Anda di halaman 1dari 22

SK KING GEORGE V

PERTANDINGAN INOVASI
MICROBIT SEKOLAH RENDAH

TEMA
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI
27/3/2023-20/5/2023

SMARTBIT METER
PESERTA PERTANDINGAN:
 MUHAMAD ARHAM SHAH BIN IZWAN
 AISYA HUMAIRA BINTI MUHAMMAD
FAIRUZ
 IZZ IMANINA BINTI MOHAMMAD
IZZUAN

0
KANDUNGAN

BIL SENARAI KANDUNGAN MUKA


SURAT
1 Halaman Ringkasan 1
2 Dokumentasi Pencarian Keaslian 2
3 Dokumentasi Tinjauan Pelanggan 3
4 Huraian Ciptaan 5-7
5 Pengaturcaraan/Lukisan 8-9
6 Ujian Penciptaan 10-14
7 Analisis Kos Penemuan 15
8 Catatan Jurnal 16-17
9 Ucapan terima kasih 18
10 Bibliografi 19

1
1.0 RINGKASAN PROJEK
Hasil ciptaan produk kami bertemakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Tema ini terpilih

kerana kami melihat penyampaian ilmu pengetahuan perlu dilakukan secara kreatif agar dapat

menarik minat murid untuk belajar tak kira di dalam bilik darjah mahupun pembelajaran kendiri.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas perlu dirancang dalam pelbagai

pendekatan. Bersesuaian dengan gaya pembelajaran murid di dalam kelas, guru boleh

mempelbagaikan pendekatan yang tidak hanya terhad kepada kuliah dan penerangan.

Pembelajaran dulu dan sekarang memang melalui perubahan yang amat ketara. Hari ini,

pembelajaran abad ke-21 menjadi misi utama bagi sistem Kementerian Pendidikan Malaysia

dan diaplikasikan keseluruhannya kepada sekolah dan pusat pendidikan.

Alat Bantu Mengajar atau dikenali dengan singkatan ABM adalah segala kelengkapan yang

digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran (Hotimah,2010).

Secara umumnya jenis ABM terbahagi kepada tiga iaitu alat bantu mengajar bukan elektronik,

alat bantu mengajar elektronik, dan alat bercorak pengalaman dan bahan sebenar.

Maka dengan mengkaji keperluan semasa di samping mengaplikasikan pengetahuan

penggunaan ABM dalam pengajaran dan pembelajaran, maka kami mengambil keputusan untuk

menghasilkan “SmartBit Meter” yang menggunakan papan mikropengawal iaitu microbit dengan

memasukkan arahan menggunakan aplikasi Microbit Makecode. Microbit yang dimasukkan

arahan akan menggerakkan alat yang dipanggil Servo bagi menghasilkan putaran 0 -180 darjah.

Servo alat dilekatkan dengan batang aiskrim yang dijadikan sebagai anak panah bagi

menunjukan kad imbasan dam kad perkataan yang dilekatkan pada papan straw board.

SmartBit Meter ini digunakan sebagai alat bantu mengajar guru di dalam kelas. Guru dapat

menggunakannya sebagai set induksi, penyampaian isi pelajaran dan pengujian kefahaman

murid di dalam kelas. Di samping itu juga, ABM ini dapat dan dapat digunakan secara meluas

untuk semua subjek di sekolah. Ianya juga dapat menarik fokus murid untuk belajar dengan kad

2
imbasan.

3
2.0 DOKUMENTASI PENCARIAN KEASLIAN

Untuk menghasilkan produk ini, kami telah merujuk kepada pensyarah, guru-guru

matapelajaran setiap subjek di sekolah ini, guru-guru RBT dan guru-guru di sekolah lain,

dan murid-murid SK KGV. Maklumat dikumpul secara bersemuka, mesej melalui aplikasi

sosial dalam talian dan juga perbualan melalui penggilan telefon. Kami juga berinteraksi

dengan pensyarah-pensyarah melalui perjumpaan bersemuka untuk mengenalpasti hala

tuju dan mendapatkan nasihat yang lebih berfokus daripada para pensyarah.

