Anda di halaman 1dari 2

Pertandingan Menyanyi

Pada hari 12 Februari 2019, Rabu, Persatuan Penduduk Taman Sutera telah
mengadakan pertandingan menyanyi secara berkumpulan. Syarat pertandingan
adalah setiap kumpulan mestilah terdiri daripada pelbagai kaum. Saya dan
rakan-rakan saya telah dipilih mewakili sekolah saya.

Pertandingan menyanyi ini bermula pada pukul 10 pagi. Saya dan rakan-
rakan berkumpul di dalam Balai Masyarakat, Taman Sutera. Kami pergi
mendaftar nama sementara menunggu rakan-rakan yang lain tiba. Selepas
mendaftar, kami mendengar taklimat daripada salah seorang fasilitator yang
bertugas iaitu Puan Sarina.

Semasa di dalam Balai Masyarakat, kami berasa gementar. Apabila tiba


giliran kami, kami dapat menenangkan diri kami dan menyanyi lagu dengan
penuh yakin dan bergaya. Selepas selesai menyanyi, para penonton memberikan
tepukan gemuruh kepada kami. Kami berasa amat terharu ketika itu.

Keputusan pertandingan menyanyai diumumkan. Kumpulan kami


mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut kami amat gembira
dengan keputusan tersebut. Saya berharap agar pertandingan seperti ini dapat
dijalankan pada masa hadapan kerana pertandingan ini dapat melatih diri kita
untuk lebih yakin.

Anda mungkin juga menyukai