Anda di halaman 1dari 18

KERTAS CADANGAN

JMS 528

SEJARAH KAJIAN TEMPATAN


SIDANG AKADEMIK 2019/2020

Nama Pelajar : GOPINATHAN A/L SUBRAMANIAM

No.Matrik : JM 12835/15

Cadangan tajuk kajian : INDUSTRI KRAF TANGAN CAWANGAN NEGERI


KEDAH SEBAGAI PUSAT KEUSAHAWANAN DARI
TAHUN 2016 HINGGA 2018.

No.Telefon : 016-488 0478

Alamat emel pelajar : gopiey_5269@yahoo.com

Nama penyelia : DR. NORIZAN KADIR

1
TAJUK

INDUSTRI KRAF TANGAN CAWANGAN NEGERI


KEDAH SEBAGAI PUSAT KEUSAHAWANAN
DARI
TAHUN 2016 HINGGA 2018.

BAB 1
2
1.0 TAJUK DAN SKOP KAJIAN

1.1 TAJUK

Industri Kraf Tangan Cawangan Negeri Kedah Sebagai Pusat Keusahawanan Dari Tahun
2016 Hingga 2018.

1.2 SKOP KAJIAN

Kraftangan ialah kerja penghasilan peralatan yang berguna kepada kehidupan seharian

manusia. Ia dihasilkan dengan menggunakan tangan sepenuhnya kadangkala menggunakan

peralatan yang ringkas. Sesuatu kraftangan seringkali berkait rapat dengan unsur kebudayaan,

warisan ataupun keagamaan. Penghasilan kraftangan kini diusahakan secara kecil-kecilan dan

besar-besaran. Terdapat empat jenis produk kraftangan yang dihasilkan di Pusat Kraftangan

Cawanagn Negeri Kedah adalah tekstil, hasil tanah, hasil rimba dan logam. Pada tahun 2016

pengeluaran hasil kraf tangan di pusat ini menunjukkan peningkatan yang drastik dan

konsisten sehingga ke tahun 2018.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

1.3.1 Mengenalpasti produk-produk dan jenis-jenis hasil kraftangan yang diusahakan oleh

usahawan tempatan di Pusat Kraftangan Cawangan Negeri Kedah.

1.3.2 Menganalisis permintaan hasil kraftangan yang dihasilkan di Pusat Kraftangan

Cawangan Negeri Kedah.

1.3.3 Menjelaskan kaedah-kaedah mempromosikan barangan kraftangan hasilan daripada

Pusat Kraftangan Cawangan Negeri Kedah.

1.3.4 Meneliti kaedah-kaedah pemeliharaan dan pemuliharaan produk-produk kraftangan

hasilan Pusat Kraftangan Cawangan Negeri Kedah.

3
1.4 JUSTIFIKASI PEMILIHAN TAJUK

Penyelidik telah memilih tajuk “Industri Kraf Tangan Cawangan Negeri Kedah Sebagai Pusat

Keusahawanan Dari Tahun 2016 Hingga 2018,” adalah diatas beberapa faktor-faktor tertentu.

Penghasilan produk-produk kraftangan merupakan warisan budaya yang amat sinonim

dengan kehidupan masyarakat tempatan. Hasil kerja tangan pengusaha kraf yang unik, halus

dan menarik sememagnya mencerminkan keunggulan budaya sesebuah masyarakat, sekaligus

menyebabkan warisan budaya ini mempunyai nilai-nilai yang tinggi. Malangnya, ramai

antara kita, khususnya generasi muda hamper melupai kraf-kraf ini kerana lebih menggemari

alat yang lebih moden, canggih dan segera, selaras dengan perubahan trend semasa.

Kegagalan menghargai keunikan kraftangan dan kekurangan minat untuk mendalami

kemahiran pembuatan kraftangan menyebabkan warisan budaya ini semakin dipinggirkan.

Selaras dengan kesedaran tersebut penyelidik memilih tajuk ini kerana permintaan kraftangan

semakin berkurang dalam masyarakat tempatan Malaysia. Melalui penyelidikan ini, kita

dapat mengenalpasti jenis-jenis kraftangan yang diusahakan di Bangunan Kraftangan

Cawangan Negeri Kedah sebagai Pusat Pengeluaran Kraftangan. Selain itu, kita juga boleh

mengetahui permintaan pasaran kraftangan dalam kalangan masyarakat tempatan dengan

menganalisis data-data yang dikemukakan oleh organisasi Kraftangan Cawangan Negeri

Kedah. Selain itu, kita juga boleh mengetahui kaedah-kaedah mempromosikan barangan

kraftangan di pusat kraftangan ini.

