Anda di halaman 1dari 5

PENULISAN PROJEK INOVASI GURU DAERAH SARIKEI 2023

NAMA GURU : Cik Yip Lau Yin


Puan Chua Kuok Siew
Puan Dayang Fatimah Binti Awang Bunsu
Puan Chiw Siew Lin

STESEN BERTUGAS : SK Selangan

1. KATEGORI PERTANDINGAN : Sekolah Rendah

2. TAJUK INOVASI : Bijak Monos

3. SINOPSIS INOVASI
Sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) yang menekankan kepada kemenjadian murid, maka inovasi
dalam sistem pendidikan perlu diberi penekanan sewajarnya. Sehubungan itu,
Bijak Monos dihasilkan untuk membantu guru-guru bagi meningkatkan daya ingatan dan
sebagai pengukuhan penguasaan kemahiran mengira murid-murid dalam mata pelajaran
Matematik. Ianya sesuai untuk diaplikasikan kepada murid-murid Tahap 2.

Pelaksanaan DSKP telah meletakkan Matamatik sebagai tunjang teras yang wajib diambil
oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan. Kandungan dalam KSSR Matematik berdasarkan
bidang pembelajaran sebagaimana dalam jadual di bawah adalah ditekankan dan
dititikberat dalam pembelajaran murid. Murid perlu dapat menguasai semua senarai tajuk
tersebut untuk memperoleh tahap penguasaan yang baik.

Bidang Pembelajaran Tajuk


Nombor dan Operasi  Nombor bulat dan Operasi Asas
 Pecahan, Perpuluhan dan Peratus
 Wang
Sukatan dan Geometri  Masa dan Waktu
 Ukuran dan Sukatan
 Ruang
Perkaitan dan Algebra  Koordinat, Nisbah dan Kadaran
Statistik dan Kebarangkalian  Pengurusan Data
 kebolehjadian
Jadual 1: Senarai tajuk berdasarkan bidang pembelajaran Matematik

Menyedari hakikat ini, kaedah Bijak Monos direka bagi megukuhkan tahap penguasaan
murid dalam kemahiran yang diajar. Kaedah ini juga dapat menggalakkan murid-murid
berinteraksi antara satu sama lain. Secara tidak langsung, daya ingatan murid akan
bertambah baik.

4. OBJEKTIF INOVASI
4.1 meningkatkan penguasaan kemahiran mengira dalam Matematik
4.2 Mengukuh tahap penguasaan murid-murid dalam kemahiran yang diajar
selepas PdP.

9
PENULISAN PROJEK INOVASI GURU DAERAH SARIKEI 2023

5. KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran terdiri daripada murid-murid Tahap 2 iaitu Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.

6. LATAR BELAKANG
Tercetusnya idea untuk mencipta kaedah inovasi yang dinamakan “Bijak Monos” ini
adalah berdasarkan peningkatan tahap penguasaan dan kemahiran murid tahap 2 mengira
dan menyelesaikan masalah harian. Dengan itu, guru-guru memikirkan cara terbaik dan
menarik untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran mengira dan menyelesaikan
masalah harian .

7. ISU/MASALAH YANG DITANGANI OLEH INOVASI


Masalah yang boleh ditangani oleh inovasi ini adalah seperti:
7.1 meningkatkan minat murid dalam permainan sambil belajar dalam PdPc.
7.2 meningkatkan kemahiran mentaksir dan menyelesaikan masalah harian

8. HURAIAN INOVASI
8.1 Bahan yang Digunakan untuk Menghasilkan Inovasi
Berikut merupakan senarai bahan yang digunakan untuk menghasilkan inovasi:

Kad Multiboard digunakan sebagai tapak projek.

Kertas A4 digunakan untuk mencetak gambar dan


perkataan yang diperlukan.

Plastik laminated digunakan untuk “laminated”


hasil cetakan.
* Hasil cetakan yang telah “laminated” digunting
mengikut saiz.
*lekatkan kad gambar pada tapak bijak monos

Sticker dilekatkan pada tapak bijak monos sebagai


hiasan untuk menarik perhatian murid-murid.

10
PENULISAN PROJEK INOVASI GURU DAERAH SARIKEI 2023

Kertas berwarna-warni digunakan untuk mencetak


soalan Matematik.

Pelekat “double tape” digunakan untuk melekat


gambar pada tapak bijak monos.

Buah monopoli sebagai tanda destinasi permainan


monopoli.

Dadu sebagai balingan permainan bijak monos

Kad Bijak Monos yang telah siap.

8.2 Cara Inovasi Digunakan

Langkah Cara Pengendalian


 Guru menerangkan cara-cara permainan bijak
Penerangan permainan monos dimainkan.
Cara bermain:
1. Setiap permainan melibatkan empat orang
pemain.
2. Masa permainan diberikan 15 minit.
3. Murid yang menjawab soalan dengan tepat dan
paling banyak dalam kad nasib atau peluang
dikira sebagai pemenang.

11
PENULISAN PROJEK INOVASI GURU DAERAH SARIKEI 2023

8.3 Kos bagi Menghasilkan Inovasi


Bil Bahan Kos (RM)
1. Kertas warna 10.00
2. Plastik laminated 28.00
3. Pelekat “double tape” 2.50
4. Multiboard 4.50

Jumlah 45.00

8.4 Keberkesanan Inovasi kepada Pengajaran dan Pembelajaran


Secara keseluruhan inovasi ini dapat meningkatkan dan mengukuhkan
kemahiran mengira dan menyelesaikan masalah harian .

Inovasi yang dijalankan adalah menggunakan pendekatan belajar melalui


bermain. Permainan “Bijak Monos” yang dihasilkan dapat membantu
perkembangan mengukuhkan kemahiran mengira dan menyelesaikan masalah
harian. Murid-murid berasa seronok dan menunjukkan minat untuk belajar.

8.4.1 Sebelum intervensi dijalankan


Pada peringkat awal, murid-murid menunjukkan pencapaian yang memuaskan
dalam kemahiran menyelesaikan masalah harian .

8.4.2 Selepas intervensi dijalankan


Murid menunjukkan minat dan keyakinan dalam aktiviti pengayaan yang
dijalankan. Tahap penguasaan murid dalam kemahiran menyelesaikan masalah
harian semakin meningkat.

8.5 Potensi untuk Disebarluaskan kepada Pihak Lain


Inovasi “Bijak Monos” adalah sangat berpotensi untuk diseberlus
kepada semua guru mata pelajaran KSSR. Inovasi ini bukan sahaja sesuai
untuk murid tahap dua, malah turut boleh digunakan oleh guru prasekolahdan
guru tahap 1.

9.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, “Bijak Monos” bukan saja sesuai digunakan oleh murid-murid
tahap 2, malah ia juga sesuai digunakan oleh murid-murid yang lemah atau pemulihan.
Murid-murid juga boleh menjadi mentor ketika bermain berkumpulan pada bila-bila
masa yang sesuai. Secara tidak langsung, pencapaian murid dalam mata Pelajaran
KSSR turut akan meningkat.

12
PENULISAN PROJEK INOVASI GURU DAERAH SARIKEI 2023

13

Anda mungkin juga menyukai