Anda di halaman 1dari 15

HMEF5143

TAKE HOME EXAMINATION

JANUARI / 2021

HMEF5143

SOCIOLOGY OF EDUCATION

NO. MATRIKULASI : CGS02154606


NO. KAD PENGNEALAN : 800214045155
HMEF5143

ARAHAN
 Jangan menyalin soalan dan arahan dalam jawapan anda.
 Letakkan no soalan mengikut Soalan peperiksaan yang dijawab
 Taipkan jawapan anda dengan menggunakan saiz huruf 12 Times New Roman dan
langkau baris 1.5.

1
HMEF5143

BAHAGIAN A

SOALAN 1

5 Fungsi Sosiologi Pendidikan adalah:

a) Sosialisasi
Sosiologi pendidikan berfungsi  menganalisis proses sosialisasi kanak-kanak, baik
dalam keluarga, sekolah, mahupun masyarakat. Dalam hal ini harus diperhatikan
pengaruh lingkungan dan kebudayaan masyarakat terhadap perkembangan peribadi
kanak-kanak. Misalnya, kanak-kanak yang terdidik dengan baik dalam keluarga yang
beragama, setelah meningkat remaja atau dewasa akan cenderung menjadi manusia
yang beragama juga. Manakala kanak-kanak yang terdidik dalam keluarga intelektual
akan cendrung memilih atau mengutamakan bidang akademik atau intelektual pula,
dan sebagainya.

b) Penyebaran budaya
Sosiologi pendidikan berfungsi menganalisis perkembangan dan kemajuan sosial
melalui penyebaran budaya dan adat resam. Ramai pakar atau tokoh cendekiawan
yang beranggapan bahawa pendidikan memberikan kemungkinan yang besar bagi
kemajuan masyarakat dari segi sosial, kerana dengan memiliki ijazah yang semakin
tinggi seseorang akan lebih mampu menjawat jawatan yang lebih tinggi serta
penghasilan yang lebih baik dan ini akan membawa kepada kesejahteraan sosial di
dalam masyarakat. Selain itu, budaya yang juga disebarkan melalui kurikulum di
sekolah dan keluarga di rumah turut merupakan medium sosiologi berlaku dalam diri
setiap kanak-kanak. Jika di sekolah, kurikulum rasmi seperti kemahiran membaca,
menulis, mengira serta kemahiran mendengar dan bercakap di ajar secara formal sama
seperti kemahiran berfikir di mana pelajar dilatih untuk kemahiran berfikir aras tinggi
dan kemahiran pembelajaran secara kritikal dan analitikal. Kemahiran-kemahiran ini
akan membolehkan para pelajar untuk membuat keputusan pada masa akan datang
apabila sampai waktu mereka ingin membuat pilihan dalam kehidupan mereka.

2
HMEF5143

c) Kawalan Sosial dan Pembangunan Peribadi


Fungsi kawalan sosial dan pembangunan peribadi dilihat melalui peranan laten
sekolah dalam penyebaran nilai-nilai teras. Sekolah menyediakan pelajar untuk berada
di dalam masyarakat melalui kurikulum formal dan tidak formal dan juga mendidik
mereka tentang bagaimana menjadi warga negara yang bertanggungjawab. Setiap
sekolah mempunyai strategi tersendiri untuk menyampaikan kemahiran dan
mengawal disiplin dan kawalan sosial ke atas pelajar kerana kaedah disiplin berbeza
mengikut kelas sosial, kumpulan etnik kaum dan jantina. Etos sekolah yang positif
juga penting untuk perkembangan dan pencapaian peribadi pelajar.

