Anda di halaman 1dari 12

LAPORAN OUTREACH

PEMBANGUNAN SAHSIAH
KKD 2063

DISEDIAKAN OLEH:

PELAJAR PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063 KUMPULAN AA

MOHD NURSYAZWIE SYAZANI BIN ROBIN D20171078497

JUMAIDI BIN HERMAN D20171078486

IKAYANI BINTI BAHRUN D20171078504

PRISCA KULA D20171078495

CINDY INO D20171078487


PENGENALAN

Program yang kami laksanakan ini adalah di bawah subjek universiti, iaitu subjek
Pembangunan Sahsiah (KKD2063). Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam
subjek ini. Dalam subjek ini kami perlu melaksanakan satu program yang berkaitan dengan
sahsiah diri, ini bertujuan untuk membentuk jati diri seseorang menjadi lebih baik dan
seterusnya menjadi seorang guru yang berjaya, bukan hanya pada intelek, tapi pada segenap
sudut sama ada sudut lahiriah atau rohaniah.

Subjek ini sangat menitikberat tentang sahsiah diri pelajar dan memberi peluang
kepada pelajar untuk meluaskan lagi skop pembelajaran. Subjek ini menggunakan
pendekatan yang sangat baik, iaitu memberi satu tugasan kepada pelajar untuk mengetuai
satu program yang melibatkan ramai orang atau pihak. Keadaan ini memberikan satu
kesedaran, kesungguhan, ketekunan bagi menjayakan program tersebut.

Bagi menjayakan sesuatu program, perlu ada semangat yang kuat untuk mengharungi
cabaran semasa melaksanakannya. Banyak pengajaran yang telah diambil semasa
melaksanakan program outreach ini. Salah satu daripadanya, apabila kami perlu bijak dalam
mengendalikan bajet dan situasi yang berlainan daripada apa yang kami rancangkan di kertas
kerja. Ini adalah salah satu bahagian yang mana ia menguji kesabaran, ketekunan dan
kerjasama di antara ahli kumpulan untuk berhadapan dengan situasi tersebut.

Selain itu, subjek ini memberi banyak impak yang sangat positif sama ada dari sudut
rohani, jasmani, dan mental. Perkara tersebut dapat diaplikasikan semasa perlaksanaan
program outreach ini. Di samping itu, subjek ini telah berjaya dalam membentuk jati diri
pelajar untuk terus maju ke hadapan selain dapat mewujudkan semangat kerjasama di antara
ahli kumpulan, ianya juga dapat mengajar pelajar dalam pengendalian sesuatu masalah
sekaligus dapat mengendalikan sesuatu program.
LATAR BELAKANG

Subjek Pembangunan Sahsiah ini menerapkan satu elemen yang penting untuk
melahirkan pelajar yang berjaya dari sudut lahiriah dan rohaniah. Program yang kami
jalankan ini adalah untuk menyempurnakan satu tugasan yang telah ditetapkan oleh pihak
universiti dibawah subjek Pembangunan Sahsiah (KKD2063). Keadaan ini menunjukkan
bahawa subjek ini sangat peka kepada perkara yang melibatkan prestasi dan sahsiah pelajar.

Program ini kami jalankan pada tarikh 28 Oktober 2017 iaitu pada hari Sabtu dan
berlangsung pada pukul 10.00 pagi hingga pukul 02.30 tengah hari. Seramai 20 orang anak
yatim yang terlibat dalam menjayakan aktiviti yang kami laksanakan ini dan semuanya lelaki.
Konsep program yang kami laksanakan ini ialah untuk mengeratkan silaturahim di antara
kami dengan anak-anak di rumah kebajikan tersebut dan sekaligus dapat bersedekah kepada
mereka iaitu mewujudkan semangat atau kecintaan terhadap sikap tolong-menolong di dalam
masyarakat. Kami juga ingin mencabar diri kami sendiri untuk belajar mengendalikan sesuatu
program agar dapat memupuk semangat kerjasama yang ada di dalam diri kami serta
memberikan komitmen yang padu terhadap kumpulan.

Pada mulanya, kelompok sasaran kami ialah anak-anak yatim lelaki dan perempuan
yang berada di rumah kebajikan tersebut dan mencapai seramai 30 orang peserta. Tetapi
hanya peserta lelaki seramai 20 orang sahaja yang dapat menyertai aktiviti ini berikutan
peserta perempuan perlu hadir ke satu majlis yang dianjurkan oleh pihak kampung. Kami
juga tidak dapat mengelak dengan masalah berkaitan waktu. Kami tidak mengikuti waktu
sepertimana yang kami nyatakan di kertas kerja sebelum ini berikutan semua peserta pada
mulanya telah pergi ke majlis tersebut termasuk kami. Setelah berbincang dengan pihak
rumah kebajikan dan penganjur, kami menemui jalan penyelesaiannya dan mereka telah
dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu yang lelaki mengikuti program yang kami jalankan
dan yang perempuan tetap di situ untuk menjalankan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak
kampung. Kami tetap dapat jalankan aktiviti kami seperti biasa walaupun aktiviti ini lewat 3
jam seperti apa yang kami rancangkan di kertas kerja sebelum ini. Program yang kami
namakan sebagai Program Ramah Mesra Di Rumah Kebajikan Baitul Mahabbah ini juga
tidak sama seperti mana yang ada pada kertas kerja berikutan maklumat yang salah kami
terima pada mulanya. Selepas berjumpa sendiri dengan warden yang menjaga mereka, kami
dimaklumkan bahawa bukan semua yang berada di situ anak anak yatim, tetapi ada juga
yang yatim piatu. Hal ini demikian, kami telah menukar tajuk program seperti yang ada
sekarang.

