Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI Nama Kursus Kad Matrik Program : Mohd Syazwan Bin Musa : PIMSP Pendidikan Khas (BM)/ P.

Jasmani / P. Seni Visual : IPGM: JAN 09-02743 : Aktiviti Khidmat Pendidikan Sempena Program Bina Insan Guru ( BIG ) semester 4 di Sek. Keb. Gong Garu, Pasir Putih , Kelantan. Pada 9 Ogos 2010 yang lepas, saya telah menjalani satu aktiviti Khidmat Pendidikan sempena program Bina Insan Guru (BIG) mengikut sukatan (BIG) yang telah ditetapkan pada semester ini dan dikelolakan oleh kelas saya sendiri iaitu Pendidikan Khas (BM) semester 4. Program ini diadakan bertempat Sek. Keb Gong Garu,Pasir Putih kelantan. Banyak pengalaman dan pengetahuan baru yang dapat saya timba sepanjang aktiviti khidmat masyarakat yang dijalankan. Sememangnya setiap aktiviti yang dijalankan memberikan pengalaman yang baru dalam hidup saya kerana dapat mendekati dan mengenal lagi nilai insan seorang keguruan sebagai egen pembina masyarakat. Sebelum saya bertolak ke sana bersama rakan sekelas yang lain, saya telah melalui beberapa peringkat proses tertentu seperti taklimat, pembahagian kumpulan dan penyediaan keperluan untuk ke program ini. Hal ini penting kerana persediaan yang rapi perlu dititikberatkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan yang berlaku . Siri Bina Insan Guru kali ini, saya di beri tugasan sebagai ahli jawatan kuasa (AJK) Peralatan bersama rakan saya iaitu Naim Shafiq. Dalam proses menjalankan tugasan ini, terdapat beberapa kesulitan yang saya perolehi. Saya perlu mendapatkan semua maklumat tentang butir-butir keperluan peralatan yang hendak digunakan setiap AJK bagi permohonan tempahan peralatan di Stor. Permohonan untuk keperluan peralatan program perlu ditempah awal kerana bagi memudahkan semua AJK menyelesaikan semua tugasan persiapan untuk program tersebut. Selain itu, akibat dari kekurangan peruntukkan kewangan pada tahun ini menyebabkan masalah untuk mendapatkan peralatan selengkapnya. Saya juga perlu

sentiasa peka bagi setiap perubahan maklumat berkaitan dengan program ini bagi pembelian barang yang tidak ada di Stor. Selain itu, saya juga ditugaskan untuk berhubungan dengan pihak sekolah bagi memohon kebenaran alatan seperti mikrofon, LCD dan skrin layar bagi perlaksanaan program ini. Namun begitu, semua kesulitan dapat disempurna hasil kerjasama dan bantuan daripada rakan-rakan dan pensyarah. Melalui perhubungan bersama wakil pihak sekolah, saya dapat memperolehi ilmu kemahiran dan pengetahuan berkaitan kemahiran cara berinteraksi, berani, bersifat ramah mesra, bijak membuat keputusan, hormat-menghormati dan seumpamanya. Saya juga akan menggunakan segala kemahiran ini untuk mengajar di sekolah pada masa akan datang. Saya juga akan meningkatkan kemahiran ini ke tahap yang lebih baik sebagai persediaan sebelum mengajar. Semua peserta bertolak ke destinasi pada 9 ogos 2010 iaitu bersamaan dengan hari isnin pada tepat pada pukul 7 pagi. Perjalanan kami ke Sek. Keb Gong Garu mengambil masa kira-kira 1 jam. Setelah tiba disana, kami para peserta telah bekerjasama untuk memunggah barang yang dibawa. Antaranya ialah barangan cerderahati, hadiah, alatan kebersihan dan peralatan aktiviti serta peralatan lain yang diperlukan. Semasa melakukan kerja itu saya dapat melihat semangat kerjasama dikalangan rakan-rakan dan ini telah mengeratkan lagi tali silaturrahim antara kami secara tidak langsung. Saya berasa sangat gembira kerana diberi peluang yang seumur hidup saya tidak pernah saya impikan. Sistem bertali dalam memunggah barang ini telah menampakkan ciri-ciri pembangunan insan guru yang berkualiti dan sebahagian objektif program telah menampakkan hasilnya. Selain itu, setelah tiba disana kami sempat berkenalan dan beramah mesra dengan warga pihak sekolah terutamanya guru-guru yang terlibat menjayakan program ini. Program kami dimulakan dengan taklimat oleh Pengerusi kami iaitu, saudara Areka Ronald Robert dan seterusnya ketua AJK pengendalian aktiviti iaitu saudari Afifah. Dalam taklimat bersama pengerusi, kami diingatkan supaya menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh mengikut tugasan yang telah ditetapkan. Aktiviti dimulakan dengan acara pendaftaran peserta kursus iaitu semua pelajar tahun 5. Selepas selesai upacara pendaftaran, murid dibahagikan kumpulan yang telah ditetapkan dan diberikan