Sesi rujukan cara menghasil projek inovasi menggunakan ABM menggunakan

papan mikropengawal microbit diadakan bersama-sama dengan rakan sepasukan dan

juga bersama dengan guru-guru RBT. Setelah perbincangan dan perancangan yang rapi,

kami menggabungkan dan mengubahsuai idea dari internet untuk menghasilkan satu set

Alat Bantu Mengajar yang menarik.

Video-video sedia ada dalam YouTube telah memberi idea dan inspirasi kepada

pasukan kami dan membolehkan kami mengembangkan idea yang sedia ada kepada idea-

idea baharu yang berjaya membawa kepada penghasilan SmartBit Meter yang semuanya

diperbuat daripada gabungan kad imbasan dan sistem microbit. Hasil projek ini dapat

memberi fokus dan menarik minat murid untuk mengikuti PdP di dalam bilik darjah. Setelah

dinilai, ramai guru dan murid memberikan respon yang positif terhadap penggunaan

SmartBit Meter ini.

Konklusinya, perbualan dan perbincangan dengan pihak dan sumber yang tertera

di atas banyak menyumbang kepada pencetusan idea untuk pasukan kami.

4
3.0 Dokumentasi Tinjauan Pelanggan
Setelah projek ini dihasil, kami edarkan produk ini untuk menguji penggunaannya

kepada guru-guru di sekolah dan memberi peluang kepada murid untuk menggunakannya.

Kami mendapat maklum balas positif daripada semua pelanggan kumpulan fokus ini.

Mereka berpuas hati dengan hasil produk kami kerana ia mampu menggantikan kaedah

ABM konvensional yang digunakan sebelum ini. Ada di antara pelanggan kami yang

berasa kagum apabila mereka mengetahui kad imbasan digunakan sebelum ini boleh

diubahsuai dan digunakan dengan lebih menarik. Perkongsian idea untuk penggunaan

microbit untuk menghasilkan ABM yang menarik menaikkan semangat guru dan murid di

dalam bilik darjah. Ini secara langsung menyelesaikan masalah Pengajaran dan

pembelajaran sehala yang dianggap membosankan pada masa kini. Produk ini jika

dikongsikan secara besar-besaran kepada keluarga warga sekolah kami yang mencecah

1600 orang murid dan 88 orang guru di sekolah, kami percaya guru-guru akan lebih

bersemangat dan kreatif untuk meyampaikan ilmu selepas ini .

Guru-guru yang menggunakan SmartBit Meter.

5
4.0 HURAIAN
CIPTAAN

6
4.0 Huraian Ciptaan

Projek Inovasi ini diberi nama SmartBit Meter. SmartBit bermaksud papan mikrobit

pintar yang memberi manfaat kepada sesiapa yang menggunakannya dan Meter di

ambil sempena reka bentuknya seakan-akan sebuah meter. SmartBit Meter adalah

alat bantu mengajar yang menggunakan sistem papan mikropengawal iaitu

Microbit. SmartBit Meter berfungsi apabila coding dimasukkan ke dalam microbit

menggunakan aplikasi Microbit Makecode. Arahan yang dimasukkan ke dalam

microbit membolehkan alat yang dipanggil Servo dapat bergerak mengikut sudut

yang dikehendaki iaitu 0 -180 darjah menggunakan anak panah.

SmartBit meter berfungsi dengan cara menekan butang A, kemudian butang B

pada papan mikro pengawal microbit seterusnya ia akan menggerakkan anak panah

mengkut sudut yang telah ditentukan. Anak panah akan menunjukkan kad imbasan

yang dilekatkan pada Straw Board.

SmartBit meter dilihat dapat membantu guru menyampaikan PDP di dalam kelas

dengan lebih berkesan, menguji kefahaman murid dan menarik minat murid untuk

menjawab kuiz-kuiz mudah. SmartBit juga dapat digunakan secara meluas untuk

semua matapelajaran. Di samping itu, murid dapat menggunakan SmartBit Meter

untuk bermain sambil belajar dengan rakan-rakan.

Alat bantu mengajar ini dapat menarik fokus dan minat murid untuk belajar

menggunakan kad imbasan berbanding cara dahulu dimana kad imbasan perlu

dipegang menggunakan tangan semasa menunjukkan kad imbasan di dalam kelas.

