Anda di halaman 1dari 1

Sahabat Karib Saya (Biografi)

Saya mempunyai seorang sahabat karib. Dia bernama Lim Mei Ting. Dia berumur 11
tahun.

Mei Ting sangat cantik. Dia mempunyai rambut yang panjang. Dia bercermin mata.
Badannya sederhana dan tinggi. Dia seorang yang suka berjenaka.

Mei Ting ialah anak sulung dalam keluarganya. Dia sangat menghormati ibu bapanya.
Dia selalu mematuhi nasihat ibu bapanya. Dia juga amat menyayangi adiknya.

Mei Ting seorang pemain badminton yang handal. Pada masa lapang, saya suka bermain
badminton dengan Mei Ting. Melalui aktiviti ini, hubungan saya dengan Mei Ting menjadi
rapat seperti isi dengan kuku.

Hobi Mei Ting ialah membaca buku. Dia suka membaca buku cerita pada masa lapang.
Dia selalu menasihati saya supaya banyak membaca. Dengan itu, kita tidak menjadi katak di
bawah tempurung.

Saya berasa gembira kerana mempunyai seorang sahabat yang baik. Saya berharap agar
sahabat karib saya selalu sihat.

Anda mungkin juga menyukai