Anda di halaman 1dari 29

SMK JELI (2), 17610

Jalan KUALA BALAH,


KELANTAN
NO TELEFON :09- 9360022 FAX : 09-9360023 EMAIL :
smkjeli2@ymail.com

BUKU PANDUAN
DISIPLIN
PELAJAR

NAMA PELAJAR : _______________________________

TINGKATAN : _______________
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JELI (2 )
17610 KUALA BALAH, KELANTAN

KATA-KATA ALUAN

PENGETUA SMK JELI (2)

Asalamualaikum dan selamat sejahtera

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan taufik dan hidayahnya kita dapat menerbitkan buku kecil
Panduan Disiplin dan Catatan Harian Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli ( 2 ).

Buku ini diterbitkan sebagai panduan kepada ibubapa/penjaga, guru dan juga para pelajar sekolah ini.
Dengan terbitnya buku ini, diharapkan ibubapa/penjaga mendapat kefahaman untuk sama-sama
menjaga disiplin anak-anak tuan/puan di tahap yang tinggi. Kerjasams ini amat perlu dalam usaha
pihak sekolah untuk melahirkan pelajar berdisiplin, berilmu dan berakhlak mulia.

Kepada para pelajar, buku ini jadikanlah sebagai bimbingan kearah pemupukan disiplin dan sahsiah
yang tinggi.

Selain itu, buku ini juga dapat menjadi rujukan kepada guru dalam menangani masalah disiplin pelajar
untuk melahirkan pelajar yang benar-benar seimbang dari segi akademik dan rohani selaras dengan
Falsafah ppendidikan Kebangsaan.

Semoga mendapat keredhaan Allah jua.

Sekian, terima kasih

Pengetua,
SMK Jeli ( 2 ),
Jalan Kuala Balah, 17610
Kelantan

IKRAR MURID
Bahawa kami murid-murid SMK Jeli (2) berikrar dan berjanji,
Akan sentiasa taat dan patuh kepada peraturan-peraturan dan
undang-undang sekolah
Kami berikrar akan sentiasa menjaga
Nama baik sekolah pada setiap masa
Kami berjanji, akan sentiasa berusaha
Bagi mencapai kecemerlangan dalam segala bidang
Kami berjanji untuk menjadi
Rakyat yang dinamis, progresif dan bertanggungjawab kepada
agama, bangsa dan Negara kami

AKU JANJI PELAJAR

Buku Peraturan sekolah ini telah dibaca dan saya akan mematuhi semua peraturan yang terkandung di
dalam dan mematuhi arahan-arahan pihak sekolah yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Tandatangan :___________________________________ Tarikh:_________________

Nama Murid:___________________________________ No. Kad Pengenalan :


_________________

SAKSI ( IBUBAPA/PENJAGA )

Tandatangan: __________________________________ Tarikh: ______________

Nama Ibubapa/penjaga:___________________________ No. Kad Pengenalan:


________________

PENGENALAN PERATURAN SEKOLAH


1. Dasar Pendidikan bertujuan untuk mewujudkan insan yang seimbang intelek, emosi, jasmani,
dan rohani. Seterusnya dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan
berpengetahuan serta akhlak mulia. Berketerampilan serta bertanggungjawab.

2. Bagi menjamin tercapainya matlamat tersebut golongan remaja, khususnya para pelajar perlu
mendapat didikan dan bimbingan yang sempurna bagi melahirkan pelajar yang berdisiplin
tinggi dengan sahsiah yang sesuai.

3. Undang- undang dan peraturan sekolah digubal bagi membantu mewujudkan ketenteraman
dan keselesaan pelajar serta kelicina dan keberkesanan dan keselesaan pelajar
perjalanan pengajaran dna pembelajaran di sekolah.

4. Semasa belajar di sekolah ini, semua murid hendaklah mematuhi semua peraturan yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah yangs selaras dengan peraturan dan disiplin murid sekolah –
sekolah rendah di Malaysia.

5. Semua murid hendaklah bekerjasama dengan Pengetua, Penolong Kanan, ibubapa atau
penjaga serta guru- guru dan kakitangan sekolah untuk menjaga nama baik sekolah serta
meningkatkan disiplin diri.

6. Buku Peraturan Sekolah ini mengandungi peraturan-peraturan asas sebagai panduan dan
makluman kepada murid- murid, ibubapa atau penjaga, guru-guru serta kakitangan sekolah.

PERKARA 1. JADUAL WAKTU PERSEKOLAHAN

1.1 Hari Ahad hingga Khamis bermula jam 7.40 pagi dan berakhir pada 2.00 tengah hari

1.1 Hari Rabu kokurikulum bermula pada 1.20 tengah hari dan berakhir pada 2.00 petang.

1.1.4 Pada setiap hari khamis, program kerohanian akan diadakan pada pukul 1.20- 2.00
petang.
1.1.3 Pelajar perlu berada di sekolah selewat-lewatnya pukul 7.30 pagi untuk perhimpuan
harian sebelum masuk ke kelas pada pukul 7.40 pagi.

PERKARA 2. HARI PERHIMPUNAN

2.1 Pehimpunan sekolah diadakan pada setiap hari Ahad bermula pada jam 7.30 hingga 8.20 pagi
di tapak perhimpunan sekolah.
2.2 Semua murid hendaklah berada di tempat perhimpunan sebelum masa yang ditetapkan.
Sekiranya cuaca hujan atau sebab-sebab lain pihak sekolah akan mengumumkan bahawa
perhimpunan dibatalkan pada hari itu.
2.3 Perbarisan hendaklah mengikut kelas masing-masing diketuai oleh Ketua Kelas dan Penolong
Ketua Kelas.
2.4 Semua Pengawas Sekolah hendaklah berdiri di belakang setiap barisan mengikut arahan guru
disiplin.
2.5 Semua Pengawas Sekolah ( lelaki )hendaklah memakai tali leher yang berwarna ‘hitam’ .
2.6 Pehimpunan akan dimulakan dengan bacaan doa , Bacaan ikrar Rukunegara, nyanyian lagu
‘Negaraku’, nyanyian lagu ‘Selamat Sultan’ ,laporan guru bertugas minggu lepas, ucapan
guru disiplin / tazkirah agama/ guru kauseling, ucapan pihak pentadbir sekolah dan diakhiri
dengan ikrar pelajar dan nyanyian lagu sekolah.
2.7 Semua murid mestilah senyap apabila guru-guru memberi ucapan atau pengumuman.
2.8 Semua murid dan guru hendaklah berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Negara Ku,
Selamat Sultan, dan Lagu Sekolah .
2.9 Semua murid hendaklah berdiri di mana sahaja berada ketika lagu Negara Ku, Selamat Sultan
,dan Lagu Sekolah dinyanyikan.

PERKARA 3. PAKAIAN SERAGAM

3.1 Pakaian Murid Lelaki

3.1.1 Baju kemeja putih berlengan pendek dan seluar panjang berwarna hijau. Berkasut dan
bersarung kaki berwarna putih, lencana sekolah, tanda nama berwarna hitam serta
tali pinggang hitam/biru tua dan memakai tali leher sekolah berwarna merah.
3.1.2 Pelajar lelaki tidak dibenarkan memakai pakaian lapis dalam kecuali ‘singlet’
berwarna putih.
3.1.3 Murid lelaki tidak dibenarkan memakai seluar ketat, berkaki besar, tali pinggang
besar, rantai tangan dan rantai leher selipar atau kasut sukan.

3.2 Pakaian Murid Perempuan

3.2.1 Baju kurung putih labuh hingga ke bawah lutut dan longgar . Berkain biru muda
berlipat di tepi, bertudung labuh berwarna putih yang labuhnya di bawah paras dada,
berkasut dan bersarung kaki berwarna putih serta lencana sekolah dan tanda nama
berwaran hitam.
3.2.3 Pakaian/barang –barang seperti di bawah dilarang keras murid-murid memakainya:
i. Mini skirt
ii. Jeans
iii. Baju yang tidak berlengan
iv. Semua jenis kasut bertumit tinggi dan selipar
v. Semua jenis barang kemas seperti rantai, gelang, cincin dan subang.
vi. Pewarna kuku

PERKARA 4. PAKAIAN LAIN/KHAS

4.1 Ketika menjalani Pendidikan Jasmani atau kesihatan/ bersukan/ menjalankan aktiviti
kokurikulum dan akitiviti luar bilik darjah murid-murid hendaklah memakait ‘T-shirt’
sekolah, ‘Track Suit’ berwarna hitam atau biru gelap dan bersarung kaki putih.
4.2 Murid-murid dilarang memakai pakaian yang tidak sopan dan mejolok mata serta berwarna-
warni.
4.3 Murid-murid dibenarkan memakai t-shirt berwarna putih kosong sekiranya tiada T-shirt
sekolah.
4.4 Pada hari Kokurikulum ( setiap hari rabu ) pelajar hendaklah memakai T-shirt dan tudung
pasukan uniform masing-masing atau tudung sekolah labuh berwarna putih.

PERKARA 5. TATATERTIB MURID SEMASA BELAJAR DAN REHAT

5.1 SEMASA BELAJAR

5.1.1 Semua murid mestilah senyap, berdisiplin dan bersedia untuk belajar serta
mewujudkan suasana pembelajaran yang tenang pada setiap masa.
5.1.2 Murid-murid tidak dibenarkan keluar masuk kelas sama ada semasa guru mengajar
atau semasa ketiadaan guru.
5.1.3 Murid-murid dibenarkan keluar ke tandas dengan memakai kad kebenaran keluar
hanya dengan kebenaran guru atau ketua kelas (jika tiada guru).
5.1.4 Sepanjang masa belajar murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah
kecuali dengan kebenaran Pengetua, Penolong Kanan/ Guru Bertugas/ Guru Kelas.
5.1.5 Ibubapa yang ingin membawa anak pulang atau ke rumah sakit hendaklah
memberitahu Pengetua/ Penolong Kanan/ Guru Kelas dan menandatangani buku
‘Murid Pulang Awal’ yang disediakan di Pejabat Am.
5.1.6 Murid-murid yang tidak dapat hadir kerana sakit atau sebab-sebab lain yang
munasabah hendaklah memberi makluman pihak sekolah/ Guru Kelas dengan
mendapatkan Surat Cuti Sakit dari doktor atau surat dari ibubapa.
5.1.7 Murud-murid hendaklah menunjukkan sikap yang positif dalam pembelajaran
mereka.
5.1.8 Murid-murid yang berpindah ke bilik lain seperti makmal atau bengkel Kemahiran
hidup mestilah beratur dan bergerak cepat dan berdisiplin.
5.1.9 Murid-murid tidak dibenarkan makan atau minum di dalam kelas.

5.2 SEMASA REHAT


5.2.1 Semua murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas pada waktu rehat kecuali diarah
oleh guru untuk mebersihkan dan mengemas kelas.
5.2.2 Murid-murid tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman di luar kawasan
sekolah semasa sesi persekolahan walaupun waktu rehat.
5.2.3 Semua murid hendaklah membeli makanan dan minuman di kantin serta makan di
kantin atau di luar kelas
5.2.4 Murid-murid hendaklah beratur dengan senyap dan tidak berebut -rebut semasa
membeli makanan dan minuman di kantin sekolah.
5.2.5 Semua murid hendaklah membuang sampah ( Pembungkus makanan dan minuman )
ke dalam tong sampah.
5.2.6 Waktu rehat pelajar ialah pada pukul 10.20- 10.40 pada setiap hari kecuali pada hari
khamis, pelajar tingkatan 4 dan 5 akan berehat pada pukul 10.10- 10.30 a.m.

PERKARA 6. TATATERTIB MURID DI DALAM DAN LUAR BILIK DARJAH

6.1 Murid-murid hendaklah sentiasa menghormati guru-guru dan semua kakitangan sekolah
dengan mengucapkan ‘Selamat Pagi’/Selamat Tengah Hari/ Selamat Petang/ Salam Sejahtera
atau Assalammualaikum juga dengan sesama murid.
6.2 Murid-murid hendaklah berdiri dan member hormat kepada semua guru yang keluar dan
masuk ke kelas termasuklah sewaktu Pengetua, Penolong Kanan serta pelawat yang datang
dan masuk ke kelas.
6.3 Kebersihan serta ketenteraman kelas adalah tanggungjawab murid-murid yang ada di dalam
kelas itu dengan diawasi oleh ketua kelas, Penolong Ketua Kelas dan pengawas dengan
bimbingan dan pengawasan Guru Kelas.
6.4 Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas bertanggungjawab atas segala perkakas/perabot dan
lain-lain peralatan yang ada di dalam kelas masing-masing seperti papan tulis, almari, alat
tulis, penyapu, tong sampah, penyeduk sampah, meja guru, kerusi guru, meja murid, kerusi
murid dan sebagainya.
6.5 Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas dan pengawas bertanggungjawab megingatkan guru jika
terlewat masuk ke dalam kelas.
6.6 Murid-murid dilarang keras melakukan perkara-perkara berikut:

6.6.1 Menulis di papan tulis kecuali mendapat arahan guru


6.6.2 Mengunakan meja dan kerusi guru.
6.6.3 Meninggalkan buku di atas meja/laci selepas waktu belajar.
6.6.4 Membuang sampah, kayu, batu atau benda-benda lain di dalam kelas dan juga tandas.
6.6.5 Membuang tuala wanita didalam tandas. Tuala wanita hendaklah dibungkus dengan
kemas dan dibuang ke dalam tong tong sampah.
6.6.6 Membazir air di luar dan di dalam tandas.
6.6.7 Berbuat bising, bermain, bergaduh dan berlari di dalam kelas.
6.6.8 Membuang sampah merata-rata tempat. Sampah hendaklah dibuang ke dalam tong
sampah.
6.6.9 Menconteng dinding sekolah, meja murid, papan kenyataan, tandas sekolah dan
seluruh bangunan sekolah serta harta benda sekolah.
6.6.10 Murid-murid dilarang keras menconteng dan mengoyakkan buku teks yang dipinjam
kepada murid. Jika hilang atau rosak hendaklah diganti. Buku Teks hendaklah
sentiasa dijaga kebersihan dan keselamatannya dengan membalutnya dengan kemas.
6.6.11 Telefon awam hendaklah dijaga dengan baik dan hanya boleh digunakan sewaktu
rehat, sebelum sesi persekolahn bermula atau selepas sesi persekolahan berakhir
kecuali waktu kecemasan.
6.6.12 Semasa menggunakan Makmal Sains, Makmal Komputer, Bilik Agama, Pusat
Sumber, Perpustakaan dan lain-lain bilik khas murid –murid hendaklah berdisiplin
dan sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam bilik tersebut.
6.6.13 Kerja rumah atau kerja sekolah yang diarah oleh guru hendaklah disiapkan di rumah.
Bantahan dan keingkaran terhadap perkara ini adalah merugikan diri sendiri.

PERKARA 7. KEGIATAN KOKURIKULUM

7.1 Kegiatan Ko-Kurikulum adalah aktiviti yang dijalankan di luar daripada masa belajar.
satu daripada berikut :
7.2.1 Unit Beruniform
7.2.2 Persatuan/Kelab Akademik
7.2.3 Sukan dan Permainan
7.3 Murid-murid wajib hadir pada setiap perjumpaan kokurikulum pada hari rabu dan masa
yang ditetapkan oleh pihak sekolah termasuklah mesyuarat dan latihan yang diadakan.
7.4 Murid-murid hendaklah berdisiplin dan memakai pakaian yang sesuai mengikut kegiatan
pada hari itu seperti yang telah di tetapkan oleh pihak pengurusan ko-kurikulum dengan
menandatangani Buku Kokurikulum murid.
7.6 Pihak sekolah akan sentiasa berusaha mengambil langkah demi mengelakkan daripada
berlaku sebarang masalah terhadap murid semasa mengikuti kegiatan. Jika berlaku insiden
yang tidak disengajakan ke atas murid maka pihak ibubapa/penjaga tidak boleh mengambil
tindakan ke atas pihak sekolah tetapi seharusnya bekerjasama untuk mengatasinya.
7.7 Dengan kebenaran bertulis daripada Pejabat Pelajaran Daerah, sekolah melaksanakan
kegiatan kokurikulum pada hari Rabu bermula pada jam 1.20 p.m hingga 2.00 p.m.

PERKARA 8. KESELAMATAN

8.1 Keceamasan adalah terkandung di dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1978. Membunyikan
lonceng kebakaran sesiapa sehaja samada guru atau kakitangan bukan mengajar hendklah
tanpa ragu-ragu membunyikan isyarat “ Fire Alarm” setelah lihat tanda-tanda kebakaran.
8.2 Semua murid, guru dan kakitangan sekolah hendaklah mengosongkan bangunan dengan serta-
merta.

i. Apabila loceng isyarat dibunyikan, murid-murid hendaklah berdiri di sisi meja


sementara menunggu arahan guru
ii. Murid-murid daripada setiap kelas mestilah membuat satu barisan kemudian
meninggalkan kelas mengikut jalan yang ditentukan.
iii. Murid-murid hendaklah bergerak dengan senyap, teburu-buru atau berlari dan tanpa
memotong barisan sehingga sampai ke tempat yang ditentukan.

8.3 Tempat berkumpul hendaklah di tempat yang selamat sebaiknya di tempat yang lapang seperti
padang.
PERKARA 9. KESELAMATAN JALAN RAYA.

9.1 Semua murid mestilah mematuhi peraturan keselamatan jalan raya dan menjaga keselamatan
diri.
9.2 Murid-murid yang hendak melintas jalan raya hendaklah :

i. Mencari tempat yang selamat untuk melintas.


ii. Tunggu dahulu di tepi jalan
iii. Pndang ke kanan jalan, ke kiri dan ke kanan semula dan apabila tiada kenderaan
melintaslah dengan pantas tetapi jangan berlari.

9.3 Murid-murid yang berjalan kaki hendaklah berjalan di sebelah kanan jalan raya menghadap
kenderaan yang dating dari hadapan.
9.4 Murid-murid yang menggunakan basikal/ motosikal hendaklah menunggang dalam ekoran
atau
barisan.
9.5 Murid-murid hendaklah beratur jika menaiki bas atau turun dari bas sesudah berhenti.
9.6 Jika berlaku kemalangan/kecederaan dalam kawasan hendaklah dilaporkan kepada Pengetua /
Guru Penolong Kanan/Guru Kelas/Guru Bertugas.
9.7 Semua kenderaan ibubapa/penjaga bas yang menghantar dan mengambil murid-murid
hendaklah berhenti menurunkan atau menaikkan murid-murid di tempat yang selamat.

PERKARA 10. RAWATAN DAN CUTI SAKIT

10.1 Murid-murid hendaklah dihantar ke rumah sakit sekiranya memerlukan rawatan atau dihantar
pulang ke rumah oleh guru bertugas.
10.2 Murid-murid yang hendak ke rumah sakit dengan ditemani olen ibubapa/penjaga mestilah
mendapat kebenaran Pengetua atau Guru Penolong Kanan dengan membawa bersama surat
rawatan dari sekolah untuk ke hospital.
10.3 Surat-surat cuti sakti tidak sah melainkan dikeluarkan oleh Pegawai Perubatan
(Doktor)Kerajaan.

PERKARA 11. KAWASAN LARANGAN

11.1 Pejabat sekolah dan bilik guru kecuali mendapat kebenaran.


11.2 Bilik Makmal Sains kecuali waktu belajar.
11.3 Makmal Komputer kecualia ada guru yang bertugas
11.4 Bilik sakit (jika ada) kecuali sakit dan dengan kebenaran guru.
11.5 Stor-stor kecuali dengan kebenaran.
11.6 Rumah Guru dan kakitangan sekolah kecuali dengan kebenaran.
11.7 Pusat Sumber kecuali ada guru atau dengan kebenaran.
11.8 Kantin sekolah semasa sesi pembelajaran.
11.9 Koperasi sekolah semasa sesi pembelajaran
11.10 Tempat meletak kenderaan guru dan staff
11.11 Tempat meletak kenderaan pelajar

PERKARA 12. PERALATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

12.1 Semua peralatan sekolah yang digunakan hendaklah dijaga dengan baik.
12.2 Murid-murid tidak dibenarkan mengambil peralatan sukan sendiri tanpa kebenaran atau
diawasi
oleh guru.
12.3 Alatan yang dipulangkan hendaklah disusun dengan teratur dan kemas.
12.4 Setiap pengeluaran dan pengembalian peralatan sukan hendaklah dicatat di Buku Rekod yang
telah disediakan.
12.5 Murid-murid dilarang keras mencuri peralatan sukan dan pendidikan jasmani.

PEKARA 13. PERATURAN AM

13.1 Murid-murid dilarang keras menghisap rokok dan menggunakan/menyalahgunakan apa-apa


jenis dadah. Tindakan tegas akan diambil terhadap murid-murid yang didapati melakukannya.
13.2 Murid-murid dilarang keras bermain apa-apa sahaja bentuk judi di dalam dan diluar sekolah.
13.3 Murid-murid dilarang keras meminum apa sahaja jenis minuman keras yang memabukkan.
13.4 Murid-murid tidak dibenarkan membawa radio kaset atau ‘walkman’ ke sekolah.
13.5 Murid-murid tidak dibenarkan membawa semua jenis alat muzik seperti VCD, permainan
atau telefon bimbit ke sekolah.
13.6 Murid-murid dilarang bermain dengan alatan elektrik atau sebarang peralatan yang boleh
mengakibatkan kebakaran dan kemalangan.
13.7 Murid-murid adalah dilarang keras menconteng atau mengoyakkan apa sahaja yang terdapat
di papan kenyataan kelas atau sekolah.
13.8 Semua murid memberikan maklumat yang lengkap dan tepat mengenai butir-butir diri dan
ibubapa/penjaga kepada pihak sekolah untuk tujuan kegunaan rasmi, perhubungan dan
kebajikan.
13.9 Murid-murid hendaklah memaklumkan kepada guru kelas/pihak sekolah sekiranya ada
perubahan/pindaan maklumat pelajar.
13.10 Jika berlaku kecurian atau kerosakan harta benda sekolah hendaklah dilaporkan kepada
Pengetua
/Guru Penolong Kanan/Guru Bertugas/Guru Kelas dengan segera.

PERKARA 14. PELAWAT

14.1 Ibubapa/penjaga yang ingin berjumpa dengan murid semasa sesi persekolahan mendapat
kebenaran daripada Pengetua / Guru Penolong Kanan.
14.2 Ibubapa/penjaga tidak dibenarkan terus berjumpa dengan murid di kelas masing-masing.
Pejumpaan dan perbualan hendaklah dilakukan di kawasan Pejabat Sekolah/Pejabat Pengetua
atau Bilik Guru sahaja.
14.3 Pelawat-pelawat/orang awam yang bukan dari kalangan ibubapa/penjaga tidak dibenarkan
sama sekali menemui murid –murid sepanjang sesi pembelajaran berjalan kecuali mendapat
kebenaran bertulis daripada Pengetua /Penolong Kanan.
PERKARA 15. PERINGATAN PENTING

15.1 Semua murid dikehendaki membaca ,mengingati dan mematuhi semua peraturan/undang-
undang dalam Buku Peraturan ini.
15.2 Pihak sekolah/Lembaga Disiplin sekolah tidak akan menerima alas an murid-murid tidak
mengetahui mana-mana peraturan/undang-undang sekolah setelah Buku Peraturan ini dibuat
dan dimiliki oleh setiap murid.
15.3 Murid-murid yang melanggar mana-mana peraturan sekolah,serta telah sabit kesalahan akan
dikenakan tindakan/hukuman setimpal mengikut :
i. Jenis dan Kategori kesalahan
ii. Pelaku dan kekerapan melakukan kesalahan.

15.4 Murid-murid yang sengaja melanggar dan tidak mahu menyesuaikan diri dengan peraturan
sekolah ini boleh digantung atau dikeluarkan dari sekolah ini.

15.5 Pihak sekolah dan Lembaga Disiplin Sekolah mengambil berat mengenai sebarang kesalahan
yang dilakukan oleh murid walaupun kecil, kerana jika tidak dikawal boleh menimbulkan
pelbagai masalah dan kesulitan kepada rakan-rakan, guru-guru, pihak sekolah dan juga
ibubapa/penjaga.

