Anda di halaman 1dari 3

Penilaian Kendiri

NAMA : SHALINI NAIDU A/P VADIVELU


ANGKA GILIRAN : 2014272340027
NO. KAD PENGENALAN : 950619-01-7420

Bersyukur kepada Tuhan kerana saya telah mengikut semua aktiviti semasa
kursus Bina Insan Guru (BIG) yang telah dilaksanakan di Institut Pendidikan Guru
Kampus Pulau Pinang. Saya begitu bersyukur dan sangat gembira kerana saya
dapat menghabiskan BIG ini dengan jayanya. Banyak pengalaman, kebaikan, dan
manfaat yang telah saya dapat dan perolehi daripada aktiviti BIG ini.
Pertama sekali, saya sedar bahawa pengurusan masa adalah amat penting
demi memastikan segala aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan lancar pada
masa yang telah ditetapkan. Hal ini penting kerana sekiranya sesuatu aktiviti telah
bertangguh atau tergendala, ianya pasti akan menjejaskan atur cara atau aktiviti
yang seterusnya. Kesannya, semua perkara terpaksa dijalankan dengan kadar yang
lebih

cepat

dan

menyebabkan

kami

menghadapi

kekurangan

masa

bagi

melancarkan program Loser Wins. Pendek kata, saya berpendapat bahawa sikap
menepati masa haruslah dipupuk dari semasa ke semasa bagi memastikan sesuatu
aktiviti tersebut dapat dijalankan dengan lancar.
Selain itu, kursus BIG ini juga berjaya membina keperibadian saya yang
sempurna, seperti memupuk sikap keterbukaan, toleransi, kerjasama, tolongmenolong, kerajinan, kesabaran, ketabahan, dan sebagainya dalam diri saya. Hal ini
demikian kerana, sepanjang BIG ini kami sekumpulan telah mengalami begitu
banyak cabaran. Contohnya, kami sekumpulan tidak mempunyai masa yang sesuai
untuk merancang program ini dengan lebih rapi. Saya sedar bahawa tanpa nilai-nilai
yang saya perkatakan di atas, semua itu mustahil dapat dilaksanakan dan dilakukan.
Malah daripada BIG ini, saya sedar bahawa kerjasama yang sepenuh dan koheren
dalam kalangan ahli kumpulan adalah penting demi menyiapkan sesuatu tugasan
tepat pada masanya. Oleh itu, kursus BIG ini telah berjaya memupuk nilai-nilai moral

yang baik dalam diri saya, membina modal insan yang lebih sempurna dan
menjadikan saya seorang yang lebih baik dari segi semua aspek.
Lantas, saya percaya dan berpegang kuat kepada prinsip saya haruslah
berfikiran positif dalam melakukan setiap tugasan yang diberi dengan sempurna.
Sebagai contoh, saya rakan sekumpulan saya harus menjalankan tugasan
dokumentasi kami dengan kami dengan sempurna sebagai bukti bagi kelancaran
program BIG fasa 2 ini, Oleh itu, kami telah mengambil pelbagai langkah yang
ampuh bagi menyelesaikan tugasan kami.
Terdapat beberapa kelemahan pada diri saya yang telah saya sedar
sepanjang menjalani BIG ini. Antaranya termasuklah saya tidak mempunyai
kemahiran untuk berhias pentas dengan cantik. Oleh itu, saya kurang melibatkan diri
dalam penghiasan pentas. Namun dengan bantuan rakan yang sama kumpulan,
pentas telah dihiasi dengan begitu cantik. Rakan saya memberi keyakinan kepada
saya untuk menjalankan tugasan dengan penuh dedikasi. Oleh itu, selepas BIG ini,
saya dapati keyakinan saya meningkat dan sentiasa berasa berkeyakinan diri dalam
melakukan semua perkara serta dapat mengenal kelemahan saya.
Di samping itu, segelintir saya dan rakan saya juga telah diberi peluang untuk
memegang jawatan yang berbeza supaya dapat menjamin program BIG ini berjalan
dengan lancar. Mereka yang memegang jawatan telah melaksanakan tugasan serta
tanggungjawab yang berbeza. Pengaturan ini amatlah kreaktif serta berorganisasi
dan telah berjaya untuk mendedahkan kami kepada jawatan yang berbeza supaya
peserta dapat merasa kepentingan jawatan tersebut dalam sesuatu program
Saya juga mendapat tahu bahawa tanpa adanya kerjasama antara ahli
kumpulan saya tidak boleh menyempurnakan sesuatu tugasan dengan baik.
Contohnya, semasa pemilihan sesetengah rakan tidak memberi kerjasama yang
baik. Oleh itu, kami menghadapi masalah dalam pemilihan ahli jawatankuasa (AJK).
Setelah semua ahli kumpulan berganding bahu kami telah pun menyelesaikan
pemilihan AJK.
Secara keseluruhannya, program BIG ini telah berjalan dengan lancar dan
juga telah menepati matlamatnya untuk membentuk insan guru yang sempurna. Ini
merupakan kaedah yang baik untuk membentuk insan guru yang seimbang. Ternyata
banyak manfaat yang saya dapat daripada semua aktiviti yang dijalankan semasa
BIG (bina insan guru). Semua pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat akan
saya aplikasikan agar menjadi seorang guru yang lebih jitu dan serba boleh. Saya
berasa seronok dan bersemangat menyertai aktiviti BIG ini. Saya berharap agar

aktiviti ini dijalankan setiap tahun. Saya juga belajar untuk memberi kerjasama dan
bertolak ansur dengan ahli kumpulan. Saya dapat rasakan satu ikatan terjalin
semasa aktiviti BIG ini. Terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya untuk
menyertai aktiviti BIG ini.
Program ini juga telah berjaya untuk membina insan guru dalam sanubari
kami. Saya berasa amat bersyukur kerana mempunyai peluang untuk melibatkan diri
dalam program ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli kumpulan
saya yang telah banyak memberikan bantuan dan juga para pensyarah yang telah
mengikuti program ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pensyarah
untuk perancangan program yang bagus dan juga segala ilmu pengetahuan yang
telah diberikan.

Anda mungkin juga menyukai