Anda di halaman 1dari 2

Soalan Tutorial 1

Sejauh mana prinsip-prinsip perkembangan kanak-kanak mempengaruhi proses pengajaran &


pembelajaran murid-murid dalam bilik darjah & bagaimana guru-guru menanganinya.

Prinsip asas perkembangan yang pertama ialah proses perkembangan ini berlaku
mengikut urutan. Sebagai contoh, seorang bayi pada mulanya boleh duduk dengan bantuan,
kemudian merangkak dan seterusnya diikuti dengan kebolehan berdiri dan akhirnya berjalan
tanpa dipimpin. Prinsip ini dapat mempengaruhi proses pengajaran & pembelajaran murid-
murid dalam bilik darjah seperti murid-murid yang mula belajar membaca perkataan dengan
mengikut suku kata satu demi satu, kemudian murid-murid belajar untuk membaca ayat , dan
akhirnya murid-murid dapat membaca sebuah karangan dengan lancar dan tepat. Ini
merupakan satu proses yang berurutan yang bermula dari mudah kepada sukar. Dalam
keadaan ini, guru boleh menggunakan bahan yang menarik dan bersesuaian dengan pelajaran
yang ingin diajarkan kepada kanak-kanak sebagai bantuan dalam proses pengajaran &
pembelajaran. Contohnya, guru boleh menggunakan ‘flash card’ yang berwarna-warni supaya
dapat mengajar murid-murid untuk membaca suku kata atau perkataan dengan mudah dan
tepat.

Prinsip kedua perkembangan kanak-kanak ialah perubahan dalam pertumbuhan dan


perkembangan yang berunsur daripada keadaan umum kepada yang khusus. Sebagai contoh,
bayi boleh menggenggam objek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari tangan.
Pertumbuhan berlaku dari otot kasar dan beransur kepada otot halus. Prinsip ini dapat
mempengaruhi proses pengajaran & pembelajaran murid-murid dalam bilik darjah seperti
murid-murid yang mula belajar memegang pensel dan menulis di atas kertas akan cuba
membentukkan cakaran sebelum mula menulis. Kemudian, kanak-kanak akan beralih kepada
pengulangan pergerakan, membentuk daripada satu huruf kepada perkataan menggabungkan
huruf untuk tujuan mengeja sehingga menjadi pelbagai ejaan yang standard. Dalam keadaan
ini, guru harus memberi kesabaran yang secukupnya dengan mengajar murid yang lemah
dengan teliti terutamanya murid yang tidak dapat belajar memegang pensel dengan stabil.

Prinsip ketiga perkembangan kanak-kanak ialah pertumbuhan dan perkembangan


adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan. Misalnya, sesuatu kemahiran asas pada
waktu kecil akan menjadi suatu kemahiran yang lebih rumit dan kompleks di masa hadapan.
Prinsip ini dapat mempengaruhi proses pengajaran & pembelajaran murid-murid dalam bilik
darjah seperti murid-murid haruslah diberi pembacaan dan pembentangan yang ringkas dan
tersusun. Pembacaan dan pembentangan ini akan semakin meningkatkan keupayaan
berbahasa mereka ke arah yang lebih baik pada masa hadapan. Jadi, guru mesti memberi
peluang kepada murid-murid untuk melahirkan ideanya sendiri. Contohnya, guru memberikan
murid buku-buku yang mudah untuk dibaca, iaitu buku yang mempunyai ayat-ayat yang mudah,
kemudian beransur kepada yang lebih kompleks. Murid-murid juga bebas untuk memberikan
pandangannya sendiri. Kemudian, guru membimbing murid-murid untuk membentangkan idea-
idea mereka dengan langkah-langkah yang mudah.

Prinsip keempat perkembangan kanak-kanak ialah corak dan aturan perkembangan


adalah hampir sama tetapi kadar perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu. Ini
kerana adanya perbezaan individu dalam setiap masyarakat walaupun mungkin mempunyai
umur yang sama. Sebagai contoh, dalam bilik darjah terdapat murid yang cerdik atau murid
yang lemah. Oleh itu, murid yang lemah akan berasa tidak keselesaan dan tertekan semasa
belajar dengan murid yang handal dalam bilik darjah. Dalam keadaan ini, guru haruslah
memberi tunjuk ajar yang lebih atau mengajar dengan berulangkali kepada murid yang lemah
supaya murid dapat menjalani aktiviti dengan lancar. Manakala bagi pelajar yang cerdik, latihan
yang lebih mencabar harus diberi supaya dapat mengukuhkan lagi kemahiran yang dikuasai.

Prinsip kelima dalam perkembangan kanak-kanak ialah perkembangan adalah hasil


interaksi di antara kematangan dan pembelajaran. Prinsip ini dapat mempengaruhi proses
pengajaran & pembelajaran murid-murid dalam bilik darjah seperti murid yang mempunyai
pengingatan yang baik merupakan potensi yang sedia ada di dalam diri seseorang yang
dipengaruhi oleh faktor genetik. Dalam keadaan ini, guru boleh membimbing atau memberi
tunjuk ajar kepada murid itu agar dapat menyertai pertandingan bercerita dan dapat keputusan
yang baik. Tambahan pula, usaha ini dapat membantu murid itu mengembangkan potensi yang
sedia ada iaitu mempunyai pengingatan yang baik.

Anda mungkin juga menyukai