Anda di halaman 1dari 8

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA

NOTA PEMBELAJARAN

KOD DAN NAMA PROGRAM / IT-030-3:2013 – PERKHIDMATAN RANGKAIAN


KOMPUTER

TAHAP DAN SEMESTER


3 (SEMESTER 2)

KSK 2023 : SERVER SOFTWARE INSTALLATION


K1 INSTALL SERVER SOFTWARE
KOD, TAJUK KURSUS DAN
KOMPETENSI (KV) K2 TEST FUNCTIONALITY OF SERVER
K3 PREPARE REPORT OF SERVER INSTALLATION
SET-UP

C02 SERVER INSTALLATION

NO. DAN TAJUK WA1 ANALYSE JOB ORDER / CHANGE REQUEST


KOMPETENSI (NOSS) WA2 EXECUTE HARDWARE INSTALLATION
WA3 CARRY OUT SOFTWARE INSTALLATION
WA4 PERFORM SERVER FUNCTIONALITY TEST
WA5 PREPARE SERVER INSTALLATION SET-UP
REPORT
NO.KOD KSKV KSK2023/ P(3/7)
Muka Surat: 1 Drp /7
NO.KOD NOSS IT-030-3:2013-C02/P (3/7)

TAJUK:
KONFIGURASI SERVER PARAMETERS (SPESIFIKASI PELAYAN)

TUJUAN:
Kertas penerangan ini bertujuan untuk supaya para pelatih dapat menguji kefahaman
dan pengetahuan pelatih tentang konfigurasi server parameters (spesifikasi pelayan)
yang melibatkan konfigurasi alamat IP, DNS, gateway dan subnet mask.
NO. KOD KSK2023/ P(3/7) Muka : 2 / 7

PENERANGAN:

1. KONFIGURASI SERVER HOST NAME

Hostname atau nama host merujuk kepada nama komputer. Pemberian nama ini
adalah spesifik di mana satu nama untuk satu komputer tertentu saja dalam
suatu jaringan. Kerana sifatnya yang unik, maka dalam satu jaringan tidak boleh
ada dua atau lebih hostname yang sama. Jika terdapat dua nama yang sama,
maka sistem akan memberitahu bahawa telah terdapat duplikasi atau
pengulangan nama. Tetapi nama komputer yang sama tidak memberi masalah
jika komputer tidak saling berhubung ke jaringan yang sama.

Untuk menukar nama pada hostname komputer pelayan, klik nama sedia ada
pada pelayan, apabila halaman Sistem Properties muncul, klik butang Change.
Sediakan nama komputer baru di dalam kotak yang bersesuaian dan klik butang
OK. Kebiasaannya pentadbir meletakkan nama DC sebagai Domain Controller.

Gambarajah 1 : Klik Computer name

Copyright KVSB 2019


Gambarajah 2: Klik change

Gambarajah 3 : Server Parameters (Nama Pelayan)

2. KONFIGURASI ALAMAT RANGKAIAN

2.1 IP address

Internet Protocol Address merupakan singkatan dari IP address. Pengertian IP


address adalah suatu identiti numerik yang dilabelkan kepada suatu alat seperti
komputer, router atau printer yang terdapat dalam suatu jaringan komputer yang
menggunakan internet protocol sebagai sarana komunikasi. IP address memiliki dua
fungsi, IP address menggunakan bilangan 32 bit. Sistem ini dikenal dengan nama
Internet Protocol version 4 atau IPv4. Contoh bagi IP Address adalah 192.168.1.10

Gambarajah 4 : IP address

2.2 DNS

Domain Name System (DNS) adalah satu program yang membenarkan pentadbir
rangkaian (Network Administrator) untuk melabelkan nama pada setiap PC didalam
sesebuah rangkaian dan meletakan IP (Internet Protocol) sebagai satu alamat untuk
membolehkan ianya berkomunikasi antara satu PC ke PC yang lain.
DNS juga boleh digunakan untuk rujukan TCP/IP sesebuah komputer. Sebagai contoh
bila anda taipkan www.microsoft.com ke web browser, workstation akan melakukan
„name resolution process’ sebelum dihantar ke destination server. Untuk melakukan
„name resolution process’, workstation atau client computer, menghantar satu mesej
yang mengandungi nama ke DNS server. Penghantaran mesej tersebut dikenali
sebagai resolver.

