Anda di halaman 1dari 5

TUGASAN 3: LAPORAN

1.0 PENGENALAN

Nama produk inovasi ini ialah Poker Braille. Hal ini adalah kerana idea inovasi ini tercetus
daripada permainan Poker. Poker Braille merupakan satu jenis Bahan Bantu Mengajar (BBM)
yang berkonsepkan bermain sambil belajar.

1.1 TUJUAN

Tujuan saya menghasilkan produk inovasi ini adalah untuk membantu sesiapa yang ingin
mempelajari Braille mengingatkan singkatan kod Braille dengan cara yang mudah dan
seronok. Selain itu, Poker Braille juga dihasilkan untuk meningkatkan kualiti Pembelajaran
dan Pemudahcaraan (PdPc) guru yang mengajar murid buta.

1.2 LATAR BELAKANG

Nor Jannah Hassan, Norshidah Mohamad Salleh, & Safani Bari (2014) menyatakan guru yang
mengajar murid bermasalah penglihatan sering menggunakan kaedah pendidikan tradisional
dalam mengajar murid buta. Pendekatan ini tidak mungkin menjadikan cara terbaik untuk
semua murid. Pendekatan dan kaedah pengajaran baru perlu dicuba dan disesuaikan dengan
keperluan murid. Kepelbagaian kaedah ini membolehkan murid untuk memilih kaedah yang
paling sesuai supaya dapat menerima pengetahuan dengan lebih mudah. Dapatan kajian ini
juga disokong oleh James, Allison & McKenzie (2011).

Dengan itu, produk inovasi dihasilkan dengan tujuan membantu meningkatkan amalan
pengajaran guru Pendidikan Khas Masalah Penglihatan. Produk inovasi ini dilihat sebagai
satu alat alternatif dalam mengajar murid buta.
1.3 KEPERLUAN INOVASI

Braille memainkan peranan yang sangat penting. Aspek yang paling penting dalam
pembelajaran Braille ialah literasi. Seseorang boleh mendengar perisian buku audio dan
ucapan selama beberapa jam, tetapi kaedah ini tidak akan mengajar tentang struktur ayat,
tanda baca, ejaan dan sebagainya ("Kepentingan Braille pembelajaran - Kanak-kanak-
kesihatan - 2019," 2019). Murid hanya boleh belajar kemahiran literasi melalui Braille. Dengan
itu, jelasnya kepentingan Braille kepada seseorang murid buta.

Braille merupakan sesuatu yang sukar dikuasai sekiranya tiada kaedah yang sesuai dalam
membelajari Braille. Terdapat sebanyak 250 kod Braille yang berbeza dalam kod Braille
Bahasa Inggeris. Seseorang sukar untuk mengingati kod Braille kerana terlalu banyak dan
ada kod yang sama dengan Braille bahasa lain seperti dot 5 untuk “work” dan juga “wakil”
dalam Bahasa Melayu. Hal ini akan mengelirukan mereka yang belum menguasai kod Braille
dengan sepenuhnya. Dengan itu, satu produk inovasi perlu dihasilkan untuk mengurangkan
permasalahan ini .

1.4 PENERANGAN PROJEK

Poker Braille merupakan satu jenis Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang berkonsepkan
bermain sambil belajar. Poker Braille mempunyai 22 kad dalam satu set kad permainan.
Antaranya 10 keping kad untuk singkatan Braille, 10 lagi untuk kod Braille Tahap 1 dan 2
keping kad untuk kod QR. Bahan-bahan seperti kertas plastik, kertas warna, bebola pom-pom,
kad Poker, gam UHU dan sebagainya digunakan untuk menghasilkan produk ini. Buku Manual
Penggunaan Poker Braille terdapat dalam Lampiran.

1.5 KOS PERBELANJAAN SEBENAR

Benda Harga seunit Bilangan


Bebola pom pom RM 6 1
Kertas plastik RM 1 1
Kertas Warna RM 0.20 5
Gam UHU RM 2 1
JUMLAH: RM10
2.0 KEBERKESANAN

2.1 IMPAK KEPADA PdPc

Poker Braille membawa impak kepada PdPc di mana guru dapat menggunakan produk ini
untuk mengajar singkatan Braille secara efektif. Murid dapat melibatkan secara aktif dalam
kelas. Interaksi antara murid-murid dan guru-murid juga dapat diwujudkan.

