Anda di halaman 1dari 5

Jajahan Takluk Empayar Rome pada 117 Masehi

Empayar Rom merupakan fasa tamadun Rom kuno yang disifatkan oleh sebuah
kerajaan yang autokratik. Republik Rom yang awal telah dibinasakan dan dilemahkan
oleh pertikaian antara Gaius Marius dan Sulla, diikuti oleh perang saudara Gaius
Julius Caesar terhadap Pompey. Semasa semua perebutan kuasa ini, beratus-ratus
senator telah bertempur, dihukum mati, dibunuh atau membunuh diri. Senat Rom
dipenuhi semula dengan kawan-kawan yang setia kepada Pemerintahan Bertiga
Pertama dan kemudian, oleh penyokong-penyokong Pemerintahan Bertiga Kedua.
Pada akhirnya, Octavian (kemudian dikenali sebagai “Augustus“) menewaskan
pesaingnya, Mark Antony, dan menamatkan subversi yang beransur-ansur ini melalui
penyusunan semula Republik Rom menjadi “Empayar Rom“.
“Empayar Rom” boleh juga digunakan sebagai terjemahan untuk ungkapan, Imperium
Romanum, yang mungkin merupakan ungkapan bahasa Latin yang terkenal yang mana
perkataan imperium telah digunakan untuk bermaksud “wilayah”; “Empayar Rom”
merujuk kepada bahagian dunia di bawah pemerintahan Rom. Pengembangan wilayah
Rom ini yang menyeberangi sempadan negara kota Rom yang asal telah bermula
sejak lama lagi sebelum negara itu menjadi sebuah empayar. Pada kemuncaknya
selepas penaklukan Dacia oleh Trajan, Empayar Rom menguasai permukaan tanah
sebanyak lebih kurang 5,900,000 kilometer persegi (2,300,000 batu persegi) dan
oleh itu, menjadi empayar terbesar semasa Zaman Purba Klasik.
Tarikh yang tepat ketika Republik Rom menjadi Empayar Rom telah dipertikaikan,
dengan tarikh-tarikh pelantikan Julius Caesar sebagai sebagai diktator seumur
hidup (44 SM), perang Actium (2 September 31 SM), dan tarikh ketika Senat Rom
menganugerahkan Octavian dengan gelaran Augustus (6 Januari 27 SM) kesemua ini
dikemukakan sebagai calon. Untuk mengelirukan perkara ini lagi, Octavian
mengisytiharkan diri sebagai penyelamat Republik Rom dan menyembunyikan
kuasanya dengan teliti di bawah bentuk-bentuk republik. Pada kelihatannya,
Republik Rom masih hidup: konsul-konsul masih dipilih, tribunal marhaen masih
mencipta undang-undang, dan senator-senator masih memperdebatkan di dalam
Kuria Rom. Bagaimanapun, Octavian adalah orang yang menguasai kesemua ini serta
membuat semua keputusan terakhir, dan jika perlu, legion-legion Romawi akan
digunakan untuk menyokong beliau.
Secara tradisi, keakhiran Empayar Rom ditetapkan pada 4 September 476 ketika
Empayar Rom Barat jatuh kepada penyerang-penyerang Germanik. Bagaimanapun,
pandangan ini mengabaikan dan gagal untuk mengakui Empayar Rom Timur (dikenali
secara meluas sebagai Empayar Byzantine) yang melindungi undang-undang dan
budaya Rom. Didasarkan pada tradisi-tradisi undang-undang dan kebudayaan Rom,
Empayar Rom amat dipengaruhi oleh budaya dan bahasa Yunani, dan telah
mengembangkan sifat tersendiri yang dapat dikekalkan, malahan berkembang maju,
selama seribu tahun lagi. Pada akhirnya, Empayar Rom ditakluk oleh Empayar Turki
Uthmaniyyah pada 29 Mei 1453.
Dari masa Augustus sehingga Kejatuhan Empayar Barat, Rom mendominasikan
Eurasia Barat, dan terdiri daripada melebihi separuh bilangan penduduknya.
Pengaruh-pengaruh budaya, undang-undang, bahasa, agama, kerajaan, tentera, dan
seni bina Rom terhadap tamadun Barat masih dapat dikesan pada hari ini.

