Anda di halaman 1dari 2

Pengalaman Merentas Desa

Pada hari Ahad yang lalu, sekolah saya telah mengadakan acara
merentas desa. Semua murid dikehendaki menyertai acara tersebut. Saya
dan kawan baik saya turut menyertai acara tersebut.

Saya tiba di sekolah pada pukul 7.00 pagi. Acara merentas


desa ini bermula pada pukul 8.00 pagi. Sebelum memulakan acara
tersebut, semua pelajar diarahkan berkumpul di tapak perhimpunan
untuk mendengar taklimat dan arahan daripada guru.

Selepas itu, kami diarahkan untuk berbaris di padang sekolah


mengikut kelas. Acara dimulakan dengan murid tahun 4,5 dan 6.
Apabila wisel ditiupkan, saya terus berlari dengan pantasnya. Apabila
tiba di pertengahan jalan , saya mula berasa penat dan ingin berhenti
tetapi saya meneruskan juga larian saya sehingga ke garisan penamat.

Akhirnya, saat yang ditunggu-tunggu pun telah tiba. Cikgu


memberitahu bahawa 10 orang peserta yang tiba awal sahaja akan
menerima hadiah. Cikgu mengumumkan nama saya. Saya berjaya
mendapat tempat ketiga dalam acara merentas desa ini.

Saya berasa sangat gembira walaupun tidak berjaya


menjadi johan. Manakala, kawan baik saya, tidak berjaya dalam
petandingan merentas desa. Saya berkongsi kegembiraan bersama-
sama.
Apabila tiba di rumah pula, saya menunjukkan hadiah yang
dimenangi kepada ibu. Ibu turut gembira dengan kejayaan saya ini.

Anda mungkin juga menyukai