Anda di halaman 1dari 19

dokumentasi

PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN

TEMA: DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA

18 OGOS 2014 26 SEPTEMBER 2014

Di
SK JALAN HANG TUAH (1)

ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN
2.0 OBJEKTIF
3.0 TEMPAT, TARIKH DAN MASA
4.0 SASARAN
5.0 JUMLAH PESERTA
6.0 LAPORAN PROGRAM
7.0 TENTATIF PROGRAM
8.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
9.0 PENUTUP
10.0 LAMPIRAN

1.0 PENGENALAN

Pada tanggal 31 Ogos setiap tahun, Negara Malaysia akan menyambut Hari
Kemerdekaan Negara. Hari kemerdekaan negara yang di sambut setiap tahun
mempunyai kebaikan dan kepentingannya yang tersendiri. Hari tersebut merupakan
hari kebesaran negara yang perlu disambut dan dihayati oleh semua rakyat yang
cinta akan negara ini. Hari Kemerdekaan Negara hendaklah disambut agar generasi
muda yang menjadi tonggak negara pada masa hadapan akan mengerti dan
menghayati hari kemerdekaan. Tema hari kemerdekaan pada tahun 2014 iaitu Di
sini Lahirnya Sebuah Cinta telah dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan
ke-57 yang akan diadakan di Melaka pada 31 Ogos 2014. Melaka dipilih menjadi
tuan rumah untuk acara tersebut.

Bagi memenuhi keperluan ini, maka Panitia Sejarah, Panitia Kajian Tempatan ,
Panitia Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan dengan kerjasama

panitia-panitia

yang lain berserta pihak pengurusan sekolah telah melaksanakan Program


Kemerdekaan 2014. Program ini bertujuan memupuk semangat cinta akan tanah air,
mengasah dan menonjolkan bakat serta diharap dapat mengeratkan silaturahim
dalam kalangan murid dan juga guru-guru.

2.0 OBJEKTIF

1.

Menerapkan nilai-nilai murni seperti cinta akan negara, berdisiplin, bekerjasama,


mempunyai semangat patriotik dan cinta akan negara dalam kalangan murid.

2.

Melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.

3.

Dapat memupuk semangat perpaduan kaum di mana murid-murid berbilang


bangsa akan bersama-sama melibatkan diri semasa sambutan hari
kemerdekaan diadakan

4.

Menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan negara

3.0 TEMPAT, TARIKH DAN MASA

Tempat

: SK. Jalan Hang Tuah (1)

Tarikh

: 18 Ogos 26 September 2014

Masa

: Waktu persekolahan

4.0 SASARAN PENYERTAAN

Penyertaan adalah dalam kalangan guru serta murid Tahap 1 dan Tahap 2 SK. Jalan
Hang Tuah (1).

5.0 JUMLAH PESERTA

Jumlah peserta adalah seramai 310 orang (anggaran) iaitu guru dan semua murid
SK. Jalan Hang Tuah (1).

6.0 LAPORAN PROGRAM

Pada 19 Ogos 2014 yang lalu, Majlis Pembukaan Program Sambutan


Kemerdekaan SK Jalan Hang Tuah (1) telah diadakan di dewan sekolah. Majlis ini
dihadiri oleh semua guru dan murid SK Jalan Hang Tuah (1). Majlis ini diadakan
pada pukul 1.40 petang iaitu selepas selesai Majlis Perhimpunan Mingguan. Guru
Besar Sk Jalan Hang Tuah (1) iaitu Encik Rosman bin MatNoor telah merasmikan
dan melancarkan Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah. Majlis
diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku oleh semua warga SK Jalan Hang Tuah
(1). Semua warga SK Jalan Hang Tuah (1) menyanyikan lagu Negaraku dengan
penuh bersemangat. Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan acara nyanyian lagu
patriotik. Lagu-lagu yang dinyanyikan oleh semua warga SK Jalan Hang Tuah (1)
pada hari tersebut ialah lagu Warisan, Jalur Gemilang, Bahtera Merdeka dan banyak
lagi. Semua guru dan murid menyanyikan lagu tersebut sambil mengibarkan bendera
Jalur Gemilang dan menyanyikan lagu tersebut dengan sepenuh penghayatan.
Selepas itu, majlis diteruskan dengan penyerahan Jalur Gemilang kepada guru besar
sebagai simbolik perasmian majlis pada hari tersebut. Kemudian, semua warga Sk
Jalan Hang Tuah (1) ditayangkan dengan sebuah klip video yang berkaitan dengan
sejarah negara kita. Bermula pada hari tersebut, lagu-lagu patriotik dipasangkan
pada setiap hari sepanjang sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah.