2 orang fasilitator untuk setiap kumpulan. Walaupun saya tidak terlibat dalam pengurusan aktiviti, namun saya memiliki tugas penting iaitu saya perlu menyediakan segala kemudahan peralatan semasa aktiviti sedang dijalankan. Disini saya perlu peka terhadap penukaran tempat aktiviti yang memerlukan peralatan yang cukup bagi melancarkan perjalanan program. Saya juga perlu sentiasa berkomunikasi dengan wakil guru di sekolah tersebut bagi meminjam peralatan seperti kerusi, meja, skrin layar, mikrofon dan sebagainya bagi memenuhi keperluan program. Saya amat berbangga kerana pihak sekolah tidak lokek untuk bekerjasama dan membantu menjayakan program yang dijalankan. Dalam program yang dijalankan, terdapat 5 slot LDK dan satu program motivasi yang dikendalikan oleh pensyarah kami iaitu, Puan Hajah Salema Binti Ahmad. Saya berbangga melihat kewibawaan setiap rakan-rakan bertugas dalam menjalankan aktiviti yang dirancang. Mereka sangat berbakat dan berpengalaman luas dalam berkongsi maklumat bersama pelajar. Saya juga terharu dengan satu slot LDK yang bertajuk membalas jasa ibu bapa yang cukup memberi keinsafan terhadap diri, rakan-rakan dan terutama sekali para peserta. AJK yang dipertangungjawab membawakan slot tersebut berjaya memberi kesan kepada setiap peserta yang terlibat. Mereka menangis dan berjanji tidak menderhaka kepada ibu bapa mereka. Selepas 5 slot LDK dapat disempurnakan, namun satu slot motivasi hendaklah ditangguhkan selepas zohor bagi memberi ruang kepada majlis penutup. Dalam majlis ini, pihak institut telah menghantar Pegawai Bina Insan guru iaitu Encik Zainal abidin bagi merasmikan penutupan program ini. Dalam majlis ini, Encik Zainal mengingatkan tentang kepentingan mengaplikasikan teknik pendidikan yang terbaik bagi mendidik pelajar generasi sekarang yang dapat membanggakan agama, bangsa dan negara. Setelah beberapa orang jemputan memberikan ucapan termasuk pensyarah pembimbing, maka majlis beralih ke penyampaian hadiah dan cenderahati. Setelah selesai majlis tersebut, kami semua bekerjasama menyediakan makanan untuk para jemputan yang hadir. Di sini saya dapat melihat ikatan yang erat bersama rakan-rakan dalam membuat tugasan. Kami juga sempat beramah mesra dan menimba pengalaman bersama pihak sekolah dan kehidupan masyarakat disini.

Setelah selesai menyediakan makanan, semua peserta menjamu selera di sebuah bilik khas yang disediakan bersama tetamu jemputan. Selepas selesai menjamu selera dan solat zohor, aktiviti diteruskan lagi dengan acara motivasi yang disampaikan oleh tutor kami iaitu Puan Hajah Salema Binti Ahmad. Banyak input nasihat yang diberikan oleh mama bagi meransang semangat pelajar. Selepas selesai, kami pun bergambar bersama para pelajar serta pihak sekolah sebagai tanda kenang-kenangan. Setelah itu, kami semua bersama-sama mengemas tempat dan membersihkan kawasan aktiviti. Semua peralatan yang digunakan semasa aktiviti dan majlis penutupan telah dibersihkan dan disusun ditempat yang sesuai. Semua kekotoran sampah di sekitar tempat program telah kami bersihkan dengan baik. Saya sangat gembira kerana bersama dengan rakan-rakan dapat memberi sumbangan tenaga kepada Sek. Keb Gong Garu disini. Keseluruhan aktiviti ini selesai tepat jam 3.30 petang. Setelah itu, kami pun pulang ke institut perguruan. Kami semua tiba di kampus kira-kira jam 6.30 petang. Banyak pengalaman yang saya dapat dalam program khidmat masyarakat pada kali ini.

Yang benar,

.............................

Anda mungkin juga menyukai