2.2 DAPATAN

Berdasarkan dapatan daripada borang maklum balas yang telah saya lakukan terhadap 22
orang responden yang terdiri daripada pelbagai bidang di IPG Ilmu Khas, tahap
kebolehgunaan dan kebolehpasaran Poker Braille adalah pada tahap yang sangat tinggi.

Dengan itu, saya boleh menggunakan hasil dapatan ini untuk mempromosikan produk ini
kepada orang ramai. Antara strategi yang boleh saya gunakan adalah melalui penghasilan
brosur dan menyebarkan di media sosial seperti Facebook, Instagram, Whatsapp dan
sebagainya.

Saya juga boleh menulis kertas cadangan dan brosur produk ini kepada agensi-agensi yang
berkaitan. Sekiranya cadangan diterima, saya dapat merima dana daripada agensi-agensi ini
untuk memasarkan produk ini. Contoh agensi yang berkaitan ialah Persatuan Orang-orang
Buta Malaysia.

Di samping itu, saya juga boleh pergi ke Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Masalah
Penglihatan dan berjumpa dengan Guru Besar untuk mempromosikan Poker Braille. Setelah
menilai aspek kebolehgunaan produk ini terhadap murid mereka, pihak sekolah akan
mengambil keputusan untuk membeli atau tidak produk ini.

Akhirnya, promosi produk ini boleh dilakukan dalam kalangan siswa guru jurusan Masalah
Penglihatan. Hal ini adalah kerana guru-guru ini kekurangan kemahiran dalam mengajar
murid buta. Produk ini dihasilkan untuk memudahkan guru-guru dalam mengajar murid buta.
2.3 SOAL SELIDIK (MERUJUK LAMPIRAN)

3.0 MASALAH DAN CADANGAN

3.1 MASALAH

Berdasarkan maklum balas yang telah saya terima daripada 22 orang responden, beberapa
masalah telah dikenalpasti. Pertama sekali, kertas yang digunakan terlalu nipis dan licin. Hal
ini menyebabkan kad permainan mudah menjadi renyuk.

Selain itu, bilangan singkatan yang dipelajari pada satu masa terlalu kurang. Dalam Poker
Braille, guru memfokuskan 10 singkatan setiap kali permainan. Dengan itu, murid cepat rasa
bosan dan tidak seronok bermain Poker Braille.

Di samping itu, saya juga boleh pergi ke Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Masalah
Penglihatan dan berjumpa dengan Guru Besar untuk mempromosikan Poker Braille. Setelah
menilai aspek kebolehgunaan produk ini terhadap murid mereka, pihak sekolah akan
mengambil keputusan untuk membeli atau tidak produk ini.

Akhirnya, promosi produk ini boleh dilakukan dalam kalangan siswa guru jurusan Masalah
Penglihatan. Hal ini adalah kerana guru-guru ini kekurangan kemahiran dalam mengajar
murid buta. Produk ini dihasilkan untuk memudahkan guru-guru dalam mengajar murid buta.

3.2 PENYELESAIAN ALTERNATIF

Antara cadangan untuk menyelesaikan masalah-masalah di atas ialah melaminate kad Poker.
Dengan itu, keadaan di mana kad Poker terlalu nipis dan mudah menjadi renyuk dapat
dielakkan.

Selain itu, gambar dan audio juga boleh disediakan untuk menarik perhatian murid semasa
memain. Contohnya, gabungan aplikasi seperti Envision AI boleh dilakukan dengan
mengimbas pada perkataan. Dengan itu, murid boleh mendengar bunyi kepada perkataan
tersebut.

Bilangan singkatan yang diajar juga harus ditingkatkan kepada 20 untuk menambah
kesukaran kepada murid. Hal ini juga dapat mengelakkan murid daripada cepat bosan dan
jemu dengan permainan ini.
RUJUKAN

James, A. N., Allison, S. B., & McKenzie, C. Z. (2011). Active Lessons for Active

Brains. Teaching Boys and other experiential learners, Grade 3-10. Corwin,

USA: Sage Company.

Kepentingan Braille pembelajaran - Kanak-kanak-kesihatan - 2019. (2019). Retrieved

from https://ms.diphealth.com/181-the-importance-of-learning-braille-

2161770-81

Nor Jannah Hassan, Norshidah Mohamad Salleh, & Safani Bari. (2014,

September). Meningkatkan kefahaman murid berkeperluan Pendidikan Khas

Penglihatan melalui pembelajaran aktif. Paper presented at International

Conference on Learner Diversity.

Anda mungkin juga menyukai