DNS server akan menentukan „IP address yang berhubung dengan apa yang
dikehendaki oleh resolver dan kembali semula kepada komputer klien. Kemudian client
computer boleh menghantar mesej dengan menggunakan IP berkenaan.

2.3 Gateway
Gerbang jaringan (bahasa Inggeris: gateway) adalah sebuah peranti yang digunakan
untuk menghubungkan satu jaringan komputer dengan satu atau lebih jaringan
komputer yang menggunakan kaedah komunikasi yang berbeza sehingga informasi
dari satu jaringan komputer dapat dihantarkan ke jaringan komputer yang lain dengan
kaedah jaringan berbeza.

2.4 Subnet mask


Subnet mask adalah nombor yang mentakrifkan pelbagai alamat IP yang ada di dalam
rangkaian. Subnet mask digunakan untuk menamakan subnetworks atau subnet yang
biasanya adalah rangkaian LAN yang disambungkan ke internet.

Sistem dalam subnet yang sama boleh berkomunikasi secara langsung antara satu
sama lain, manakala sistem pada subnet yang berbeza mesti berkomunikasi melalui
router. Oleh itu, subnetwork boleh digunakan untuk memisahkan pelbagai rangkaian
dan mengehadkan lalu lintas di antara mereka.

Subnet mask biasa untuk alamat IP Kelas C ialah 255.255.255.0. Setiap bahagian
subnet mask boleh mengandungi nombor dari 0 hingga 255, sama seperti alamat IP.
Sekiranya sistem anda disambungkan ke rangkaian, biasanya anda boleh melihat
nombor subnet mask rangkaian dalam Network Control Panel (Windows) atau System
NO. KOD KSK2023/ P(3/7) Muka : 6 / 7

Preference (Mac OS X). Kebanyakan rangkaian rumah menggunakan default subnet


mask daripada 255.255.255.0.

Langkah-langkah Konfigurasi Alamat Rangkaian

Langkah 1: Klik kemasukan untuk menyediakan pelayan dengan alamat IP statik.


PERINGATAN: IP Address pada pelayan perlu disetkan pada static IP sahaja.
Apabila anda berbuat demikian, senarai penyesuai rangkaian muncul berdasarkan
gambarajah di bawah. Bahagian ini bergantung kepada bilangan atau jenis network
interface yang telah dipasang pada sistem pelayan. Dalam situasi ini, hanya terdapat
satu network interface pada paparan tersebut iaitu Ethernet.

Gambarajah 5 : Sambungan Rangkaian Network Interface

Langkah 2: Double-click pada Ethernet untuk mendapatkan paparan seperti di


bawah.

Copyright KVSB 2019


NO. KOD KSK2023/ P(3/7) Muka : 7 / 7

Gambarajah 6 : Ethernet Status

Langkah 3: Dari sini, klik butang Properties untuk membuka halaman Properties
dan, dari sana, pilih pada Internet Protocol Version 4. Tetapkan alamat IP statik,
subnet mask, DNS (sekiranya ianya dijadikan sebagai DNS Server), gateway
dan sebagainya untuk pelayan.

Gambarajah 7 : TCP/IP V4

SOALAN
1. Berikan empat edisi sistem operasi Windows Server 2012.

2. Apakah yang perlu di lakukan sebelum instalasi Window Server 2012

Copyright KVSB 2019


RUJUKAN
1. B.I Zulkarnain & A.S. (2016), Panduan Praktis Microsoft Windows Server.
Synergy Media Sdn. Bhd.
2. Haniza Binti Nahar (2018), “Administrating Windows Server 2012 R2”. Faculty of
Information and Communication Technology, UTEM.
3. http://en.wikipedia.org/wiki/IP_address)
4. http://komputerpelayan.blogspot.com/, Komputer Pelayan
5. https://pc.net/glossary/definition/subnet_mask
6. https://www.webopedia.com/TERM/S/subnet_mask.html

Anda mungkin juga menyukai