1.5 SOROTAN KAJIAN


4
Menurut buku ‘The Craft of Malaysia” yang ditulis oleh Regis(1994), permintaan

terhadap sesuatu produk kraftangan juga berubah dengan ketara. Hal ini kerana, pengguna

atau masyarakat mungkin telah menggantikan produk tradisional ini dengan sesuatu yang

baru. Penghasilan produk kraf tangan adalah sangat penting dan menjadi sebahagian daripada

warisan negara, malah produk tradisional ini mempunyai nilai kepada ekonomi negara dan

juga merupakan sumber rujukan sesuatu budaya.

Dalam buku “In Praise of Commercial Culture,” kraf adalah sesuatu produk

kraftangan yang dihasilkan adalah berdasarkan oleh pengetahuan yang istimewa yang

dimiliki oleh seseorang individu dan hanya dapat dinilai oleh orang yang betul-betul mahir

dalam bidang ini. Pengetahuan istimewa yang dimiliki ini adalah berbeza dengan

pengetahuan formal yang biasa, Hal ini kerana, kemahiran untuk menhgasilkan sesuatu

produk kraf hanya dapat diperoleh daripada pengetahuan istimewa dan sangat sukar untuk

dijelaskan secara terbuka.

Dalam buku “Replacing The Myth Of Modernism,” kraf ditakrifkan berdasarkan

empat identiti serentak. Yang pertama ialah produk kraf perlulah dihasilkan dengan

menggunakan tangan. Perkara ini jelas menunjukkan, penghasilan kraf menggunakan tangan

adalah asas utama berdasarkan rujukan dan juga pemerhatian dalam bidang tersebut. Kraf

juga merupakan sesuatu medium yang spesifik dan sering dikenalpasti berdasarkan bahan dan

juga ciptaan teknologi dalam menghasilkannya.

Menurut Husain, M. A. (2011), jurnal ini membincangkan tentang “Kraf Menjana

Ekonomi Rakyat”. Perbadanan Kraftangan Malaysia berperanan membantu

mengkomersialkan produk senikraf melalui pasaran, produk dan usahawan. Perbadanan ini
5
dapat menarik minat golongan muda untuk berjinak dalam industri kraftangan bagi

melahirkan lebih ramai golongan muda yang berbakat. Industri kraf telah berkembang pesat

pada masa kini bersesuaian dengan peranannya iaitu untuk memajukan,menggiatkan,

memulihkan kemahiran dan pertukangan tradisional.

. Menurut Muda, M. S., & Wan Mohd Amin, W. A. (2011), artikel ini

membincangkan tentang “Usahawan Kraf di Malaysia: Analisa Laluan Terhadap

Perhubungan Inovasi Produk, Komitmen Perniagaan dan Perkembangan Perniagaan”. Pada

masa kini, peningkatan permintaan produk kraf telah mempengaruhi kepada pembangunan

personaliti seorang usahawan kraf melalui aspek inovasi, komitmen dan kemajuan dalam

perniagaan. Pembangunan industri kraf di Asia Tenggara merupakan faktor penyumbang

terpenting kepada pembangunan personaliti seorang usahawan dan Keluaran Dalam Negara

Kasar (KDNK). Penghasilan kraf perlu dilakukan dengan teliti, menarik dan berkualiti tinggi

bagi memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan. Tambahan itu, para usahawan perlu

inovatif dan komited dalam perniagaan untuk membangunkan lagi produk kraf sekaligus

dapat mengekalkan nilai estetika dan etika dalam budaya Melayu. Oleh itu, jelaslah bahawa

industri kraf memerlukan inovasi dalam semua aspek kearah penghasilan kraftangan yang

berkualiti tinggi dan diterima oleh pengguna.

Menurut Zakaria, N. M. (2013) di dalam akhbar online yang berjudul “Seni

Kraftangan TerusBerkembang” membincangkan bahawa pengusaha kraftangan perlulah

mempunyai kreativiti atau dayacipta yang lebih tinggi untuk menghasilkan kraftangan yang

lebih menarik. Di Malaysia, kebanyakan produk kraftangan dihasilkan amat sinonim dengan

identiti masyarakat yang berbilang kaum, budaya dan agama. Malah, corak-corak yang

dihasilkan sering dikaitkan dengan identitisesuatu bangsa. Tambahan itu, produk kraftangan

tradisional seperti batik, ukiran kayu, penghasilan wau,anyaman manik, labu sayong dan

sebagainya merupakan seni kraftangan tradisional yang mendapat perhatian seluruh negara.
6
Hasil kraftangan ini juga menjadi kebanggaan masyarakat tempatan dan pelancong dari luar

negara untuk dijadikan cenderamata. Oleh itu, kraftangan ini boleh dijadikan barangan hiasan

untuk diletakkan di dalam rumah, pejabat dan sebagainya.