d) Penempatan dan Pemilihan


Sekolah mempunyai prosedur standard tersendiri dalam menyusun dan menempatkan
pelajar. Pihak sekolah menggunakan banyak cara dalam mengatur dan menyusun
pelajar untuk mendapatkan hasil dan produktiviti dalam proses kemenjadian pelajar.
Dimensi yang paling biasa digunakana adalah di dalam peperiksaan. Ujian biasanya
digunakan untuk mengesan pelajar kerana sekolah diberi autonomi dan
dipertanggungjawabkan oleh masyarakat untuk memilih dan menyusun pelajar
mengikut kemampuan dan kelebihan mereka. Melalui ujian juga memungkinkan
pihak sekolah untuk mengesan pelajar yang berisiko gagal dan mereka yang boleh
mencapai kecemerlangan, tetapi ini juga dapat meningkatkan stratifikasi pelajar.
Selain itu, pencapaian akademik, umur, jantina dan bangsa juga digunakan oleh pihak
sekolah untuk memilih dan menyusun pelajar. Walau bagaimanapun, fungsi
pemilihan dan penyisihan pelajar ini dilihat secara berbeza oleh ahli teori konflik.
Mereka berpendapat bahawa sekolah menyokong penambahan kelas sosial dalam
kalangan pelajar, dan bukannya memberi peluang kepada mereka untuk maju ke
landasan yang lebih tinggi dalam pendidikan. Sewajarnya, perlu ada keseimbangan
antara ciri yang ditentukan dan ciri yang dicapai dalam penentuan kejayaan
pendidikan dan pekerjaan masa depan pelajar.

e) Perubahan dan Inovasi

3
HMEF5143
Dalam dunia digital, pengetahuan dan teknologi baru memberi tamparan dan cabaran
hebat kepada pelajar dan guru kerana mereka boleh mendapatkan lebih banyak
pengetahuan dan cara menyelesaikan tugasan dengan mudah. Namun, kebanyakan
individu seperti pekerja di organisasi, termasuk di sektor pendidikan, sering
menentang perubahan ini ketika berada di zon selesa mereka. Banyak kajian dan
penyelidikan yang telah dijalankan menunjukkan bahawa inovasi untuk perubahan
dapat dikembangkan dan dijangka menjadi sebahagian daripada struktur masyarakat
dalam jangka masa panjang. Kemunculan teknologi komputer secara radikal
mengubah fungsi dan proses pendidikan di mana pelajar dapat mengakses maklumat
dengan mudah melalui internet. Hari ini, kebanyakan sekolah mempunyai sambungan
Internet tetapi sekolah-sekolah yang kurang berkemampuan dan di pedalaman
mungkin tidak mempunyai kemudahan ini. Beberapa sekolah di daerah-daerah yang
mendapat lebih banyak peruntukan daripada kerajaan mungkin mempunyai lebih
banyak kemudahan teknologi baru, sehingga mewujudkan jurang digital yang
memperkuat sistem stratifikasi yang tidak sama. Dalam masyarakat teknologi, guru
perlu mahir dalam menentukan bagaimana kaedah terbaik dalam menggunakan
komputer dan Internet dengan berkesan di bilik darjah, dan bagaimana mengagihkan
kepakaran teknologi secara adil.

Bagaimana sekolah-sekolah di Malaysia melaksanakan fungsi sosiologi pendidikan

a) Dalam penggubalan KBSR dan KSSR untuk sekolah rendah, kita dapat melihat fungsi
sosiologi pendidikan ini dijalankan dengan baik sekali. Pemilihan kurikulum berserta
isi kandungan pelajaran yang disampaikan adalah mengikut tahap pencapaian dan
kemampuan murid. Sebagai contoh, murid-murid pada tahap 1 lebih ditumpukan
kepada pembelajaran yang boleh meningkatkan kemahiran sosial mereka seperti
adab-adab berkawan, adab-adab meminjam barang kawan, kemahiran berkomunikasi
sesama rakan atau dengan guru dan sebagainya.
b) Di Malaysia, kebanyakan kurikulum pendidikan kita digubal berdasarkan adat resam
kebudayaan bangsa dan kaum di negara kita. Kita sering melihat pembelajaran
merentasi kurikulum di mana, unsur-unsur pembelajaran mengenai budaya dan adat
resam semua kaum di Malaysia turut diselit di dalam kurikulum. Dengan cara ini, ia

4
HMEF5143
dapat menyebarkan pembelajaran budaya semua kaum di Malaysia dalam diri setiap
pelajar. Selain melalui pembelajaran adat resam, kurikulum pendidikan kita juga turut
diselit dengan sambutan-sambutan perayaan setiap kaum, adat dan kepercayaan serta
agama pelbagai kaum. Dengan cara ini, setiap pelajar dapat mempelajari dan
menghayati seterusnya menghormati adat dan kebudayaan kaum lain di Malaysia.
c) Setiap sekolah telah diperturunkan dengan sistem kawalan disiplin yang hampir masa
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Setiap tahun jika terdapat pembaharuan dari
segi polisi dan pentadbiran disiplin pelajar, KPM akan menurunkan arahan melalui
surat-surat pekeliling dan garis panduan serentak kepada semua sekolah agar dipatuhi.
Walaupun begitu, pihak sekolah masih diberikan autonomi untuk menjalankan sistem
disiplin selagi mematuhi polisi yang telah ditetapkan. Ini adalah kerana, semua
sekolah di Malaysia tertakluk kepada faktor-faktor geografi, latarbelakang
sosioekonomi dan masyarakat setempat yang pelbagai kelas sosialnya. Maka pihak
sekolah perlu bijak dalam menangani dan mendepani kepelbagaian faktor ini bagi
mengawal disiplin para pelajar di sekolah.
d) Dalam sesebuah sekolah di Malaysia, kita dapat melihat ada pentadbir yang
melaksanakan pengasingan kelas-kelas berdasarkan pencapaian pelajar. Ini
menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang baik akan
bersosialisasi dengan pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang sama
dengan mereka juga. Apabila ini berlaku, bagi pelajar yang kurang pencapaian
akademiknya akan berusaha untuk mengembangkan status pencapaian akademiknya
agar dapat bersosialisasi dengan pelajar-pelajar yang lain. Secara tidak langsung ini
akan meningkatkan tahap kemajuan sosial para pelajar.
e) Para pentadbir sekolah saban tahun akan mengusulkan cadangan-cadangan untuk
penambahbaikan dan peningkatan kemahiran para guru mereka dan peruntukan-
peruntukan untuk menambahbaik kemudahan dan fasiliti di sekolah kepada pihak
atasan seperti JPN dan KPM. Dengan mengepilkan kertas-kertas cadangan berserta
laporan-laporan sewajarnya, para pentadbir berharap pihak KPM akan menurunkan
waran peruntukan bagi membenarkan pihak pentadbir melaksanakan program-
program dan bengkel untuk pemantapan dan peningkatan kemahiran para guru serta
menaiktaraf kemudahan-kemudahan terutamanya berkaitan teknologi seperti
kemudahan komputer dan sambungan Internet. Dengan cara ini, para pentadbir dapat
membantu semua guru dalam memastikan kemahiran pedagogi serta pengetahuan

5
HMEF5143
teknologi mereka dapat dipertingkatkan bagi membantu para pelajar mencapai
kecemerlangan dalam pelajaran mereka. Pihak KPM juga sentiasa memantau
perkembangan teknologi di sekolah terutamanya perkhidmatan capaian dan
sambungan Internet kerana hari ini pendidikan di Malaysia boleh lumpuh jika sekolah
tidak mempunyai sambungan Internet.

SOALAN 2

Empat peranan kontemporari guru :

i) Mengembangkan pengetahuan sedia ada pelajar


Guru pada alaf ke21 mempunyai beban yang agak tinggi dalam proses
mengembangkan pengetahuan sedia ada pelajar. Ini adalah kerana pelajar pada
hari ini lebih mudah terdedah kepada maklumat-maklumat tanpa sempadan
jika tiada kawalan kerana dengan wujudnya perubahan teknologi yang
semakin hebat dan mereka boleh mendapatkan pengetahuan hanya duhujung
jari. Jika guru pada alaf ke 19 menjadi penyedia pengetahuan kepada pelajar,
berbeza dengan situasinya pada hari ini kerana pelaja lebih maju ke hadapan
dalam mencapai maklumat dan pengetahuan. Guru mungkin terpaksa sentiasa
memastikan bahawa pengetahuan pelajar sentiasa dikembangkan pada track
atau laluan yang betul. Malahan guru juga perlu sentiasa mengambilkira
kekangan-kekangan setiap pelajar mereka kerana terdapat juga sebilangan
pelajar yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan peranti-peranti mudah
alih untuk mendapatkan pengetahuan dan ilmu baru. Ini merupakan salah satu
dilemma yang dihadapi oleh para guru kerana latarbelakang dan sosioeknomi
pelajar yang berbeza-beza.

