Anda di halaman 1dari 9

EDU 3033 : Main Peranan

Nama : Chew Zheng Lin, Luk Kuok


Kiong, Ng Leong Hoong

Kumpulan : P2A

Pensyarah: Puan Sarimah Saad


Kaedah Main Peranan

 Kaedah secara berkumpulan yang berorientasikan


proses, iaitu pelajar berlakon atau
mengsimulasikan situasi dalam kehidupan
sebenar.

 Merupakan suatu situasi yang melibatkan pelajar


memegang suatu peranan samada sebagai dirinya
sendiri ataupun menjadi individu yang lain.
Kaedah Main Peranan

 Boleh dijalankan di dalam kelas dan murid- murid


yang mengambil bahagian haruslah berlagak
seperti watak yang dibayangkan. 
 Melalui situasi ini, pelajar berpeluang untuk beraksi
sebagaimana yang dikehendaki oleh situasi yang
telah diarahkan.
 Merupakan salah satu cara untuk mendapatkan
penglibatan aktif murid-murid dalam pengajaran
dan pembelajaran.
Cara Pelaksanaan

 Guru boleh pilih peranan berdasarkan watak


daripada orang persekitaran, kanak-kanak, cerita
rakyat, cerita yang pernah dibaca di dalam kelas,
drama atau filem yang pernah ditonton serta
berdasarkan gambar.
 Dalam aktiviti ini, kanak-kanak hendaklah berpura-
pura menjadi seseorang yang lain dan berlainan
dengan dirinya.
Cara Pelaksanaan

 Diberikan peranan tertentu dan meminta kanak-


kanak memikirkan cara untuk beraksi dan
memberikan respons terhadap sesuatu situasi.
 Untuk menghayati watak yang diberikan, kanak-
kanak perlu dilatih untuk melakukan justifikasi
terhadap watak dengan mengemukakan beberapa
soalan seperti :
 nama penuh watak
 umur
 latar belakang keluarga
 pekerjaan
 sikap dan tingkah laku
 hobi atau minat
 keadaan kesihatan dan
 pelbagai kemungkinan tentang peribadi watak yang
dilakonkan
 Untuk itu juga mereka digalakkan untuk:

 menulis diskripsi watak

 melukis potret

 membuat kostum dan memilih props yang sesuai


untuk kegunaan watak.
Kebaikan

 Satu teknik pembelajaran yang menarik dan


menyeronokkan.
 Dapat mempertingkatkan kemahiran pertuturan
mereka.
 Dapat mengasah bakat lakonan mereka.
 Dapat menerapkan nilai-nilai murni melalui watak
yang dibawa.
 Banyak situasi di luar bilik darjah dapat ditunjukkan
di dalam bilik darjah.
Keburukan

 Pelajar yang terlibat dalam lakonan sahaja


mendapat pengalaman secara langsung dan
faedah-faedah berlakon.
 Menimbulkan perasaan gelisah di kalangan pelajar
yang tidak pernah ada pengalaman berlakon.
 Prestasi pelakon yang kurang menarik akan
menimbulkan perasaan bosan di kalangan
penonton yang mungkin membuat bising.

Anda mungkin juga menyukai