Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN PERATURAN SEKOLAH

1. Dasar Pendidikan bertujuan untuk mewujudkan insane yang seimbang intelek, emosi,
jasmani, dan rohani. Seterusnya dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan
berpengetahuan serta akhlak mulia. Berketerampilan serta bertanggungjawab.
2. Bagi menjamin tercapainya matlamat tersebut golongan remaja, khususnya para pelajar
perlu mendapat didikan dan bimbingan yang sempurna bagi melahirkan pelajar yang
berdisiplin tinggi dengan sahsiah yangs sesuai.
3. Undang- undang dan peraturan sekolah digubal bagi membantu mewujudkan ketenteraman
dan keselesaan pelajar serta kelicina dan keberkesanan dan keselesaan pelajar
perjalanan pengajaran dna pembelajaran di sekolah.
4. Semasa belajar di sekolah ini, semua murid hendaklah mematuhi semua peraturan yang
telah ditetapkan oleh pihak sekolah yangs selaras dengan peraturan dan disiplin murid
sekolah – sekolah rendah di Malaysia.
5. Semua murid hendaklah bekerjasama dengan Guru Besar, Penolong Kanan, ibubapa atau
penjaga serta guru- guru dan kakitangan sekolah untuk menjaga nama baik sekolah serta
meningkatkan disiplin diri.
6. Buku Peraturan Sekolah ini mengandungi peraturan-peraturan asas sebagai panduan dan
makluman kepada murid- murid, ibubapa atau penjaga, guru-guru serta kakitangan sekolah.

1. JADUAL WAKTU PERSEKOLAHAN


1.1 Tahap 1

1.1.1 Hari isnin bermula jam 7.20 pagi dan berakhir pada 12.40 tengah hari
1.1.2 Hari selasa, Rabu dan Khamis bermula jam 7.20 pagi dan berakhir pada jam 12.10
tengah hari.
1.1.3 Hari Jumaat bermula jam 7.20 pagi dan berakhir pada jam 11.40 pagi.

Tahap 2

1.2.2 Hari Jumaat bermula pada jam 7.20 pagi dan berakhir pada 11.40 pagi.
1.2.3 Hari Rabu kokurikulum bermula pada 12.40 tengah hari dan berakhir pada 1.40
petang.

2. HARI PERHIMPUNAN

2.1 Pehimpunan sekolah diadakan pada setiap hari isnin bermula pada jam 7.20 hingga 7.50 pagi
di tapak perhimpunan sekolah.
2.2 Semua murid hendaklah berada di tempat perhimpunan sebelum masa yang ditetapkan.
Sekiranya cuaca hujan atau sebab-sebab lain pihak sekolah akan mengumumkan bahawa
perhimpunan dibatalkan pada hari itu.
2.3 Perbarisan hendaklah mengikut kelas masing-masing diketuai oleh Ketua Kelas dan Penolong
Ketua Kelas.
2.4 Semua Pengawas Sekolah hendaklah berdiri di belakang setiap barisan mengikut arahan
guru disiplin.
2.5 Semua Pengawas Sekolah hendaklah memakai ‘Vest’ pengawas dan bertali leher yang
berwarna ‘maroon’ , manakala Ketua Kelas memakai tali leher berwarna hijau.
2.6 Pehimpunan akan dimulakan dengan lagu ‘Sabah Tanah Air Ku, ‘Lagu Sekolah’, Bacaan ikrar
murid, laporan guru bertugas minggu lepas, ucapan guru bertugas, ucapan pihak
pentadbir sekolah dan diakhiri dengan lagu patriroritik ‘Yakin Boleh’ dan ‘Negara Ku’.
2.7 Semua murid mestilah senyap apabila guru-guru member ucapan atau pengumuman.
2.8 Semua murid dan guru hendaklah berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Negara Ku, Sabah
Tanah Air Ku, dan Lagu Sekolah Serta lagu Yakin Boleh.
2.9 Semua murid hendaklah berdiri di mana sahaja berada ketika lagu Negara Ku, Sabah Tanah
Air Ku, Lagu Sekolah dan Lagu Yakin Boleh dinyanyikan.
3. PAKAIAN SERAGAM

3.1 Pakaian Murid Lelaki

3.1.1 Baju kemeja putih berlengan pendek, seluar pendek berwarna biru tua dan seluar
panjang juga dibenarkan. Berkasut dan bersarung kaki berwarna putih, lencana
sekolah serta tali pinggang hitam/biru tua.
3.1.2 Pelajar lelaki tidak dibenarkan memakai pakaian lapis dalam kecuali ‘singlet’
berwarna putih.
3.1.3 Murid lelaki tidak dibenarkan memakai seluar ketat, berkaki besar, tali pinggang
besar, rantai tangan dan rantai leher.

3.2 Pakaian Murid Perempuan

3.2.1 Baju ‘Pinafore’ berwarna biru tua dan labuh hingga ke paras lutut dan baju kemeja
putih berlengan pendek, berkasut dan bersarung kaki warna putih.
3.2.2 Murid-murid dibenarkan memakai baju kurung putih berasrung biru tua, bertudung
tiga segi berwarna putih, berkasut dan bersarung kaki berwarna putih serta lencana
sekolah:
3.2.3 Pakaian/barang –barang seperti di bawah dilarang keras murid-murid memakainya:
i. Mini skirt
ii. Jeans
iii. Baju yang tidak berlengan
iv. Semua jenis kasut bertumit tinggi dan selipar
v. Semua jenis barang kemas seperti rantai, gelang, cincin dan subang.
vi. Pewarna Kuku

4. PAKAIAN LAIN/KHAS
4.1 Ketika menjalani Pendidikan Jasmani atau kesihatan/ bersukan/ menjalankan aktiviti
kokurikulum dan akitiviti luar bilik darjah murid-murid hendaklah memakait ‘T-shirt’ sekolah
berwarna biru, ‘Track Suit’ dan bersarung kaki putih.
4.2 Murid-murid dilarang memakai pakaian yang tidak sopan dan mejolok mata serta berwarna-
warni.

Anda mungkin juga menyukai