Anda di halaman 1dari 2

Soalan Tutorial 3

Perbahasan : Faktor baka atau faktor persekitaran yang lebih dominan dalam mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak.

Faktor Persekitaran

Pengaruh persekitaran termasuklah faktor keluarga dan pengaruh rakan sebaya.


Keluarga juga merupakan satu latar persekitaran yang banyak mempengaruhi perkembangan
seseorang individu. Selain daripada mempunyai pertalian darah, mereka mempunyai pertalian
emosi dan sosial kerana mereka sentiasa mempunyai hubungan rapat. Kanak-kanak yang
dilindungi dan dijaga dengan baik akan merasa selamat dan yakin dan mempunyai ‘self-esteem’
yang tinggi. Cara gaya asuhan dan didikan ibu bapa juga akan mempengaruhi pembentukan
personaliti seseorang anak. Kanak-kanak dilahirkan dalam sebuah keluarga yang mesra dan
penuh dengan kasih sayang, mereka akan mengalami perkembangan emosi yang sihat. Kanak-
kanak dilahirkan dalam keluarga yang bermasalah seperti keganasan, ibu bapa yang berjudi
atau berkaki botol maka ini boleh mempengaruhi dan menjejaskan pemikiran serta kelakuan
seseorang kanak-kanak. Kanak-kanak tersebut akan berfikiran dan berkelakuan negatif .

Faktor Rakan Sebaya

Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak.


Rakan sebaya boleh mendorong kanak-kanak mencapai impian atau sebaliknya. Hal ini kerana
pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari
perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya, kanak-kanak bergaul dengan
rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dasn potensi ke tahap
optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan
menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka. Manakala rakan sebaya yang bersikap
negatif dan anti sosial maka ada kecenderungan kanak-kanak turut terjebak dengan perkara-
perkara yang tidak diingini. Akhlak dan nilai yang diamalkan oleh rakan sebaya lazimnya akan
mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak turut bertingkah laku sedemikian kerana mereka takut
disingkir oleh rakan sebaya mereka.

Faktor Kebudayaan Dan Kepercayaan

Masyarakat merupakan alam kehidupan manusia. Kebudayaan dan kepercayaan


masyarakat yang berbeza juga boleh mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dalam aspek
sosio-emosi, personaliti dan mental. Misalnya, perbezaan nilai hidup membentuk perbezaan
falsafah hidup di kalangan kanak-kanak, perbezaan kebudayaan dan agama melahirkan
perbezaan cara hidup serta tingkah laku manusia, sebuah masyarakat yang sihat akan
mempengaruhi anggotanya dengan membentuk sikap yang sihat seperti bertanggungjawab,
rajin berusaha, bermoral, beretika serta kuat beragama dengan nilai kerohanian yang
sempurna, masyarakat yang menitikberatkan kebendaan akan mempengaruhi sikap kanak-
kanak yang mementingkan diri sendiri dan bersikap materialistik serta mengabaikan nilai-nilai
kerohanian dan nilai kejiwaan. Bagi kebudayaan masyarakat yang menitikberatkan aspek
keagamaan akan melahirkan kanak-kanak yang beriman. Misalnya Bhutan merupakan sebuah
negara Buddha. Bhutan terletak di antara negara China dan India. Bhutan menitikberatkan
aspek keagamaan. Ibu bapa di negara tersebut menghantar kanak-kanak mereka ke tokong
untuk menuntut ilmu keagamaan. Hal ini menyebabkan kebudayaan masyarakat Bhutan
melahirkan kanak-kanak yang beriman.

Sumber Teknologi

Perkembangan kanak-kanak pula dipengaruhi oleh pendedahannya kepada sumber


teknologi yang terdapat di alam kehidupannya. Sumber teknologi ini merujuk kepada maklumat-
maklumat yang diperolehi daripada bahan-bahan bacaan seperti surat khabar, majalah, iklan,
filem, radio, televisyen dan komputer. Seperti yang kita ketahui bahawa pendedahan kanak-
kanak kepada sumber teknologi yang sihat akan meningkatkan kadar perkembangan kognitif,
emosi dan sosial. Sebaliknya, kanak-kanak yang didedahkan kepada sumber teknologi yang
berunsur keganasan, lucah atau kezaliman akan membentuk sikap yang negatif dan personaliti
yang tidak diingini.

Faktor Sekolah Dan Guru

Sekolah dan guru memainkan peranan penting dalam perkembangan identiti seseorang
kanak-kanak. Ini kerana kanak-kanak banyak menghabiskan masa di sekolah menerusi aktiviti
akademik, aktiviti kokurikulum dan menghabiskan kerja tambahan sekolah. kanak-kanak juga
didedahkan kepada guru yang sentiasa menekankan pencapaian akademik, motivasi untuk
belajar penguasaan kemahiran dan mempertingkatkan kemajuan serta sikap terhadap
tanggungjawab, kepimpinan, dan autoriti. Selain itu, guru dan sekolah juga merupakan agen
perubahan dan diberi tugas untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak secara
menyeluruh dan bersepadu, demi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Tugas murni ini telah dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diisytiharkan
pada tahun 1988.

Anda mungkin juga menyukai