Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2016

SJK (TAMIL) KEM ASKAR MELAYU

SJK (Tamil) Kem Askar Melayu telah mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan
sempena Ulangtahun Kemerdekaan Ke-59. Sambutan yang bertujuan memupuk
semangat cintakan negara kepada warga sekolah ini Berjaya diadakan dengan
cemerlang. Sambutan telah diadakan pada pagi Isnin 29 Ogos 2016.

Segala perancangan dan persiapan untuk sambutan dilakukan seminggu


sebelum sambutan iaitu aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan. Tepat pada jam 8.10
pagi para guru mengambil tempat masing-masing. Majlis dimulakan dengan bacaan
Thevaram oleh wakil murid. Diteruskan dengan bacaan ikrar oleh ketua pengawas
sekolah. Ucapan dimulakan oleh En. Jay Suriarao selaku setiausaha. Seterunya diikuti
oleh ucapan guru besar turut merasmikan pelancaran bulan kemerdekaan. Acara
teruskan dengan istiadat perbarisan murid-murid sekolah yang membawa jalur
gemilang, diikuti dengan nyayian lagu negaraku dengan penuh bersemangat oleh para
pelajar.

Acara dimeriahkan lagi dengan nyanyian kumpulan bertajuk Tanggal 31. Sesi
pertama sambutan dimulakan dengan lakonan oleh pelajar tahun 6. Seterusnya murid-
murid tahun 5 menyampaikan sebuah pantun direka sendiri. Sambutan diteruskan
dengan persembahan murid-murid tahun 1 hingga tahun 4 dengan pakaian tradisional.
Suasana ketika itu, amat meriah. Pelajar seronok menyaksikan persembahan oleh
rakan-rakan mereka serta guru-guru yang terlibat. Majlis berjalan dengan lancar tanpa
sebarang masalah. Majlis diakhiri dengan peyampaian hadiah untuk pemenang yang
menyertai pertandingan sempena aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan. Seterusnya
nyanyian lagu Malaysiaku Gemilang dan Tanggal 31 yang diketuai oleh Guru-guru.

Pelajar direhatkan sebelum bermulanya sesi kedua sambutan hari kemerdekaan


selama setengah jam. Sesi kedua pula diteruskan dengan pertandingan kuiz spontan
kemerdekaan untuk pelajar. Kuiz ini disertai oleh semua murid dengan menjawab
soalan mengikut tahap mereka. Kemudian acara diteruskan dengan pertandingan
mewarna logo kemerdekaan untuk semua murid. Seterusnya murid melekatkan logo
yang telah warna di kain rentang. Sebelum sesi kedua tamat, nyayian lagu Jalur
Gemilang dan Keranamu Malaysia oleh pelajar sambil mengibarkan jalur gemilang
bersama guru-guru menaikkan rasa bangga dalam diri setiap warga.

LAMPIRAN GAMBAR

Anda mungkin juga menyukai