15.6 Peraturan-peraturan yang terkandung dalam Buku Peraturan ini adalah tertakluk kepada
perubahan atau pindaan yang dikeluarkan oleh pihak kementerian, Jabatan atau Pihak
Sekolah dari semasa ke semasa. Pihak sekolah/Lembaga Disiplin Sekolahberhak dan boleh
memindahkna, menambah atau menghapuskan mana-mana bahagian atau peraturan dalam
Buku Peraturan ini jika difikirkan perlu.

PERKARA 16. SENARAI KESALAHAN SALAHLAKU DAN TINDAKAN

16.1 KESALAHAN BERAT

16.1.1 Tingkahlaku Jenayah

a. Berjudi
b. Mencuri
c. Melawan atau mengancam, memukul atau mencederakan guru.
d. Memukul atau mengancam/memukul/mencederakan pengawas.
e. Membuli dan memeras ugut
f. Menganggotai kumpulan haram atau kongsi gelap
g. Mengedar dan meyalahgunakan dadah.
h. Membawa senjata/benda tajam atau merbahaya
i. Mencabul kehormatan
j. Mengancam/memukul atau mencederakan murid lain
k. Menceroboh bilik khas atau Pejabat Pengetua.
l. Menunjuk perasaan atau berpeket.
m. 16.1.2 Tingkahlaku Lucah
a. Becumbu-cumbuan
b. Berkalwat
c. Membawa bahan-bahan lucah
d. Mengintai murid-murid perempuan
e. Menggunakan perkataan dan melakukan perbuatan lucah
f. Melukis dan menulis kata-kata atau gambar-gambar lucah

16.1.3 Tingkahlaku Biadab dan Kurang Sopan

a. Berkelakuan kasar terhadap guru, pengawas dan murid lain


b. Berbahasa kesat
c. Menyimpan atau menghisap rokok
d. Meminum arak
e. Mengganggu suasana pengajaran dan pembelajaran
f. Tidak menghormati guru atau pengawas
g. Tidak menghormati Lagu Kebangsaan dan Negeri.

16.1.4 Tingkahlaku Musnah

a. Merosakkan harta benda sekolah


b. Merosakkan harta benda Pengetua , guru-guru dan kakitangan sekolah]
c. Merosakkan harta benda murid lain
d. Merosakkan harta benda kantin atau RMT sekolah

16.1.5 Tingkahlaku Tidak Jujur atau Menipu

a. Menipu yang melibatkan wang


b. Menipu yang melibatkan kepercayaan
c. Mengambil tindakan tanpa melalui pentadbiran sekolah
d. Mengulangi kesalahan yang sama melebihi dua kali atau setelah nasihat dan amaran yang
diberik

16.2 KESALAHAN KECIL/RINGAN

16.2.1 Kekemasan Diri

a. Berambut panjang atau fesyen yang keterlaluan yang bertentangan dengan peraturan sekolah
b. Berkuku panjang
c. Bermisai atau berjanggut
d. Memakai pakaian yang tidak sopan dan selain dari pakaian seragam sekolah
e. Memakai barang perhiasan atau ‘Make-up’ yang dilarang

16.2.2 Tingkahlaku Tidak Mementingkan Masa

a. Datang lewat ke sekolah


b. Lewat ke perhimpunan
c. Berkeliaran di kawasan sekolah semasa belajar
d. Makan atau membeli makanan di kantin di luar waktu rehat
e. Tidak membuat kerja sekolah/kerja rumah dan latihan yang diberikan oleh guru
f. Tidak menjalankan tugas membersihkan kelas sebelum waktu pembelajaran bermula
g. Tidak berada di dalam kelas atau bilik-bilik lain semas pengajaran sedang dilaksnakan.

16.3.3 Ponteng

a. Ponteng kelas
b. Ponteng sekolah
c. Ponteng perhimpunan
d. Ponteng kokurikulum
e. Ponteng ujian dan peperiksaan
f.

PERKARA 17 TINDAKAN LEMBAGA DISIPLIN SEKOLAH

17.1 KESALAHAN BERAT


Bagi kesalahan berat yang dilakukan oleh murid setelah peringatan diberikan, Pihak Lembaga
Disiplin Sekolah Peringkat sekolah boleh mengambil beberapa tindakan yang setimpal
dengan kesalahan disiplin yang dilakukan mengikut peratura yang telah ditetapkan oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia termasuklah:

17.1.1 Setelah disiasat dan murid tersebut didapati bersalah maka pihak sekolah akan
memaklumkan perkara tersebut kepada Jabatan Pelajaran Negeri , Daerah, Pihak
Polis dan pihak-pihak lain yang berkaitan untuk tindakan lanjut.

17.1.2 Menggantung tanpa tarikh (untuk tujuan pembuangan) persekolah murid (jika
diputuskan oleh Lembaga Disiplin Sekolah) dan menghantar laporan bertulis
kepada Jawatankuasa Disiplin Murid di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri.