Antara aktiviti yang kami sediakan ialah seperti aktiviti Hands Art, Menyusun Puzzle,
dan Kuiz. Kami terpaksa memendekkan masa bagi beberapa aktiviti tersebut dan tidak
melakukan aktiviti sukaneka berikutan kekangan waktu disebabkan mereka ada melakukan
aktiviti lain pada sebelah petangnya. Setibanya kami dari aktiviti yang dianjurkan oleh pihak
kampung tadi di rumah kebajikan itu, kami telah membagikan sarapan kepada mereka yang
merupakan aktiviti pertama kami sebelum melanjutkan lagi ke akitiviti seterusnya. Sebelum
memulakan permainan yang pertama, kami telah membahagikan mereka kepada 3 kumpulan
di mana setiap kumpulan dipimpin oleh salah seorang daripada kami. Aktiviti ini termasuk
dalam tentative yang kami rancangkan iaitu aktiviti ice breaking. Sesi suai kenal di antara
kami dengan mereka telah dilakukan dalam aktiviti ini. Kami berkenal-kenalan dengan
mereka sekaligus memperkenalkan diri kami kepada mereka.

Selepas itu, kami menjalankan permainan Hands Art, iaitu permainan di mana mereka
perlu melakarkan tangan mereka pada kertas yang kami sediakan kemudian
mengguntingkannya. Antara kandungan yang perlu mereka tulis di dalam lakaran tangan
tersebut seperti butiran diri mereka, cita-cita, impian, idola, siapa orang yang disayangi, dan
cara mengendalikan sekiranya mempunyai duit yang banyak. Kami dapat mendengarkan
luahan hati setiap daripada mereka pada lakaran tangan tersebut.

Seterusnya, kami teruskan lagi dengan permainan Menyusun Puzzle. Mereka perlu
menyiapkan susunan puzzle yang kami telah sediakan mengikut masa yang kami telah
tetapkan. Di situ kami dapat melihat semangat kerjasama telah dipupuk di antara mereka
dalam menjayakan susunan puzzle tersebut. Selepas itu, kami melakukan sesi soal jawab
yang berbentuk kuiz. Kami mendapat respon yang positif daripada mereka. Ini bermakna
mereka mengikuti sepanjang aktiviti ini dengan perasaan yang positif dan menikmati
kesimpulan dari semua aktiviti yang kami jalankan dari mula. Akhir sekali, sebelum kami
pulang, kami telah membagikan makanan tengahari kepada mereka termasuk warden yang
menjaga mereka dan menghadiahkan cenderahati tanda kenang-kenangan daripada kami.
REFLEKSI

Program yang kami jalankan ini adalah untuk menguji tahap bagaimana kesungguhan
kami terhadap program yang kami jalankan supaya apa yang dirancang menjadi sebuah
program yang baik dan berlangsung dengan jayanya. Keadaan ini memberi banyak impak
yang positi kepada kami dalam membentuk sahsiah diri kami sebagai bakal guru yang akan
mendidik anak bangsa suatu hari nanti.

Kami sangat teruja dalam melaksanakan program ini, kerana ia melibatkan pelbagai
pihak dan memberi pengalaman yang berharga kepada kami semasa dan sebelum aktiviti ini
dijalankan. Dengan itu, kami juga dapat meningkatkan daya pemikiran secara kreatif dan
produktif. Ekoran daripada itu, kami sedar bahawa sikap kebertanggungjawaban adalah
sangat penting dalam menjayakan sesuatu program dengan baik.

Dalam sesebuah kumpulan, sifat toleransi adalah sangat penting. Hal ini demikian
kerana sifat ini merupakan satu sifat yang memerlukan kesabaran yang tinggi untuk
direalisasikan. Walaupun kami tidak mengenali antara satu sama lain pada awalnya, tetapi
oleh kerana kami mempunyai satu sifat toleransi, ia memberikan banyak kelebihan dan
kebaikan kepada kumpulan kami. Sifat toleransi ini telah kami tunjukkan semasa
menjalankan program outreach.

