Anda di halaman 1dari 26

KOD SEKOLAH : BBA5004

TELEFON/FAKS : 03-60918661
Email : bba5004@btpnsel.edu.my

PERATURAN SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI CHOH


48000 RAWANG
SELANGOR DARUL EHSAN

NAMA: ___________________________________________
KELA
S

PRA

THN 1

THN 2

THN 3

THN 4

BUTIR-BUTIR MURID

THN 5

THN 6

Lekatkan
Gambar

Nama Penuh

:...

No. Surat Beranak

:...

No. Daftar Sekolah

:...

Tahun
Kelas

Nama Ibu Bapa/Penjaga

..

Alamat Rumah:
No. Tel.:.

Alamat Pejabat:..
No. Tel.:.

Tandatangan Murid:

SETIAP MURID DIMESTIKAN MEMILIKI BUKU PERATURAN INI

IKRAR MURID

Kami murid Sekolah Kebangsaan Sungai Choh berikrar,


bahawa kami akan;

Taat dan patuh kepada ajaran agama.


Berakhlak mulia dan menghormati ibu, bapa, dan guru.
Sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk
mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan
kokurikulum.
Memartabatkan imej dan nama baik sekolah.
Menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan
berdisiplin berdasarkan prinsip-prinsip Rukunegara.

VISI

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERD

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN Y

NEGARAKU
Negaraku
Tanah Tumpahnya Darahku
Rakyat Hidup
Bersatu Dan Maju
Rahmat Bahgia
Tuhan Kurniakan
Raja Kita
Selamat Bertakhta
Rahmat Bahgia
Tuhan Kurniakan
Raja Kita
Selamat Bertakhta
NEGERI SELANGOR
Duli Yang Maha Mulia
Selamat Di atas Takhta
Allah Lanjutkan Usia Tuanku
Rakyat Mohon Restu
Bawah Duli Tuanku
Bahagia Selama-lamanya
Aman Dan Sentosa
Duli Yang Maha Mulia
LAGU SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Sungai Choh
Sekolah yang ku cinta
Muridnya maju didikan guru
Disiplin tetap jaga
Maju berusaha dan jaya
Cogankata harus dikota
Agar jadi rakyat berjasa
Pada nusa dan bangsa
Sekolah Kebangsaan Sungai Choh
Sekolah yang kubangga
Semoga Allah berkati kita
Dari dunia ke akhirat
MAKSUD DISIPLIN
6

Menurut Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran, disiplin ialah:


Kesedaran individu menunaikan tanggungjawab
Kesedaran seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang
sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan diri sendiri
Kesediaan menghormati hak individu lain
Kesediaan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib
Kesediaan menghormati antara satu sama lain dan mempunyai semangat
tolong-menolong
Kesediaan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina
serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat
PENTINGNYA DISIPLIN
Setiap institusi pelajaran mempunyai peraturan yang patut dan perlu dipatuhi oleh
pelajar-pelajar. Peraturan tersebut dikenakan untuk tujuan mendidik pelajar supaya
berkelakuan baik, menghormati orang ramai dan mempunyai disiplin diri yang baik.
Mematuhi peraturan-peraturan merupakan disiplin diri yang baik kepada pelajarpelajar.

MATLAMAT DISIPLIN
Untuk melahirkan individu yang bertaqwa, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.
Disiplin diri adalah mustahak dalam usaha kita hendak mewujudkan masyarakat yang
dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian, kemakmuran masyarakat dan
Negara.

PERATURAN SEKOLAH

PERKARA 1 :
1.1

1.2

MASA PERSEKOLAHAN

WAKTU PERHIMPUNAN
Perhimpunan Pagi :

7.30 pagi (Lebih waktu 7.30 dikira lewat)

Isnin Khamis

7.40 pagi hingga 1.30 petang (Rujuk edaran


semasa)

Jumaat

7.40 pagi hingga 12.00 tengah hari

WAKTU REHAT
1.2.1 Waktu rehat selama 20 minit
9.40 pagi hingga 10.00 pagi (Tahap 1) Tahun 1
10.10 pagi hingga 10.30 pagi (Tahap 2) Tahun 4,5,6
1.3.2 Semua murid mesti keluar dari kelas pada waktu rehat dengan arahan
dan pengawasan guru.

1.3

WAKTU PERTUKARAN KELAS


1.4.1 Semua murid mesti berbaris dan beredar dengan senyap dan pantas
mengikut arahan guru semasa pertukaran kelas.
1.4.2 Pada waktu pertukaran kelas semua murid tidak dibenarkan ke tandas
kecuali bagi kelas-kelas Pendidikan Jasmani.

1.4

Apabila loceng waktu balik dibunyikan semua murid mesti keluar dari kelas
dengan teratur dan senyap mengikut laluan yang ditetapkan dengan diawasi
oleh guru/pengawas /ketua kelas.

PERKARA 2 :
2.1
2.2
2.3
2.4

PERHIMPUNAN KHAS/HARIAN

Semua murid diwajibkan hadir.


Semua murid mesti berbaris mengikut kelas masing-masing
Semua murid mesti berpakaian lengkap dan kemas
Selepas perhimpunan semua murid mesti beredar ke kelas masing-masing
dengan teratur dan senyap

PERKARA 3 :

PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

Pakailah seragam sekolah yang lengkap. Kemas dan berlencana dan tandanama
dipakai pada hari-hari persekolahan, menghadiri upacara-upacara rasmi sekolah dan
membuat lawatan rasmi.
Semua murid diwajibkan memakai pakaian seragam
sekolah dari rumah ke sekolah sehingga balik ke rumah.
3.1

PAKAIAN MURID LELAKI


3.1.1 Seluar
Seluar bagi murid-murid lelaki ialah seluar panjang/pendek berwarna
biru tua (navy blue).
3.1.2 Tali Pinggang
Sekiranya bertali pinggang, tali pinggang itu adalah dari jenis yang
kepalanya tidak besar atau berhias. Lebar tali pinggang tidak melebihi
1 inci atau 3.75 cm. Warna tali pinggang: Sama ada hitam, coklat atau
biru.
3.1.3 Baju
Baju adalah berwarna putih dan berlengan pendek

Contoh: Pakaian Seragam Sekolah


murid lelaki berseluar panjang dan berbaju lengan
9
pendek

Hanya kolar seperti ini


diterima. Kolar potongan
Hawaii atau kolar potongan
baju melayu tidak
dibenarkan.

Hujung lengan baju


selari di atas siku
dan tidak
dibenarkan
berlipat.

Sebarang jenama tidak


dibenarkan ditampal pada
mana-mana bahagian kaki
seluar

Hujung kaki seluar


sepra buku lali dan
tidak dibearkan
lipat.
Lebar maksimum bagi
seluar panjang adalah
mengikut keselesaan dan
sekurang-kurangnya 3 inci
lebih.

10

3.1.4 Kasut dan Stokin


Kasut bagi murid-murid sekolah rendah adalah kasut kanvas berwarna
putih , stokin hendaklah berwarna putih.
3.1.5 Rambut dan Kuku
Pelajar lelaki mestilah menjaga rambut supaya sentiasa kemas dan
pendek. Istilah pendek ialah:
Di belakang :

rambut tidak melebihi garisan di bawah cuping dua


telinga

Di depan

rambut tidak menutup garis tengah dahi

Di sebelah

rambut tidak menyentuh telinga dan sideburn tidak


melebihi garis tengah hidung

Di atas

rambut tidak melebihi 3 cm

3.1.6 Pakaian Hari Jumaat untuk murid Islam Lelaki


Murid-murid Islam digalakkan memakai baju Melayu yang lengkap
dengan samping dan songkok berwarna hitam atau biru tua.
3.1.7 Murid diwajibkan memakai pakaian seragam unit beruniform pada setiap
perhimpunan rasmi hari Isnin minggu pertama setiap bulan.
3.1.8 Barang-barang Kemas
Tidak dibenarkan memakai atau membawa barang-barang kemas.