1.6 KAEDAH DAN SUMBER KAJIAN

Menurut Sarah(2015) kaedah kajian merupakan kaedah dan teknik mereka bentuk,

mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong

sesuatu kajian, Kaedah kajian menjelaskan cara sesuatu kaedah dan teknik tertentu

7
digunakan. Dalam kajian ini penyelidik telah menggunakan tiga kaedah yang utama untuk

melakukan penyelidikan ini. Antaranya ialah Kajian kepustakaan, kajian lapangan dan temu

bual.

1.6.1 Kajian Kepustakaan

Kajian kepustakaan dianggap paling penting bagi seseorang pengkaji mendapatkan

maklumat yang berkaitan dengan kajian yang akan dilakukan. Dalam penyelidikan ini,

penyelidik telah pergi ke Perpustakaan Awam Negeri Kedah untuk mengumpulkan data-data

yang berkaitan dengan pusat kraftangan ini. Justeru itu, terdapat juga pelbagai jenis majalah

yang berkaitan dengan kraftangan di perpustakaan tersebut. Selain itu, penyelidik telah

berkunjung ke Arkib Negara Cawangan Kedah/Perlis untuk mendapatkan maklumat-

maklumat tentang Bangunan Kraftangan Cawangan Negeri Kedah.

1.6.2 Kajian Lapangan

Kajian lapangan ialah seseorang pengkaji membuat lawatan ke tapak penyelidikan

untuk mengetahui situasi sebenar kawasan penyelidikan. Penyelidik juga telah melawat ke

Bangunan Kraftangan Cawangan Negeri Kedah, Lot 1416, Km.10,Jalan Hutan Kampong,

Kepala Batas, 06200 Alor Setar. Kedah Darul Aman.

1.6.3 Temubual

Dalam penyelidikan ini, penyelidik telah menemubual pegawai-pegawai yang

bertugas di Bangunan Kraftangan Cawangan Negeri Kedah. Melalui temubual ini, penyelidik

boleh mengetahui maklumat-maklumat dan isu-isu semasa tentang pendapatan usahawan-


8
usahawan kraftangan serta mendapatkan data-data hasil jualan kraftangan di tapak

penyelidikan.

Sumber kajian:

BAB 2

Latar Belakang

Kesedaran manusia untuk membentuk barang-barang keperluan yang seterusnya


meningkat menjadi karya seni kraf tangan ialah bila keharusan hidup berpindah-randah
berhenti dan kampung-kampung mula didirikan. Ini dijangka kira-kira 2000 hingga 1500

9
S.M. Sebelum ini manusia telah pun membuat alat-alat senjata untuk berburu, kemudian
kerja-kerja ini berkembang dengan pembuatan alat-alat perlindungan seperti rumah, pakaian,
alat-alat memasak dan kenderaan untuk mencari makanan. Pada taraf kehidupan sebigini
mereka juga telah mula bercucuk tanam dan berternak. Waktu ini sangat mungkin sekali
mereka dapat menghasilkan pelbagai hasil kraftagan.

Kraf tangan dimaksudkan sebagai hasil seni berperanan untuk kegunaan harian. Ia
juga dicipta berdasarkan rasa senang dan disertai oleh khayalan seni. Kraf tangan juga
disebut sebagai artefact yang lebih hampir kepada pengertian art atau ars dalam bahasa
Latin.

Dari segi etimologi, kraftangan berasal dari bahasa Jerman, kraft, yang membawa erti
kekuatan, keteguhan dan kecekapan. Seterusnya ditegaskan lagi oleh John Harvery, kekuatan
ini juga terletak pada keahlian, kecekapan dan ungkapan seperti “pengetahuan ialah kuasa”.

Keluaran kraftangan adalah sesuatu produk artistik yang mempunyai unsur-unsur


tradisional serta kebudayaan rakyat Malaysia yang mempunyai penghasilan kemahiran
tangan dan juga kreativiti individu sendiri. Ia didefinisikan oleh Perbadanan Kemajuan
Kraftangan Malaysia dibawah akta 222 yang dikeluarkan pada sekitar 1979. Kawasan kajian
saya ialah di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia cawangan Kedah yang beralamat
Lot 1416, Km.10,Jalan Hutan Kampong, Kepala Batas, 06200 Alor Setar, Kedah Darul
Aman. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia cawangan Kedah telah ditubuhkan pada
22 November 1990. Perbadana Kemajuan Kraftangan tersebut telah dirasmikan oleh
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni
Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah.

