Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

KERTAS CADANGAN
PAKEJ PEMBELAJARAN INOVASI DIGITAL
SIMPULAN BAHASA BAHASA MELAYU TAHUN 3
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA PEKAN LAMA

LOW JIA WEN


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
P8A PENGAJIAN MELAYU
MENTOR: CIKGU ANG SWEE PHAIK
PENYELIA: TUAN HAJI DAUD BIN MD SAMAN
1.0 PENDAHULUAN

Kepesatan sains dan teknologi telah membawa banyak manfaat kepada manusia
pada era globalisasi yang moden ini. Dalam bidang pendidikan, teknologi telah
digunakan secara meluas dalam pemprosesan, penyimpanan, pencarian dan
penyampaian maklumat. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian
Pendidikan Malaysia (2001), penggunaan Teknologi, Maklumat dan Komunikasi
(TMK) secara berfikrah, terancang dan bersesuaian adalah wajar dalam
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Hal ini demikian kerana TMK bukan sahaja dapat
meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran, malah
juga memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang
pelbagai keupayaan. (Noriati, Boon & Sharifah, 2017).

Dalam pada itu, permainan kuiz juga merupakan satu kaedah


pembelajaran yang berkesan dalam proses PdP. Melalui kaedah ini, murid-murid
diberi peluang untuk meneroka ilmu baharu dan menyelesaikan masalah dalam
keadaan yang menyeronokkan. Selain itu, kaedah bermain sambil belajar dapat
meransang pemikiran kreatif dan inovatif individu dan mencipta persekitaran
yang positif untuk pembelajaran (Zaleha, 2017). Di samping itu, permainan kuiz
bukan sahaja dapat membantu murid dari segi perkembangan kognitif, sosial,
emosi dan fizikal, malah juga dari segi perkembangan bahasa dan literasi kanak-
kanak. Berdasarkan pernyataan di atas, dapat dirumuskan bahawa penggunaan
TMK serta permainan kuiz dalam proses PdP adalah penting untuk melahirkan
murid-murid yang seimbang dan holistik seperti yang dihasratkan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

2.0 JUSTIFIKASI

Kertas cadangan ini dikemukakan untuk mendapat kelulusan daripada pihak


sekolah agar dapat menghasilkan Pakej Pembelajaran Inovasi Digital Simpulan
Bahasa Bahasa Melayu bagi murid-murid tahun tiga. Projek ini bertujuan untuk
mengukuhkan dan memantapkan simpulan bahasa Bahasa Melayu yang telah
dipelajari oleh murid-murid. Projek ini membolehkan murid-murid untuk
mempelajari simpulan bahasa dalam suasana yang lebih bermakna dan
menyeronokkan melalui penggunaan Teknologi, Maklumat dan Komunikasi
(TMK).
3.0 MATLAMAT

3.1 Melahirkan murid-murid yang berketerampilan dalam aspek simpulan bahasa


Bahasa Melayu.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Mengukuhkan dan memantapkan simpulan bahasa Bahasa Melayu murid-


murid tahun tiga.
4.2 Menggalakkan penglibatan murid-murid dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran (PdP).
4.3 Memupuk minat dan memberi motivasi kepada murid-murid untuk
mempelajari simpulan bahasa.
4.4 Menyediakan suasana pembelajaran yang berbentuk multimedia dan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

5.0 TEMPOH PELAKSANAAN

5.1 Tempoh masa: 1 minggu (8 Mac 2020 hingga 12 Mac 2020)

6.0 KUMPULAN SASARAN

6.1 Kumpulan sasaran: Murid-murid tahun tiga

7.0 STRATEGI & PROSEDUR PELAKSANAAN

7.1 Merancang
7.1.1 Mengenal pasti simpulan bahasa yang dipelajari oleh murid-murid tahun
tiga melalui buku teks Bahasa Melayu.
7.1.2 Mencari laman sesawang atau aplikasi yang dapat mencipta pakej
pembelajaran inovasi digital secara percuma.

7.2 Tindakan
7.2.1 Mencipta pakej pembelajaran inovasi digital.
7.2.2 Mengaplikasikan pakej pembelajaran inovasi digital dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
7.3 Refleksi
7.3.1 Menilai kekuatan dan kelemahan projek.
7.3.2 Membuat pemurnian dan penambahbaikan.

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

8.1 Seperti dalam Lampiran A

9.0 PASUKAN PENGURUSAN PROJEK

9.1 Seperti dalam Lampiran B

10.0 CARTA GANTT PENGURUSAN PROJEK

10.1 Seperti dalam Lampiran C

11.0 OPPM (One Page Project Manager)

11.1 Seperti dalam Lampiran D

12.0 PENUTUP

Saya menaruh harapan yang tinggi agar projek ini dapat dilaksanakan dengan
sempurna dan mencapai objektif yang disasarkan seperti yang dinyatakan dalam
Perkara 4.0. Diharapkan agar cadangan dan permohonan ini mendapat
pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan demi kejayaan dan
keberkesanan Pakej Pembelajaran Inovasi Digital Simpulan Bahasa Bahasa
Melayu.

Kerjasama dan pertimbangan daripada pihak tuan didahului dengan ucapan


jutaan terima kasih.
Disediakan oleh:

_____________________________
(LOW JIA WEN)
Siswa Pendidik,
IPGK Sultan Abdul Halim.

Disemak oleh:

______________________________
(CIKGU ANG SWEE PHAIK)
Mentor,
SJK(C) Pekan Lama.

Disokong oleh:

______________________________
(TUAN HAJI DAUD BIN MD SAMAN)
Penyelia,
IPGK Sultan Abdul Halim.

Diluluskan oleh:

______________________________
(ENCIK WONG CHIN SOON)
Guru Besar,
SJK(C) Pekan Lama.
\

LAMPIRAN A

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Item Harga (RM)


1 Data Internet (3GB) 20.00

Jumlah (RM) RM20.00


LAMPIRAN B

PASUKAN PENGURUSAN PROJEK

Jawatankuasa Induk

Pengerusi : Encik Wong Chin Soon

Guru Penasihat : Cikgu Ang Swee Phaik

Pensyarah Penyelia : Tuan Haji Daud Bin Md Saman

Jawatankuasa Pelaksana

Ahli Jawatankuasa : Low Jia Wen


LAMPIRAN C

CARTA GANTT PENGURUSAN PROJEK

Bil. Aktiviti Februar Mac


i
M1 M2 M3 M4
1 Penyediaan kertas cadangan projek
2 Penyediaan projek inovasi
3 Pelaksanaan projeki inovasi
4 Membuat rakaman video
5 Penyeliaan guru mentor
6 Penyediaan laporan pelaksanaan
projek inovasi
7 Membuat cadangan penambahbaikan
8 Membuat catatan refleksi

Anda mungkin juga menyukai