11

3.2

PAKAIAN MURID PEREMPUAN


3.2.1 Pakaian murid-murid perempuan adalah pinafore tunic berwarna biru
tua (navy blue) dan labuhnya sampai ke lutut
3.2.2 Baju Kurung dan Kain Sarung
Murid-murid perempuan boleh juga memakai baju kurung sekiranya
dikehendaki oleh ibu bapa/penjaga mereka dengan syarat baju kurung
itu berwarna putih dan kain sarung berwarna biru tua.
3.2.3 Tudung/Mini Telekung
Murid-murid perempuan juga dibenarkan memakai tudung mini telekung
dengan syarat tudung itu berbentuk tiga segi 2 sama dan tudung/mini
telekung berwarna putih, berukuran sesuai dengan murid-murid yang
memakainya.
3.2.4 Kasut dan Stokin
Kasut bagi murid-murid sekolah rendah adalah kasut kanvas berwarna
putih , stoking hendaklah berwarna putih
3.2.5 Rambut/Kuku/Riben
-

Hendaklah menyikat rambut dengan kemas

Rambut tidak boleh mencecah bahu

Rambut yang panjang hendaklah diikat kemas sebagai tocang (plait)


dengan mengguna riben hitam, putih atau biru

Murid dilarang mewarna dan menginaikan rambut

Murid-murid dilarang menyimpan kuku panjang dan mewarnakannya


dengan cat kuku atau sebagainya.

2.3.6 Alat-alat Solek


Murid-murid dilarang memakai sebarang alat make up walaupun nipis
2.3.7 Pakaian Hari Jumaat
Semua murid perempuan digalakkan memakai baju kurung
2.3.8 Barang-barang Kemas
Murid-murid tidak dibenarkan memakai atau membawa sebarang
barang-barang kemas yang tulen atau palsu
12

Contoh: Pakaian Seragam Sekolah


murid perempuan memakai "Pinafore" dan "Blouse"

13

Contoh Pakaian Seragam Murid Perempuan


Memakai Baju Kurung dan Berkain Sarung /
Memakai Baju Kurung, Berkain Sarung serta Bermini
Telekung

14

3.3

PAKAIAN SERAGAM PENGAWAS SEKOLAH


3.3.1 Pakaian Pengawas :Lelaki
Seluar panjang biru tua, kemeja biru lengan panjang
3.3.2 Pakaian Pengawas Perempuan
Baju kemeja berlengan panjang/baju kurung berwarna biru dan skirt
biru tua/kain sarung biru tua
3.4

PAKAIAN SEMASA SUKAN/PENDIDIKAN JASMANI


3.4.1 Semua murid mesti memakai T-Shirt sekolah dan seluar panjang
berwarna biru (track bottom). Murid-murid perempuan tidak dibenarkan
memakai seluar pendek.

3.5

LENCANA DAN TANDA NAMA


3.4.1 Semua pelajar dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama
sepanjang masa.
3.4.2 Lencana dan tanda nama hendaklah dipakai dan dijahit dengan benang
putih di bahagian atas poket di dada sebelah kiri baju bagi pelajar lelaki.
3.4.3 Lencana dan tanda nama hendaklah dipakai dan dijahit dengan benang
putih di bahagian atas mini telekung sebelah kiri bagi pelajar perempuan
Islam.
3.4.4 Lencana dan tanda nama hendaklah dipakai dan dijahit di bahagian
dada sebelah kiri pinafore bagi pelajar perempuan bukan Islam.
3.4.5 Kedudukan lencana hendaklah di hadapan poket.
3.4.6 Kedudukan tanda nama hendaklah di atas poket.
3.4.7 Lencana dan tanda nama yang pudar atau hilang warnanya hendaklah
diganti dengan segera.
3.4.8 Tanda nama dan lencana tidak boleh diconteng/dipinda/diubahsuai.
3.4.9 Pelajar tidak dibenarkan memakai tanda nama pelajar lain.

15

PERKARA 4
4.1

KEDATANGAN

Semua murid diwajibkan hadir tepat pada waktunya:


4.1.1 Pada semua hari persekolahan
4.1.2 Kelas-kelas bimbingan atau pemulihan
4.1.3 Aktiviti Kokurikulum

4.2

Murid yang tidak hadir mesti mengemukakan surat akuan doktor atau surat
keterangan daripada ibu bapa/penjaga. Tanpa maklumat tersebut, murid
dianggap ponteng.