Pada asalnya, Hutan Kampung merupakan sebuah mukim yang terletak di daerah
Kota Setar, Kedah. Tapak pembinaan kawasan perbadanan tersebut dikelilingi dengan
kawasan sawah padi yang menjadi pengeluar padi terbesar di Malaysia. Keluasan kawasan
tersebut adalah sebanyak 6.624 ekar. Terdapat 10 bangunan yang merangkumi sebuah
pejabat, 6 bengkel kraftangan, sebuah dewan serbaguna, sebuah bilik khas pameran dan
sebuah bangunan khas untuk penjualan dan mempromosikan hasil kraftangan.

Seramai 17 orang kakitangan dan staf sokongan berkhidmat di Perbadanan Kemajuan


Kraftangan tersebut. Pengusaha-pengusaha kraftangan pula seramai 168 orang sehingga
tahun 2018.

10
GAMBAR 1: KRAFTANGAN MALAYSIA
KEDAH

BAB 3

Produk Tekstil dan Hasil Tanah

11
BAB 4

Hasil Rimba

Logam

12
Panggilan ‘pandai besi’ diberi kepada mereka yang mahir dalam pembuatan senjata, terutama
keris. Tukang besi seperti ini dipercayai telah ada semenjak awal kerajaan Majapahit pada
kurun ke-13 di Jawa. Kemahiran seniman Kemahiran tersebut telah menyebabkan ahli-ahli
pertukangan pada zaman tersebut menikmati berbagai-bagai keistimewaan antaranya
ganjaran dan gelaran daripada kerajaan Majapahit.
Apabila kerajaan Mahapahit runtuh pada kurun ke-15, kebanyakan tukang besi yang
handal telah berhijrah ke jajahan-jajahan lain di gugusan pulau-pulau Indonesia dan
berkumpul dalam kelompok-kelompok yang berasingan di bawah naungan raja-raja dan
ketua-ketua baharu. Keturunan mereka itu, yang telah terus mengusahakan bakat warisannya,
masih boleh digalurkan salasilahnya pada zaman Raffles yang telah menjadi Gabenor tanah
Jawa dalam tahun 1812. Beberapa orang daripada mereka itu telah menyeberangi laut dan
pergi ke Sumatera dan ketibaan mereka telah di sambut dengan segala hormatnya di Pagar
Ruyong iaitu ibu negeri lama Minangkabau.
 Di Terengganu, Sultan Omar yang mulanya memerintah pada tahun 1839 sehingga
1876, telah memulakan satu dasar memajukan kraf ini di ibu negerinya dan menggalakkan
para tukang membangunkan kraf tempatan. Dasar ini telah menarik perhatian dan minat salah
seorang tukang yang telah berhijrah dari Pagar Ruyung di Sumatera Barat ke Terengganu.
Sultan Omar juga membangunkan satu perkampungan pandai besi di Kampung
Gelugor Raja di Kuala Terengganu. Sultan-sultan Terengganu selepas Sultan Omar juga
menggalakkan kraf tempatan sehingga jumlah tukang di Terengganu meningkat. Kebanyakan
daripada mereka tinggal di kawasan yang berdekatan dengan istana utama.
Menurut Abu Bakar Mohd Min antara pandai besi yang terkenal menyatakan bahawa
sultan akan dipersembahkan denga keris sepanjang 14 inci manakala rakyat jelata
mempunyai keris 9 inci sahaja. Ada sesetengah keris mempunyai lok, da nada juga pula lurus
dan tirus. Lok ini mungkin berjumlah sebanyak tiga hingga Sembilan. Raja akan memiliki
keris yang mempunyai Sembilan lok. Namun begitu, sejarah menunjukkan ada juga keris
yang mempunayi lebih daripada 13 lok da nada yang sampai 31 lok. Lazimnya, jumlah lok
ini mestilah angka gangil. Sarung keris selalunta dibuat daripada cantuman kayu kemuning
dan kayu sena, tetapi pada zaman sekarang ia mungkin dibuat daripada pelbagai bahan,
termasuk perak yang dihiasi ukiran halus.
Keris terutamanya dimiliki oleh kerabat diraja sahaja. Permukaan keris tersebut juga
diukir dengan  ayat-ayat Al-Quran serta bertatah batu permata dan emas pada hulu keris yang
diperbuat daripada gading. 

