Anda di halaman 1dari 8

Teori-teori/ strategi, kaedah yang boleh diguna atau diadaptasi bagi setiap masalah

dalam kajian yang dirangka adalah:

1. Kaedah inkuiri
Guru menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen. Dalam hal ini,
guru memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan
memahaminya dengan lebih mendalam berdasarkan pengetahuan sedia ada dan
kemahiran asas yang dikuasai.
2. Kaedah Perbincangan.
Teknik perbincangan adalah satu teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan ia
dilakukan di kalangan murid-murid di bawah penyeliaan dan kawalan guru. Sewaktu
perbincangan dijalanlan, murid-murid diberi peranan aktif untuk menyatakan
pandangan, atau pendapat mereka mengenai sesuatu topik, sambil guru memandu
serta mengarahkan pandangan-pandangan mereka ke satu prinsip atau pendapat
menyeluruh.
Melalui teknik ini, murid-murid dapat memperkembangkan pertumbuhan diri dan sosial
mereka dengan baik. Mereka digalakkan berfikir dengan jelas, mengutamakan
pendapat-pendapat di samping bekerjasama dengan murid-murid lain untuk mencapai
matlamat atau menyelesaikan masalah perbincangan. Dengan cara ini, penglibatan
murid dalam pembelajaran amat menggalakkan. Pelajar akan kelihatan lebih cergas,
berani dan tegas.
Bahan-bahan harus yang disediakan oleh guru perlu mempunyai skop yang khusus
sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Selain itu, guru perlu hadkan topik
perbincangan dan terangkan sesuai mengenainya bagu membolehkan murid-murid
memahami apa yang dikehendaki dan dapat dibincangkan perkara itu dalam jangka
masa yang dijangkakan. Dalam masa yang sama, guru harus bijak memberikan ruang
dan menggalakkan murid-murid agar mereka berminat untuk berkerjasama serta
mengemukakan soalan-soalan yang akan dapat mencungkil fakta-fakta dan
mendorongkan murid-murid berfikir.
3. Kaedah Sumbangsaran
Teknik ini juga dikenali sebagai percambahan fikiran (brainstorming). Teknik ini
berbentuk perbincangan dan ia membolehkan setiap ahli kumpulan berfikit secara
kreatif dan aktif. Otak diperah untuk berfikir tanpa batasan dan dalam proses ini, ideaidea , pendapat dan pandangan yang dikemukan tidak boleh ditolak, walaupun ideaidea tadi kurang memuaskan dan tidak bermutu. Idea-idea itu harus diterima dan

diperkemas kemudiannya. Murid-murid digalakkan menghuraikan pendapat-pendapat


yang telah dikemukakan. Perkara yang dicadangkan oleh seorang murid
diperkembangan oleh murid-murid lain sehingga idea atau pendapat tadi mengembang
keperingkat yang lebih tinggi.
4. Kaedah Main Peranan
Teknik main peranan adalah satu teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa. Main peranan kadangkala disebut juga sebagai ambil peranan
yang mementingkan interaksi individu serta kumpulan dan sentiasa pula dikelolakan
dalam situasi kumpulan. Melalui teknik ini, murid-murid dapat gambaran atau contoh
pengalaman secara spontan. Teknik ini melibatkan gambaran-gambaran murid
terhadap sesuatu situasi atau keadaan untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran
yang diajar oleh guru.

5. Kaedah Simulasi.

Teknik simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai
keadaan sebenar. Ia memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan
peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau
tugasan semula.Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar
seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu
dan mencatat isi-isi penting. Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi
pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan
peranan yang dipertanggungjawabkan.

6. kaedah pengajaran berpandukan Kognitif (CGI- Cognitively Guided Instruction)

Pengajaran Berpandukan Kognitif merupakan satu pendekatan dalam pengajaran


matematik yang menggalakkan suasana pembelajaran aktif (active learning) ,yang
bermakna (meaningful), dapat membina pemikiran aras tinggi, berkesan dan
berasaskan penyelidikan.Para guru menggunakan pendekatan pengajaran
berpandukan kognitif berhasrat membantu pelajar untuk belajar secara lebih bermakna
dan mengembangkan pemikiran aras tinggi. Dengan cara ini dapat membantu mereka
membina apa yang pelajar tahu dan membantu mereka belajar dari rakan dalam
kumpulan masing-masing. Dalam mengaplikasikan pendekatan pengajaran ini para

guru perlu tahu dan memahami bahawa strategi-strategi yang digunakan oleh pelajar
dalam penyelesaian masalah sebelum mereka diajar prosedur-prosedur formal.

