Anda di halaman 1dari 13

Laporan perlaksanaan internship

Nama pelajar : Nor Hanani bt Abdul Halim.


Program : Ijazah Sarjana Muda Perguruan.
Nama sekolah : Sekolah Kebangsaan Bukit Panau.
Nama projek/aktiviti : Program Imam Cilik 2014.
Tempoh perlaksanaan : 21 Julai 2014 (7.30 pagi 11.15 pagi)
Objektif:
1) Memberikan pendedahan kepada murid untuk mempraktikkan Islam sebagai
satu cara hidup.
2) Melahirkan insan yang cemerlang dunia dan akhirat melalui penghayatan nilai
keislaman.
3) Menghidupkan biah soleh dan solehah dalam kalangan warga sekolah.
4) Memberi gambaran tentang konsep kebudayaan yang bertepatan dengan
kehendak syariat Islam.
5) Memberi pendedahan terhadap ilmu pengetahuan di samping dapat mempelajari
tentang agama Islam dengan lebih mendalam.

Strategi perlaksanaan:
1) Melakukan perbincangan dan agihan tugas dengan rakan praktikum yang lain.
2) Kolaborasi dengan pentadbir sekolah, guru pembimbing, dan guru j-Qaf bagi
mendapatkan pandangan dan persetujuan.
3) Penyiapan kertas kerja sebagai panduan untuk melaksanakan program.
4) Membuat pemurnian kertas cadangan dengan pentadbir atasan sekolah.
5) Mendapatkan kelulusan dari Guru Besar.
6) Menyenaraikan nama-nama murid yang dirasakan sesuai untuk menyertai
pertandingan pertandingan Tilawah Al-Quran, hafazan dan azan.
7) Membuat ujibakat murid yang disenaraikan bagi setiap pertandingan.
8) Membuat surat lantikan hakim.
9) Membuat borang-borang pemarkahan.
10) Membuat perbincangan teks pengacara majlis bersama dengan mentor.
11) Penyiapan pamplet.
12) Membuat taklimat tentang program yang dianjurkan untuk maklumat semua
guru.
13) Menyediakan hadiah pemenang dan saguhati.
14) Melaksanakan aktiviti dan setiap kerja dibantu oleh semua guru.
15) Membuat senarai keputusan pemenang setiap pertandingan.

Refleksi:
A. Kekuatan projek/aktiviti
Perlaksanaan program yang dilakukan telah menberi beberapa kelebihan kepada
kami dan seluruh warga sekolah amnya. Sepanjang persiapan sebelum menjelangnya
hari program ini berlangusng, kolaborasi diantara kami bersama mentor dan pihak
pentadbir sering berlaku agar program berjalan dengan lancar. Perhubungan dan
silaturahim guru-guru pelatih yang mesra dan kuat telah mampu dijalin terhadap semua
warga sekolah melalui pelaksanaan program ini. Kesannya wujud jalinan ukhuwah
yang baik. Suasana ini berjaya menimbulkan kejelekitan di antara guru pelatih, murid
dan guru-guru sekolah.
Selain itu, Kelicinan pentadbiran aturcara majlis yang kukuh semasa program
berlaku amat penting. Ianya adalah bagi mengelakkan sesuatu perkara yang negative
menghalang pelaksanaan program daripada berlaku. Kami semakin matang dalam
membuat aktviti surat-menyurat dan sentiasa peka dengan setiap patah perkataan yang
diolah. Selain itu, program ini berjaya menimbulkan komitmen yang tinggi dalam diri
kami untuk menjayakan aktiviti yang bermakna ini.
Pelaksanaan program ini telah melibatkan pengagihan setiap tugasan secara
individu bagi melicinkan pengurusan. Semasa menyempurnakan tugasan yang telah
diagihkan masing-masing, kami menyedari bahawa sikap dedikasi yang utuh serta
bersikap bertanggungjawab amat diperlukan bagi menjayakan program ini. Walaupun
berbeza unit pengajian dan mempunyai pendapat masing-masing, kami tidak
meletakkan faktor tersebut untuk melengahkan kerja-kerja yang sepatutnya.
B. Kelemahan projek/aktiviti
Antara kelemahan yang dapat dikenal pasti ialah penyediaan banner program.
Sewaktu program ini dijalankan, kami tidak menyediakan banner disebabkan kos yang
tidak mencukupi. Ditambah pula dengan penambahan hadiah kepada pemenang dan
saguhati di saat akhir berikutan daripada penglibatan murid lebih daripada yang
disenaraikan. Selain itu, pemilihan peserta amatlah sukar kerana terlalu ramai
penyertaan bagi setiap kategori pertandingan.
Cadangan penambahbaikan
Sebagai penambahbaikan untuk tahun hadapan, banner program hendaklah
disediakan sebagai bukti menunjukkan pihak sekolah mengadakan program seumpama
ini. Ditambah pula, dengan jumlah hadiah yang dibeli haruslah cukup dengan jumlah
peserta yang teah disenaraikan.
Selain itu, peserta yang dipilih harusah mereka yang terbaik di dalam setiap
kelas. Ujibakat sebelum pertandingan perlu dilakukan bagi memilih peserta yang layak
bertanding.
Kesimpulan
Program yang julung kalinya diadakan memberikan satu pengalaman yang amat
berharga tentang bidang pengurusan dan protokol sesuatu program. Kecekapan
pengurusan yang mantap akan dapat meningkatkan keyakinan terhadap guru-guru
pelatih untuk sentiasa peka dan bertanggungjawab semasa mengendalikan projek.

