menjadikan bahagian-bahagian yang dipangil segmen. Setiap
portnya tiada berkaitan di antara satu sama lain dan mempunyai kelajuan tersendiri. Switch
juga merupakan perkakasan rangkaian yang menyediakan “centeral cnnection point” untuk
penyambungan kabel daropada stesen kerja, komputer pelayan(servers), dan lain-lain
perkakasan rangkaian.
IT-030-3:2013-C04/P(1/1) Muka / Page : 15
NO. KOD / CODE NUM. DKB2323-K2/P(1/1) Drpd/of : 17

Router

Sebuah router berfungsi sebagai penterjemah informasi dari satu rangkaian ke satu
rangkaian yang lain. Ia boleh disamakan dengan jambatan yang bijak. Router memilih jalan
yang paling sesuai untuk menghantar pesanan, berpandukan pada alamat dan asal. Ia juga
boleh mengarahkan lalu lintas bagi mengelakkan perlanggaran dan turut bijak mengetahui
pelusuk jalan dan jalan pintas.

Walaupun jambatan mengetahui alamat semasa semua komputer di dalam rangkaian,


router mengetahui alamat semua komputer, jambatan dan router yang lain yang terdapat di
dalam rangkaian. Router juga turut tahu jalan mana yang sibuk dan mengarahkan data
melalui jalan pintas sehingga laluan kembalik normal.

Jika terdapat rangkaian lan di sekolah yang hendak disambungkan dengan internet, router
merupakan jalan penyelesaiannya. Di dalam hal ini, router menjadi penterjemah di antara
maklumat di dalam lan dan internet. Ia juga turut menyediakan jalan pintas yang paling baik
untuk menghantar data ke internet.

Access point

Berperanan seperti tiang penerima dan penghantar isyarat kepada peranti-peranti lain bagi
membolehkan penggunaan internet. Access point perlu disambungkan kepada suis,
penghala (router), dan modem. Fungsi bagi access point adalah bagi menghubungkan data
komunikasi wayar untuk membentuk satu rangkaian tanpa wayar. Ap juga berfungsi
sebagai pusat penghantaran dan penerimaan gelombang radio tanpa wayar di dalam
sesebuah rangkaian.

Titik capaian tanpa wayar membolehkan pemindahan dan antara komputer dengan
komputer-komputer dan peranti-peranti yang lain dalam rangkaian tanpa wayar.
IT-030-3:2013-C04/P(1/1) Muka / Page : 16
NO. KOD / CODE NUM. DKB2323-K2/P(1/1) Drpd/of : 17

Firewall

Firewall merupakan satu proses yang menapis semua trafik di antara rangkaian yang
dikawal iaitu rangkaian dalaman dengan mana-mana rangkaian luaran,. Tujuan utam
firewall digunakan adalah untuk memastikan sumber-sumber yang tidak dipercayai yang
berada di luar rangkaian daripada memasuki persekitaran rangkaian dalaman. Secara
umumnya bolehla kita katakan bahawa firewall mengimplementasikan polisi keselamatan
rangkaian. Polisi keselamatan rangkaian ini mungkin dalam bentuk halangan pengaksesan
maklumat dalaman oleh orang stau sumber luaran. Dalam situasi ini, mereka-mereka yang
berada dalam rangkaian dalaman masih boleh mengakses sumber-sumber luaran. Dalam
bentuk yang lebih fleksibel, sesetengah firewall mungkin dapat membenarkan pengaksesan
atau pencapaian maklumat dalaman dari tempat tertentu, pengguna tertentu untuk tujuan
aktiviti yang tertentu. Komunti firewall bergantung kepada sifat-sifat atau polisi keselamatan
yang dilaksanakan oleh firewall tersebut. Maka salah satu cabaran besar dalam
perlindungan rangkaian ialah menentukan bentuk polisi keselamatan yang memenuhi
keperluan pemasangannya. Maka, implementasi firewall perlulah memilih sifat komuniti
firewall yang sesuai yang dapat mencapai maksud keselamatan rangkaian bagi organisasi
tersebut.

