Anda di halaman 1dari 5

KIT MEDIA

Untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran ini, kit media yang mampu menarik
perhatian dan minat murid-murid untuk belajar telah digunakan. Antaranya adalah sebagaimana
berikut :

1. Tayangan Slaid

Ia digunakan semasa proses menerangkan isi pelajaran kepada murid-murid. Penggunaan


tayangan slaid ini mampu menarik minat murid dengan grafik dan audio yang menarik.

2. Peta Topografi

Setiap murid diedarkan peta topografi untuk memudahkan mereka merujuk simbol-simbol untuk
mengaitkannya dengan kepentingan bentuk muka bumi bagi sesuatu kawasan.
3. Kad Manila

4. ‘Whiteboard Marker’

Kad manila dan ‘whiteboard marker’ diedarkan kepada ketua kumpulan untuk menghasilkan peta
minda yang menarik untuk dibentangkan di hadapan rakan-rakan di dalam kelas. Semasa
perbincangan, mereka saling memberi dan menerima idea untuk mencari jawapan yang terbaik.
5. Glob

Glob digunakan dalam set induksi untuk memberi gambaran umum kepada murid-murid tentang
topik peta yang akan dipelajari oleh mereka.

6. Nota

Nota diberikan kepada murid sebelum kelas bermula untuk memudahkan mereka memahami isi
pelajaran semasa guru menerangkan di hadapan. Ini memudahkan murid untuk membuat nota
tambahan dan menulis di atas nota yang disediakan.
7. Komputer riba

Tayangan slaid ditunjukkan kepada murid dengan menggunakan komputer riba dan LCD
projektor.

8. LCD Projektor

LCD merupakan bahan bantu mengajar elektronik yang dapat membantu guru untuk
melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ia dapat menjimatkan masa dan
meningkatkan keberkesanan hasil pembelajaran.
9. Lembaran Kerja

Lembaran kerja digunakan semasa aktiviti penilaian untuk menguji penguasaan murid dijalankan.
Murid yang berjaya menjawab kesemua soalan dengan betul dianggap menguasai unit
pengajaran pada hari tersebut.

10. Gambar

Gambar rumah dan sekolah digunakan semasa melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran di rumah secara atas talian berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara.
Guru berusaha untuk menerangkan jarak mutlak dan jarak relatif dengan contoh gambar yang
mudah difahami.

Anda mungkin juga menyukai