Anda di halaman 1dari 3

Bilangan jurnal : Ke-10

Minggu Praktikum : 10

Tarikh Peristiwa/kejadian : 11 hingga 15 April 2016

Tajuk Jurnal : Kawalan Kelas Masih Berlaku

Isu/masalah

Hari ini (11 April 2016 ) saya telah menghadapi masalah kawalan kelas. Saya melihat masalah
ini bukan sahaja daripada murid malah juga guru. Hal ini menimbulkan masalah bagi mencapai
objektif, khususnya objektif terhadap penglibatan murid secara aktif secara keseluruhan.

Analisis masalah

Masalah ini timbul kerana guru tidak menekankan peraturan di dalam kelas kepada
murid sebelum memulakan pengajaran. Perkara ini sangat penting agar guru dapat mengawal
kelas dengan baik. Di samping, sentiasa mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan.
Guru juga haruslah menyediakan sekali hukuman dan ganjaran setiap kali pengajaran agar
murid sentiasa beringat-ingat bahawa setiap kali tindakan mereka akan meninggalkan kesan.
Selain itu, murid yang bising di dalam kelas ini juga akan mengganggu perjalanan proses
pengajaran dan pembelajaran guru. Kesannya kepada murid lain yang ingin belajar akan
terganggu. Justeru, hukuman tersebut tidak adil untuk mereka.

Cadangan tindakan susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Kawalan emosi murid dengan
mendekati mereka atau menyelesaikan serta permasalahan yang mereka hadapi atau
memberikan ganjaran untuk membangkit semula minat mereka melakukan aktiviti bagi
memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak
dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai
sepenuhnya.Saya patut mendekati murid tersebut andai mereka tetap berkeras tidak ingin
melakukan aktiviti dengan bertanyakan sebab atau alasan.

Antara cadangan penambahbaikan yang akan saya lakukan ialah saya akan
menggunakan sistem token yang telah disediakan bagi murid yang aktif di dalam kelas. Saya
akan menetapkan syarat atau peraturan kepada semua murid bahawa semua murid wajib untuk
melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dijalankan di dalam bilik darjah. Andai mereka ingkar,
mereka akan menerima hukuman. Contohnya, murid tersebut akan menyiapkan kerja rumah
lebih dari kerja rumah sebelum ini atau membuat persembahan di hadapan kelas atas
permintaan rakan yang lain. Akhir sekali ialah saya akan menyelesaikan masalah yang
dihadapi murid serta-merta semasa berada di dalam kelas. Contohnya, membina semula
hubungan baik antara murid yang bertelagah, salam jabat tangan, minta maaf dan sebagainya.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai