Anda di halaman 1dari 27

1

BUKU PERATURAN
DAN TATA TERTIB SEKOLAH

DISEDIAKAN OLEH:
UNIT DISIPLIN
SK TUALANG SEKAH, PERAK
2

PENDAHULUAN

Buku Peraturan Sekolah ini disediakan kepada semua pelajar Sekolah Kebangsaan SK
Tualang Sekah, Perak sebagai maklumat yang perlu diketahui dan garis panduan kepada
peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pelajar sepanjang tempoh pembelajaran di sekolah
ini.

Panduan dan peraturan yang terkandung dalam buku peraturan ini termasuklah apa-apa
panduan dan peraturan yang dibuat dari semasa ke semasa oleh pihak sekolah. Apa-apa
kaedah atau peraturan lain yang bersifat am atau khusus yang dikeluarkan oleh sekolah atau
mana-mana pihak berkuasa dari semasa ke semasa adalah terpakai kepada semua pelajar
di sepanjang tempoh pembelajaran di sekolah.

Cetakan I : 01 Januari 2017


3

RUKUNEGARA

Maka Kami, Rakyat Malaysia


Berikrar Akan Menumpukan
Seluruh Tenaga Dan Usaha Kami
Untuk Mencapai Cita-Cita Tersebut Berdasarkan Prinsip-Prinsip Berikut :

Kepercayaan Kepada Tuhan


Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
Keluruhan Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan Dan Kesusilaan

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti


Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

MOTO

“Ilmu Suluh Hidup”


4

LAGU NEGARAKU

Negaraku
Tanah Tumpahnya Darahku,
Rakyat Hidup
Bersatu Dan Maju,

Rahmat Bahagia
Tuhan Kurniakan,
Raja Kita
Selamat Bertakhta,

Rahmat Bahagia
Tuhan Kurniakan.
Raja Kita
Selamat Bertakhta

LAGU NEGERI PERAK

Dilanjutkan
Allah usianya Sultan
Adil dan murah
Memerintah watan

Ditaati rakyat
Kiri dan kanan
Iman yang soleh
Allah kurniakan

Allah berkati
Perak Ridzuan
Allah selamatkan
Negeri dan Sultan.

IKRAR PELAJAR

BAHAWA KAMI, pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan SK Tualang Sekah berikrar akan


mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ada di sekolah ini yang berlandaskan
kepada Falsafah Pendidikan Negara dan prinsip-prinsip Rukun Negara sepanjang masa.

Kami juga berikrar akan menghormati ibu bapa, guru-guru dan orang yang lebih tua daripada
kami.

Kami juga berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum demi kesejahteraan diri, keluarga,
bangsa, agama dan negara.
5

MATLAMAT PERATURAN SEKOLAH

● Melahirkan insan kamil selaras dengan konsep “Insan Sebagai Hamba dan Khalifah
Allah”.
● Melahirkan insan yang berpendidikan, berakhlak mulia dan berdisiplin.
● Melahirkan insan yang berwibawa dalam kepimpinan.
● Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi semua pelajar, guru dan
kakitangan.
● Mewujudkan persekitaran sekolah yang indah dan bersih.

PANDUAN PERATURAN SEKOLAH


6

PANDUAN PERATURAN SEKOLAH

GARIS PANDUAN PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH


UNTUK PELAJAR

1. KEHADIRAN

1.1 Kehadiran ke sekolah pada hari-hari persekolahan adalah diwajibkan.


1.2 Murid-murid sesi pagi (Tahun 3, 4, 5 & 6) mesti berada di sekolah sebelum atau pada
pukul 7.20 Pagi.
1.3 Waktu PdP adalah seperti berikut:

(Tahun 1-2)
Isnin – Khamis : 1.00 tengah hari – 6.20 petang
Jumaat : 2.30 petang – 6.20 petang

(Tahun 3)
Isnin : 7.30 pagi – 12.50 tengah hari
Selasa - Jumaat : 7.30 pagi – 12.20 tengah hari

(Tahun 4, 5 & 6)
Isnin : 7.30 pagi – 1.20 tengah hari
Selasa - Khamis : 7.30 pagi – 12.50 tengah hari
Jumaat : 7.30 pagi – 12.20 tengah hari

1.4 Pelajar yang lewat sampai ke sekolah hendaklah melaporkan diri kepada pengawas
bertugas di pintu masuk atau kepada guru bertugas sebelum masuk ke kelas.
1.5 Pelajar yang lewat hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah boleh dikenakan
denda oleh pengawas atau guru disiplin.
1.6 Setiap pelajar adalah diwajibkan mematuhi arahan untuk hadir dan menyertai apa jua
kegiatan yang djalankan oleh pihak sekolah.
1.7 Kelas tambahan atau gantian adalah dianggap sebagai waktu persekolahan biasa dan
wajib dihadiri oleh pelajar.

2. KETIDAKHADIRAN

2.1 Pelajar yang tidak hadir ke sekolah oleh sebab-sebab tertentu hendaklah menyatakan
sebab dengan mengemukakan suratdaripada doktor / ibu bapa / penjaga / warden.
2.2 Pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab atau akuan doktor / ibu bapa
/ penjaga akan dianggap sebagai ponteng sekolah dan boleh diambil tindakan.
2.3 Tindakan terhadap kes ponteng:
7

HARI TIDAK HADIR HARI TIDAK HADIR


SURAT
BERTURUT-TURUT BUKAN BERTURUT-TURUT

Amaran Pertama Pada hari ke-3 Pada hari ke-10

Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran Pertama 10 hari selepas Amaran Pertama

Amaran Terakhir 7 hari selepas Amaran Kedua 20 hari selepas Amaran Kedua

Buang Sekolah 14 hari selepas Amaran Terakhir 20 hari selepas Amaran Terakhir

2.4 Seterusnya mana-mana pelajar yang tidak hadir ke sekolah kerana sakit selama 15 hari
berturut-turut tanpa mendapat apa-apa keterangan sah secara bersurat daripada
penjaga, pelajar berkenaan boleh digantung sekolah.
2.5 Pelajar dianggap hadir jika mewakili sekolah untuk aktiviti kokurikulum.

3. PAKAIAN

Pakaian seragam sekolah mestilah dipakai sepanjang pelajar-pelajar berada di


sekolah.Pakaian hendaklah sentiasa bersih dan kemas.

3.1. Pakaian Pelajar Lelaki:


3.1.1 Seluar panjang warna biru gelap. Baju putih berlengan pendek.
3.1.2 Ukuran seluar hendaklah berfesyen sederhana. Tidak dibenarkan
memakai seluar yang sempit, terlalu kecil kakinya atau jenis bell
bottom/baggy, terlalu singkat (melepasi buku lali) atau terlalu labuh
sehingga menyapu lantai.
3.1.3 Kasut putih penuh bertapak rata dan rendah tidak melebihi setengah
inci dipakai dengan stokin putih berukuran sejengkal daripada buku lali
Lencana dilekatkan pada poket baju sebelah kiri dada.
3.1.4 Kedudukan tanda nama (name tag), dilekatkan pada poket sebelah
3.1.5 atas,1/2 inci dari kedudukan lencana sekolah. (name tag di atas,
lencana di bawah )
TANDA NAMA

Lencana

3.1.6 Tali leher wajib dipakai sepanjang waktu persekolahan dan berwarna
biru tua.

3.2. Pakaian Pelajar Perempuan:


3.2.1 Baju kurung potongan ‘tradisional’ bewarna putih, leher Teluk Belanga
dan berlengan panjang serta labuh mesti melebihi paras lutut. Tidak
8

berfesyen besar dan tidak terlalu ketat.Tidak dari jenis kain yang jarang.
3.2.2 Kain sarung warna biru tua, tidak terlalu singkat (melepasi buku lali) dan
terlalu labuh sehingga menyapu lantai.
3.2.3 Lencana dilekatkan pada tudung sebelah kiri dada.
3.2.4 Anak tudung berbentuk “bulat” dan bewarna “putih”.
3.2.5 Tudung mesti melepasi paras dada untuk bahagian hadapan, dan
menutup hingga tengah belakang untuk bahagian belakang.
3.2.6 Kasut putih penuh bertapak rata dan rendah tidak melebihi setengah
inci dipakai dengan stokin putih berukuran sejengkal daripada buku lali.
3.2.7 Pelajar dibenarkan memakai singlet atau t-shirt putih tanpa corak
sahaja di bahagian dalam baju sekolah.
3.2.8 Pelajar hendaklah memakai “tanda nama” yang diletakkan di sebelah
kiri baju atau tudung dan tanda nama mestilah mengikut syarat yang
telah ditentukan oleh pihak sekolah.
3.2.9 Pakaian seragam ini hendaklah dipakai sewaktu masa persekolahan,
menghadiri kelas tambahan, dan sepanjang masa peperiksaan.

3.3. Pakaian Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Ketua dan Penolong K.Kelas

3.3.1 Pengawas Lelaki


Baju kemeja biru ‘turquoise’ berlengan panjang dan berkancing,
berseluar panjang warna biru gelap, memakai vest warna biru gelap
diluar, berstokin hitam dan berkasut hitam (kiwi atau tidak).

Tali leher gelap

Baju vest biru tua

Baju kemeja biru ‘turquoise’

Seluar biru tua

Kasut hitam
9

3.3.2 Pengawas Perempuan

Pakaian Rasmi Hari Isnin


Baju kemeja biru ‘turquoise’ berlengan panjang dan berkancing, kain
berbentuk ‘A’ warna biru gelap, memakai vest warna biru gelap, dan
tudung berwarna biru ‘turquoise’ dimasukkan ke dalam baju, berstokin
hitam dan berkasut hitam (kiwi atau tidak).

Pakaian Rasmi Hari Jumaat


Baju kurung potongan ‘tradisional’ bewarna biru ‘turquoise’, leher Teluk
Belanga dan berlengan panjang serta labuh mesti melebihi paras lutut.
Kain sarung warna biru tua, tidak terlalu singkat (melepasi buku lali) dan
tudung berwarna biru ‘turquoise’ dimasukkan ke dalam vest, berstokin
hitam dan berkasut hitam (kiwi atau tidak).

Pakaian Hari Isnin Pakaian Hari Jumaat

Tudung biru Tudung biru


‘turquoise’ ‘turquoise’

Tali leher biru tua


Baju kurung biru
‘turquoise’
Baju kemeja biru
‘turquoise’
Baju vest biru tua

Baju vest biru tua

Kain ‘A’ biru tua


Kain biru tua

Kasut Hitam Kasut Hitam


10

3.3.3 Pengawas PSS Lelaki


Baju kemeja putih berlengan panjang dan berkancing, berseluar
panjang warna merun, memakai vest warna merun diluar, berstokin
hitam dan berkasut hitam (kiwi atau tidak).

Tali leher biru tua


Baju kemeja putih

Baju vest merun

Seluar merun

3.3.4 Pengawas PSS Perempuan Kasut hitam

Pakaian Rasmi Hari Isnin


Baju kemeja putih berlengan panjang dan berkancing, kain berbentuk
‘A’ warna merun gelap, memakai vest warna merun, dan tudung
berwarna merun dimasukkan ke dalam baju, berstokin hitam dan
berkasut hitam (kiwi atau tidak).

Pakaian Rasmi Hari Jumaat


Baju kurung potongan ‘tradisional’ bewarna biru putih, leher Teluk
Belanga dan berlengan panjang serta labuh mesti melebihi paras lutut.
Kain sarung warna merun, tidak terlalu singkat (melepasi buku lali) dan
tudung berwarna merun dimasukkan ke dalam vest, berstokin hitam
dan berkasut hitam (kiwi atau tidak).
11

Pakaian Hari Isnin Pakaian Hari Jumaat


Tudung merun
Tudung merun

Tali leher biru tua

Baju kurung putih


Baju kemeja putih

Baju vest merun Baju vest merun

Kain ‘A’ merun

Kain merun

Kasut hitam Kasut hitam

3.3.5 Ketua Kelas / Penolong Ketua Kelas (Lelaki)


Baju kemeja putih berlengan panjang dan berkancing, berseluar
panjang warna biru gelap, berstokin hitam dan berkasut hitam (kiwi atau
tidak).

Tali leher biru tua Baju kemeja putih


berlengan panjang

Seluar biru tua

Kasut hitam

3.3.6 Ketua Kelas / Penolong Ketua Kelas (Perempuan)


Baju kurung potongan ‘tradisional’ bewarna biru putih, leher Teluk
Belanga dan berlengan panjang serta labuh mesti melebihi paras lutut.
Kain sarung warna biru tua, tidak terlalu singkat (melepasi buku lali) dan
tudung berwarna putih, berstokin hitam dan berkasut hitam (kiwi atau
tidak).
12

Tudung putih

Baju kurung putih

Kain biru tua

Kasut hitam

3.3.7 Tali Leher


Tali leher wajib dipakai sepanjang waktu persekolahan dan berwarna
biru tua.

3.4 Pakaian Pendidikan Jasmani:


T-shirt rumah sukan atau T-shirt sekolah atau T-shirt putih tanpa tulisan atau iklan (bagi
murid baharu). Seluar trek bottom sekolah atau trek bottom hitam atau bewarna blue
black. Semua murid perempuan wajib memakai tudung semasa pendidikan jasmani.

3.5 Pakaian Aktiviti Luar Darjah / Ko-Kurikulum / Kelas Tambahan:


Pakaian seragam sekolah yang lengkap, yang menutup aurat ketika hadir kelas
tambahan. Pakaian ko-kurikulum yang dikhaskan oleh pihak sekolah untuk kegiatan ko-
kurikulum.
13

4. KEBERSIHAN DIRI DAN PERHIASAN

4.1 Pelajar lelaki ditegah berambut panjang, rambut pelajar lelaki mestilah sentiasa pendek
iaitu :
4.1.1 Di belakang : Rambut tidak mengenai kolar baju dan mesti nipis
keseluruhannya serta kemas.

4.1.2 Di depan : Rambut tidak menutupi garisan tengah dahi.

4.1.3 Di bahagian tepi : Rambut tidak menutupi telinga dan “sideburn”


hendaklah nipis dan tidak melebihi garisan tengah muka.
14

4.1.4 Di atas : Rambut tidak melebihi 3 inci


4.1.5 Berfesyen : tidak dibenarkan membuat fesyen rambut ‘’ stylo, petak dan
sebagainya.
4.1.6 Fesyen rambut pelajar perempuan : tidak dibenarkan menyanggul
terlalu tinggi.

4.2 Pelajar diharamkan mewarna rambut dan mengenakan fesyen-fesyen tertentu.


4.3 Kuku hendaklah sentiasa pendek dan bersih. Cat kuku dan inai dilarang sama sekali.
Sebarang alat solek termasuk celak adalah dilarang.
4.4 Pelajar diharamkan memakai barang-barang kemas seperti cincin, gelang, rantai leher
4.5 dan rantai kaki.
Pelajar tidak dibenarkan “berkaca mata gelap” (sun glass) atau kacamata berbentuk
4.6 luar biasa.
Pelajar yang memakai cermin mata kerana kerosakan mata, dibenarkan memakai
4.7 cermin mata berkanta jenis photo sun atau photo grey.
Pelajar dilarang memakai contact lens, selipar, terompah, seluar corak bewarna-warni,
4.8 pakaian jeans, semasa waktu Pdp dan kelas tambahan serta pakaian tidak menutup
aurat semasa ke sekolah.
Setiap pelajar dikehendaki berpakaian lengkap, bersih dan kemas, mematuhi
4.9 peraturan-peraturan, dan cara memakai yang ditetapkan semasa berada di kawasan
sekolah.

5. PERHIMPUNAN

5.1 Perhimpunan rasmi diadakan pada setiap hari Isnin dan kehadiran adalah diwajibkan.
5.2 Semua pelajar dimestikan berada di tempat perhimpunan 15 minit sebelum
perhimpunan bermula.
5.3 Pengawas bertanggungjawab menyusun barisan dan mengawal ketenteraman
perhimpunan. Pelajar hendaklah mendengar dan mematuhi arahan pengawas.
5.4 Pelajar hendaklah sentiasa memberi perhatian kepada pengumuman dan ucapan yang
disampaikan oleh guru atau pengawas. Semua pelajar dilarang berbual-bual antara
satu sama lain.
5.5 Selepas perhimpunan, para pelajar hendaklah segera berjalan ke bilik darjah mengikut
barisan. Pemeriksaan kebersihan pakaian, kasut, rambut, kuku dan sebagainya akan
15

dijalankan oleh guru-guru disiplin/bertugas dan pengawas.