Jenis-jenis firewall

1. Screenig routers

2. Proxy gateways

3. Guards (hybrid)

2.4 COMPUTER PERIPHERIALS CONNECTIVITY INSTALLATION

2.5 NETWORK ADDRESS CONFIGURATION

KONFIGURASI ALAMAT RANGKAIAN


5.1 IP Address
IT-030-3:2013-C04/P(1/1) Muka / Page : 17
NO. KOD / CODE NUM. DKB2323-K2/P(1/1) Drpd/of : 17

Internet Protocol (IP) adalah satu alamat unik yang digunakan dalam peranti komputer
untuk dijadikan sebagai pengenalan diri dan berhubung dengan peranti-peranti yang lain
dalam satu jaringan IP.

Sebarang alatan peranti yang dihubungkan dalam satu jaringan perlu mempunyai ID
pengenalan unik bagi membezakannya dengan peranti-peranti yang lain. Alamat IP atau
protokol IP ini boleh dianggapkan seperti nama-nama jalan yang disekitarnya
menempatkan kawasan perumahan yang masing-masing mempunyai alamat tersendiri.
Alamat ini digunakan untuk melakukan proses perhubungan sama ada menerusi surat atau
telefon (yang mempunyai nombor telefon tersendiri dan unik).

Format Penomboran IP
Format atau sistem penomboran alamat IP kini masih menggunakan teknik protokol
tradisional versi 4 (IPv4). Ianya diterjemahkan dalam bentuk 32bit untuk mewakili setiap
alamat IP tersebut. Alamat IP ini mewakili dua pihak iaitu pengguna dan penerima dalam
satu jaringan. Isu dunia yang bakal kehabisan alamat IP yang belum digunakan, satu versi
format penomboran IP telah diperkenalkan iaitu melalui penggunaan protokol internet versi
6 (IPv6).

Satu-satu alamat IP ditulis dalam format perpuluhan (dotted decimal), yang mempunyai 4
set nombor yang dipisahkan setiap satunya bagi mewakili penomboran 8-bit. Penomboran
8-bit ini sekiranya diterjemahkan kepada sistem penomboran sekarang mempunyai nilai
dari 0 hingga 255.

Contoh alamat IP adalah 192.168.1.1, yang sering digunakan untuk mewakili modem di


rumah anda.
IT-030-3:2013-C04/P(1/1) Muka / Page : 18
NO. KOD / CODE NUM. DKB2323-K2/P(1/1) Drpd/of : 17

Alamat IP untuk versi IPv4 dibahagikan kepada dua segmen atau bahagian: penghantar
(host) dan penerima (network). Bahagian penerima (network) menentukan jumlah
penghantar/pengguna yang boleh ditempatkan dalam satu-satu jaringan. Bahagian ini
boleh dipecahkan kepada sub-jaringan (subnetwork) dan bilangan penerima (host number).

Jaringan kelas A, B, C dan CIDR


Secara tradisionalnya, alamat IP ini dikelaskan kepada tiga iaitu A, B dan C. Penentuan
untuk kelas jaringan ini ditentukan pada 3 bit yang pertama iaitu A=000, B=100 dan C=100.
Manakala kita sebagai pengguna mengelaskan alamat IP ini menerusi sistem penomboran
delapan (8-bit). Disebabkan oleh faktor kekurangan alamat IP yang boleh digunakan,
sistem pengelasan ini telah dipanjangkan dengan mewujudkan satu sistem baru yang
dinamakan Classless Inter-Domain Routing (CIDR). Sistem ini ternyata lebih efisien dalam
menentukan satu-satu identiti untuk satu-satu pengguna.

Alamat IP Public dan Private
Dalam usaha untuk memastikan keaslian dan ketulenan penyerahan dan penentukan
alamat IP secara global, setiap alamat IP ini perlu melalui proses pendaftaran dengan pihak
Network Information Center (NIC) bagi tujuan mengelakkan berlakunya konflik antara IP.
Peranti yang ingin diakses secara terbuka oleh golongan umum perlu menggunakan alamat
IP "public" contohnya laman web dan pelayan emel.
Manakala peranti yang tidak memerlukan akses daripada golongan umum boleh
mendapatkan alamat IP "private" dan boleh dikenal pasti dalam satu-satu organisasi
sahaja. Sebagai contohnya, pencetak yang dikongsi menerusi satu-satu jaringan akan
menggunakan alamat IP "private" untuk mengelak berlaku situasi satu dunia mencetak
menerusinya.
IT-030-3:2013-C04/P(1/1) Muka / Page : 19
NO. KOD / CODE NUM. DKB2323-K2/P(1/1) Drpd/of : 17

Pihak NIC telah menyediakan beberapa alamat IP yang telah ditempah khas untuk tujuan
kegunaan IP "private". Berikut merupakan alamat IP yang telah dikhaskan untuk tujuan
tersebut:
KELAS PERMULAAN ALAMAT IP PENGAKHIRAN ALAMAT IP
A 10.0.0.0 10.255.255.255
B 172.16.0.0 172.31.255.255
C 192.168.0.0 192.168.255.255

Apa itu alamat IP "loopback"


Loopback IP merupakan alamat IP yang digunakan untuk diakses oleh peranti itu sendiri.
Dalam IPv4 telah ditentukan dengan IP 127.0.0.1 dengan 255.0.0.0 sebagai nilai subnet
mask. Dengan erti lain, IP ini adalah alamat IP virtual, yang tidak menghubungkan dengan
mana-mana peranti lain (maknanya peranti tersebut membina jaringannya sendiri dan
menggunakan pada dirinya sendiri).

Selalunya IP "loopback" digunakan oleh perisian seperti XAMPP, WAMP yang dipasang
pada komputer anda untuk bertindak seolah-olah sebagai pelayan untuk digunakan
semasa proses pembinaan sistem atau laman web. Selalunya ianya lebih mesra dikenali
sebagai "localhost".

Dengan cara ini, anda boleh menguji sistem perisian tersebut pada jaringan tanpa perlu
memasuki atau menghubungkan kepada jaringan yang sebenar menerusi
pemasangan Network Interface Card (NIC) dan penyambungan kepada TCP/IP. Anda
boleh mengakses jaringan tersebut sama ada menaip alamat pada pelayar internet
(browser) sama ada http://127.0.0.1 atau http://localhost.

5.2 Subnet Mask


Subnet Mask adalah istilah teknologi maklumat dalam bahasa Inggeris yang merujuk
kepada nilai 32 bit yang digunakan untuk membezakan network ID dengan host ID yang
menunjukkan lokasi host sama ada pada rangkaian tempatan atau rangkaian luar.
IT-030-3:2013-C04/P(1/1) Muka / Page : 20
NO. KOD / CODE NUM. DKB2323-K2/P(1/1) Drpd/of : 17

RFC 950 mendefinisikan penggunaan subnet mask yang disebut juga sebagai address
mask sebagai nilai 32-bit yang digunakan untuk membezakan network identifier dari host
identifier dalam sebuah IP Address.

Setiap host dalam sebuah rangkaian yang menggunakan TCP/IP memerlukan sebuah
subnet mask meskipun berada dalam sebuah rangkaian dengan satu segmen sahaja.
Sama ada subnet mask default (yang digunakan pada network identifier berasaskan kelas)
ataupun subnet mask yang ditetapkan (yang digunakan ketika membuat subnet atau
supernet) harus dikonfigurasikan dalam setiap node TCP/IP.

