Anda di halaman 1dari 3

Open University Malaysia

FACULTY : PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER : SEPTEMBER 2012

COURSE CODE : HBEF2803

COURSE TITLE : PROFESSIONAL DEVELOPMENT

NAME : MOHD NAZARUDIN BIN ISHAK

MATRICULATION NO : 720104026201001

IDENTITY CARD NO : 720104026201

TELEPHONE NO : 013-4477947

E-MAIL : nasabon@gmail.com

LEARNING CENTRE : KEDAH LEARNING CENTRE, OUM


Jurnal Reflektif

(Temubual Tiga Generasi Sempena Sambutan Tahun Baru Cina)

Berdasarkan tugasan yang diberikan, saya telah menjalankan satu sesi temubual
bersama tiga orang berbangsa cina daripada tiga generasi yang berbeza. Dalam tugasan
tersebut, saya cuba mendapatkan maklumbalas dan pandangan mereka berkaitan dengan
sambutan perayaan tahun baru cina.

Hasil daripada temubual tersebut, saya dapat merumuskan bahawa amalan dan
pantang larang yang telah diamalkan oleh generasi terdahulu masih lagi diamalkan dalam
masyarakat hari ini. Situasi seperti ini seharusnya dipelihara dan dikekalkan agar ianya tidak
luput ditelan zaman.

Ibubapa seharusnya memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak


serta mengajar mereka bagaimana untuk mengekalkan budaya yang telah diwarisi sejak
berzaman dahulu. Manakala sebagai seorang pendidik pula, saya bertanggungjawab untuk
memberi pendedahan kepada mereka tentang perayaan yang disambut oleh masyarakat di
Malaysia dengan menerapkan nilai-nilai menghargai budaya kaum masing-masing melalui
matapelajaran Pendidikan Sivik disekolah atau melalui aktiviti-aktiviti sambutan perayaan
yang disambut diperingkat sekolah.

Saya percaya setiap kaum di Malaysia masih lagi mengekalkan amalan atau budaya
yang diamalkan oleh kaum masing-masing semasa menyambut perayaan. Sebagai seorang
berbangsa melayu yang beragama islam, saya juga mengamalkan amalan yang telah diwarisi
dari generasi terdahulu. Dalam menyambut perayaan, saya akan membuat persiapan awal
terutamanya dari segi persediaan pakaian, makanan dan perancangan ketika perayaan seperti
menziarahi pusara serta menziarahi sanak saudara dan kaum keluarga.

Adalah tidak mustahil, amalan yang diamalkan sebelum ini akan mula terhakis sedikit
demi sedikit sekiranya ia tidak dijaga dan dipupuk dengan baik di dalam diri anak-anak.
Dengan perkembangan teknologi yang serba canggih, anak-anak akan lebih untuk memilih
berada dirumah dan menonton televisyen serta bermain internet daripada mengunjungi sanak
saudara.
Secara kesimpulannya bagi menggelak daripada berlakunya kepupusan budaya dan
amalan ini, maka ibubapa harus mengawal tingkahlaku anak-anak mereka. Bak kata pepatah
melayu, peliharalah amalan dan budaya itu agar ianya "tidak lapok dik hujan, dan tidak
lekang dik panas"

Sama-samalah kita pelihara amalan dan budaya masing-masing agar ia dapat diwarisi
untuk generasi akan datang.

Anda mungkin juga menyukai