5.6 Pelajar yang tidak menghadiri perhimpunan tanpa sebab yang munasabah dan tanpa
makluman akan diambil tindakan.

6. KAWASAN SEKOLAH

6.1 Meninggalkan Kawasan Sekolah


6.1.1 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kelas pada sebarang
waktu kecuali waktu kecemasan dan mendapat kebenaran guru.
6.1.2 Pelajar yang dibenarkan mesti memakai “PAS KELUAR”.
Sewaktu pembelajaran sedang berjalan pelajar-pelajar tidak
dibenarkan meninggalkan kelas walaupun ke tandas melainkan dalam
keadaan terdesak dan mendapat kebenaran guru.
6.1.3 Tiada seorang pun dibenarkan berada di luar kelas pada waktu belajar
dengan tugas-tugas yang lain selain dari belajar. Dalam masa belajar,
pelajar-pelajar tidak dibenarkan mengadakan mesyuarat, menjalankan
kegiatan persatuan, membawa surat-surat pengumuman atau tugas-
tugas lain yang tidak penting.
6.1.4 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar dari kelas semasa pertukaran
waktu umpamanya ke tandas atau lainnya. Setiap ketua tingkatan
bertanggungjawab mengawal kelas sehingga guru tiba untuk mengajar.
6.1.5 Pelajar-pelajar yang hendak meninggalkan kelas dengan sebab-sebab
tertentu hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari guru tingkatan.
6.1.6 Sekiranya pelajar sakit dan hendak berehat di bilik rawatan, pelajar
berkenaan hendaklah mendapatkan kebenaran dari guru tingkatan
dengan memaklumkan kepada guru yang sedang mengajar pada
waktu itu.
6.1.7 Sekiranya pelajar hendak meninggalkan sekolah atas sebab-sebab
tertentu, pelajar hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis dari Guru
Besar, Penolong Kanan dengan mengisi borang khas. Satu salinan
hendaklah kepada Guru Tingkatan dan satu salinan hendaklah
disimpan oleh pelajar.

7. KELAS

7.1 Pelajar di dalam sesebuah kelas bertanggungjawab akan keselamatan harta benda
sekolah di dalam bilik darjah masing-masing. Sebarang kerosakan yang disebabkan
oleh pelajar samada disengajakan atau tidak, pelajar kelas berkenaan wajib
bertaggungjawab.
7.2 Para pelajar di dalam sebuah kelas bertanggungjawab tentang kesempurnaan bilik
darjah dari segi lantai, siling, dinding, tingkap, lampu, kerusi, meja dan sebagainya. Bilik
darjah hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan ceria.
7.3 Semasa ketiadaan guru dalam bilik darjah, ketua kelas, penolong dan pengawas kelas
berkenaan bertanggungjawab menjaga ketenteraman bilik darjah dan hendaklah
mencari guru yang sepatutnya mengajar pada waktu tersebut.
16

8. KELUAR-MASUK KELAS

8.1 Keluar kelas mesti dengan kebenaran guru atau ketua kelas atau penolong ketua kelas.
Hanya dua orang pelajar (seorang lelaki dan seorang perempuan) dibenarkan keluar
untuk satu-satu masa dan diwajibkan memakai pas/bip/tag kebenaran keluar kelas.
8.2 Pelajar tidak dibenarkan berada di dalam bilik darjah pada masa rehat.
8.3 Para pelajar hendaklah beratur dan berjalan dalam keadaan tenang ketika ke makmal,
bengkel dan sebagainya. Tidak dibenarkan singgah dimana-mana ketika dalam
perjalanan itu. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke bilik tersebut selagi guru tiada di
dalamnya.
8.4 Setiap pelajar hendaklah meminta izin guru sebelum masuk atau keluar dalam masa
guru berada di dalam kelas dan ketua kelas ketika guru tidak ada.
8.5 Pelajar dari kelas lain yang ada urusan di sesuatu kelas, hendaklah juga mematuhi
peraturan “8.4”.

9. BUDI PEKERTI DI DALAM KELAS

9.1 Pelajar mesti berada di kelas masing-masing sepanjang waktu persekolahan dan tidak
dibenarkan sama sekali berada di kelas lain kecuali dengan kebenaran guru.
9.2 Pelajar-pelajar tidak boleh membuat bising. Suasana tenang dan senyap hendaklah
diwujudkan sepanjang masa.
9.3 Setiap pelajar hendaklah memberi sepenuh perhatian kepada guru apabila guru
sedang mengajar. Arahan guru wajib dipatuhi.
9.4 Pada masa pertukaran waktu, pelajar tidak boleh meninggalkan tempat masing-masing
sementara menanti ketibaan guru.
9.5 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kelas semasa waktu belajar atas alasan
menemui guru. Pertemuan seumpama itu boleh dibuat dalam waktu rehat atau di luar
waktu pelajaran atau dipanggil oleh guru untuk sesuatu perkara yang perlu diselesaikan
segera.
9.6 Pelajar-pelajar tidak boleh terkecuali dari mana-mana waktu pengajaran dan
pembelajaran kecuali dengan alasan yang munasabah.
9.7 Jika seseorang pelajar tidak mengambil sesuatu mata pelajaran, pelajar berkenaan
hendaklah berada di dalam kelas mengikuti pelajaran guru berkenaan.
9.8 Pelajar-pelajar dikehendaki bangun “memberi hormat”apabila pelawat, Guru Besar
atau guru-guru masuk atau keluar kelas.
9.9 Apabila Guru Besar, atau guru masuk, pelajar-pelajar hendaklah berdiri dan memberi
salam.

10. HARTA BENDA SEKOLAH

10.1 Harta benda sekolah ialah segala benda kepunyaan sekolah. Jika sesuatu harta
benda sekolah dirosakkan sama ada sengaja/tidak sengaja, pelajar/kumpulan terlibat
akan dikenakan hukuman yang setimpal dan menggantinya/membayar harga barang
tersebut.
17

10.2 Buku-buku teks:


10.2.1 Buku teks adalah milik sekolah. Murid yang merosakkan atau
menghilangkan buku teks wajib menggantikan dengan buku yang baru
atau berbentuk wang ringgit dengan harga yang sama.
10.2.2 Menjadi tanggungjawab pelajar menjaga kebersihan dan keselamatan
buku tersebut.
10.2.3 Pelajar diwajibkan menyampul/membalut buku tersebut.
10.2.4 Pelajar dilarang menconteng/mengotorkan buku itu. Dilarang
merosakkan seperti menggunting gambar atau menekap dari buku.
10.2.5 Pelajar dilarang meninggalkan buku teks dalam bilik darjah apabila
habis masa sekolah.
10.2.6 Jika peraturan itu dilanggar, pihak sekolah berhak merampas atau
meminta ganti dengan buku juga.
10.2.7 Pelajar hendaklah memulangkan semula buku pinjaman pada akhir
tahun seperti yang diarahkan oleh sekolah.
10.2.8 Pelajar yang gagal memulangkan buku teks pada masa yang telah
ditetapkan pihak sekolah akan diambil tindakan.

11. KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN

11.1 Tidak dibenarkan pelajar-pelajar menulis, melukis, menggaris, menconteng atau


mengotorkan mana-mana bahagian bangunan seperti dinding, tiang, pintu dan
sebagainya kecuali dengan kebenaran.
11.2 Gunakan tandas dengan betul dan berperaturan.
11.3 Jangan meludah atau membuang kahak merata-rata.
11.4 Kebersihan bangunan dan kawasan sekolah adalah tanggungjawab bersama.
11.5 Pelajar-pelajar hendaklah membuang sampah ke dalam tong sampah yang
disediakan.

12. SAKIT DAN PENYAKIT BERJANGKIT

12.1 Pelajar-pelajar yang sakit/cedera hendaklah segera memberitahu Guru Bertugas,


Pengawas atau Ketua Kelas.
12.2 Pelajar-pelajar yang mengidap penyakit berjangkit mesti berada di rumah sehingga
sembuh.
12.3 Pelajar yang sakit di kawasan sekolah mestilah berada di bilik rawatan atau
mendapat rawatan di hospital setelah mendapat kebenaran daripada pihak sekolah
12.4 Untuk tinggal di bilik rawatan pelajar-pelajar mestilah mendapat kebenaran dari pihak
sekolah.
12.5 Guru bertugas akan menguruskan penghantaran pelajar ke hospital kerajaan atau
klinik jika sakit kuat dengan kebenaran ibu/bapa/penjaga murid.
18

13. KAWASAN YANG DILARANG

13.1 Tempat letak kenderaan guru


13.2 Kawasan tangki septik
13.3 Bilik Guru
13.4 Bilik Peperiksaan
13.5 Kawasan Tangki Air
13.6 Kawasan-kawasan bertanda “Kawasan Larangan”
13.7 Kawasan “red line” (yang bertanda tali awas merah)

14. KEBERSIHAN

14.1 Tong Sampah


14.1.1 Semua pelajar adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan di
sekolah.
14.1.2 Tong-tong sampah yang disediakan adalah untuk kegunaan
membuang sampah sahaja.

14.2 Kantin
14.2.1 Tidak dibenarkan pelajar-pelajar membeli makanan/minuman dalam
masa belajar atau masa pertukaran waktu kecuali dengan kebenaran.
14.2.2 Ditegah berebut-rebut dan membuat bising di kantin/koperasi ketika
membeli makanan dan minuman.
14.2.3 Jangan tinggalkan bekas-bekas makanan atau minuman di atas meja
atau lantai kantin. Letakkan di dalam bekas yang disediakan.Hindarkan
daripada menumpahkan makanan dan minuman.
14.2.4 Bersopan ketika makan dan minum iaitu hendaklah duduk dan tidak
makan atau minum sambil berjalan.
14.2.5 Buang pembungkus makanan/minuman ke dalam tong sampah yang
disediakan.

14.3 Bilik Darjah


14.3.1 Setiap bilik darjah hendaklah berada dalam keadaan bersih, kemas dan
teratur.
14.3.2 Papan putih, meja, kerusi dan lain-lain harta benda hendaklah dijaga,
tidak dicakar atau dikotorkan.
14.3.3 Setiap bilik darjah mesti mempunyai jadual bertugas bertujuan
memastikan kebersihan dan keceriaan bilik darjah serta kawasan
laluan koridor.
14.3.4 Segala harta benda yang berada di dalam bilik darjah yang dirosakkan
seperti kerusi, meja, tingkap dan lain-lain perlu dibayar ganti rugi.
14.3.5 Setiap kelas dibekalkan 2 batang penyapu, 1 penyodok dan 1 tong
sampah.

14.3 Tandas
14.3.1 Semua pelajar perlu membersihkan tandas selepas digunakan.
19

14.3.2 Pelajar tidak dibenarkan menconteng dinding tandas.


14.3.3 Segala sampah tidak dibenarkan dibuang ke dalam mangkuk tandas
sebaliknya dibuangkan ke dalam tong-tong yang disediakan.

15. KESELAMATAN

15.1 Beratur
15.1.1 Pelajar perlu berjalan dengan tertib dan teratur apabila bergerak ke
mana-mana tempat.

15.2 Waktu Balik


15.2.1 Lima minit sebelum pulang, pelajar mestilah mengemaskan kerusi
meja, membersihkan kelas dan menutup suis lampu serta kipas.
15.2.2 Apabila masa pulang telah sampai, pelajar boleh keluar kelas dengan
teratur. Pelajar hendaklah beratur di tempat yang ditetapkan dan
berjalan apabila diarahkan.
15.2.3 Semua pelajar hendaklah mengikut arahan pengawas yang mengawal
laluan.
15.2.4 Pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah sehingga
ibu/bapa/penjaga dating untuk mengambil pulang.
15.2.5 Pelajar dikehendaki beratur dengan tertib ketika menaiki kenderaan.
15.2.6 Pelajar yang berjalan kaki perlu berjalan dengan teratur di atas bahu
jalan dan tidak secara beriringan.

16. PELAWAT

16.1 Ibu bapa atau penjaga hanya dibenarkan berjumpa anak mereka pada waktu rehat.
16.2 Pihak sekolah berhak melarang mana-mana pelawat untuk berjumpa dengan pelajar
tanpa memberi sebarang penjelasan.
16.3 Pada hari-hari persekolahan ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan berjumpa
dengan anak mereka kecuali jika keadaan mendesak setelah mendapat kebenaran
dari pihak sekolah terlebih dahulu.
16.4 Pelawat mestilah mematuhi papan arahan yang disediakan.

17. KETUA PENGAWAS DAN PENGAWAS

17.1 Perlantikan dan pemilihan pengawas-pengawas akan dibuat oleh Badan Disiplin
Sekolah dengan kerjasama guru-guru dan disahkan oleh Guru Besar.
17.2 Seorang pengawas biasanya akan memegang jawatannya berterusan tetapi Guru
Besar dan guru-guru boleh menyingkirkan seseorang itu dari Badan Pengawas
sekiranya perlu.
17.3 Guru Besar ada kuasa membuat pindaan dalam perlantikan pengawas itu.
17.4 Sifat-sifat Kelayakan:
17.4.1 Untuk dilantik sebagai seorang pengawas, seorang pelajar hendaklah
20

mempunyai akhlak dan kelakuan yang elok di samping prestasi


akademik yang baik dan mengambil bahagian yang cergas dalam
kegiatan sekolah.
17.4.2 Lain-lain kelayakan :
a) Bertanggungjawab dengan sepenuhnya
b) Berwibawa dan bekerjasama
c) Rajin dan berusaha, sedia memberi perkhidmatan
d) Jujur dan berakal
e) Menepati masa
17.5 Tugas-tugas pengawas:
17.5.1 Mereka hendaklah menolong Jawatankuasa tatatertib sekolah untuk
mengekalkan suasana yang baik semasa perhimpunan semasa
belajar, semasa rehat dan setiap masa dan menentukan peraturan-
peraturan sekolah dipatuhi.
17.5.2 Mereka hendaklah mengawasi semua harta benda sekolah supaya
tidak dirosakkan. Mereka mesti juga menolong pihak sekolah menjaga
kebersihan kelas dan sekolah.
17.5.3 Pengawas-pengawas mestilah menjalankan tugas-tugas mereka
semasa perhimpunan sekolah, masa bersurai sekolah dan upacara
sekolah. Ketua pengawas akan menyediakan giliran tugas Pengawas.
17.5.4 Pengawas-pengawas yang berulang kali kurang bertanggungjawab
akan diberi amaran.
17.5.5 Semasa menjalankan tugas, pengawas-pengawas patut bersikap tegas
namun perlu bersopan santun dengan pelajar-pelajar. Mereka tidak
boleh berkelakuan kasar. Mereka hendaklah menjaga keharmonian
pelajar.Sekiranya ada pelajar melanggar peraturan, dia hendaklah
diberi dua amaran. Pada amaran ketiga, pelajar itu mesti dilaporkan
kepada guru Lembaga Disiplin.

18. PENGGUNAAN SURAU SEKOLAH.

18.1 Sejadah hendaklah disimpan setelah digunakan.


18.2 Pelajar perempuan dikehendaki untuk membawa telekung masing-masing atau
boleh menggunakan telekung milik sekolah
18.3 Pelajar hendaklah beratur sewaktu mengambil wudhu’ dan tidak berebut-rebut.
18.4 Al-Quran yang digunakan mestilah disimpan di rak yang disediakan
18.5 Pelajar tidak dibenarkan bermain di dalam surau.
18.6 Pelajar hendak berada dalam keadaan senyap sewaktu berada di dalam surau.

19. WAKTU REHAT

Waktu rehat adalah mengikut kesesuaian jadual waktu sekolah dan peperiksaan.
21

20. LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN

20.1 Apabila loceng isyarat dibunyikan, pelajar-pelajar mesti berbaris di luar kelas dan
berjalan mengikut laluan yang di benarkan. ( ikut plan kebakaran ).
20.2 Pelajar-pelajar mestilah bergerak secara senyap, tidak terburu-buru atau berlari dan
tanpa cuba berlumba-lumba antara satu sama lain.
20.3 Di tempat berkumpul itu, guru-guru darjah hendaklah berada bersama barisan
pelajar-pelajarnya. Dengan menggunakan daftar kedatangan pastikan setiap pelajar
di dalam kelasnya berada di situ.
20.4 Guru darjah hendaklah melaporkan dengan serta-merta kepada Guru Besar jika ada
sesiapa yang diketahui tidak ada di situ dan hendaklah mencari pelajar itu dengan
segera.
20.5 Tidak seorang pun dibenarkan memasuki bangunan itu semula untuk mengambil
barang-barang seperti buku, baju dan lain-lain.
20.6 Sekiranya ada sesiapa yang tidak berada di bilik darjah semasa loceng isyarat
berbunyi hendaklah mereka pergi terus ke tempat berkumpul yang telah ditetapkan.
Mereka dikehendaki melaporkan diri kepada guru darjah dan berada bersama-sama
rakan-rakan sekelasnya.

21. BAYARAN TAMBAHAN

Bayaran tambahan adalah berdasarkan oleh pakej yang dipilih oleh sekolah seperti
penambahan buku kerja murid dan sebaagainya.

22. KEGIATAN LUAR BILIK DARJAH (AKTIVITI KOKURIKULUM)

22.1 Pelajar–pelajar digalakkan untuk turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan
oleh sekolah.
22.2 Pelajar–pelajar tidak dibenarkan untuk turut serta dalam kegiatan-kegiatan luar
sekolah yang bukan dianjurkan oleh sekolah kecuali dengan kebenaran sekolah.
22.3 Kebenaran bertulis mestilah diperolehi terlebih dahulu daripada Guru Besar
sekiranya seseorang pelajar ingin atau dikehendaki mengambil bahagian di dalam
kegiatan-kegiatan luar atau pertubuhan luar, persatuan, permainan dan lain-lain yang
dianjurkan sekolah atau jabatan pendidikan.
22.4 Pelajar-pelajar adalah DILARANG KERAS memasuki sebarang pertubuhan haram
atau kongsi gelap.

23. KATEGORI KESALAHAN

23.1 Kesalahan Ringan


23.1.1 Menyimpan misai, janggut dan jambang.
23.1.2 Berambut panjang atau menyimpan rambut yang menyerupai
kumpulan tertentu.
23.1.3 Bermain dalam bilik darjah, kaki lima atau kawasan yang dilarang.
22

23.1.4 Menggunakan atau membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah


dari sekolah tanpa kebenaran.
23.1.5 Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran Guru Besar, atau Guru-guru
Penolong Kanan atau guru yang bertugas di dalam bilik darjah pada
ketika itu.
23.1.6 Berada di kantin pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P)
tanpa kebenaran.
23.1.7 Menyimpan atau menggunakan peralatan permainan kepunyaan
sekolah tanpa kebenaran.
23.1.8 Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran
Guru Besar atau wakilnya.
23.1.9 Memakai barang kemas atau perhiasan alat solek kecuali jam.
23.1.10 Makan dan minum di dalam bilik darjah.
23.1.11 Melakukan pembaziran air atau elektrik.
23.1.12 Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap atau memakai pakaian
sekolah dengan kemas.
23.1.13 Semua kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran (tidak
membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian
dan lain-lain).
23.1.14 Lewat ke sekolah.
23.1.15 Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/kelas.
23.1.16 Bising dalam kelas sehingga menganggu kelas lain.
23.1.17 Menunggang atau motor dalam kawasan sekolah.
23.1.18 Berjalan-jalan dalam kawasan sekolah.
23.1.19 Tidak membuat tugasan yang diarahkan.
23.1.20 Mengganggu kawan.
23.1.21 Mengganggu guru.
23.1.22 Lewat masuk kelas.
23.1.23 Mengotorkan kelas.
23.1.24 Tidak duduk setempat.
23.1.25 Berada dalam kawasan larangan.
23.1.26 Pergi ke tandas pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) tanpa
kebenaran.
23.1.27 Tidak beratur semasa membeli makanan di kantin.
23.1.28 Berada di kawasan yang tersembunyi pada sebarang waktu.
23.1.29 Membuang sampah merata-rata.
23.1.30 Meludah atau membuang barang-barang dari bangunan.
23.1.31 Mengguna atau menyimpan sebarang alatan orang lain tanpa
kebenaran.
23.1.32 Menjalankan perniagaan sendiri atau menjadi agen perniagaan tanpa
kebenaran pihak sekolah.
23.1.33 Memakai cermin mata berfesyen.
23.1.34 Kesalahan lain yang ditentukan oleh Guru Besar.
23.1.35 Membawa telefon bimbit dan MP3.

23.2 Kesalahan Sederhana


23.2.1 Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi tiga kali.
23

23.2.2 Menyalahgunaan / menggunakan peralatan/sumber bekalan elektrik


sekolah tanpa kebenaran.
23.2.3 Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
23.2.4 Tiga amaran, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian /
peperiksaan.
23.2.5 Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.
23.2.6 Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata sekolah, negeri dan
kebangsaan.
23.2.7 Fesyen rambut yang keterlaluan, seperti punk / skin head atau
bewarna.
23.2.8 Menconteng pada harta benda sekolah.
23.2.9 Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan
memakai subang lebih daripada satu pada satu cuping telinga.
23.2.10 Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh
Jawatankuasa Disiplin Sekolah.

23.3 Kesalahan Berat


23.3.1 Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga
23.3.2 Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam
kegiatan dadah.
23.3.3 Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau
sebarang benda yang memabukkan / menghayalkan.
23.3.4 Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau.
23.3.5 Menyebabkan / melakukan pergaduhan atau kekerasan.
23.3.6 Melayan, mengancam, memukul atau mengugut / mencederakan guru
/ pengawas / murid.
23.3.7 Biadap terhadap guru / pengawas / murid.
23.3.8 Memeras ugut guru / pengawas / murid.
23.3.9 Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya.
23.3.10 Melakukan buli, penderaan atau paksaan terhadap murid lain.
23.3.11 Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan
larangan.
23.3.12 Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.
23.3.13 Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana,
majalah atau pita dan multimedia yang terlarang.
23.3.14 Membabitkan diri dalam kumpulan haram.
23.3.15 Mencabul kehormatan guru / murid.
23.3.16 Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.
23.3.17 Melacur / menjadi bohsia / bohjan / pondan.
23.3.18 Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.
23.3.19 Mengintai murid lelaki / perempuan.
23.3.20 Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan.
23.3.21 Merosakkan harta benda sekolah / guru / murid.
23.3.22 Membawa atau menggunakan bahan letupan.
23.3.23 Menulis / melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan
perbuatan lucah.
23.3.24 Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau
24

merusuh.
23.3.25 Menyalahgunakan alat permainan, elektronik atau bahan-bahan
multimedia.
23.3.26 Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan
atau mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran / ujian.
23.3.27 Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang
bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat Malaysia.
23.3.28 Menganjur atau membabitkan diri dalam diri dalam acara kebudayaan
tanpa kebenaran pihak sekolah.
23.3.29 Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari
atau berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari / selama 1 tahun sesi
persekolahan.
23.3.30 Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru Besar atau guru yang
menjalankan tugas.
23.3.31 Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa
kebenaran Guru Besar atau wakilnya.
23.3.32 Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan
lucah.
23.3.33 Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.
23.3.34 Melakukan hubungan yang dicurigai.
23.3.35 Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini
oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah .

24. SALAH LAKU

24.1 Tingkah Laku Jenayah


24.1.1 Mendera dan mencederakan.
24.1.2 Bertindak ganas dan mencederakan.
24.1.3 Memeras ugut.
24.1.4 Bergaduh.
24.1.5 Mencuri.
24.1.6 Menipu atau memperdayakan.
24.1.7 Menimbulkan kegelisahan dikalangan pelajar.
24.1.8 Menyalahgunakan dadah.
24.1.9 Khalwat.
24.1.10 Segala perbuatan jenayah mengikut Undang-undang Negara.
24.1.11 Menyertai kumpulan kongsi gelap.

24.2 Tingkahlaku Lucah


24.2.1 Mencarut.
24.2.2 Berdua-duaan.
24.2.3 Becumbu-cumbuan.
24.2.4 Melihat / membaca bahan lucah.
24.2.5 Melukis / menulis bahan lucah.
24.2.6 Menyimpan / meminjamkan bahan lucah.
24.2.7 Bersubahat dalam perbuatan sumbang.
25

24.2.8 Berpakaian tidak senonoh.

24.3 Tingkahlaku Anti-Sosial


24.3.1 Tidak mahu bergaul.
24.3.2 Merosakkan harta benda individu / sekolah.
24.3.3 Membuat bising.
24.3.4 Menjerit-jerit tidak tentu pasal.
24.3.5 Mengganggu orang lain.
24.3.6 Menulis dan menconteng bangunan.
24.3.7 Membuang sampah merata-rata.
24.3.8 Mendendam / hasat dengki / cemburu.
24.3.9 Memaki hamun.
24.3.10 Sombong, bongkak dan biadap.

24.4 Tingkahlaku Tidak Jujur


24.4.1 Meniru dalam ujian dan peperiksaan.
24.4.2 Meniru tandatangan orang lain.
24.4.3 Bercakap bohong.
24.4.4 Mengubah markah yang dicatat oleh guru.
24.4.5 Ponteng sekolah atau aktiviti sekolah.
24.4.6 Menganiaya sesama rakan.
24.4.7 Tidak amanah.
24.4.8 Mengampu.
24.4.9 Memperdayakan ibu bapa dan orang lain.
24.4.10 Mengambil barang orang lain tanpa izin.
24.4.11 Melakukan kerja tanpa kesungguhan dan tanggungjawab.
24.4.12 Berdolak-dalik.

24.5 Tingkahlaku Tidak Sopan


24.5.1 Berbahasa kasar.
24.5.2 Tidak menghormati guru.
24.5.3 Menghisap rokok.
24.5.4 Berambut panjang.
24.5.5 Tidak memberi perhatian semasa guru mengajar.
24.5.6 Lalai dan cuai terhadap pelajaran.
24.5.7 Mempermain / memperlekehkan guru.
24.5.8 Selalu lewat.
24.5.9 Suka bertengkar.
24.5.10 Pakaian tidak sesuai.

25. PERATURAN KHAS

25.1 Ibu bapa / penjaga yang bercadang untuk menukar persekolahan pelajar-pelajar,
perlu memaklumkan pihak sekolah dan mengisi boring permohonan pertukaran
sebelum mengambil sebarang tindakan.
26

25.2 Ibu bapa / penjaga yang perlu menghantar / mengambil pelajar-pelajar ke / dari
sekolah dikehendaki berada di luar pagar sekolah pada setiap masa.
25.3 Pelajar-pelajar hendaklah menyerahkan sebarang dokumen rasmi sekolah seperti
surat, resit, kad ujian, dan seumpamanya kepada ibubapa / penjaga apabila
diarahkan berbuat demikian oleh pihak sekolah.

26. PERATURAN LAIN ATAU BAHARU

26.1 Selain wajib mematuhi peraturan-peraturan di dalam buku ini, pelajar-pelajar juga
wajib akur kepada peraturan lain yang digubal oleh pihak sekolah yang tidak tercatat
di dalam buku ini.
26.2 Pihak sekolah juga akan mengeluarkan peraturan-peraturan baharu berdasarkan
keperluan semasa dan setiap pelajar wajib mematuhinya.
26.3 Pelajar juga dikehendaki mematuhi arahan-arahan / peraturan-peraturan dari
semasa ke semasa yang dikeluarkan oleh Pihak Sekolah / Pejabat Pelajaran Daerah
atau Kementerian Pelajaran Malaysia.
27

BORANG PENGAKUAN

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Tualang Sekah,
Jalan Besar,
31700 Malim Nawar,
Perak Darul Ridzuan.

Melalui Guru Kelas,

BUKU PERATURAN DAN TATATERTIB SEKOLAH KEBANGSAAN TUALANG SEKAH.

1. Saya telah memiliki sebuah buku tersebut untuk menjadi rujukan dan panduan saya
sendiri.
2. Saya faham segala isi kandungannya dan berjanji akan mematuhi sepenuhnya segala
yang disuruh dan menjauhi sepenuhnya segala yang dilarang.
3. Saya sedar, bahawa saya akan dikenakan tindakan sewajarnya oleh pihak sekolah
jika saya melanggar disiplin sekolah ini dan saya rela menerima hukuman yang
setimpal dan tidak akan membuat rayuan.
4. Saya menandatangani setiap muka surat buku peraturan dan tatatertib ini, sebagai
bukti telah membaca dan memahami segala isi kandungannya.

Sila tulis nama anak tuan / puan yang masih bersekolah di SK Tualang Sekah.
Bil Nama Anak Darjah

*sila lampirkan di lampiran lain jika ruangan ini tidak mencukupi

Pengakuan : Saya ____________________________________ ibu / bapa / penjaga kepada


murid seperti nama yang tertulis di atas telah membaca keseluruhan isi buku Peraturan dan
Tatatertib Sekolah dan memahaminya.

Tanda tangan Ibu bapa/Penjaga :

Nama :

Tanda tangan Guru Kelas :

Nama :

Anda mungkin juga menyukai