5.3 Gateway
Gateway adalah komputer yang memiliki minimum 2 buah network interface untuk
menghubungkan 2 buah rangkaian atau lebih. Di Internet, alamat boleh dicapai melalui
gateway yang menyediakan laluan ke arah mana untuk pergi supaya paket data sampai ke
destinasi.
IT-030-3:2013-C04/P(1/1) Muka / Page : 21
NO. KOD / CODE NUM. DKB2323-K2/P(1/1) Drpd/of : 17

5.4 Domain Name System (DNS)


Domain Name System (DNS) atau Sistem Penamaan Domain merupakan sebuah sistem
yang menyimpan maklumat tentang nama host maupun nama domain dalam bentuk
distributed database. Dalam rangkaian komputer, DNS menyediakan alamat IP untuk
setiap nama host dan log setiap pelayan pertukaran mel yang menerima mel elektronik (e-
mel) untuk setiap domain.
IT-030-3:2013-C04/P(1/1) Muka / Page : 22
NO. KOD / CODE NUM. DKB2323-K2/P(1/1) Drpd/of : 17

DNS menyediakan perkhidmatan yang cukup penting untuk Internet, apabila komputer dan
perkakasan rangkaian berfungsi dengan alamat IP untuk melaksanakan tugas
penghantaran data, pengguna biasanya memilih untuk menggunakan nama host dan nama
domain, contohnya seperti Uniform Resource Locator (URL) dan alamat e-mel, DNS
menyediakan perkhidmatan ini.

Konfigurasi IP Address
LANGKAH 1: Masuk ke control panel. Pilih bahagian Network and Internet dan pilih View
network status and tasks.
IT-030-3:2013-C04/P(1/1) Muka / Page : 23
NO. KOD / CODE NUM. DKB2323-K2/P(1/1) Drpd/of : 17

LANGKAH 2: Setelah masuk Network and Sharing Center, pada panel menu sebelah kiri,
pilih Change adapter setting.

LANGKAH 3: Pilih Local Area Connection untuk konfigur IP address. Pada icon adapter
tersebut, klik kanan dan pilih properties.
IT-030-3:2013-C04/P(1/1) Muka / Page : 24
NO. KOD / CODE NUM. DKB2323-K2/P(1/1) Drpd/of : 17

LANGKAH 4: Akan terpapar kotak dialog properties. Pilih Internet Protocol Version 4
(TCP/IPv4) dan klik properties.

Pada bahagian ini, akan terpapar kotak bagi membolehkan IP Address dikonfigurasi.
Terdapat dua kaedah dalam menetapkan IP Address iaitu secara static atau dynamic.

LANGKAH 5: Menetapkan IP Address di windows secara static (Manual).


IT-030-3:2013-C04/P(1/1) Muka / Page : 25
NO. KOD / CODE NUM. DKB2323-K2/P(1/1) Drpd/of : 17

LANGKAH 6: Menetapkan IP Address di windows secara dynamic (Automatik).

Latihan
IT-030-3:2013-C04/P(1/1) Muka / Page : 26
NO. KOD / CODE NUM. DKB2323-K2/P(1/1) Drpd/of : 17

1. Senaraikan jenis-jenis topologi.

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

2. Apakah fungsi DNS?

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

3. Apakah kepentingan Firewall

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

RUJUKAN:
IT-030-3:2013-C04/P(1/1) Muka / Page : 27
NO. KOD / CODE NUM. DKB2323-K2/P(1/1) Drpd/of : 17

1. Books, Hephaestus (2011). Computer Peripherals, Including: Computer Monitor,


Fax, Hard Disk Drive, Stored Energy Printer, Peripheral, Plug and Play, Auto-
Configuration, Game Port, Hot Swapping, Auto-detection, Surge Protector, Remote
Terminal Unit,. Western Digital Media Center. Hephaestus Books, Lightning Source
Uk Ltd. ISBN-13: 978-1-242-97956-9

2. Jyoti Snehi. (2006). Computer Peripherals and Interfacing. Firewall Media. ISBN-
13: 978-81-7008-929-2

3. R.A. Penfold. (2005). How to Set Up Your New Computer. Bernard Babani
Publishing
ISBN-13: 978-0-85934-559-0

4. Robert B J Warnar (2012). Computer Peripheral Memory System Forecast (Volume


500-545). General Books. ISBN-13: 978-1-235-71266-1

Anda mungkin juga menyukai