Pada 20 hingga 22 Ogos 2014 pula telah diadakan Pertandingan Mewarna


Logo Kemerdekaan bagi murid-murid tahap satu. Semua murid tahap satu iaitu
murid-murid bagi tahun satu hingga tahun 3 telah mengambil bahagian dalam acara
ini. Kesemua peserta telah menunjukkan bakat dengan mewarna logo kemerdekaan

dengan cantik sekali. Pertandingan melukis Logo Kemerdekaan turut diadakan bagi
murid-murid tahap dua iaitu murid-murid tahun empat, lima dan enam. Semua murid
tahap dua telah mengambil bahagian dalam acara ini. Mereka semua berasa teruja
kerana dapat mengambil bahagian dalam acara seperti ini.

Pada 25 hingga 29 Ogos 2014,Pertandingan Mendeklamasi Sajak telah


diadakan. Pertandingan ini melibatkan murid-murid tahun tiga dan murid-murid tahap
dua. Kesemua peserta telah menunjukkan prestasi yang memberansangkan dan
dapat menyampaikan sajak patriotik dengan penuh penghayatan. Pujian patut
diberikan kepada semua peserta kerana berjaya mendeklamasikan sajak dengan
begitu baik dan penuh bersemangat. Pemenang tempat pertama bagi pertandingan
mendeklamasikan sajak ini jatuh kepada Nor Airen dari tahun empat. Selain itu,
Pertandingan Kuiz Merdeka juga telah diadakan bagi murid-murid tahap dua.
Pemenang bagi pertandingan ini jatuh kepada kumpulan lelaki. Pertandingan seperti
ini sememangnya dapat menguji minda dan kepantasan pemikiran murid-murid serta
dapat menguji pengetahuan murid-murid tentang sejarah negara kita. Pertandingan
seperti ini merupakan suatu usaha yang baik dan wajar diteruskan pada tahun-tahun
yang akan datang bagi melahirkan generasi alaf baru yang celik tentang sejarah
negara.

Pada 01 hingga 05 September 2014, Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik


telah diadakan. Pertandingan ini diadakan dalam dua kategori iaitu kategori solo dan
kategori berkumpulan. Pemenang tempat pertama bagi kategori solo jatuh kepada
Ezamrin. Manakala, tempat pertama bagi kategori berkumpulan jatuh kepada muridmurid tahun lima. Semua peserta yang mengambil bahagian kelihatan begitu

gembira dan seronok semasa membuat persembahan. Penonton-penonton yang


terdiri

daripada

guru-guru

dan

murid-murid

pula

begitu

teruja

menonton

persembahan pada hari tersebut. Pujian patut diberi kepada semua peserta yang
mengambil bahagian kerana berani tampil di hadapan umum dan berlatih
bersungguh-sungguh untuk memenangi pertandingan yang dipertandingkan.

Pada 22 hingga 26 September 2014 pula Majlis Penutupan Sambulan Bulan


Kemerdekaan SK Jalan Hang Tuah (1) telah diadakan di dewan sekolah. Majlis ini
dimulakan dengan Ucapan Perasmian Penutup oleh Guru Besar Sk Jalan Hang
Tuah (1) iaitu Encik Rosman bin MatNoor. Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan
persembahan oleh murid-murid iaitu persembahan nyanyian lagu patriotik oleh juara
bagi acara tersebut, persembahan mendeklamasi Sajak Merdeka oleh Juara,
persembahan drama Ke Arah Kemerdekaan Negara oleh murid-murid tahap dua
dan juga sebuah tayangan Video Merdeka. Semua warga Sk Jalan Hnag Tuah (1)
begitu teruja dan seronok melihat persembahan yang telah dipersembahkan pada
hari tersebut. Selepas kesemua persembahan tamat, majlis diteruskan dengan
penyampaian hadiah kepada peserta-peserta yang telah berjaya dalam kesemua
pertandingan yang telah dipertandingkan sepanjang sambutan bulan kemerdekaan
ini diadakan di peringkat sekolah. Semua peserta gembira menerima hadiah. Majlis
diteruskan lagi dengan nyanyian lagu patriotik oleh semua guru dan murid-murid.
Lagu-lagu patriotik dinyanyikan dengan penuh semangat oleh warga SK Jalan Hang
Tuah (1). Sebelum majlis selesai, laungan merdeka telah dilaungkan oleh SK Jalan
Hang Tuah (1) sebanyak tujuh kali. Laungan tersebut memenuhi setiap ceruk dewan.
7.0 PROGRAM, TENTATIF DAN TINDAKAN
7.1 AKTIVITI

: PEMBUKAAN

HARI

: Rabu

TARIKH

: 19.08.2014.

TEMPAT

: Dewan Sekolah

MASA

: 2:00pm 3:30pm.

1.45 pm

: Guru dan semua murid berkumpul di dalam dewan sekolah

2.00 pm

: Aluan lagu-lagu partiotik diperdengarkan.

