Anda di halaman 1dari 18

EDUP 3033

MURID DAN PEMBELAJARAN

TAJUK: BELAJAR SAMBIL BERMAIN


NAMA: LOW JIA WEN
SOH YAN LING
KELAS: P2A
NAMA PENSYARAH: PN. SARIMAH SAAD
MAKSUD BELAJAR SAMBIL BERMAIN

Pendekatan yang terancang


dan berstruktur bagi
memberi peluang kepada
murid belajar dalam
suasana bebas dan selamat,
menggembirakan dan
bermakna.
Menurut Caplan (1973) , main sebagai
penentu penting bagi perkembangan kekuatan
sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi,
perkembangan sosial dan intelek di samping
dapat memperkembangkan kekuatan fizikal,
koordinasi dan ketangkasan seseorang murid.
MENGAPA PENTING?
Bermain menjadi fitrah murid dimana dalam
proses ini mereka akan meneroka, membuat
inkuiri penemuan dan memperolehi pengalaman
langsung secara semula jadi.
Memberi peluang kepada murid belajar dalam
suasana fleksibel tanpa kongkongan.
Aktiviti bermain membantu perkembangan murid
secara menyeluruh kerana aktiviti bermain dapat
memenuhi keperluan kognitif, psikomotor dan
efektif.
TUJUAN
Memupuk pemikiran inovatif, kritis dan
kreatif.
Mengurangkan tekanan.
Memenuhi keperluan naluri ingin tahu.
Berinteraksi secara positif.
Meningkatkan kemahiran manipulatif
seperti mencantum, melukis dan
menampal.
JENIS MAIN
Main Sosial
 Berlaku apabila murid-murid belajar
sambil bermain bersama dalam kumpulan.
 Penerapan nilai murni berlaku seperti
bersabar mengikut giliran, bekerjasama
dan tolong-menolong.
 Contoh : nyanyian, permainan dam ular,
teka-teki silang
JENIS MAIN
Main Kognitif
 Murid-murid bermain menggunakan bahan
maujud untuk memperolehi pengetahuan dan
meningkatkan perkembangan serta
pertumbuhan dari segi kognitif, psikomotor,
emosi dan kreativiti.
 Contoh: persembahan boneka, penggunaan
bahan kitar semula untuk menghasilkan atau
membina karya lain yang kreatif.
Contoh Permainan: Permainan Sifir
Tujuan
Melatih konsentrasi
Langkah-langkah
1. Pelajar duduk dalam satu bulatan yang besar.
2. Permainan akan bermula dengan pelajar pertama menyebut
angka ‘satu’.
3. Pelajar kedua akan teruskan permainan itu dengan
menyebut angka ‘dua’. Sekirannya sampai ke giliran pelajar
yang akan menyebut angka 5, angka yang mempunyai
angka 5, dan kelipatan 5, pelajar tersebut hanya boleh
bertepuk tangan sekali dan tidak boleh mengeluarkan suara.
4. Pelajar yang membuat kesilapan akan mendapat hukuman
seperti bernyanyi.
JENIS MAIN
Main Bebas
 Melibatkan aktiviti main yang spontan.
 Contoh: membuat eksperimen, pemintal
lidah
JENIS MAIN
Main Sosiodrama
 Memberi peluang kepada murid-murid
melaksanakan pelbagai watak.
 Melibatkan peristiwa harian yang benar
dan realistik.
 Contoh: lakonan, simulasi
JENIS MAIN
Permainan Bahasa
 Menggalakkan murid-murid
berkomunikasi, bertutur dan mendengar.
 Memperkembangkan bahasa , interaksi
sosial dan kreativiti.
 Contoh: bercerita, berpuisi
RUJUKAN
http://
mangwaskim.blogspot.com/2015/12/cont
oh-cara-belajar-sambil-bermain.html
http://
www.websitependidikan.com/2016/07/pe
ngertian-dan-contoh-metode-belajar-samb
il-bermain.html
http://
pelangipetang89.blogspot.my/2009/07/pe
ndekatan-belajar-sambil-bermain.html
http://
SEKIAN, TERIMA KASIH!

Anda mungkin juga menyukai