Main Peranan
Pengenalan
Main peranan ialah aktiviti dalam pengajaran yang memberi peluang kepada murid
untuk membayangkan diri sendiri atau orang lain dalam pelbagai situasi tertentu.
Aktiviti ini merupakan salah satu cara untuk mendapatkan penglibatan aktif murid-murid
dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam kelas dan
murid-murid yang mengambil bahagian haruslah berlagak seperti watak yang
dibayangkan.
Matlamat
-

murid berasa prihatin dan memahami perasaan orang lain.


Berpeluang membincangkan dan memikir masalah diri sendiri lalu
memahami diri sendiri dengan mendalam.
Murid berpeluang untuk melakonkan pelbagai tingkah laku atau watak dan
mengalami sendiri sesuatu situasi.
Memperoleh kemahiran dan mengalami pelbagai bentuk masalah sosial.
Murid berpeluang untuk melahirkan pelbagai perasaan dengan bebas
mengikut situasi watak.
Membantu murid yang bersifat pendiam membina keyakinan diri.
Menggalakkan murid menggunakan bahasa yang bernas.
Membantu murid berkomunikasi secara berkesan.
Melatih murid mengawal perasaan dan emosi dalam pelbagai situasi.

Main Peranan
-

Satu teknik mengajar dalam bilik darjah.


Merupakan satu lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan murid tanpa
menggunakan sebarang skrip.
Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau
peristiwa yang dianggap penting.

Dengan kata lain ain peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau
penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau
menjelaskan situasi kepada kepada murid2 lain supaya mempraktikan kepada
diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan.
Murid diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam
satu situasi yang disediakan.
Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah
ini dikemukakan kepada murid dengan cara membacakannya atau
memperlihatkannyamelalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan
sebagainya.
Melalui aktiviti ini, murid dapat mengukuhkan kemahiran bertutur dan melatih diri
untuk berfikir secara spontan supaya dapat menyelesaikan masalah secara
pantas dan terkawal.

Prinsip-Prinsip Main Peranan.

Untuk menghasilkan main peranan yang menyeluruh dan menyeronokkan,


senario, peranan dan taklimat latar hendaklah dipadankan.
Peranan pelajar dalam main peranan hendaklah jelas agar perjalanan main
peranan berjalan lancar.
Peserta diberikan masa yang cukup untuk mebuat persediaan.
Masa yang paling sesuai diperuntukkan untuk aktiviti main peranan adalah
antara 15-20 minit.

Jenis-Jenis Main Peranan.


1. Memerihal
- Salah satu cara berkomunikasi dengan pelajar memerihalkan sesuatu masalah
- Contoh : pelajar meminta kebenaran daripada Guru Besar untuk mengadakan
satu lawatan sambil belajar.
2. Demonstrasi
- Menunjukkan cara melakukan sesuatu tingkah laku atau perlakuan agar pelajar
lain boleh mencontohi seperti cara bertutur dengan betul dalam sesuatu situasi.
3. Latihan

Melatih pelajar untuk menguasai sesuatu kemahiran seperti kemahiran bertutur


dalam situasi perbualan formal.

4. Cerminan
- Menunjukkan bagaimana sesuatu pelakuan itu dilihat oleh orang lain.
5. Kepekaan
- Mewujudkan kesedaran mengenai perasaan mereka terhadap sesuatu situasi
ataupun orang lain

Tujuan

Untuk kuasai kemahiran.