2.10 pm

: Nyanyian 4 rangkaian lagu .


: Ucapan guru bertugas dan ucapan guru bertugas pada minggu

lepas.
2.20 pm

: Kawad bendera masuk


: Penyerahan Jalur Gemilang kepada semua murid

2.40 pm

: Ucapan Perasmian Guru Besar SK. Jalan Hang Tuah (1)

3.00 pm

: Pelancaran Bulan Kemerdekaan

3.05 pm

: Gimik Hari Pelancaran Bulan Kemerdekaan

3.15 am

: Persembahan Nyanyian Lagu Patriotik pilihan.

3.30 pm

: Majlis bersurai

Ajk pelaksana
Pengarah program

:Pn. Noor Atikah Binti Abdullah

Tim. Pengarah

:En. Mazlan Bin Ibrahim

Setiausaha

:Pn.Rosliza Binti Arifin

Ajk kecil

:Guru yang mengajar subjek Sejarah,Kajian Tempata

Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraa dan Ketua Panitia yang terlibat.

Ajk

Nama

Tugas

Dokumentasi

Pn. Soffiya Khaja Kamaludeen

-Menyediakan

Peralatan

Pn.Siti Naqiah
En. Mohd Afizul B Mohd Yusof

dokumentasi lengkap
-Menyediakan peralatan

En. Sayuti Basri B Salleh

yang diperlukan daripada

Pn. Bidah Bt Hussien

semua ajk yang terlibat.

Pn. Gayatri a/p Jayapalan


Buku Program

Hadiah/cenderahati

Pentas dan backdrop

Persembahan

Pn. Zara (Perasmian Pembukaan)

-Menyediakan buku

Cik Rohaini Bt Mat (Perasmian

program

Penutupan)
Pn. Roszilah Bt Mohd Jamil

-Menyediakan hadiah

Pn. Hamidatul Adawiah Bt Abas

untuk murid

Pn. Helena Thomas


Pn. Mardhiah Bt Abu Bakar

-Menyediakan pentas dan

En.Mohd Afizul B Mohd Yusof

backdrop yang diperlukan.

Pn. Noriana bt Mahmad Nor


Pn. Nor Azlina Bt Zakaria

-Susun atur pentas


-Menyediakan

Pn. Erny Kamaleah Bt Mohd Esa

persembahan murid dan

Pn. Sharini

guru.

Pn. Aznira Bt Razak


Pn. Rosliza Bt Arifin
En. Mohd Sahrin
Juruacara

Guru Bertugas Mingguan

-Menjadi juruacara majlis

Majlis

(Pembukaan)

Bacaan doa

Pn.Aznira Bt Razak (Penutup)


En.Sayuti Basri B Salleh

-membaca doa

Disiplin Murid

Pn. Soffiya Khaja Bt Kamaludeen

-Memastikan disiplin murid

Siaraya

Pn. Azlina Fatihah Bt Abu Bakar


En.Hafiz Majanggil B Abdullah

terkawal
-Menyediakan berkaitan

En. Sayuti Basri Bin Salleh

muzik , sistem bunyi atau

Fotografi

En. Hafiz Majanggil B Abdullah

tayangan.
-Mengambil gambar untuk
tujuan pendokumentasian

7.2 AKTIVITI

: PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA LOGO


KEMERDEKAAN

TARIKH
21.08.2014

HARI
Khamis

MASA
4.00 6.00

TEMPAT
Bilik Darjah

petang
Semua murid Tahap 1dan Tahap 2

TINDAKAN
Pn. Noor Atikah bt
Abdullah (Tahap 2)
Pn. Gayathri a/p
Jayapalan (Tahap 1)

AJK PELAKSANA
Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual dan semua guru mata pelajaran PSV

7.3

AKTIVITI

TARIKH
26.08.2014

: PERTANDINGAN MENDEKLAMASI SAJAK MERDEKA

HARI
Selasa

MASA
5.00 6.30
petang

Murid-murid Tahap 2 sahaja

TEMPAT
Dewan Sekolah

TINDAKAN
Pn. Noor Atikah bt
Abdullah
Pn. Bidah Bt Hussein
En.Sayuti Basri B Salleh

AJK PELAKSANA
Ketua Panitia Bahasa Melayu dan semua guru mata pelajaran Bahasa Melayu

7.4 AKTIVITI

TARIKH
29.08.2014

: PERTANDINGAN KUIZ MERDEKA

HARI
Jumaat

MASA
5.00 6.30

TEMPAT
Dewan Sekolah

petang

TINDAKAN
Pn. Soffiya Khaja Bt
Kamaludeen
Pn. Siti Naqiah
En.Hafiz Majanggil B

Murid-murid Tahap 2 sahaja

Abdullah
AJK PELAKSANA
Ketua Panitia Kajian Tempatan dan Ketua Panitia Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan
bersama semua guru mata pelajaran KT dan PSK

7.5 AKTIVITI

TARIKH
03.09.2014

: PERTANDINGAN LAGU PATRIOTIK

HARI
Rabu

MASA
5.00 6.30

TEMPAT
Dewan Sekolah

petang
Murid-muridTahun 3, 4 dan 5 sahaja

TINDAKAN
En. Mohd Afizul B Mohd
Yusof
En.Mohd Sahrin B
Mokhtar
Pn.Erny Kamaleah Bt
Mohd Esa

AJK PELAKSANA
Ketua Panitia Muzik dan semua guru mata pelajaran Muzik

7.6 AKTIVITI

: PERTANDINGAN FESYEN MERDEKA TAHAP 1

TARIKH
26.09.2014

HARI
Jumaat

MASA
2.30 6.30

TEMPAT
Dewan Sekolah

petang
Murid-murid Tahap 1 sahaja iaitu Tahun 1 dan 2

TINDAKAN
Pn. Azlina Fatihah Bt
Abu Bakar
Pn. Nor Azlina Bt
Zakaria
Pn. Mardhiah Bt Abu
Bakar

AJK PELAKSANA
Ketua Panitia Bahasa Inggeris dan Matematik serta semua guru mata pelajaran subjek BI
dan Matematik

7.7 AKTIVITI

TARIKH
26.09.2014

: PERSEMBAHAN DRAMA MERDEKA

HARI
Jumaat

MASA
2.30 6.30

TEMPAT
Dewan Sekolah

petang
Murid-murid Tahap 2 sahaja iaitu Tahun 4

TINDAKAN
Pn. Aznira Bt Razak
Pn. Rosliza Bt Arifin
Pn. Sharini

AJK PELAKSANA
Ketua Panitia Sejarah dan semua guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah

7.8 AKTIVITI

: LAGU PATRIOTIK SETIAP HARI

TARIKH
18.08.2014 -

HARI
Sepanjang

MASA
12.30 1.05

26.09.2014

waktu

tengah hari

TEMPAT
Dewan Sekolah

TINDAKAN
Semua guru bertugas
mingguan

persekolahan
Pn.Noriana Bt Mahmad

Menyediakan lagu patriotik yang sesuai

Nor
Cik Rohaini Bt Mat
Pn.Hamidatul Adawiah

Bt Abas

AJK PELAKSANA
Ketua Panitia Agama Islam dan semua guru bertugas mingguan

7.9 AKTIVITI

: PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN

HARI

: Jumaat

TARIKH

: 26.09.2014.

TEMPAT

: Dewan Sekolah

MASA

: 2.30pm 6:30pm.

2.30 pm

: Semua murid berkumpul di dewan sekolah.

2.45 pm

: Perarakan Jalur Gemilang

3.00 pm

: Ucapan penutupan program kemerdekaan

3.15 pm

: Persembahan murid

4.00 pm

: Penyampaian hadiah

4.30 pm

: Penutupan bulan kemerdekaan.


Nyanyian lagu Negaraku dan lagu tema

5.00 pm

: Tayangan Video Kemerdekaan

6.30 pm

: Bersurai

8.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK

PENASIHAT

:EN. ROSMAN BIN MATNOR (GURU BESAR)

PENGERUSI

:PN. NOOR ATIKAH BT ABDULLAH (PK KOKURIKULUM)

NAIB PENGERUSI 1

:EN MAZLAN BIN IBRAHIM (PK

KURIKULUM)
NAIB PENGERUSI 2

:EN.NEZIR KHAN BIN REPIKH ALI (PK HEM)

BENDAHARI

: PN. ROKIAH BT MOHD YATIM

SETIAUSAHA

:PN.ROSLIZA BINTI ARIFIN

AHLI JAWATANKUASA
1. PN.AZNIRA BINTI RAZAK
2. PN.ZARA
3. PN.SHARINI

AJK PELAKSANA

: Semua Guru

9.0 PENUTUP
Secara umumnya, selesai sudah Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan
peringkat sekolah. Diharap objektif tercapai dan manfaatnya dapat dikongsi
bersama guru-guru dan murid-murid. Diharap majlis seumpama ini dapat
diteruskan lagi pada tahun-tahun yang akan datang.

Disediakan oleh;

..
AJK Dokumentasi

Disahkan oleh;

..

10.0 LAMPIRAN

Gambar semasa Majlis Perasmian Sambutan Kemerdekaan SK Jalan Hang


Tuah (1)

Gambar Murid-Murid Menonton Tayangan Video Kemerdekaan

Gambar Murid-Murid dan Guru-Guru Menyanyikan Lagu Patriotik

Gambar Peserta-Peserta Membuat Pesembahan Nyanyian Lagu Patriotik

Anda mungkin juga menyukai