17.1.3 Mengenakan tindakan penggantungan (bertarikh) persekolahan sehingga maksima


dua minggu ibubapa/penjaga murid akan di maklumkan dna dikehendaki
melengkapkan surat perjanjian aau menandatangani surat pengakuan mengenai
kesalahan disiplin murid yang terbabit.

17.1.4 Hukuman rotan (maksimum 3 kali) oleh guru besar atau guru yang diberi kuasa
berbuat demikian yang merupakan amaran terakhir kepada murid berkenaan.
Ibubapa/penjaga dan pelajar juga dikehendaki melengkapkan surat perjanjian atau
menandatangani surat pengakuan.

17.1.5 Murid juga dibuang sekolah berdasarkan kesalahan yang dilakukan setelah keputusan
yang dibuat oleh Lembaga Disiplin Sekolah setelah keputusan yang dibuat oleh
Lembaga Disiplin Sekolah dimaklmukan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan
telah mendapat jawatan.

17.2 KESALAHAN RINGAN/KECIL

Bagi kesalahan ringan/kecil (tidak diulang atau tidak melebihi dua kali) yang dilakukan oleh
murid, pihal Lembaga Disiplin Sekolah boleh mengenakan beberapa tindakan ke atas murid
termasuklah:

17.2.1 Memberi nasihat dan amaran kepada murid-murid yang terlibat (amaran pertama,
kedua dan ketiga)
17.2.2 Memaklumkan dan meminta kerjasama daripada ibubapa/penjaga melalui surat-
menyurat mengenai salahlaku murid dan amaran pertama,kedua, ketiga atau terakhir.
17.2.3 Mengenakan denda kepada murid yang terlibat, iaitu menulis ayat yang berupa
pengajaran dan ingatan berulangkali mengikut arahan yang diberi.
17.2.4 Mengenakan denda kpeda murid yang terlibat, iaitu denda yang member pengajaran
seperti mengutip sampah di kawasan kelas/sekolah, mencuci tandas atau denda-denda
lain yang sesuai, tidak menyakitkan atau bersifat mendera.
17.2.5 Merampas barangan yang menyalahi peraturan sekolah sperti tali pinggang, kasut,
barang kemas alat solek alat-alat permainan dan lain-lain. Ibubapa/penjaga boleh
menuntut barang-barang yang dirampas dari pihak sekolah setelah member i
jaminan kesalahan tersebut tidak akan berulang lagi.

PERKARA 18. TINDAKAN KE ATAS PELAJAR TDAK HADIR KE SEKOLAH


Surat Bil hari tidak hadir berturut- Bil hari tidak hadir berturut-
turut turut

Amaran Pertama Pada hari ke -3 Pada hari ke – 10

Amaran Kedua 7 hari selepas amaran Pertama 10 hari selepas amaran Pertama

Amaran Terakhir 7 hari selepas amaran Ke dua 20 hari selepas amaran Kedua

Buang Sekolah 14 hari selepas amaran Terakhir 20 hari selepas amaran Terakhir

Jumlah Hari 31 hari berturut-turut 60 hari bukan berturut-turut

PERKARA 19 PERATURAN AM

19.1 Sentiasa membina diri dengan nilai dan ajaran agama serta tingkah laku yang baik supaya
pelajar
menjadi insane yang berakhlak mulia
19.2 Pelajar hendaklah sentiasa mengamal dan mematuhi cogan kata sekolah.
19.3 Sentiasa menjaga kebersihan diri dan pakaian yang menggambarkan kesucian dan keimanan
seseorang.
19.4 Sentiasa menjaga nama baik sekolah.
19.5 Bekerjasama / saling memahami dan hormat-menghormati sesame rakan sebaya
19.6 Mengambil bahagian dalam lapangan sukan dengan semangat kesukanan.
19.7 Menjadi ahli persatuan / kelab / permainan serta mematuhi peraturannya.
19.8 Sentiasa menjaga alat dan harta kepunyaan diri dan sekolah.
19.9 Bekerjasama menjaga kebersihan sekolah dan bilik darjah.
19.10 Di larang menconteng mana-mana bahagian sekolah
19.11 Mematuhi segala arahan pengetua dan pentadbir-pentadbir sekolah / guru / pengawas / ketua
tingkatan atau sesiapa yang memangku jawatan tersebut.
19.12 Pelajar-pelajar tertakluk kepada peraturan sekolah, sentiasa berada di sekolah semasa hari
persekolahan dan pihak sekolah berhak mengambil tindakan jika pelajar melakukan apa-apa
kesalahan