Melatih murid bertutur secara spontan melalui aktiviti lakonan
Melatih murid kemahiran menyusun ayat menggunakan sebutan yang tepat.
Untuk membina pemikiran secara analitis dan kitis.
Murid harus berfikir dan menyusun ideanya secara teratur untuk mengambarkan
cara penyelesaian yang dilakukan
Untuk membina sikap positif.
Masalah yang ditimbulkan dalam situasi yang terkawal melibatkan unsur2
pertentangan sosial.
Melalui simulasi, konflik ini dapat diselesaikan.
Untuk kaitkan isi pelajarandengan aspek afektif.
Melalui lakonan berdasarkan isi pelajaran Pendidikan Moral, murid dapat
menghayati nilai-nilai dan sikap orang lain.
Untuk membawa situasa yang sebenar ke dalam bilik darjah.
Menjelaskan konsep demokrasi murid2 boleh berlakon penggundi2 dalam
situasi pilihan raya yang direka.
Untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran.
Penguasaan kemahiran bahasa boleh dicapai melalui aktiviti perbincangan
dalam aktiviti kumpulan.
Membantu murid mempertingkatkan penuasaan kemahiran bahasa dengan
berkesan.

Prinsip2 Pelaksanaan Simulasi

Guru rancang situasi yang bermasalah dan wujudkannya secara bertulis/ lisan di
dalam kelas.

Sebelum jalankan aktiviti lakonan, penerangan ringkasa tentnag masalah,


peranana watak2 tempoh masa sesi simulasai perlu diberikan.
Pilih murid yang mahir dalam pertuturan sebagai pelakon.
Skrip lakonan disediakan & diedarkan kepada murid2 yang dipilih untuk berlakon
untuk berlakon terlebih dahulu.
Sediakan alatan seperti topeng untuk berlakon (jika perlu).
Semasa sesi berlangsung, guru pastikan murid lain menjadi penonton benar2
menumpukan perhatian terhadap cara penyelesaian masalah.
Selepas sesi simulasi, bermaindisediankan
Suatu rumusan harus dicapai

Ciri-Ciri Model Bandura.

Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan.


Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan.
Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demontrasi guru sebagai
model.
Pelajar memperoleh kemahiran jika memperoleh kepuasan dan peneguhan yang
berpatutan.
Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan dgn tingkah
laku atau gerak balas yg sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif.

Langkah2 Pelaksanaan Simulasi

Guru mewujudkan satu situasi bermasalah yang disediakan.


Guru terangkan secara ringkas tentang situasi bermasalah peranan watak2 &
tempoh lakonan.
Guru memilih murid2 menjadi pelakon2
Murid2 berdasarkan watak2, mainkan peranan merekamereka dalam sesi
simulasi sambil menunjukkan cara penyelesaiannya.
Guru bincang dengan murid tentang prestasi pelakon2 & cara menyelesaikan
masalah.
Guru membimbing murid2 membuat rumusan.

Contoh2 SIMULASI
1.

Pemusatan kepada masalah.


-

Murid berbincabg tentang masalah dan membuat keputusan serta


menyelesaikan masalah.
Contoh2 situasi:
a. Menetukan lokasi sesuai untuk pembinaan komdominium.
b. Vandelisme harta benda sekolah.

2.

Pemusatan kepada penerbitan.


-

Murid berbincang tentang sesuatu rancangan untuk menghasilkan suatu projek


atau penerbitan.
Contoh2 situasi:
a. Menerbitkan majalah
b. menerbitkan rancangan berita televisyen.

Contoh Pelajaran Melalui Teknik Simulasi

Mata Pelajaran : Sains/Pendidikan moral

Tajuk

: Cara haiwan melindungi dirinya dengan hidup secara berkelompok.

Watak-watak : Harimau, anak kerbau, sekumpulan lembu.


LANGKAH2 MENGAJAR :
1.
-

Permulaan.
Guru Wujudkan Satu Situasi.

Cth: Seekor Anak Kerbau Diburu Oleh Seekor Harimau. Bagaimana Anak
Kerbau Deapat Diselamatkan?
2.

Sesi simulasi (lakonan)

Seorang murid memakai topeng harimau mrngejar seorang murid yang memakai
patung anak kerbau.anak kerbau berlari dengan perasaan takut tetapi bsempat
dilindungi oleh murid2 yang memainkan peranan sebagai kerbau hidup sekelompok.
-

Kerbau membentuk satu bulatan melindungi anak kerbau di dalamnya.

Harimau cuba masuk bulatan tetapi tidak Berjaya dan akhirnya meninggalkan
sekumpulan kerbau dengan perasaan kecewa.

3.
-

Penutup:
Guru bincang dengan murid tentang lakonan yang telah selesai dijalankan.

Guru bombing nurid membuat rumusan yang mengaitkannya dengan konsep


perpaduan rakyat.

Anda mungkin juga menyukai