KEJATUHAN EMPAYAR ROM


Zaman empayar Rom bermula 27 S.M. sehingga 476 M. Zaman kegemilangan
empayar Rom bermula pada zaman pemerintahan Julius Ceasar
Octavianus atau Augustus Ceasar .
Pemerintahan empayar merujuk kepada kewujudan seorang pemerintah berkuasa
mutlak, kerajaan berpusat dan penyeragaman dalam pentadbiran wilayah takluk,
kerakyatan, bahasa pengantar, mata wang, sistem timbang dan sukat dan
perundangan. Namun begitu, kegemilangan empayar Rom tidak dapat bertahan.
Kemerosotan empayar Rom berlaku secara evolusi bukannya secara revolusi.
Bibit-bibit keruntuhan empayar Rom bermula sejak abad ke-2 dan ke-3 M.
Keruntuhan empayar Rom sememangnya disebabkan unsur hedonisme dalam
masyarakat Rom tetapi punca ini bukanlah penyebab keseluruhan kepada keruntuhan
empayar Rom. Sebaliknya terdapat juga sebab-sebab lain yang menjadi penyebab
kepada kejatuhan empayar Rom. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan kenyataan E.A
Thompson dalam bukunya yang bertajuk Roman Reformer and Inventor yang
menyatakan bahawa keruntuhan empayar Rom adalah disebabkan oleh kemewahan,
kewujudan agama Kristian dan serangan orang gasar.
Menurut Joyce M. Hawkins, hedonisme adalah orang yang mempercayai bahawa
nikmat nafsu adalah nikmat teragung. Manakala menurut Cambridge Dictionary,
hedonisme ialah ‘living a behaving in ways that mean you get as much pleasure out of
life as possible,according to the belief that the most important thing in life is to
enjoy yourself.’
Secara ringkasnya, hedonisme adalah satu cara hidup yang mementingkan
keseronokan sehingga melupakan idea-idea pemikiran dan tanggungjawab. Setelah
Rom berjaya menakluk Greek dan wilayah di bahagian Timur, gaya hidup masyarakat
Rom telah berubah. Walau pun Rom telah berjaya menawan Greek dan Macedonia,
tetapi masyarakat ini masih lagi mempraktikkan pencapaian tamadun Yunani dan
pencapaian tamadun pada zaman Hellenistik sehingga turut mempengaruhi kehidupan
masyarakat Rom. Masyarakat Greek adalah masyarakat yang suka berfikir dan hidup
dalam keadaan senang-lenang.
Buktinya, mereka suka berjalan-jalan untuk mencari ilham, suka menonton teater
dan sukakan perhiasan. Pengaruh budaya Hellenistik ke dalam masyarakat Rom
dapat dilihat pada zaman Augustus yang memperindahkan bandar Rom sama seperti
yang dilakukan oleh masyarakat Greek terhadap bandar mereka dengan menanam
pokok buah-buahan dan bunga dengan banyak.
Hasil daripada penaklukan ke atas Greek, golongan Senator telah membawa pulang
hamba abdi untuk dijadikan pembantu.
Selain itu, anak-anak masyarakat Rom telah diasuh oleh hamba-hamba dari kalangan
orang Greek. Keadaan ini menyebabkan gaya hidup orang Rom telah berubah dari
cara hidup yang bersederhana kepada cara hidup yang bersenang-lenang sehingga
mengabaikan tanggungjawab mereka.
Empayar Rom terpaksa menanggung beban hutang yang banyak kerana sifat orang
Rom yang sukakan hiburan. Empayar Rom mengalami beban hutang kerana wang
kerajaan telah digunakan untuk menanggung kos pesta-pesta dan permainan yang
dianjurkan,membaik pulih gereja dan tempat mandi awam.
Ini menyebabkan cara hidup golongan ini berubah dari cara hidup mereka sebelum
ini. Sementara itu, wanita-wanita Rom yang sebelum ini menjadi suri rumah mula lupa
pada tanggungjawab apabila mereka lebih suka bergaya dan berkumpul di
rumah Cornelia* untuk berbual-bual. Perubahan gaya hidup masyarakat Rom juga
dapat dilihat dengan penggunaan pinggan mangkuk yang dirampas dari Timur dan
mereka juga sudah mula berminat untuk mengumpul barangan-barangan purba serta
