Anda di halaman 1dari 7

Laporan Program Minggu Anti Dadah SK Pomotodon, Inanam 2013

Pada 17 dan 18 Julai yang lalu iaitu bersamaan hari Rabu dan Khamis telah dijalankan Program Minggu Anti dadah peringkat sekolah SK Pomotodon. Semua murid terlibat dengan aktiviti yang dijalankan. Seramai lebih kurang 300 orang iaitu termasuk murid Tahun 1 sehingga 6 dan murid-murid Pra-sekolah telah mengikuti pertandingan yang dianjurkan oleh guru-guru pelatih IPG Gaya. Program Anti dadah ini adalah untuk menyedarkan murid-murid bahawa dadah akan memudaratkan nyawa dan kesihatan serta membahayakan keselamatan masyarakat. Selain itu program ini untuk mendidik murid-murid tentang keburukan dadah seawall peringkat prasekolah lagi dan menyemai dan menanam sikap untuk membenci dan menjauhkan diri daripada dadah. Pada hari pertama iaitu 17 Julai, aktiviti yang dijalankan ialah perhimpunan pagi dan kuiz berkenaan anti dadah dijalankan. Kuiz dijalankan secara lisan sahaja dan setiap kelas wajib menghantar wakil untuk menjawab soalan yang diberikan. Soalan kuiz adalah berdasarkan risalah atau edaran mengenai dadah yang telah dilekatkan di setiap kelas. Murid akan membaca edaran yang diberikan dan mengumpul maklumat yang sebanyak mungkin untuk menjawab kuiz yang diberikan. Sebanyak 8 soalan dibuka untuk Tahap 1 dan 8 soalan untuk Tahap 2. Murid yang menjawab soalan dengan pantas pantas dan tepat dikira pemenang dan akan mendapatkan sebatang pensel. Terdapat 16 pemenang untuk kuiz. Selepas kuiz dijalankan aktiviti diteruskan untuk pertandingan mewarna untuk murid Tahap 1 dan pertandingan melukis poster untuk murid Tahap 2. Kertas lukisan disediakan untuk pihak penganjur dan murid membawa bahan untuk mewarna sendiri. Kedua-dua pertandingan dijalankan di kelas masing-masing dan dijaga oleh guru-guru yang bertugas. Masa pertandingan selama 2 jam setengah dan semua hasil mewarna dan lukisan akan dihantar tepat pada waktu rehat dan dinilai terus oleh pengadil pertandingan. Pemilihan pemenang dikategorikan mengikut kelas dengan setiap kelas akan dipilih seramai 3 orang. Hadiah berbentuk duit diberikan dengan setiap pemenang akan diberikan RM3.

Pada hari kedua program ini iaitu 18 Julai aktiviti diteruskan dengan kuiz 2 pada perhimpunan pagi sama seperti hari sebelumnya. Aktiviti pada hari ini dijalankan di dewan SK Pomotodon untuk majlis penutupan pada hari ini. Selepas kuiz penganjur mengajar lagu Anti dadah kepada semua murid. Lirik ditanyang di hadapan dan murid menyanyi dengan iringan muzik. Lagu ini mengandungi unsur-unsur nasihat untuk membenci dadah. Selepas itu , program diambil alih oleh pihak agensi anti dadah kebangsaan peringakat Kota Kinabalu. Antara aktiviti yang dijalankan oleh pihak AADK ialah ceramah mengenai kesan dan bahaya pemgambilan dadah. Murid diberikan maklumat dan ilmu pengetahuan tentang dadah dengan tanyangan video yang menarik perhatian semua murid. Selain itu ialah pameran yang diurus pihak AADK. Pameran yang dijalankan ialah jenis-jenis dadad dan alat untuk menghisap dadah. Murid berasa teruja melihat pameran tersebut kerana mereka pertama kali melihat benda-benda yang dipamerkan dan mengetahui bahaya penggunaan alat tersebut. Aktiviti terakhir ialah majlis penutupan dan perasmian yang disempurnakan oleh Tuan Guru Besar. Semua guru dan murid berkumpul di dewan untuk menjayakan majlis ini. Selepas ucapan guru besar penyampaian hadiah kepada para pemenang dan cenderahtai kepada wakil pihak AADK juga diberikan. Selepas penyampaian hadiah tamat maka berakhirkan program minggu Anti dadah ini di peringkat sekolah pada tahun 2013. Penganjur berpuas hati dengan aktiviti yang dirancang dapat dilaksankan dengan jayanya. Semoga usaha ini dapat member kesedaran dan pencegahan kepada murid-murid sekolah rendah untuk tidak terjebak dengan najis dadah yang menjadi musuh nombor satu Negara. Disediakan oleh: Nurhafizah Fatin Setiausaha Program Minggu Anti Dadah

Kuiz Anti Dadah

Pertandingan Mewarna Tahap 1

Pertandingan Melukis Poster Tahap 2

Hasil karya murid

Aktiviti daripada AADK: 1. Pameran 2. Ceramah 3. Tayangan Video

Anda mungkin juga menyukai