7
Proses Penghasilan Projek

8
5.0 Pengaturcaraan/Lukisan
Sambungan Komponen SmartBit Meter

Butang A Butang B

Buzer

Klip Buaya

Servo

Pengaturcaraan SmartBit Meter

9
Lakaran Projek Pandangan Hadapan

Lakaran Projek Pandangan Atas

10
6.0 Ujian Penciptaan
Setelah berjaya menyiapkan projek Smartbit Meter, kami telah membuat pengujian

projek ini di dalam bilik darjah. Antara subjek- subjek yang diuji adalah subjek Sains

Tahun 1, Subjek Bahasa Melayu Prasekolah, Subjek Bahasa Inggeris Tahun 1,

Subjek Bahasa Cina Tahun 6, Subjek Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 5, Subjek

Sejarah Tahun 5, dan Subjek Matematik Tahun 5. Murid di uji berdasarkan Standard

Kandungan dan Standard Pembelajaran yang terdapat dalam DSKP. Guru dilihat

memberikan respons yang positif dan menyatakan keterujaan mereka untuk

menggunakan ABM ini dalam topik-topik lain dalam subjek mereka. Murid juga

dilihat aktif memberikan respons apabila disoal semasa menggunakan ABM ini.

Bil Mata Pelajaran S. Kandungan S. Pembelajaran


1. Sains Tahun 1 4.1 Deria manusia 4.1.1 Mengenalpasti
bahagian tubuh manusia.
2. B. Melayu Prasekolah 2.1 Menguasai 2.1.1 Menyatakan
kemahiran prabaca lambang dan cetakan
yang membawa makna
tertentu
3. B. Inggeris Tahun 1 1.1 Recognise and 1.1.1 Recognise and
reproduce target reproduce with support a
language sounds limited range of high
frequency target
language phonemes
4. Reka Bentuk dan 4.3 Artikel Jahitan 4.3.1 Mengenalpasti
Teknologi Tahun 5 jenis mata jahitan tangan
pada artikel jahitan.
5. Sejarah tahun 5 7.3 Sejarah 7.3.1 Menamakan tokoh
Kemerdekaan yang berjuang ke arah
kemerdekaan
6. Matematik Tahun 2.3 Darab dalam 2.3.1 Mendarab dalam
Tahun 2 lingkugan 1000 lingkungan fakta asas

11
Sains Tahun 1

Bahasa Melayu Prasekolah

12
Bahasa Inggeris Tahun 1

Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 5

13
Sejarah Tahun 5

Matematik Tahun 2

14
Bahasa Cina Tahun 6

15
7.0 Analisis Kos Penemuan
Kos bahan (Komponen/bahan)

Bil. Bahan Kuantiti Kos seunit(RM) Jumlah(RM)


1. Papan Mikropengawal
1 84.00 84.00
(Microbit)
2. Klip Buaya 3 0.60 1.80
3. Servo 1 6.20 6.20
4. Straw Board 1 8.50 8.50
5. Bateri AA 2 1.00 2.00
6. Kotak 1 Terpakai -
7. Laminate Film 5 0.20 1.00
8. Velkro 10 cm 0.50 0.50
Jumlah 104.00

Setelah dinilai jumlah kos bahan, jangkaan harga jualan produk inovasi ini telah

dipersetujui oleh semua ahli yang terlibat.

Jangkaan harga jualan - kos bahan = Untung bersih

RM 140.00 - RM 104.00 = RM 36.00

Kami yakin produk ini mampu menarik minat guru-guru di sekolah, ibu bapa dan

murid untuk memilikinya kerana ianya mudah dibawa kemana-mana, sangat

membantu guru dalam PDP, boleh dijadikan permainan untuk murid-murid belajar

dalam kumpulan, sesuai untuk semua mata pelajaran dan semua peringkat umur.

16
8.0 Catatan Jurnal
27.3.2023-29/3/2023

Guru pembimbing mengikuti Kursus

Mikrobit anjuran PPD Seremban di

IPG Kampus Raja Melewar.

Guru pembimbing juga dimaklumkan

tentang Pertandingan Inovasi Mikrobit

Showcase

3.4.2023-7.4.2023

Kami menjana idea melalui

pemerhatian, pembacaan dan soal

jawab dengan guru-guru dan murid-

murid untuk merancang pembinaan

projek.

10.4.2023-14.4.2023

Kami mencari pelbagai sumber

daripada Youtube dan berita atas

talian.

Mengumpul data dan memulakan

lakaran serta perbincangan tentang

pembahagian tugas ahli

sepasukan.

17
17.4.2023-18.4.2023

Mengumpul idea daripada murid-murid

yang belajar subjek RBT menggunakan

aplikasi telegram.

8.5.2023-12.5.2023

Menilai Lakaran.

Membuat pengiraan kos.

Memulakan projek inovasi SmartBit

Meter.

Memulakan ujilari.

15.5.2023-20.5.2023

Membuat penambahbaikan.

Membuat pengujian

Menyiapkan laporan dan menghantar

video untuk dinilai.

18
9.0 Ucapan Terima Kasih
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T, akhir kami dapat menyiapkan projek

inovasi ini walaupun terdapat sedikit kekangan. Namun ianya tidak mematahkan

semangat kami untuk terus berusaha. Banyak pihak yang telah memberi sokongan

dari segi pemerolehan bahan, proses pembuatan, pengumpulan maklumat dan juga

data bagi menjayakan penghasilan produk SmartBit Meter ini. Kami ingin mengambil

kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar SK King

George V, En. Zakri bin Abd Aziz, barisan Penolong Kanan, Pn. Norzubaidah Bt

Ahmad, Pn. Mahani Binti Baseri dan Pn. Shakliza Binti Khalid atas sokongan dan

dorongan yang diberikan sepanjang penyertaan kami. Tidak lupa juga pasukan

guru pembimbing Inovasi, iaitu Cikgu Muhamad Farhan bin Mohd Taufik, Cikgu

Zaharizah Binti Abd Kadir, Cikgu Ratna Binti Ismail dan Cikgu Norina Binti Jabar.

Barisan guru pembimbing ini telah banyak memberi khidmat nasihat dan juga

bimbingan dari peringkat awal penghasilan produk sehingga ke akhir penghasilan

produk.

Ribuan terima kasih juga kepada guru-guru mata pelajaran yang terlibat

sewaktu kami membuat ujilari projek yang telah kami siapkan dan juga rakan-rakan

yang telah menjadi kumpulan sasaran percubaan penggunaan SmartBit Meter kami

dan meluangkan masa untuk memberi maklum balas selepas penggunaan.

Kami menghargai usaha daripada pihak penganjur yang memberi peluang dan

pentas untuk mencungkil bakat serta meransang pemikiran kreatif inovatif dengan

mengaplikasikan ilmu Sains serta Reka Bentuk dan Teknologi.

Dengan usaha sama dari semua pihak, kami berjaya menghasilkan produk

yang akan memberi manfaat kepada ramai pihak seperti guru-guru dan murid-

19
murid. Semoga usaha kecil kami ini mendapat keberkatan dan keredhaan Allah

S.W.T.

10.0 Bibliografi
Aliza, A., & Zamri, M. (2016). Pembangunan Dan Kebolehgunaan Modul Berasaskan

Bermain Bagi Pembelajaran Kemahiran Bahasa Melayu Kanak-Kanak Prasekolah.

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6 (1), 16-29.

Ee Ah Meng, (2003), "Ilmu Pendidikan: Pengetahuan dun Ketrampilan Ikhtisas".

Selangor: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Manisah Mohd. Ali & Norizza Sahal (2016). Intervensi Meningkatkan Tumpuan

dalam Pembelajaran Murid Bermasalah Pembelajaran: Jurnal Pendidikan Malaysia

41(1)(2016): 1-6

Empit Hotimah (2010). Penggunaan Media kad imbas Dalam Meningkatkan

Kemampuan Siswa Pada Pembelajaran Kosakata Bahasa Inggris Kelas II Mi Ar-

Rochman Samarang Garut. Jurnal Pendidikan Universitas Garut. Vol. 04; No. 01;

2010; 10-18

"Apa itu Microbit?” https://idrisz.my/apa-itu-microbit/. Retrieved 28 December 2019.

20
LAMPIRAN

21

Anda mungkin juga menyukai