ii) Guru Sebagai Penyokong


Jika guru pada alaf ke19 adalah pendidik, berbeza dengan guru alaf ke 21 di
mana mereka merupakan penyokong. Ini bermaksud, guru perlu bertindak

6
HMEF5143
lebih bijak dalam memberi sokongan dan galakan kepada para pelajar yang
mempunyai pencapaian akademik yg cemerlang dan boleh berdikari dalam
mencari maklumat tanpa pemantauan daripada guru. Guru pada alaf ini perlu
lebih mahir dalam menggunakan konsep peneguhan positif dan negatif di
dalam kelas bagi memastikan tiada pelajar yang keciciran.

iii) Guru Sebagai Fasilitator


Guru pada alaf ke21 juga merupakan fasilitator atau pemudahcara. Jika dahulu
guru merupakan penggerak utama kepada aktiviti-aktiviti pembelajaran di dalam
kelas, berbeza pada hari ini di mana guru hanya bertindak sebagai pemudahcara
dan pemantau dalam proses pembelajaran. Murid-murid merupakan penggerak
utama kepada aktiviti-aktviti yang dirancang oleh guru dan guru hanya bertindak
sebagai pemerhati dan membuat kesimpulan bagi menyatakan sama ada aktiviti
pembelajaran di dalam kelas berjaya mencapao objektif atau tidak pada akhir sesi
kelas.

iv) Guru Sebagai Penasihat Kepada Ibu Bapa


Jika guru pada alaf ke19 adalah pendisiplin kepada para pelajar, berbza guru pada
hari ini yang lebih bertindak sebagai penasihat kepada ibu bapa. Guru pada alaf
ke19 mempunyai hak dan kuasa untuk mendenda dan menghukum pelajar jika
mereka membuat salahlaku disiplin. Tetapi guru pada alaf ini hanya boleh
bertindak sebagai penasihat kepada ibu bapa jika terdapat pelajar yang melakukan
kesalahan disiplin di dalam kelas.

v) Melibatkan Ibu Bapa dalam Pembelajaran Anak


Satu lagi peranan kontemporari guru adalah melibatkan ibu bapa dalam
pembelajaran anak-anak mereka. Jika kita lihat dengan perkembangan pandemic
covid19 dalam setahun ini, ibu bapa merupakan pendidik secara langsung kepada
anak-anak di rumah dengan pemantauan dan bantuan daripada guru-guru. Guru
pada alaf ke21 ini akan lebih melibatkan peranan ibu bapa dalam perkembangan
pembelajaran anak-anak mereka.

7
HMEF5143

BAHAGIAN B

SOALAN 1

a) Definisi struktur dan proses dalam sistem pendidikan adalah bahagian-bahagian


sistem yang telah ditentukan dan digambarkan seperti peranan pentadbir, guru, pelajar
dan kakitangan lain dalam sistem sekolah. Ia juga merujuk kepada carta organisasi
yang merangkumi perjawatan, peranan serta tanggunjawab setiap pentadbir, guru,
pelajar dan kakitangan pelaksana di dalam sesebuah sekolah. Di bawah adalah
merupakan contoh Carta Organisasi yang lengkap bagi sebuah sekolah yang
merangkumi pentadbir hingga ke kakitangan pelaksana.

8
HMEF5143

b) Kepentingan struktur dan proses dalam sistem pendidikan :


Struktur dan proses merupakan elemen yang saling bergantung antara satu sama lain.
Ini bermaksud, kedua-dua nya saling memerlukan bagi memastikan kedua-dua nya
boleh berfungsi dengan baik agar objektif sistem pendidikan dapat dicapai. Dengan
lain perkataan, tanpa struktur, tiada lah proses dan tiada proses menunjukkan bahawa
terdapat kepincangan dalam pembahagian struktur organisasi. Proses akan
menjadikan sesebuah sistem pendidikan itu lebih dinamik, berfungsi dan memberi
nyawa kerana ia juga menyediakan pertalian di antara sistem pendidikan dan
persekitarannya. Sebagai contoh, bahagian kakitangan pelaksana jika tidak
distrukturkan dengan baik, maka mereka tidak dapat menjalankan fungsi dan
tanggunjawab mereka dengan berkesan. Ini akan memberi kesan kepada pihak
pentadbir dalam mendapatkan peruntukan kewangan daripada pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia atau dalam menyampaikan pelaporan audit kepada pihak
Naziran bagi membuat pelaporan terkini. Ini akan menjejaskan pengoperasian sekolah
kerana terdapat masalah kewangan dan menyebabkan pihak atasan tidak mendapat
sebarang laporan dapatan daripada pihak sekolah.