4.3

Ibu bapa/penjaga akan dimaklumkan secara bertulis jika murid tidak hadir dan
diminta memberi penjelasan.
Sekiranya pihak sekolah tidak menerima
keterangan bertulis, tindakan-tindakan berikut akan diambil.
4.3.1 Tidak hadir 3 hari pertama, surat amaran pertama dihantar
4.3.2 Tidak hadir 7 hari seterusnya surat amaran kedua dihantar

4.4

Dalam masa persekolahan, murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan


sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau Guru-Guru Penolong Kanan

4.5

Murid-murid yang balik pada waktu persekolahan atau diambil oleh ibu
bapa/penjaga, diwajibkan mengisi borang kebenaran balik dan dicatat oleh
guru bertugas dalam buku kebenaran keluar sekolah.

Murid dikehendaki berpakaian kemas setiap kali datang ke sekolah untuk apa juga
aktiviti.
PERKARA 5 :
5.1

KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH

BILIK DARJAH
5.1.1 Tanggungjawab seorang murid menjaga kebersihan dan keceriaan bilik
darjah.
5.1.2 Setiap kelas mesti mempunyai sudut pembelajaran dan menghias kelas
dengan bahan-bahan akademik
5.1.3 Sebelum meninggalkan kelas.kerusi/meja mesti disusun dengan teratur.
Lampu dan kipas mesti ditutup suisnya.
5.1.4 Semua murid tidak dibenarkan memindahkan kerusi/meja/perabot
antara kelas.

16

5.2

KAWASAN SEKOLAH
5.2.1 Semua murid mesti menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah
5.2.2 Sampah yang dijumpai hendaklah dipungut dan dibuang ke dalam tong
sampah yang disediakan
5.2.3 Semua murid dilarang berludah di merata-rata tempat
5.2.4 Semua murid dilarang menconteng dinding dengan sebarang bahan
5.2.5 Semua murid dilarang mengotori kawasan sekolah

5.3

TANDAS SEKOLAH
5.3.1 Semua murid mesti menggunakan tandas dengan betul., menjaga
kebersihan serta dilarang membuang sebarang sampah ke dalam
lubang tandas
5.3.2 Semua murid dilarang menconteng dalam tandas dengan sebarang alat
5.3.3 Murid-murid hendaklah berjimat menggunakan air dan menutup paip
setelah digunakan

5.4

PAPAN KENYATAAN
5.4.1 Sebarang kenyataan yang ditampal/ditulis mesti mendapat kebenaran
guru
5.4.2 Hanya gambar/maklumat yang sesuai sahaja yang ditampal
5.4.3 Kenyataan yang lama atau tamat tempoh masa mesti ditanggalkan
5.4.4 Semua murid mestilah menghargai maklumat di papan kenyataan dan
tidak memindah kenyataan yang ada di papan kenyataan.

5.5

HARTA BENDA SEKOLAH


5.5.1 Adalah menjadi tanggungjawab semua murid menjaga harta benda
sekolah yang terdapat dalam kelas, tandas, bengkel, kantin, pusat
sumber dan di mana-mana sahaja dalam kawasan sekolah.
5.5.2 Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada guru
5.5.3 Kerosakan yang dilakukan oleh murid hendaklah diganti oleh murid
sendiri
5.5.4 Semua
bentuk
harta
benda
yang
dipinjam
hendaklah
dipulangkan/diletakkan ke tempat asalnya dalam keadaan baik.

PERKARA 6 : KAWASAN LARANGAN


6.1
6.2

Kawasan-kawasan berikut adalah kawasan larangan Bilik Guru, Pejabat,


Tandas Guru, Tempat letak kereta serta bengkel
Semua murid sesi (Jika ada) petang dilarang mendekati kelas-kelas sesi pagi
yang sedang belajar dan sebaliknya.

17

6.3

Semua murid yang hadir untuk aktiviti kokurikulum mestilah berada di tempat
yang ditetapkan.

PERKARA 7 : KANTIN
7.1
7.2
7.3
7.4
7.5
7.6

Setiap murid mesti makan di kantin sahaja atau kawasan yang ditetapkan oleh
pihak sekolah
Setiap murid diwajibkan berbaris semasa hendak membeli makanan/minuman
Semua bekas makanan/minuman hak milik kantin mesti dimasukkan kedalam
bekas-bekas yang disediakan selepas digunakan.
Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke tempat memasak atau penyediaan
makanan
Semua murid dilarang membeli makanan dari luar kawasan sekolah
Setiap murid hendaklah mengamalkan adab sopan semasa makan atau minum

