Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN PROGRAM

1. Nama Program : MAJLIS SAMBUTAN HARI MALAYSIA DAN


PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN 2019

2. Tarikh : 15 September 2019

3. Hari / Masa : Ahad / 7.45 – 12.45 pm

4. Tempat : Dewan Terbuka

5. Objektif :

5.1 Memupuk semangat sayangkan negara dalam kalangan murid-murid


disamping menghayati erti kemerdekaan yang sebenar

5.2 Menyemai semangat menghargai dan memelihara kemerdekaan dan


kemakmuran negara yang dikecapi

5.3 Menyemai nilai kesyukuran dalam diri murid-murid

5.4 Dapat mengeratkan hubungan antara murid dan guru, saling


bekerjasama dan berdisplin serta menunjukkan komitmen yang tinggi
terhadap arahan yang diberi.

6. Sasaran
:
6.1 Semua guru dan murid

7. Butiran aktiviti :

Majlis dimulakan pada jam 7.45 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku,
Selamat Sultan, dan lagu sekolah. Kemudian, Ustaz Razali Bin Mas Hassan
mengetuai bacaan doa. Seterusnya, gimik pelancaran program telah
dipersembahkan oleh beberapa orang murid Tahun 5 dengan membawa
bendera Malaysia dan kemudiannya diserahkan kepada Tuan Guru Besar,
Cikgu Asmera Bin A. Rashid. Cikgu Asmera telah membentangkan dan
mengibarkan jalur gemilang. Semua murid dan guru bersama-sama
melaungkan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali yang diketuai oleh Tuan Guru
Besar dan seterusnya menyanyikan 6 buah lagu patriotik yang bertajuk Jalur
Gemilang, Saya Anak Malaysian, Tanggal 31, Kita Punya Malaysia, Aku
Negaraku, dan Malaysia Bersih. Sebelum murid rehat pada jam 9.45 pagi,
pertandingan basikal berhias dijalankan. Seramai 6 orang murid telah
menyertai pertandingan ini dan bersemangat waja menghias basikal masing-
masing dengan jalur gemilang terutamanya dan juga pelbagai hiasan lain.
Pada pukul 10.45 pagi, semua murid dan guru mula berkumpul
kembali di dewan terbuka dan pertandingan fesyen merdeka dimulakan.
Murid-murid diberi peluang untuk naik ke pentas dan menggayakan pakaian
masing-masing. Pertandingan ini mendapat sambutan yang amat
menggalakan di kalangan murid-murid. Selepas itu, majlis dimeriahkan lagi
dengan persembahan murid dan guru. Antara persembahan oleh murid ialah
deklamasi sajak dan dikir barat oleh kumpulan dikir barat sekolah yang telah
dilatih oleh Ustaz Razali Bin Mas Hassan. Guru Penolong Kanan HEM, Cikgu
Abdul Rashid Bin Abdul Rahman juga telah memeriahkan majlis dengan
mempersembahkan Langkah Sembah Silat. Pada pukul 11.30 tengah hari,
majlis penyampaian hadiah dijalankan. Semua murid yang telah bersemangat
dan bersungguh-sungguh menyertai pertandingan mendapat hadiah yang
telah disediakan. Majlis bersurai pada jam 12.45 tengah hari dan semua
murid dibenarkan pulang.

8. Penilaian Program :

8.1 Kekuatan Program :

8.1.1 Sokongan daripada pihak pentadbir.


8.1.2 Kerjasama yang baik oleh semua guru, murid, ibu bapa dan kakitangan
sekolah.
8.1.3 Kesungguhan dan semangat waja yang ditunjukkan oleh semua murid
dalam penglibatan aktiviti dan pertandingan yang telah dirancang.
8.1.4 Program dan aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar

8.2 Kelemahan Program :

8.2.1 Lantai dewan terbuka yang sedikit basah kerana cuaca hujan pada
waktu malam hari sebelum program dijalankan. Walau bagaimanapun,
tikar telah dihamparkan bagi keselesaan murid-murid.

8.3 Cadangan Penambahbaikan :


8.3.1 Penglibatan ibu bapa terutamanya untuk persiapan program, sebelum,
semasa, dan selepas untuk mengeratkan hubungan kerjasama dengan
pihak sekolah.

9. Dokumentasi Bergambar :

Pertandingan mewarna poster Tahap 1


Pertandingan melukis poster Tahap 2
Sesi penyampaian hadiah

Disediakan : Disahkan oleh :

……………………… ……………………
(Penyelaras Program)

Anda mungkin juga menyukai