Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA

MAJLIS ANUGERAH KHAS J-QAF


SK SULAIMAN 2014

1.
Assalamualaikum pembuka bicara,
Ahlan wasahlan kami ucapkan,
Selamat datang kepada semua,
Majlis Anugerah j-Qaf SK Sulaiman 2014 kita mulakan

UCAPAN ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS

BismilLahirRahmanirRahim.
Assalamu `alaikum Wa RahmatulLahi wa Barakatuh.
Alhamdulillahi robbil alamin...........

Yang Berusaha, En Abd Rashid bin Mahidin, Guru Besar SK Sulaiman,


Yang dihormati, Pn Aishyatul Akyah bt Ishak, GPK Pentadbiran,
, Pn Mariam bt Md Long, GPK Hal Ehwal Murid,

, Pn Asidah bt Mohamed,GPK Kokurikulum,

barisan guru-guru Agama Islam dan j-Qaf, guru-guru, anak-anak didik tahun 6
dan para hadirin yang dirahmati Allah sekalian..

Hadirin dan Hadirat sekalian,

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan izin serta limpah rahmat-Nya
maka pada pagi yang penuh barakah ini, kita dapat berkumpul di sini, tidak lain
dan tidak bukan untuk menjayakan Majlis Anugerah j-Qaf SK Sulaiman 2014,
pada tahun ini.

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berdiri
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri.
BACAAN DOA.

SIDANG HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,

Tanpa melengahkan masa, marilah kita sama-sama menadah tangan untuk


memberkati majlis kita pada pagi ini, dengan ini majlis menjemput Ust. Mohd
Nazari bin Mansor untuk bacaan doa.

Terima kasih kepada beliau atas bacaan doa itu tadi.

Bagi meneruskan lagi majlis kita pada pagi ini, majlis mempersilakan Ketua
Panitia Pendidikan Islam, Ustzh. Norhafizah bt Mohd Jaafar untuk memberikan
sedikit ucapan.

Terima kasih kepada beliau atas ucapan itu tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Tuan Guru Besar SK Sulaiman, En. Abd
Rashid bin Mahidin seterusnya merasmikan Majlis Anugerah j-Qaf SK Sulaiman
2014. Dengan ini majlis mempersilakan....

Terima kasih diucapkan kepada tuan guru besar,

PENYAMPAIAN HADIAH & CENDERAMATA

Hadirin sekalian

Untuk makluman majlis, pada minggu ini, Panitia Agama Islam dan j-Qaf telah
mengadakan beberapa program selepas UPSR dan pertandingan khas untuk
murid-murid tahun 6. Antaranya Kem Pengukuhan Solat dan Explorace Kem
Bestari Solat dan Bengkel Jawi. Untuk itu, sebagai tanda penghargaan kepada
murid-murid tahun 6 2014 SK Sulaiman, majlis dengan ini mempersilakan Yang
Berusaha, En. Abd Rashid bin Mahidin, Guru Besar SK Sulaiman untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang

Majlis mempersilakan.

Untuk acara Explorace KBS,


1) Tempat Pertama dimenangi oleh kumpulan 4 (Raffiq Siddiq),
2) Tempat Kedua dimenangi oleh kumpulan 2 (Wan Ahmad Afiq),
3) Tempat Ketiga dimenangi oleh kumpulan 1 (Ahmad Fairuz),

Untuk acara Bengkel Jawi/Khat,


1) Tempat Pertama dimenangi oleh Mohd Khairul Hakim bin Hainan.
2) Tempat Kedua dimenangi oleh Nur Aisyah Maisarah bt Mohd Zahidi.
3) Tempat Ketiga dimenangi oleh Mohd Firdaus bin Asri
Untuk Hadiah Pintar Jawi, beliau yang dimaksudkan ialah :

1)Ahmad Fairuz bin Khairuddin


2)Aina Syafiqah binti Azaruddin

Untuk Anugera Potensi Jawi,


1) Mohamad Norhisyam Danial Bin Suhaizalasmadi ( 6Juara)
2) Syahirah Bt Mohamad Fadzli ( 6Juara)
3) Putri Tasha Shahikal Binti Mohd Anuyai ( 6 Jaguh )
4) Muhammad Elyas Bin Mohd Khanapiah ( 6 Jaguh )
5) Nur Aisyah Maisarah bt Mohd Zahidi ( 6 Satria )
6) Muhammad Akmal Hafiz Bin Azman ( 6 Satria )

Bagi Anugerah Khas untuk :


1) Tokoh j-Qaf Jawi : L (Isyraf Amsyar b. Mohd Zamri)
P (Nurhidayah bt. Roslan)

2) Tokoh j-Qaf al-Quran : L (Mohd Akashah b. Mat Razi)


P (Hafiezatul Syafieqah bt. Zainal Abidin)

3) Tokoh j-Qaf B.Arab: L (Muhd Fahim b. Ahamad Fauzi)


P (Hanim Syazwani bt. Mohd)

4) Tokoh j-Qaf KBS : L (Wan Ahmad Afiq b. Wan Huzairul Azril)


P (Hanis Amirah bt. Aznan)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas penyampaian
hadiah itu tadi.

PENUTUP

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung majlis.

Di kesempatan ini, saya mewakili PENGELOLA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN


JQAF memohon ampun dan maaf seandainya terdapat sebarang kekurangan
sepanjang majlis ini berlangsung.

Terima kasih sekalung budi kepada semua yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung dalam majlis yang penuh bermakna ini.

SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI DI MAJLIS AKAN DATANG.

TERIMA KASIH.SEKIAN

Saya akhiri majlis dengan lafaz yang mulia wassalam mualaikum


warohmatullahhi wabarokatuh.........

Anda mungkin juga menyukai