PERKARA 8 :
8.1
8.2
8.3
8.4
8.5

TATATERTIB DAN KESOPANAN

Setiap murid wajib mengenal guru dan kakitangan sekolah


Setiap murid wajib menghormati guru-guru /kakitangan sekolah/pelawat dan
sesama pelajar
Ucapan salam hendaklah diberikan apabila berjumpa sesama Islam dan
ucapan selamat sejahtera bagi yang bukan Islam
Semua murid mesti menunjukkan sikap dan tingkah laku yang baik sepanjang
persekolahan dan menjaga nama baik sekolah
Semua murid mesti menjaga tutur kata dan budi bahasa yang baik dengan
sesiapa sahaja

PERKARA
SEKOLAH

SENARAI SALAH LAKU YANG BERAT DI PERINGKAT

Berikut adalah senarai salah laku yang dianggap berat dan tindakan disiplin
penggantungan sekolah sementara atau buang sekolah boleh diambil
9.1
9.2
9.3
9.4
9.5
9.6
9.7
9.8
9.9
9.10

Menjadi ahli dalam pertubuhan haram


Membawa senjata yang berbahaya dengan tujuan jahat
Memukul guru
Mengancam guru-guru atau guru besar
Melanggar Peraturan-Peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh
sekolah dan Pejabat Pelajaran
Menulis kepada surat khabar tanpa memberitahu pihak yang berkuasa sekolah
Sengaja merosakkan harta kerajaan/sekolah
Sengaja merosakkan harta persendirian guru-guru atau murid-murid
Mencuri
Mengancam murid-murid lain dengn ancaman yang serius dan berbahaya

9.11
9.12

Menghisap rokok dan mengambil dadah


Berjudi
18

9.13
9.14
9.15
9.16
9.17

Meminum minuman keras atau yang memabukkan dalam kawasan sekolah


Masih membantah hukuman guru sekalipun sudah tiga atau empat amaran
Menunjukkan sifat bongkak dan membuat penghinaan kepada guru atau guru
besar
Sengaja menimbulkan sesuatu perkara
yang sensitif dengan tujuan
menimbulkan kacau bilau dan perpecahan kaum
Melanggar peraturan-peraturan tatatertib atau menangkis yang menurut budi
bicara Guru Besar sebagai pelanggaran tatatertib yang berat

PERKARA 10 : TINDAKAN TATATERTIB


10.1
10.2
10.3
10.4
10.5
10.6
10.7
10.8
10.9
10.10
10.11

Nasihat /kaunseling
Menghubungi ibu bapa/penjaga
Amaran
Rotan Satu Kali
Rotan dua Kali
Rotan tiga Kali
Rotan Melebihi tiga kali
Digantung persekolahan
Ditukar ke sekolah lain
Dibuang sekolah
Laporan kepada polis
Tindakan yang sewajarnya akan diambil ke atas murid yang melanggar
undang-undang dan peraturan sekolah mengikut jenis kesalahan yang
dilakukan.

PERKARA 11

: KO-KURIKULUM

11.1

Semua murid Tahap 2 diwajibkan mengambil bahagian dalam 3 aktiviti kokurikulum berikut:
11.1.1 Kelab/Persatuan Akademik
11.1.2 Pasukan Beruniform/Pakaian Seragam
11.1.3 Sukan/Permainan
11.1.4 Kedatangan adalah wajib dan setiap murid dikehendaki hadir dan menyertai
kegiatan yang diambil
11.1.5 Murid-murid mesti memakai pakaian mengikut aktiviti yang disertai iaitu
pakaian unit beruniform/pakaian sekolah/pakaian sukan
11.1.6 Semua murid tidak dibenarkan menjalankan kegiatan tanpa guru penasihat
PERKARA 12 : PEPERIKSAAN
12.1
12.2
12.3
12.4

Murid-murid mesti mematuhi peraturan-peraturan peperiksaan sekolah


Penjaga murid tidak dibenarkan berada bersama murid semasa peperiksaan
Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah walaupun waktu
peperiksaan berakhir lebih awal dari waktu sekolah kecuali mendapat arahan dari
Guru Besar
Murid-murid yang mengambil peperiksaan semasa cuti sekolah tidak dikecualikan
daripada mematuhi peraturan -peraturan dan undang-undang sekolah.

19

PERKARA 13 ; KESELAMATAN MURID-MURID


13.1
13.2
13.3

Keselamatan diri adalah tanggungjawab murid sendiri


Murid mestilah sentiasa menjaga keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti
persatuan/kelab/sukan/permainan dan aktiviti di dalam bilik darjah/bengkel
Kemalangan akibat kelalaian sendiri bukan tanggungjawab pihak sekolah

PERKARA 14 : PERTUKARAN SEKOLAH


14.1
14.2

Dibenarkan hanya dengan kebenaran/kehendak ibu bapa atau penjaga


Sekiranya murid dari kelas peperiksaan (UPSR) ibu bapa/penjaga hendaklah
memastikan pertukaran Pusat Peperiksaan telah dibuat

PERKARA 15 : KEDAI BUKU


Semua murid yang ingin berurusan dengan kedai buku /koperasi mestilah pada waktu
ditetapkan kecuali dengan kebenaran guru.
PERKARA 16 : BAYARAN TAMBAHAN
Bayaran tambahan mestilah dijelaskan dalam jangka masa yang dtetapkan
PERKARA 17 : SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
17.1
17.2

17.3

Semua murid mesti menjaga buku-buku pinjaman dengan baik


Semua buku pinjaman mesti dipulangkan dalam keadaan yang baik
17.2.1 pada akhir tahun
17.2.2 apabila diberhentikan dari sekolah
17.2.3 sebelum bertukar sekolah
17.2.4 apabila diarah oleh pihak sekolah
Buku-buku yang rosak/hilang mesti diganti dengan buku yang baru/wang tunai

PERKARA 18 : HAL-HAL LAIN


18.1
18.2

18.3
18.4
18.5

Guru Besar bertanggungjawab tentang disiplin sekolah


Beliau berkuasa dan boleh menurunkan kuasanya kepada orang lain untuk
mengadakan hukuman ke atas pelajar yang didapati melanggar peraturan dan
undang-undang sekolah. Jika perkara itu memerlukan siasatan yang lebih lanjut, Guru
Besar boleh mengarahkan Lembaga Disiplin untuk berbuat demikian.
Mana-mana perkara yang tidak tercatat dalam buku peraturan dan undang-undang
sekolah ini, pihak Guru Besar dan Lembaga Disiplin boleh menggunakan budi
bicaranya menambah dan membuat tindakan.
Peraturan-peraturan dan undang-undang ini tertakluk kepada perubahan dan pindaan
pada bila-bila masa yang difikirkan perlu oleh Guru Besar dan Lembaga Disiplin.
Keputusan/hukuman/tindakan Lembaga Disiplin adalah muktamad.

20

PANDUAN PERATURAN BILIK KHAS


MAKMAL /BILIK KOMPUTER
Berikut adalah beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna Makmal / Bilik
Komputer
1. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa guru pengawas/guru
kelas/guru mata pelajaran
2. Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam makmal.
3. Tidak dibenarkan memakai kasut di dalam makmal
4. Dilarang membuat bising di dalam makmal
5. Dilarang membawa sebarang cakera perisian luar ke dalam makmal kecuali dengan
keizinan Penyelaras Makmal
6. Disket dari luar hendaklah diimbas terlebih dahulu
7. Semua pengguna komputer adalah dilarang sama sekali mengusik atau mengubah
sebarang sambungan wayar pada komputer
8. Dilarang membawa keluar sebarang pekakasan atau perisian dari makmal kecuali
dengan keizinan Penyelaras Makmal
9. Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil, bau benda terbakar, bahagian komputer
terlalu panas atau sebarang yang disyaki tidak normal, laporkan dengan segera
kepada guru bertugas
10. Laporkan sebarang kerosakan pekakasan atau perisian kepada guru yang bertugas
11. Pelajar dilarang melaraskan pendingin hawa
12. Tidak dibenarkan membawa liquid paper
13. Dilarang mengubah sebarang settings dalam komputer
14. Dilarang mengubah dan menambah perisian dan pekakasan
15. Peralatan seperti LCD hanya boleh dikendalikan oleh guru sahaja
16. Guru yang bertanggungjawab membawa pelajar atau kelas ke makmal komputer
hendaklah merekodkan penggunaannya dalam buku penggunaan makmal
komputer
17. Pengguna hendaklah merekod
penggunaan komputer

penggunaan komputer di dalam buku rekod

18. Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer ini

21

PUSAT SUMBER SEKOLAH


1

Pusat Sumber Sekolah dibuka pada hari persekolahan kecuali hari Sabtu, Ahad dan
cuti umum.
Isnin Khamis
Jumaat

:
:

7.10 pagi - 12.30 tengah hari


7.10 pagi 11.30 pagi

2. Semua guru/kakitangan dan murid-murid SK Sungai Choh adalah ahli PSS Sekolah
Kebangsaan Sungai Choh.
3. Murid-murid dilarang masuk PSS tanpa urusan
4.