9
HMEF5143
SOALAN 4

a) Sebab-sebab ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah kawalan dan


primer:
i) Kemenjadian pelajar
a. Kebanyakn ibu bapa mengutamakan anak-anak dihantar ke sekolah
kawalan dan primer adalah kerana melihat sekolah tersebut berjaya
menghasilkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan
awam. Nilai kemenjadian pelajar dilihat sebagai faktor utama
pemilihan ke sekolah kawalan ini kerana ibu bapa yakin sekolah
tersebut mampu mendidik anak-anak mereka menjadi pelajar yang
berjaya dan cemerlang dalam pendidikan.
ii) Status Sosial
a. Ibu bapa juga memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah
kawalan dan primer kerana untuk mengekalkan atau mengejar status
sosial. Mereka yakin bahawa pelajar-pelajar yang berjaya masuk ke
sekolah tersebut merupakan dalam kalangan mereka yang mempunyai
status sosial yang tinggi, iaitu dari keluarga yang berpendidikan tinggi,
berpendapatan tinggi serta mempunyai latar belakang ekonomi yang
baik. Ini juga menjadi faktor utama mereka menghantar anak-anak
mereka ke sekolah kawalan. Selain itu, para ibu bapa juga yakin
dengan adanya status sosial yang tinggi ini, anak-anak mereka
mungkin tidak terlibat dengan masalah disiplin kerana rata-rata pelajar
di sekolah kawalan adalah dari kalangan keluarga yang
berlatarbelakangkan pendidikan yang baik dan terdidik sama ada dari
segi agama, intelek dan sosial.
iii) Sumber dan Prasarana
a. Faktor sumber kewangan dan prasarana serta kemudahan yang baik
yang terdapat di sekolah kawalan juga merupakan faktor terpenting
yang dilihat oleh ibu bapa sebagai keutamaan mereka memilih sekolah
kawalan sebagai pusat pendidikan untuk anak-anak mereka. Sekolah
kawalan seperti kita maklum merupakan sekolah yang mempunya
kemudahan dan prasarana serta sumber kewangan yang sangat kukuh.

10
HMEF5143
Oleh itu, para ibu bapa berasa yakin bahawa faktor ini akan menjadi
penyebab atau penyumbang kepada pencapaian kecemerlangan
akademik anak-anak mereka.
iv) Staff Pendidikan yang cemerlang dan terpilih
a. Para ibu bapa juga yakin bahawa sekolah kawalan ini merupakan
sekolah yang dipenuhi dengan staff pendidikan yang mempunyai
pencapaian cemerlang dalam pendidikan mereka. Jadi mereka yakin
dengan adanya sumber tenaga kerja pendidik yang cemerlang ini akan
dapat membantu anak-anak mereka meningkatkan pencapaian
akademik.
v) Jarak dan jaringan pengangkutan yang lebih mudah diakses
a. Kebanyakan ibu bapa memilih sekolah kawalan ini walaupun dalam
jarak yang jauh tetapi kerana sekolah kawalan ini dibina pada lokasi
yang mempunyai jaringan pengangkutan yang boleh diakses tanpa
sebarang masalah.