LAPORAN program imam cilik 2014

Pada 21 Julai 2014 iaitu hari Isnin, satu program Imam Cilik telah diadakan.
Program ini merupakan program yang julung kalinya diadakan di sekolah ini. Program
ini merupakan pengisian aktiviti yang dilakukan pada bulan Ramadan agar dapat
mempertingkatkan kualiti serta pengisiannya. Harapan tinggi daripada pihak sekolah
adalah agar program ini bakal memberi kesan yang lebih mendalam terhadap murid-
murid Sekolah Kebangsaan Bukit Panau dalam aspek pemupukan nilai-nilai
keagamaan yang lebih praktikal dalam kehidupan seharian. Penganjuran Program
Imam Muda 2014 ini mampu mencerminkan imej sekolah sebagai sebuah sekolah yang
sentiasa aktif menganjurkan aktiviti-aktiviti kerohanian untuk manfaat warganya.
Sebelum program ini berjalan, satu kertas kerja berkaitan program yang
dijalankan telah dibuat oleh setiausaha program. Kertas kerja yang dihasilkan adalah
hasil daripada perbincangan bersama penyelaras program, mentor dan kesemua guru
pelatih. Bagi memantapkan lagi program yang akan dijalankan, satu mesyuarat
pemurnian kertas kerja diadakan bersama-sama pihak pentadbir, guru pelatih dan guru-
guru yang terlibat. Wakil guru pelatih menyampaikan taklimat ringkas berkaitan program
yang akan dijalankan. Sedikit teguran dan pembetulan diberikan dari semasa ke
semasa tentang perjalanan program yang telah disampaikan.

Rajah 1: Mesyuarat pemurnian kertas kerja
Seterusnya, perjumpaan kedua bersama guru-guru yang terlibat diadakan di
Dewan Saidina Omar. Tujuannya untuk memilih peserta-peserta yang layak bertanding
dan hal-hal lain yang berkaitan. Kerjasama yang diberikan oleh guru-guru di sekolah ini
dapat dilihat apabila mereka sering kali membantu kami dalam menguruskan program
ini. Penambahan idea turut diberikan bagi memantapkan lagi perjalanan program yang
pertama kali diadakan ini.


Rajah 2 dan 3: Guru-guru berbincang tentang program yang dijalankan

Rajah 4 dan 5: Perbincangan pemilihan peserta pertandingan dan hal-hal lain
Kemudian, sehari sebelum program ini berlangsung, setiap warga sekolah
bertungkus lumus melakukan persiapan terakhir. Raptai bagi perjalanan program turut
diadakan bagi memastikan tiada berlaku sebarang kesilapan. Tempat pertandingan
turut dihias cantik dengan adanya bunga-bungaan dan permaidani. Begitu juga
persiapan tempat para juri yang telah dilabel. Setiap juri diberikan tanggungjawab
masing-masing mengikut kategori pertandingan.

