Anda di halaman 1dari 1

Set induksi yang telah dijalankan mempunyai beberapa kelebihan.

Antaranya aktiviti yang dijalankan


sesuai untuk semua kategori murid masalah penglihatan tiada kiranya buta ataupun rabun. Aktiviti ini
dijalankan dengan menngunakan deria sentuh dan deria rasa di mana kedua-dua belah mata
dikehendaki untuk tutup dengan penutup mata. Selain itu, penglibatan aktif murid-murid juga
merupakan salah satu kelebihan set induksi yang telah dijalankan. Dengan adanya unsur persaingan,
murid-murid lebih teruja untuk menjawab soalan guru. Dengan itu, murid dapat melibatkan diri
secara aktif di dalam kelas. Di samping itu, peneguhan positif diberi sekiranya murid menjawab
soalan dengan betul. Peneguhan tersebut dalam bentuk pujian seperti “bagus”, “syabas” dan lain-
lain. Dengan itu, murid mempunyai motivasi yang tinggi untuk mengikuti segala aktiviti yang
diaturkan oleh guru. Tidak ketinggalan juga muzik latar dimainkan apabila permainan dijalankan.
Dengan itu, murid tidak mudah cepat berasa bosan dan dapat meningkatkan semangat murid-murid
untuk belajar. Seterusnya, set induksi ini juga membolehkan murid memahami isi pelajaran secara
ringkas melalui permainan yang menarik. Permainan yang menarik juga dapat menarik perhatian
murid untuk berfokus dalam set induksi. Akhirnya, masa yang digunakan untuk set induksi ini juga
dikawal dengan baik dengan penerangan guru yang tidak meleret-leret. Dengan itu, sesi
pembelajaran dan pelajaran menjadi lebih efektif dan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai