Anda di halaman 1dari 8

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN
(Information Sheet)

KOD DAN NAMA PROGRAM / IT-030-3:2013 – PERKHIDMATAN RANGKAIAN


KOMPUTER

TAHAP DAN SEMESTER 3 (SEMESTER 2)

KSK 2023 : SERVER SOFTWARE INSTALLATION


K1 INSTALL SERVER SOFTWARE
KOD, TAJUK KURSUS DAN
KOMPETENSI (KV) K2 TEST FUNCTIONALITY OF SERVER
K3 PREPARE REPORT OF SERVER INSTALLATION
SET-UP

C02 SERVER INSTALLATION

NO. DAN TAJUK WA1 ANALYSE JOB ORDER / CHANGE REQUEST


KOMPETENSI (NOSS) WA2 EXECUTE HARDWARE INSTALLATION
WA3 CARRY OUT SOFTWARE INSTALLATION
WA4 PERFORM SERVER FUNCTIONALITY TEST
WA5 PREPARE SERVER INSTALLATION SET-UP
REPORT
NO.KOD KSKV KSK2023/ P(3/7)
Muka Surat: 1 Drp /7
NO.KOD NOSS IT-030-3:2013-C02/P (3/7)

TAJUK:
KONFIGURASI SERVER PARAMETERS (SPESIFIKASI PELAYAN)

TUJUAN:
Kertas penerangan ini bertujuan untuk supaya para pelatih dapat menguji kefahaman dan
pengetahuan pelatih tentang konfigurasi server parameters (spesifikasi pelayan) yang
melibatkan konfigurasi alamat IP, DNS, gateway dan subnet mask.
NO. KOD KSK2023/ P(3/7) Muka : 2 / 7

PENERANGAN:

1. KONFIGURASI SERVER HOST NAME

Hostname atau nama host merujuk kepada nama komputer. Pemberian nama ini adalah
spesifik di mana satu nama untuk satu komputer tertentu saja dalam suatu jaringan.
Kerana sifatnya yang unik, maka dalam satu jaringan tidak boleh ada dua atau lebih
hostname yang sama. Jika terdapat dua nama yang sama, maka sistem akan
memberitahu bahawa telah terdapat duplikasi atau pengulangan nama. Tetapi nama
komputer yang sama tidak memberi masalah jika komputer tidak saling berhubung ke
jaringan yang sama.

Untuk menukar nama pada hostname komputer pelayan, klik nama sedia ada pada
pelayan, apabila halaman Sistem Properties muncul, klik butang Change. Sediakan
nama komputer baru di dalam kotak yang bersesuaian dan klik butang OK.
Kebiasaannya pentadbir meletakkan nama DC sebagai Domain Controller.

Gambarajah 1 : Klik Computer name

Copyright KVSB 2019


Gambarajah 2: Klik change

Gambarajah 3 : Server Parameters (Nama Pelayan)

2. KONFIGURASI ALAMAT RANGKAIAN

2.1 IP address

Internet Protocol Address merupakan singkatan dari IP address. Pengertian IP address


adalah suatu identiti numerik yang dilabelkan kepada suatu alat seperti
komputer, router atau printer yang terdapat dalam suatu jaringan komputer yang menggunakan
internet protocol sebagai sarana komunikasi. IP address memiliki dua fungsi, IP address
menggunakan bilangan 32 bit. Sistem ini dikenal dengan nama Internet Protocol version 4
atau IPv4. Contoh bagi IP Address adalah 192.168.1.10

Gambarajah 4 : IP address

2.2 DNS

Domain Name System (DNS) adalah satu program yang membenarkan pentadbir rangkaian
(Network Administrator) untuk melabelkan nama pada setiap PC didalam sesebuah rangkaian
dan meletakan IP (Internet Protocol) sebagai satu alamat untuk membolehkan ianya
berkomunikasi antara satu PC ke PC yang lain.
DNS juga boleh digunakan untuk rujukan TCP/IP sesebuah komputer. Sebagai contoh bila
anda taipkan www.microsoft.com ke web browser, workstation akan melakukan
„name resolution process’ sebelum dihantar ke destination server. Untuk melakukan
„name resolution process’, workstation atau client computer, menghantar satu mesej yang
mengandungi nama ke DNS server. Penghantaran mesej tersebut dikenali sebagai resolver.

DNS server akan menentukan „IP address yang berhubung dengan apa yang dikehendaki oleh
resolver dan kembali semula kepada komputer klien. Kemudian client computer boleh
menghantar mesej dengan menggunakan IP berkenaan.

2.3 Gateway
Gerbang jaringan (bahasa Inggeris: gateway) adalah sebuah peranti yang digunakan untuk
menghubungkan satu jaringan komputer dengan satu atau lebih jaringan komputer yang
menggunakan kaedah komunikasi yang berbeza sehingga informasi dari satu jaringan komputer
dapat dihantarkan ke jaringan komputer yang lain dengan kaedah jaringan berbeza.

2.4 Subnet mask


Subnet mask adalah nombor yang mentakrifkan pelbagai alamat IP yang ada di dalam rangkaian.
Subnet mask digunakan untuk menamakan subnetworks atau subnet yang biasanya adalah
rangkaian LAN yang disambungkan ke internet.

Sistem dalam subnet yang sama boleh berkomunikasi secara langsung antara satu sama lain,
manakala sistem pada subnet yang berbeza mesti berkomunikasi melalui router. Oleh itu,
subnetwork boleh digunakan untuk memisahkan pelbagai rangkaian dan mengehadkan lalu
lintas di antara mereka.

Subnet mask biasa untuk alamat IP Kelas C ialah 255.255.255.0. Setiap bahagian subnet
mask boleh mengandungi nombor dari 0 hingga 255, sama seperti alamat IP. Sekiranya sistem
anda disambungkan ke rangkaian, biasanya anda boleh melihat nombor subnet mask rangkaian
dalam Network Control Panel (Windows) atau System
NO. KOD KSK2023/ P(3/7) Muka : 6 / 7

Preference (Mac OS X). Kebanyakan rangkaian rumah menggunakan default subnet mask
daripada 255.255.255.0.

Langkah-langkah Konfigurasi Alamat Rangkaian

Langkah 1: Klik kemasukan untuk menyediakan pelayan dengan alamat IP statik.


PERINGATAN: IP Address pada pelayan perlu disetkan pada static IP sahaja.
Apabila anda berbuat demikian, senarai penyesuai rangkaian muncul berdasarkan gambarajah di
bawah. Bahagian ini bergantung kepada bilangan atau jenis network interface yang telah
dipasang pada sistem pelayan. Dalam situasi ini, hanya terdapat satu network interface pada
paparan tersebut iaitu Ethernet.

Gambarajah 5 : Sambungan Rangkaian Network Interface

Langkah 2: Double-click pada Ethernet untuk mendapatkan paparan seperti di bawah.

Copyright KVSB 2019


NO. KOD KSK2023/ P(3/7) Muka : 7 / 7

Gambarajah 6 : Ethernet Status

Langkah 3: Dari sini, klik butang Properties untuk membuka halaman Properties dan,
dari sana, pilih pada Internet Protocol Version 4. Tetapkan alamat IP statik, subnet
mask, DNS (sekiranya ianya dijadikan sebagai DNS Server), gateway dan
sebagainya untuk pelayan.

Gambarajah 7 : TCP/IP V4

SOALAN
1. Berikan empat edisi sistem operasi Windows Server 2012.

2. Apakah yang perlu di lakukan sebelum instalasi Window Server 2012

Copyright KVSB 2019


RUJUKAN
1. B.I Zulkarnain & A.S. (2016), Panduan Praktis Microsoft Windows Server.
Synergy Media Sdn. Bhd.
2. Haniza Binti Nahar (2018), “Administrating Windows Server 2012 R2”. Faculty of
Information and Communication Technology, UTEM.
3. http://en.wikipedia.org/wiki/IP_address)
4. http://komputerpelayan.blogspot.com/, Komputer Pelayan
5. https://pc.net/glossary/definition/subnet_mask
6. https://www.webopedia.com/TERM/S/subnet_mask.html

Anda mungkin juga menyukai