PENGENALAN
Kebangkitan China sebagai kuasa besar ekonomi dunia menjadi topik yang
hangat diperbualkan di setiap bibir masyarakat masa kini. Pertumbuhan
mengkagumkan ekonomi China menggamit tumpuan para penganalisis ekonomi dan
mendominasi perbicaraan dagangan antarabangsa. Lembayung ekonomi negara China
ini tidak akan berkembang sekiranya struktur pentadbiran, pengurusan dan
pemerintahan negara mereka tidak disusun dengan terbaik. RM48 trillion atau 13% dari
Keluaran Negara Kasar (GDP) dunia menjadikan China muncul sebagai ekonomi ke
empat terbesar di dunia. Perkembangan meyakinkan ekonominya pada kadar 10.2%
pada suku pertama tahun ini mencadangkan yang momentum pertumbuhan
ekonominya masih bergerak di atas landasan yang mantap dan stabil (Nazeri Khalid,
Penyelidik Institut Maritim Malaysia, MIMA).