Anda di halaman 1dari 2

NURUL SYAFIQAH BINTI MOHD TAJUDIN (D20191088759)

Alhamdulilah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya saya dan rakan-rakan telah berjaya
melaksanakan program Santun Masyarakat bagi subjek Insan Guru Profesional (KPG 3013) bersama
rakan-rakan. Ini merupakan subjek baharu yang diperkenalkan pada baka-bakal guru dan saya
merupakan batch pertama yang mengambil subjek ini. Di dalam subjek ini kami mendapat tugasan
untuk melakukan program bersama-sama dengan pihak tadika atau taska yang bersetuju untuk
menerima kami melakukan program bersama kanak-kanak.

Setelah mendapat kebenaran daripada Tadika Kurnia Minda untuk menjalankan satu program
di tadika tersebut, kami diminta untuk merangka aktiviti bagi program tersebut untuk dibentangkan
kepada pengurus tadika tersebut. Kami telah memilih aktiviti sukaneka akhir tahun memandangkan
kanak-kanak di tadika tersebut berada pada minggu terakhir persekolahan sesi tahun 2021. Saya telah
menyediakan kertas kerja bersama empat lagi rakan sekumpulan saya untuk mendapat persetujuan
daripada pengurus tadika mengenai aktiviti sukaneka tersebut. Saya dan rakan-rakan mengadakan
mesyuarat kecil-kecilan bersama guru tadika tersebut mengenai aktiviti sukaneka yang akan diadakan.
Guru tadika tersebut bersetuju dengan kertas kerja saya dan rakan-rakan, lalu kami bersama-sama
membeli barang-barang serta hadiah untuk sukaneka tersebut. Antara kekuatan yang saya perolehi
sebelum melaksanakan program ini adalah saya dapat merasai pengalaman bagaimana untuk
merangka aktiviti yang sesuai untuk Tadika Kurnia Minda dan menjadi salah satu AJK untuk
memastikan program ini dapat berjalan lancar.

Sebelum berlangsungnya program tersebut, saya dan rakan-rakan mempunyai masa dalam
lima hari untuk menyiapkan hadiah, topeng muka lebah dan ladybird kanak-kanak serta mereka
peralatan untuk sukaneka menggunakan kotak yang terpakai. Saya dan rakan-rakan sedar bahawa
kami tidak mempunyai banyak masa dan kami tanpa membuang masa mengerahkan tenaga kami
untuk menyiapkan segala barang-barang untuk dibawa ke tadika sehari sebelum program berlangsung.
Saya dan rakan-rakan juga mengeluarkan duit untuk membeli hadiah serta bahan-bahan untuk
membuat alatan sukaneka bersama-sama. Semangat kerjasama dan bertoleransi sangat penting pada
waktu ini, di mana kami kekurangan tenaga dan masa tetapi saya dan rakan-rakan tidak berputus asa.
Kami membahagikan kerja sama rata agar kerja dapat diselesaikan dengan mudah. Alhamdulillah,
saya dan rakan-rakan berjaya menyiapkan segala alatan dan hadiah untuk program sukaneka tersebut.

Semasa program berlangsung, saya memastikan kesemua rakan saya bergerak awal ke tadika
bagi membuat persiapan dan menguruskan kanak-kanak. Seramai 30 orang kanak-kanak yang terlibat
bagi Sukaneka Akhir Tahun 2021 tersebut. Saya membahagikan tugasan untuk rakan-rakan yang di
mana seorang ditugaskan untuk menjadi pengacara majlis, seorang lagi ditugaskan mengurus alatan
sukaneka sepanjang sukaneka berlangsung dan dua org lagi membantu guru-guru tadika lain
menguruskan kanak-kanak. Kesemua acara berjalan dengan lancar sekali apabila saya dan rakan-
rakan bergerak sebagai satu pasukan dengan sebaiknya. Melalui aktiviti ini, saya dapat belajar
kerjasama dan komunikasi amat penting dalam menjayakan program sukaneka tersebut. Saya dan
rakan-rakan amat berpuas hati setelah bersusah payah korbankan waktu tidur kami untuk memastikan
segala kelengkapan siap berakhir dengan hasil kerja yang amat berbaloi. Kesemua hadiah diberikan
kepada kanak-kanak dan tidak dilupakan juga buat guru-guru Tadika Kurnia Minda.

Kesimpulannya, saya mendapat pelbagai input berguna sepanjang saya bekerjasama dengan
guru-guru Tadika Kurnia Minda sepanjang perjalanan program itu diatur dan berlangsung. Setip
pengalaman yang saya kutip sangat berguna untuk diaplikasikan dalam profesion perguruan dan juga
dalam kehidupan seharian. Saya juga dapat membuka minda tentang cara untuk menjalinkan
hubungan baik bersama masyarakat. Ianya akan menjadi salah satu ilmuyang baru kepada saya dalam
menjalinkan hubungan sosial bersama masyarakat setelah saya bergelar guru pada suatu hari. Selain
itu, saya juga dapat membina silaturrahim antara umat manusia serta dapat belajar untuk
berkomunikasi dengan orang lain selain ahli keluarga saya sendiri.

Anda mungkin juga menyukai