Murid-murid dibenarkan masuk PSS apabila


(a)
(b)
(c)
(d)

waktu PSS dalam jadual waktu kelas


membuat pinjaman dan pulangan buku pada waktu rehat
untuk membuat rujukan
ada guru yang membawa mereka

5.

Tidak dibenarkan membawa beg, bekalan makanan dan minuman ke dalam PSS.
Letakkan bekas makanan dan minuman anda di rak khas yang disediakan

6.

Dilarang makan dan minum di dalam PSS


7. Tidak boleh membuat bising , berlari atau bermain-main di dalam PSS
8. Pastikan meja dan kerusi dalam keadaan teratur. Sila tolakkan semula kerusi ke
bawah meja dengan perlahan selepas digunakan.
9. Pastikan PSS dalam keadaan bersih
10. Pastikan lampu dan kipas dimatikan apabila keluar dari PSS atau tidak digunakan
11. Alat penghawa dingin hanya dibenarkan pasang dalam situasi yang tertentu sahaja.
12. Pinjaman dan pulangan buku boleh dibuat pada:
(a) waktu rehat
(b) waktu PSS dalam jadual waktu

13.

Keselamatan dan kebersihan PSS adalah tanggungjawab bersama.

22

PENDAFTARAN
MURID WARGANEGARA DAN BUKAN WARGANEGARA
1

PENDAFTARAN DI JABATAN PELAJARAN NEGERI (JPN)


Ibu bapa dan anak bukan warganegara

PENDAFTARAN DI PEJABAT PELAJARAN DAERAH (PPD)


Ibu bapa atau anak bukan warganegara (Salah seorang bukan warganegara)

PENDAFTARAN DI SEKOLAH
Ibu bapa dan anak warganegara

BAWA SIJIL LAHIR ASAL


Ibu bapa dan anak bukan warganegara

PERHATIAN
Untuk mendaftarkan murid bukan warganegara, perkara-perkara
berikut dikepilkan bersama.
1.

Surat Kelulusan JPN dan

2.

Resit bayaran Levi

23

PROSEDUR PENGISIAN BORANG PERMOHONAN


MURID BUKAN WARGANEGARA
1.

Salinan Surat Beranak murid oleh Negara berkenaan.

2.

Kad Pengenalan atau Passport murid

3.

Tempoh passport terkini

4.

Sijil Peperiksaan terakhir

5.

Rekod persekolahan murid

6.

Rekod atau laporan disiplin murid


7. Salinan kad pengenalan dan passport ibu bapa
8. Salinan surat hak pengangkatan anak jika murid itu adalah anak angkat
9. Salinan surat nikah ibu bapa
10. Pas Pengajian ibu bapa
11. Pas Tanggungan pemohon
12. Jika pegawai dagang bawa dokumen pas kerja
13. Pas Sempadan

PERHATIAN
Semua dokumen sokongan mesti telah disahkan kebenarannya

24

PENGAKUAN MURID

Bahawa saya
No. Surat Beranak: telah pun
membaca dan memahami peraturan-peraturan sekolah yang
terkandung di dalamnya. Saya berjanji akan mematuhi segala
peraturan sekolah

Tandatangan murid

:........

Kelas

:.

Tarikh

:.

Disaksikan oleh Guru Kelas :...


(
)

PENGAKUAN IBU BAPA / PENJAGA


25

Saya.
Ibu/Bapa/Penjaga

kepada

murid

yang

bernama

..T
Tahuntelah membaca buku
peraturan ini dan faham bahawa tindakan boleh dikenakan
ke atas anak saya jika beliau melanggar peraturan
tersebut.

Tandatangan Ibu Bapa/


Penjaga

:.

No. Kad Pengenalan

:.

Tarikh

:.

26

Anda mungkin juga menyukai