menonton teater. Perubahan yang berlaku ini secara tidak langsung telah mengikis
nilai hidup masyarakat Rom yang asal yang selama ini berpegang teguh
kepada prinsip kesederhanaan.
Selain itu, keruntuhan moral dan nilai-nilai murni akibat kemewahan dalam
masyarakat Rom juga telah membawa keruntuhan empayar Rom. Penyatuan pelbagai
bangsa dan cara hidup masyarakat Rom di bawah satu pentadbiran pada zaman ‘Pax
Romana’ telah membawa kepada perkembangan industri pelacuran di Rom. Terdapat
kira-kira 32 000 orang pelacur di Rom pada zaman ‘Pax Romana’ ini.
Kemewahan yang dimiliki oleh masyarakat Rom ini menyebabkan mereka membazir
wang dengan mengadakan parti-parti yang sangat mewah di mana para tetamu parti
tersebut akan makan dan minum sehingga mabuk.
Selainitu, keruntuhan moral masyarakat Rom juga dilihat apabila mereka mula
menggemari hiburan dengan menonton pertandingan gusti yang dipertontonkan
secara terbuka di Colosseum.
Pertandingan ini akan dihadiri oleh semua golongan sama ada kaya atau miskin.
Semasa menonton pertandingan tersebut para penonton akan mengeluarkan kata-
kata kesat sebagai tanda sokongan kepada para peserta yang bertarung. Keasyikan
mereka menonton pertandingan ini telah menyebabkan mereka lalai sehingga
mengabaikan tanggungjawab mereka.
Di samping itu, keruntuhan empayar Rom juga berpunca dengan
munculnya persaingan antara golongan aristokrat dengan golongan kebanyakan.
Persaingan ini bermula apabila golongan petani kecil yang telah dikerah untuk
menjadi askar sudah tidak mampu untuk mengusahakan tanah mereka lagi setelah
pulang dari berperang. Hal ini kerana tanah-tanah mereka telah dimusnahkan oleh
Hannibal dan memerlukan masa yang lama untuk dipulihkan kembali. Hal ini
bertambah rumit apabila para petani Rom tidak mampu bersaing dengan harga
pasaran semasa yang jauh lebih murah daripada harga hasil pertanian mereka
ekoran daripada lambakan jagung yang dirampas dari wilayah jajahan takluk.
Sebagai langkah mudah, mereka telah menjual tanah-tanah mereka kepada
golongan-golongan aristokrat dan berpindah ke bandar. Tanah-tanah tersebut telah
diusahakan oleh hamba-hamba yang dimiliki oleh golongan aristokrat. Hal ini telah
menunjukkan bahawa berlakunya perbezaan taraf hidup antara golongan aristokrat
dengan golongan kebanyakan.Semasa di bandar mereka tidak mempunyai pekerjaan.
Hal ini telah menyebabkan kawasan bandar dipenuhi dengan penganggur sedangkan
pada masa yang sama empayar Rom memerlukan bijirin untuk menampung keperluan
makanan rakyatnya yang melebihi 100 000 orang.
Penganggur ini bukan sahaja membebankan malah membawa masalah sosial dan
menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah. Ini dikukuhkan dengan kenyataan
yangdikeluarkan E. A. Thompson :
“In consequence, the wealthy become wealthier than ever, and the poor were even
morecruelly oppressed and exploited than before. No matter where the poor
looked theysaw no respect law and so they took to crime (as the author puts it) to
remedy their plight.” 2016
Walaupun penubuhan Tribune pada era republik telah menghapuskan persaingan
antara kelas rakyat hina(plebian) dengan kelas bangsawan (patrician), namun
persaingan ini tetap wujud tetapi dalam bentuk yang baru iaitu antara golongan
kaya (aristokrat) dengan golongan miskin
Hannibal ialah anak kepada Hamilcar yang berbangsa Carthage yang merupakan
keluarga askar yang berpengaruh dan memulakan rancangan untuk menawan seluruh
Sepanyol.
Jagung di pasaran lebih murah kerana jagung-jagung tersebut adalah hasil rampasan
daripada kawasan jajahantakluk yang tidak memerlukan sebarang modal.

Anda mungkin juga menyukai