Rajah 6: Persiapan tempat pentas pertandingan

Rajah 7: Persiapan tempat para juri
Tepat pukul 8.30 pagi, program ini telah dijalankan dengan dimulai oleh ucapan
alu-aluan oleh pengerusi majlis sekolah iaitu Puan Rahayu bt Ahmad. Seterusnya
program diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Azlam. Sebelum program sampai
ke acara kemuncaknya, ucapan sepatah dua kata telah disampaikan oleh Encik Mohd
Noor bin Mat Hassan, guru penolong kanan Kokurikulum. Melalui ucapan yang
disampaikan, beliau berharap agar program ini berjaya dan mendapat sambutan
daripada murid-murid sekolah untuk menyertainya sekaligus membantu dalam
pencarian bakat terpendam.

Rajah 8: Puan Rahayu bt Ahmad memulakan ucapan alu-aluan

Rajah 9: Bacaan doa oleh Ustaz Azlam

Rajah 10: Ucapan oleh Penolong Kanan Kokurikulm, Encik Mohd Nor bin Mat
Hassan
Kemudian, selesai sahaja ucapan yang telah disampaikan, program ini
diserahkan kepada Puan Norfarahin bt Rahman dan Puan Fatin Amalina bt Abd Aziz,
guru pelatih praktikum sebagai pengerusi majlis. Sebelum pertandingan dimulakan,
semua juri telah dijemput untuk bersedia di tempat masing-masing sambil penerangan
ringkas berkaitan peraturan pertandingan disampaikan oleh pengerusi majlis.
Pertandingan pertama dimulakan dengan pertandingan Tilawah Al-Quran dan Hafazan
seterusnya diikuti oleh pertandingan Azan.

Rajah 11: Para juri mengambil tempat sebelum pertandingan bermula

Rajah 12: Peserta pertandingan Tilawah Al-Quran

Rajah 13: Peserta pertandingan Hafazan

Rajah 14: Peserta pertandingan Azan
Selesai sahaja pertandingan, keputusan pemenang bagi setiap kategori
pertandingan diumumkan. Hadiah kepada para pemenang dan saguhati akan
diserahkan semasa majlis besar yang akan diadakan pada 23 Julai 2014 iaitu Majlis
Khatam Al-Quran. Program ini berakhir pada pukul 12.45 tengah hari dan proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa.


Disediakan oleh:

_____________________________
(NOR HANANI BINTI ABDUL HALIM)
Guru Pelatih IPGKSM

Disemak oleh:

_____________________________
(EN MUHAMMAD RIZAL B. AHMAD)
Mentor,
Program Internship SKBP 2014










CATATAN REFLEKSI
1. Isu/perkara yang difokus

Hasil daripada program yang telah dijalankan, perkara utama yang ingin difokuskan
ialah pengagihan kerja. Kerja-kerja yang perlu dilakukan sebelum dan semasa program
ini dilakukan ternyata memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Ini kerana
program ini julung kalinya diadakan di sekolah ini. Maka, penglibatan semua pihak
ternyata memberikan impak positif.

2. Analisis isu/perkara yang difokus

2.1 Kekuatan

Pengagihan kerja haruslah perlu dilakukan apabila sesuatu program sekolah
dianjurkan. Oleh kerana program ini julung kalinya diadakan, penglibatan semua pihak
amat diperlukan. Mesyuarat pemurnian kertas kerja telah dilakukan dan disampaikan
oleh guru pelatih sendiri. Tujuannya untuk memberi penjelasan kepada semua guru
mengenai program yang dijalankan sekaligus membantu kami untuk membuat
beberapa penambahbaikan. Hubungan silaturrahim diantara guru pelatih, guru-guru
dan pihak pentadbir juga dapat diwujudkan. Kerjasama semua pihak telah membuatkan
program ini berjaya dijalankan seperti mana yang telah dirancang

2.2 Kelemahan
Namun begitu, persiapan pengagihan kerja yang dilakukan oleh guru pelatih mengambil
masa yang lama. Ini kerana kami perlu berbincang dengan mentor dan pihak pentadbir
tentang senarai tugasan dan jumlah guru yang terlibat pada hari tersebut. Penyusunan
kerja menyukarkan kami kerana terdapat sebahagian guru yang tidak dapat hadir.



3. Cadangan penambahbaikan

Oleh itu, sebagai penambahbaikan, kolaborasi diantara mentor dan pihak pentadbir
haruslah kerap dilakukan dari semasa ke semasa. Perjumpaan yang kerap amat perlu
bagi memastikan program ini berjaya dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai