Anda di halaman 1dari 13

Mencadangkan cara memodifikasikan 1 kaedah /

teknik untuk kanak-kanak berkeperluan khas


dalam kelas inklusif.
Nama : Fung Wei Ying, Ooi Su Shynn
Kelas : S3
Nama Pensyarah : Dr Tan Ai Lee
Masalah pembelajaran
• Kurang kecerdasan yang berkaitan dengan masalah mental yang
menyebabkan seseorang individu lambat berfikir, cepat lupa, sukar
dan lambat memahami pengajaran guru, serta lemah pengamatan.

• Masalah kecacatan deria sama ada pendengaran, penglihatan dan


pertuturan.

• Kelas inklusif yang memberikan peluang kepada murid yang


menghadapi masalah pembelajaran untuk belajar bersama-sama
dengan murid biasa.
Kaedah dan Teknik Mengajar ( Permainan )
• Permainan bukanlah satu perkara yang asing bagi pelajar pendidikan khas
walaupun mereka tidak sempurna seperti orang lain. Pelajar ini juga perlu
diberi peluang untuk bermain seperti orang normal.
• Tidak dapat dinafikan, keupayaan motor halus dan kasar mereka agak
lemah. Tetapi mereka juga boleh bermain dengan bantuan guru pendidikan
khas.
• Oleh itu, tidak ada sebab untuk mereka tidak boleh bermain. Tambahan
pula, permainan ini dapat melatih mereka untuk meningkatkan
perkembangan pemikiran dan intelek mereka.
• Hal ini demikian kerana, mereka perlu memahami arahan dan peraturan
ketika bermain. Hal ini sedikit sebanyak membantu mereka untuk
mengikuti arahan dan peraturan dengan baik walaupun tidak sempurna.
• Goalball merupakan satu permainan khas untuk pelajar yang
bermasalah penglihatan. Oleh itu, tidak semestinya pelajar yang
mempunyai masalah penglihatan tidak boleh bermain permainan
yang melibatkan gelanggang.
• Permainan ini memerlukan deria pendengaran yang baik dan pemain
perlu peka ketika bermain. Penonton tidak boleh boleh membuat
bising ketika pemain sedang bermain kerana mereka perlu
menumpukan perhatian untuk menangkap bola dengan baik.
• Walaupun mereka mempunyai masalah penglihatan, tetapi hal ini
tidak bermaksud mereka tidak boleh bermain apa-apa permainan,
sukan dan sebagainya.
• Goalball memang tidak asing lagi dalam pendidikan khas bagi pelajar
yang bermasalah penglihatan. Hal ini tidak menghalang pelajar yang
mempunyai masalah penglihatan untuk bersukan. Pelajar normal juga
boleh mencuba untuk bermain goalball.
• Hal ini demikian kerana, pelajar normal berpeluang untuk
mendapatkan pengalaman ketika bermain goalball. Mereka juga
berpeluang untuk mendapatkan pengalaman cara pelajar yang
mempunyai masalah penglihatan ketika bermain.
• Pelajar normal yang bermain permainan ini perlu menutup mata.
• Goalball merupakan satu permainan yang popular bagi pelajar
bermasalah penglihatan. Terdapat dua pasukan yang akan bermain.
Setiap kumpulan yang mempunyai enam orang di mana tiga org
pemain utama dan tiga lagi adalah simpanan.
• Gelanggang goalball mempunyai 18 meter panjang dan sembilan
meter lebar. Setiap pemain harus mengawal sepanjang tiga
meter.dengan menutup mata dan hanya menggunakan telinga untuk
menangkap bola tersebut.
• Bola goalball yang diperbuat daripada getah dan mempunyai 2 biji
lonceng di dalamnya dan berat bola ini ialah 1.25 kg.
Lego
• Lego merupakan satu permainan yang sangat disukai oleh kanak-
kanak. Permainan ini juga sering digunakan bagi pelajar pendidikan
khas. Lego mempunyai pelbagai warna, bentuk dan saiz.
• Permainan ini amat menyeronokkan kerana mereka boleh menyusun
lego dalam pelbagai bentuk yang diingini. Sebagai contoh, mereka
ingin menyusun lego sebagai sebuah bangunan.
• Permainan lego ini juga dapat menguji kemahiran motor, kemahiran
intelek dan sosiemosi mereka.
• Terdapat juga lego yang berbentuk kartun. Hal ini dapat menarik
perhatian pelajar pendidikan khas untuk bermain. Hal ini demikian
kerana, terdapat kartun-kartun yang menarik dan disukai oleh
mereka.
• Mereka tidak akan berasa bosan, malahan dapat menggembirakan
hati mereka. Permainan ini juga tidak berbahaya kepada mereka.
Kad Imbas
• Kad imbas juga boleh digunakan sebagai salah satu permainan ketika
belajar. Hal ini demikian kerana, kadang-kadang terdapat pelajar yang
bosan dengan cara belajar yang sama.
• Mereka juga tidak dapat menumpukan perhatian terhadap
pembelajaran. Hal ini telah menjadikan kad imbas ini sebagai belajar
sambil bermain.
• Permainan ini menjadikan pelajar dapat belajar dengan baik
walaupun dengan cara bermain.
• Kad imbas yang menarik dan cantik dapat menarik perhatian pelajar
pendidikan khas untuk belajar. Pelajar juga tidak akan memberi fokus
terhadap perkara yang tidak sepatutnya ketika belajar.
• Tidak semestinya sesuatu permainan tersebut perlu bermain di
gelanggang tetapi cara begini juga dianggap sebagai salah satu
permainan. Namun begitu, permainan ini diselang-selikan dengan
pembelajaran.
Kesimpulan
• Walaupun tidak sempurna seperti orang lain, hal ini tidak bermaksud
pelajar pendidikan khas tidak boleh bermain aktiviti luar.
• Sebagai contoh, mereka boleh melakukan sukaneka walaupun dengan
bantuan guru.
• Kerjasama guru amat diperlukan dalam menjayakan sukaneka ini.
Sebagai manusia biasa, kita tidak boleh memandang rendah terhadap
pelajar pendidikan khas.
• Mereka juga mampu untuk melakukan sukaneka dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai