Anda di halaman 1dari 1

Sekolah kamu telah mengadakan aktiviti merentas desa baru-baru ini.

Tulis karangan yang berbentuk catatan tentang aktiviti tersebut.

Sabtu, 7 Jun 2015.


Hari ini sekolah saya telah mengadakan aktiviti merentas desa. Aktiviti ini bertujuan untuk
menyihatkan badan murid-murid.

7.00 pagi
Saya dan rakan-rakan berkumpul di padang sekolah tepat pada masa yang ditetapkan. Kami
mendaftarkan nama dan mendapatkan nombor larian.

7.30 pagi
Saya dan rakan-rakan melakukan aktiviti memanaskan badan dan regangan 拉筋 yang ditunjukkan
oleh Cikgu Lim. Tubuh badan saya mula berasa berpeluh selepas melakukan aktiviti tersebut.

8.00 pagi
Kami mendengar taklimat daripada guru besar tentang panduan keselamatan dan tunjuk arah larian.
Selepas taklimat, kami bergerak ke garisan permulaan iaitu di hadapan pintu pagar sekolah.
Kemudian, guru besar telah membunyikan siren 枪声 menandakan para peserta boleh memulakan
larian.

8.30 pagi
Saya dan rakan-rakan melakukan larian merentasi jalan-jalan kampung yang telah ditetapkan. Ada
antara rakan-rakan saya telah mula ketinggalan jauh di belakang kerana kepenatan. Namun, saya
menguatkan semangat untuk meneruskan larian walaupun berasa penat dan dahaga 口渴.

9.30 pagi
Setelah berhempas pulas 奋斗, akhirnya saya dan rakan-rakan berjaya sampai ke garisan penamat.
Semua murid dapat sebotol air dan sebungkus nasi lemak sebagai sarapan. Saya segera minum air
untuk menghilangkan dahaga. Selepas itu, kami berjalan kaki ke kantin untuk rehat dan makan
sarapan.

10.00 pagi
Selepas rehat, kami berkumpul semula di dewan sekolah. Guru besar menyampaikan hadiah kepada
pemenang-pemenang. Saya berasa sangat gembira walaupun tidak mendapat hadiah. Saya berharap
aktiviti ini boleh diadakan lagi pada tahun yang akan datang.

11.00 pagi
Aktiviti merentas desa sudah tamat. Kami bersama-sama membersihkan kawasan padang. Selepas
itu, kami pulang ke rumah masing-masing dengan perasaan yang senang hati. Aktiviti ini bukan sahaja
dapat menyihatkan badan malah mengeratkan hubungan murid-murid dan guru-guru.
menyihatkan berkumpul membunyikan memanaskan bertujuan menghilangkan
mendaftarkan mendengar menyampaika membersihkan penamat permulaan
n
sarapan sebungkus senang hati merentasi mengadakan mengeratkan

Anda mungkin juga menyukai