13
Bab 5

Pembangunan sumber manusia

Jantina Bil
Tahun
Lelaki Perempuan usahawan
2016 48 55 103 orang
2017 53 82 135 orang
2018 78 97 175 orang
14
Peluang pekerjaan yang diwujudkan oleh sesebuah kerajaan akan meningkatkan taraf
kehidupan sesebuah masyarakat dan menjadi pemangkin kepada kepesatan ekonomi sesebuah
negara. Peluang pekerjaan yang diwujudkan di dalam negara hendaklah setanding dengan
kemajuan ekonomi di luar negara. Oleh itu, sesebuah kerajaan memainkan peranan yang
penting dalam merangka program-program yang dapat meningkatkan sumber ekonomi
masyarakatnya supaya meningkatkan kepesatan ekonomi negara tersebut. Kewujudan sektor-
sektor perindustrian di negara kita mampu menjadi sumber rezeki kepada masyarakat
tempatan kita. Menurut Heilbrun & Gary (2001) di dalam bukunya The Economics of Art
and Culture, menyifatkan bahawa bidang keseniaan ini merupakan salah satu punca
pendapatan kepada masyarakat. Di Malaysia, industri kraftangan merupakan salah satu sektor
yang menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara. Di negeri Kedah, walaupun
perusahaan penanaman padi merupakan sumber ekonomi utama masyarakatnya, industri
kraftangan juga berperanan sebagai salah satu sumber pendapatan mereka.
Berdasarkan jadual di atas, bilangan usahawan kraftangan di Perbadanan Kemajuan
Kraftangan Malaysia cawangan Kedah menunjukkan peningkatan yang berterusan dari tahun
2016 sehingga ke tahun 2018 berturut-turut. Pada tahun 2016, jumlah usahawan kraftangan
adalah sebanyak 103 orang dan angka ini meningkat kepada 135 orang pada tahun 2017
iaitu peningkatan sebanyak 32 orang usahawan. Manakala pada tahun 2018 pula, peningkatan
seramai 40 orang usahawan telah menjadi sebagai 168 orang usahawan.
Pada tahun 2016, jumlah usahawan di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
cawangan Kedah adalah sejumlah 103 orang yang terdiri daripada 48 lelaki dan 55 orang
perempuan. Bilangan usahawan lelaki dan perempuan juga telah menunjukkan peningkatan
sebanyak 5 orang lelaki dan 27 orang perempuan pada tahun 2017. Pada tahun 2018 pula,
jumlah usahawan lelaki meningkat kepada 78 orang dan usahawan perempuan menjadi 97
orang. Peratus peningkatan jumlah usahawan dari tahun 2016 ke 2018 adalah sebanyak
41.14%. bilangan usahawn perempuan adalah lebuh tinggi berbanding bilangan usahawan
lelaki dari tahun 2016 hingga 2018. Perbezaan ini berlaku kerana kebanyakkan penduduk
lelaki menceburi dalam bidang pertanian khususnya dalam bidang penanaman padi.
Terdapat beberapa faktor yang mendorong masyarakat di Hutan Kampung untuk
menceburi dalam bidang kraftangan. Antaranya, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
cawangan Kedah telah menganjurkan pelbagai kursus kesedaran tentang penggunaan
kraftangan. Dalam kursus ini juga, pelbagai input kerjaya yang berkaitan dengan bidang kraf
tangan juga diberi penelitian kepada masyarakat tempatan tersebut. perbadanan kemajuan
kraftangan tersebut juga menyediakan bengkel-bengkel kraftangan yang serba lengkap bagi
15
memudahkan para usahawan menghasilkan produk-produk kraftangan. Perdagangan ini juga
menyediakan perkhidmatan penyewahan bengkel kepada usahawan-usahawan yang
menceburi dalam bidang kraftangan secara kerja sampingan. Perbadanan ini juga
mengenakan kadar penyewaan bengkel yang minima kepada ushawan-usahawan sambilan,
iaitu sebanyak RM 65.00 sebulan. Perbadanan ini juga membantu para ibu tunggal mengikuti
program-program penghasilan kraftangan secara percuma.
Tambahan lagi, pihak perbadanan juga menganjurkan kempen-kempen
penghasilankraftangan di sekolah-sekolah sekeliling kawasan Hutan Kampung. Pelajar-
pelajar sekolah menengah kebangsaan SMK Hutan Kampung memperkenalkan persatuan
usahawan kraf tangan dibaiki oleh perbadanan Kemajuan Kraftangan tersebut.
Selain itu, kebanyakkan usahawan-usahawan kraftangan menceburi dalam bidang
kraftangan sejak turun temurun lagi.

16
Bab 6

Kaedah-kaedah promosi dan pemeliharaan dan pemuliharan kraftangan.

17
Bab 7

Kesimpulan

RUJUKAN

LAMPIRAN

18

Anda mungkin juga menyukai