Kesabaran juga memainkan peranan yang penting semasa kami menjalankan program
ini. Tahap kesabaran diuji apabila peserta perempuan tidak dapat mengikuti program ini
berikutan dijemput untuk menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh pihak kampung.
Walaubagaimanapun, kami mengambil pendekatan yang lain bagi memastikan program yang
kami rancangkan ini menjadi dan tidak tergendala. Dengan itu, kami sangat bersyukur kerana
program kami akhirnya berjalan dengan lancar sepertimana yang kami rancang walaupun
terdapat beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan seperti dari masalah dari segi waktu
dan di bahagian jumlah peserta yang mengikuti program ini. Sesungguhnya Allah itu Maha
Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Untuk merealisasikan sesebuah program ia memerlukan semangat kerjasama di


anatara ahli kumpulan untuk menghasilkan sesuatu yang bermutu dan berkualiti. Walaupun
banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa kami lalui bagi menyiapkan tugasan ini, tetapi ia
memberi banyak pengalaman yang baru dan berharga kepada kami semua.
MAKLUM BALAS KELOMPOK

HANDS ART

MAKLUM
BALAS
KELOMPOK

MENYUSUN
KUIZ
PUZZLE

RAJAH 1
Rajah 1 di atas menunjukkan antara maklum balas yang diberi oleh kelompok sasaran.
Setiap maklum balas adalah berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program
ini bertujuan mengetahui refleksi peserta mengenai aktiviti-aktiviti yang mereka sertai.
Berdasarkan rajah tersebut, aktiviti menyusun puzzle menguji kepantasan berfikir apabila
setiap peserta yang dibahagikan mengikut kumpulan dikehendaki menyelesaikan cantuman
puzzle tersebut dalam masa 5 minit. Selain itu, kerjasama di antara ahli kumpulan juga wujud
dalam permainan ini dimana mereka perlu bekerjasama untuk menyelesaikan puzzle mereka.
Pada umumnya, aktiviti ini mampu melahirkan ciri invidu yang komited dalam mencapai
sesuatu matlamat.

Dalam aktiviti seterusnya iaitu hands art, peserta perlu melakarkan tangan mereka
pada sekeping kertas dan mengisi butiran-butiran mengikut apa yang telah diberitahu oleh
kami mengikut kreativiti masing-masing. Peserta berpendapat bahawa aktiviti ini
memerlukan sifat yakin terhadap diri atau percaya kepada diri sendiri. Hal ini kerana mereka
perlu meluahkan segala yang terbuku di hati dengan yakinnya berdasarkan arahan yang telah
kami berikan. Hal ini pula dapat mewujudkan individu yang percaya diri dan berkeyakinan
tinggi terhadap diri sendiri.

Akhir sekali, bagi aktiviti kuiz, kami telah mengemukakan beberapa soalan kepada
mereka. Antaranya, kami menanyakan nama-nama kami kepada mereka berikutan sesi suai
kenal telah dilakukan di awal program. Mereka dapat mengecam dan tahu nama-nama kami
dengan betul. Ini bermakna sesi suai kenal ini tadi telah merapatkan hubungan di antara kami
dan mereka selesa dengan kehadiran kami. Aktiviti ini pula dapat mewujudkan individu yang
bersikap positif dalam melakukan sesuatu hal. Hal ini demikian kerana peserta menerima
baik kehadiran dan program kami ini iaitu ingin beramah mesra dengan mereka.
PENUTUP

Kesimpulannya, melalui perlaksanaan program outreach subjek Pembangunan


Sahsiah ini, kami memperoleh banyak pengalaman baru untuk membina satu sahsiah diri
yang unggul. Program ini mengajar kami erti kepimpinan yang sebenar apabila kami diberi
peluang untuk mengendalikan program outreach ini yang merupakan satu program yang
dapat memberi banyak manfaat kepada pihak lain mahupun kepada kami sendiri sebagai
penganjur. Selain itu, kami dapat membuat refleksi berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang
kami lakukan di dalam program ini. Program ini juga dapat melatih kami agar dapat
mengendalikan sesuatu program dengan jayanya dengan memupuk semangat kerjasama di
dalam ahli kumpulan dan menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku sepanjang
berlangsungnya aktiviti ini. Hal ini berkait rapat dengan keperibadian seseorang untuk
melahirkan modal insan kelas pertama. Program yang dijalankan ini sangat relevan untuk
membentuk diri kita supaya bersifat ingin mewujudkan atau meningkatkan semangat
kecintaan terhadap sikap tolong-menolong di dalam masyarakat kita. Selain itu, program ini
juga dapat mengajar kita untuk merancang, melaksana dan menguruskan program secara
sistematik agar dapat berjalan dengan lebih lancar.
LAMPIRAN

PEMBAHAGIAN SARAPAN
ICE BREAKING/SESI SUAI KENAL

HANDS ART
PUZZLE

KUIZ
PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Anda mungkin juga menyukai