b) Dua inisiatif yang boleh diambil oleh pihak KPM untuk mengelakkan situasi
di atas terus berlaku :
i) Melaksanakan Sistem Merit iaitu membuat saringan kelayakan bukan
sahaja dari segi kelayakan akademik dan status kewangan, tetapi juga dari
segi kelayakan jarak sebenar sekolah tersebut dengan kediaman ibu bapa.
Maksudnya di sini, KPM perlu menghasilkan sebuah sistem Nilaian Merit
untuk mengukur tahap keperluan dan kepentingan seseorang calon tersebut
untuk dimasukkan ke sekolah kawalan yang dipohon. Ini juga bagi
memastikan golongan B40 yang berada dalam lokaliti sebenar dengan
sekolah yang mempunyai anak-anak yang cemerlang tetapi mempunyai
status sosial dan ekonomi yang agak sederhana bagi memberi mereka
peluang untuk meningkatkan tahap sosial dan ekonomi keluarga mereka.
ii) Menambah bilangan sekolah kawalan dalam sesebuah lokaliti dengan
menaiktaraf sekolah sedia ada menjadi sekolah kawalan atau primer.
Dengan cara ini, para pelajar yang cemerlang dan layak dalam sesebuah
lokaliti tiada masalah untuk memohon masuk ke sekolah tersebut dan tidan
menjadi perebutan dengan ibu bapa dari lokaliti luar. Namun pihak KPM

11
HMEF5143
perlu menambah peruntukan kewangan bagi memastikan prasarana dan
kemudahan di sekolah-sekolah kawalan tersebut dapat ditambah dan
dinaiktaraf.
iii) Mengetatkan syarat kemasukan bagi pelajar dari keluarga T20 tetapi
mempunyai pencapaian akademik sederhana yang berkemampuan untuk
menghantar ke sekolah yang lebih baik walaupun terpaksa mengeluarkan
perbelanjaan yang lebih tinggi. Saya memberikan pendapat ini adalah
kerana ingin memberi peluang dan merapatkan jurang status sosial dan
ekonomi di antara golongan B40, M40 dan T20. Jika pada hari ini kerajaan
berusaha untuk mengurangkan jurang ini, saya yakin 20 tahun akan
datang, pelajar dari kelularga B40 yang telah diberi peluang untuk belajar
di sekolah kawalan ini mampu meningkatkan status sosial dan ekonomi
keluarganya dan seterusnya peratusan keluarga B40 akan berkurangan di
Malaysia dan tidak mustahil ratio akan bertukar kepada B20:M40:T40. Ini
kerana saya sendiri pada 30 tahun yang lepas adalah dari golongan
keluarga B40 dan pada hari ini saya telah berjaya membawa keluarga saya
keluar dari golongan B40 kepada M40 dan InshaAllah akan berusaha
meningkatkan status sosial dan ekonomi saya kepada golongan T20.

SOALAN 5
a)

i) Guru-guru di sekolah telah mengajar para pelajar kemahiran umum literasi dan
penomboran, dan beberapa kemahiran insaniah lain untuk menjalani
kehidupan di dalam masyarakat seperti kemahiran komunikasi, pemikiran
aras tinggi, dan teknologi maklumat. Fungsionalis juga menganjurkan bahawa
proses pendidikan memberikan insentif kepada semua pelajar untuk
memperoleh kemahiran dan pekerjaan yang sesuai dengan tingkahlaku mereka
serta menyediakan mekanisme selektif untuk menugaskan warga remaja untuk
melaksanakan peranan di dalam masyarakat. Oleh yang demikian, telah jelas
peranan pihak sekolah telah dilaksanakan seawal mereka berumur 7 tahun
lagi. Kemahiran-kemahiran asas ini merupakan kemahiran untuk mereka
meneruskan kehidupan walaupun mereka tidak berjaya menjejakkan kaki ke
menara gading.

12
HMEF5143
ii) Selain dari kemahiran-kemahiran literasi asas, sekolah juga telah berperanan
menyediakan kaunselor-kaunselor di sekolah sebagai penasihat kepada para
pelajar yang menghadapi dilema sama ada ingin menyambung pelajaran atau
pun terus ke alam kerjaya. Penempatan kaunselor-kaunselor ini di sekolah
bukan sahaja untuk menangani masalah-masalah disipilin dan sosial para
pelajar, tetapi juga turut membantu para pelajar dalam membuat pilihan untuk
menyambung pengajian bagi mengejar cita-cita mereka. Kebiasaanya para
kaunselor ini akan menjalankan beberapa siri ujian kepada para pelajar ini
untuk memilih bidang pengajian yang sesuai dengan kelayakan akademik,
kebolehan serta kemampuan mereka.
iii) Terdapat juga sekolah-sekolah arus perdana yang menyediakan kelas
kemahiran asas vokasional bagi para pelajar yang lemah dalam bidang
akademik. Matapelajaran Vokasional telah digubal sejak tahun 90an lagi bagi
membantu para pelajar yang lebih berminat dengan kemahiran ketukangan dan
kelas ini telah terbukti menyediakan para pelajar ke alam kerjaya sesuai
dengan kemahiran dan minat mereka. Selain dari kelas-kelas MPV di sekolah
arus perdana, KPM juga telah banyak menyediakan peluang pendidikan
teknikal dan vokasional melalui Bahagian Pendidikan Latihan dan Vokasional
dengan menggembleng tenaga usaha sama bersama-sama Kementerian
Sumber Manusia melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran. Kolej-kolej
Vokasional yang telah dinaiktaraf dari sekolah menengah vokasional
merupakan pusat latihan TVET terbesar di Malaysia yang menyediakan para
pelajar dari sekolah ke bidang pekerjaan. Pelbagai bidang kemahiran telah
diperkenalkan dan telah mendapat pelbagai pengiktirafan dari badan-badan
berkaitan untuk mengiktiraf kelayakan para pelajar ini sebagai pekerja mahir
dan separuh mahir.

b) Seperti yang kita maklum, Kolej Vokasional merupakan institusi pendidikan kemahiran
peringkat menengah yang menyediakan para pelajar sebagai tenaga kerja mahir dan separuh
mahir di peringkat kebangsaan. Bermula pada tahun 2012, Kolej vokasional yang telah
dinaiktaraf dari sekolah menengah vokasional merupakan pelopor utama bidang pendidikan
vokasional di Malaysia melalui pelaksanaan Dasar TVET Negara. Sehingga ke hari ini,
Kolej Vokasional telah bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk

13
HMEF5143
mempersijilkan para pelajar dengan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dan Tahap 4 yang
mana sijil-sijil ini telah diiktiraf oleh pihak indsutri seMalaysia. Selain dari JPK, institusi-
institusi pendidikan latihan kemahiran lain seperti ILP, IKBN, Giat Mara, CIAST dan
sebagainya turut telah menjalinkan Kerjasama dengan kolej vokasional bagi melatih dan
memberi kemahiran kepada para pelajar vokasional ini bagi menyediakan dan menyiapkan
mereka ke bidang kerjaya pilihan mereka.
Bukan setakat itu sahaja, kolej-kolej vokasional ini juga turut telah banyak memeterai
perjanjian persefahaman (Mou) dengan pihak industri tempatan dan antarabangsa bagi
menyediakan pekerja-pekerja mahir dan separuh mahir dalam bidang-bidang kemahiran yang
mendapat pasaran pekerjaan antaranya Shell Sdn.Bhd, Press Metal, ShinYang, Perodua,
Proton, Tan Chong, Wehaya Networks dan banyak lagi. Pihak-pihak industri ini sangat
berkeyakinan dengan kebolehan dan kemahiran para pelajar dari kolej vokasional kerana
mereka bukan sahaja ternyata mahir dalam bidang kemahiran mereka tetapi mereka turut
diiktiraf oleh badan-badan profesional seperti Malaysian Board of Technologist (MBOT),
Malaysia Qualification Agency (MQA) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran. Ini adalah
kerana kurikulum serta kemahiran yang dipelajari di kolej vokasional memenuhi standard
keperluan pihak industri selain memerlukan para pelajar dihantar ke latihan indsutri sebelum
menamatkan pengajian mereka. Latihan Industri atau On Job Training ini menyediakan
latihan awal kepada para pelajar terhadap dunia pekerjaan sebenar sebelum mereka
menamatkan pengajian mereka dan saban tahun pasti terdapat para pelajar yang terus
ditawarkan pekerjaan di tempat latihan industry mereka setelah menamatkan latihan tersebut
selama 5 ke 6 bulan. Perkembangan ini yang meyakinkan Perdana Menteri kita bahawa
industry TVET perlu diperkasakan lagi pada masa akan datang.

14

Anda mungkin juga menyukai