PERKARA 20 : TEGAHAN KHAS

20.1 Menjadi ahli pertubuhan haram


20.2 Membawa senjata berbahaya bertujuan jahat
20.3 Memukul guru
20.4 Mengancam guru , staf sokongan, pentadbir dan pengetua.
20.5 Dilarang berjumpa dengan pelawat tanpa kebenaran guru/ pentadbir / pengetua
20.6 Dilarang menyimpan / membawa risalah yang salah dari segi undang-undang, kaset berpolitik
atau
berpolitik, buku cinta/berunsur cinta, gambar / lukisan yang menghairahkan/lucah/separuh
lucah .
20.7 Dilarang membawa radio/ kaset, sebarang alat/ bahan bertujuan untuk hiburan.
20.8 Melanggar peraturan
20.9 Menulis pada suratkhabar tanpa memberitahu pihak sekolah.
20.10 Sengaja merosakkan harta sekolah / kerajaan
20.11 Sengaja merosakkan harta persendirian guru / pelajar lain
20.12 Mengancam pelajar-pelajar lain
20.13 Menghisap rokok atau mengambil dadah
20.14 Membantah hukuman guru
20.15 Menunjukkan sikap bongkap dan menghina guru
20.16 Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif
20.17 Dilarang melakukan hubungan sulit antara pelajar lelaki dan perempuan yang merosakkan
imej
Sekolah
2018 Dilarang membawa telefon bimbit ke sekolah
20.19 Dilarang berada di semua kawasan laranga sekoalh yang ditetapkan.
20.20 Dilarang membuli dan memeras ugut pelajar dan guru
20.21 Dilarang meludah merata-rata
20.22 Dilarang menggunakan tangga pejabat sekolah
20.23 Semua barangan larangan yang dirampas tidak akan dikembalikan

PENUTUP

Dalam apa-apa jua tindakan , pihak sekolah sentiasa berunding dengan ibu bapa pelajar yang
melanggar peraturan sekolah. Tujuan dikenakan tindakan adalah sebagai peringatan dan pengajaran
kepada semua pelajar. Akhir kata, matlamat semua peraturan dan tindakan adalah untuk pelajar
belajar.
GAMBARAJAH POTONGAN RAMBUT MURID LELAKI YANG DIBENARKAN
Surat Pekeliling Ikhtisas No 2/1976

BENTUK BAJU DAN SELUAR YANG DIBENARKAN

Poket seluar di dalam

Belakang
Sisi

Lilit kaki seluar ( 14 – 18 inci )


Labuh hingga ke buku lali
Baju lengan pendek
Baju lengan panjang
Susun tepi

Susun tepi

Hadapan Belakang

Belakang

BAJU KURUNG TRADISIONAL , MINI TELEKUNG ATAU TUDUNG YANG


Labuh dua DIBENARKAN
inci dari paras siku

Labuh
Labuh dua
dua inci
inci dari
dari paras
paras lutut
siku
Belakang
REKOD KESALAHAN

Bil Kesalahan Tarikh / Masa Tindakan Nama Pelapor

REKOD KESALAHAN
Bil Kesalahan Tarikh / Masa Tindakan Nama Pelapor

CATATAN PERHIMPUNAN MINGGUAN/ HARIAN

TARIKH / HARI CATATAN


CATATAN PERHIMPUNAN MINGGUAN/ HARIAN

TARIKH / HARI CATATAN


CATATAN PERHIMPUNAN MINGGUAN/ HARIAN

TARIKH / HARI CATATAN


CATATAN PERHIMPUNAN MINGGUAN/ HARIAN

TARIKH / HARI CATATAN

CATATAN PERHIMPUNAN MINGGUAN/ HARIAN

TARIKH / HARI CATATAN


CATATAN PERHIMPUNAN MINGGUAN/ HARIAN

TARIKH / HARI CATATAN


CATATAN PERHIMPUNAN MINGGUAN/ HARIAN

TARIKH / HARI CATATAN

CATATAN PERHIMPUNAN MINGGUAN/ HARIAN


TARIKH / HARI CATATAN

CONTOH UNIFORM LENGKAP MURID SMK JELI (2 )


Murid lelaki Murid perempuan

CONTOH UNIFORM MURID SMK JELI (2 )


SEMASA KELAS PENDIDIKAN JASMANI /
BERSUKAN / SEMASA AKTIVITI LUAR BILIK
DARJAH
Murid lelaki Murid perempuan

IKRAR MURID

Bahawa kami murid-murid SMK Jeli (2) berikrar dan berjanji,


Akan sentiasa taat dan patuh kepada peraturan-peraturan dan

Murid lelaki Murid perempuan


undang-undang sekolah
Kami berikrar akan sentiasa menjaga
Nama baik sekolah pada setiap masa
Kami berjanji, akan sentiasa berusaha
Bagi mencapai kecemerlangan dalam segala bidang
Kami berjanji untuk menjadi
Rakyat yang dinamis, progresif dan bertanggungjawab kepada
agama, bangsa dan Negara kami

AKU JANJI PELAJAR

Buku Peraturan sekolah ini telah dibaca dan saya akan mematuhi semua peraturan yang terkandung di
dalam dan mematuhi arahan-arahan pihak sekolah yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Tandatangan :___________________________________ Tarikh:_________________

Nama Murid:___________________________________ No. Kad Pengenalan :


_________________

SAKSI ( IBUBAPA/PENJAGA )

Tandatangan: __________________________________ Tarikh: ______________

Nama Ibubapa/penjaga:___________________________ No. Kad Pengenalan:


________________

Murid lelaki

Anda mungkin juga menyukai