Anda di halaman 1dari 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS RAJA MELEWAR


JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

TAHUN AKADEMIK : Semester 2 / 2021

TUGASAN KERJA KURSUS


(INDIVIDU)

MPU3052
Tamadun Islam dan Tamadun Asia
PROGRAM : PISMP
AMBILAN: JUN 2021
SEMESTER: DUA

NAMA PENSYARAH: USTAZAH ZURAINI BINTI


YAAKUB

NAMA PELAJAR: MOONEEGA A/P GREETO


ANGKA GILIRAN: 2021152340150
NO KAD PENGENALAN: 020131020844

TARIKH HANTAR: 13 DISEMBER 2021

Pengesahan pelajar:

Saya mengesahkan bahawa maklum balas telah diberikan oleh pensyarah.

Catatan (jika ada)

Tandatangan Pelajar: MOONEEGA Tarikh: 13/12/2021

1.0 PENGENALAN
Tamadun ditakrifkan sebagai pencapaian dan aqa pemikiran, penciptaan yang baik, akhlak
baik bagi manusia yang membentuk sebuah bangsa atau negara bangsa. Tamadun berasal
dari perkataan Arab maddana, mudun, madain yang bererti pembukaan bandar atau
masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah. Perkataan tamadun
dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Dalam bahasa
Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah culture and civilization atau
kebudayaan dalam bahasa Melayu.‘’ Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) tamadun
didefinisikan sebagai keadaan masyarakat yang berlandaskan kepada taraf kemajuan
materialistik serta perkembangan pemikiran yang tinggi dari segi sosial, politik, budaya dan
sebagainya. A.S Hobby dan E.C. Parnwell di dalam bukunya ‘’ Progressive English Dictionary’’
menjelaskan bahawa tamadun membawa maksud meningkatkan pencapaian hidup manusia
darpada kemunduran kepada kemajuan dalam bidang ilmu, pemikiran, sains, teknologi, politik,
moral dan sebagainya.Seperti kita tahu, dalam sesebuah kehidupan, tamadun adalah sangat
penting untuk membina sebuah tamadun yang dapat menilai budaya dan peradaban. Di
samping itu, ilmu yang berkaitan dengan ketamadunan ini juga berkaitan dengan manusia,
kehidupan dan persekitarannya. Dengan mengamalkan ilmu tersebut, ianya juga memberi
manfaat terhadap seseorang individu kerana ianya dapat memartabatkan lagi nilai
ketamadunan.

2.0 BANDING BEZA KESAN TAMADUN MELAYU, CINA DAN INDIA YANG
MEMPENGARUHI SOSIO BUDAYA, EKONOMI DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Di Malaysia, terdapat banyak persamaan tamadun Melayu yang terdiri daripada aspek
sosiobudaya, ekonomi dan pendidikan yang mempengaruhi masyarakat Melayu di Malaysia.
Hal ini juga disebabkan oleh kedatangan masyarakat bukan Melayu pada masa dahulu ke
Tanah Melayu telah banyak mengubah masyarakat Melayu di Malaysia. Oleh itu, disebabkan
kedatangan masyarakat bukan Melayu di Malaysia ini, terdapat banyak persamaan tamadun
Melayu di Malaysia dari segi sosiobudaya, pendidikan dan ekonomi. Persamaan sosiobudaya
dalam tamadun Melayu yang telah dibawa di Malaysia ialah dari segi adat resam. Dalam adat
resam tamadun Melayu yang diamalkan di Malaysia adalah dalam majlis perkahwinan yang
melaksanakan majlis bertunang dan bersanding. Dalam adat resam tamadun Melayu juga
mengamalkan adat-adat Melayu seperti doa selamat, mahaman, mencukur rambut dan
sebagainya juga merupakan salah satu budaya masyarakat Melayu yang masih dikekalkan di
Malaysia ini.

Selain itu, pelbagai jenis permainan dan kesenian juga mempengaruhi aspek
sosiobudaya dalam tamadun Melayu. Oleh itu, menurut Ranjit Singh Malhi (1993) di dalam
bukunya yang berjudul Sejarah Malaysia mengatakan bahawa pelbagai jenis permainan dan
pelbagai kesenian yang terdapat dalam tamadun Melayu ini juga dapat memenuhi kegiatan
masa lapang masyarakat Melayu. Sebagai contoh, terdapat pelbagai jenis permainan yang
mempengaruhi masyarakat Melayu antaranya ialah sepak raga, silat , gasing dan sebagainya .
Manakala, dalam masyarakat Melayu juga menitikberatkan aspek kesenian rakyat seperti seni
memahat dan mengukir untuk perhiasan rumah, pelbagai jenis kraftangan seperti hasil tenunan
kain songket serta seni pertukangan perak dan tembaga.

Persamaan kegiatan ekonomi dalam tamadun Melayu di Malaysia ini juga menjalankan
ekonomi sara diri, kegiatan komersial serta menjalankan perdagangan supaya aktiviti dapat
berkembang dengan maju. Kegiatan ekonomi sara diri ini juga dapat menjalankan aktiviti seperti
penanaman padi dan penanaman hasil tanaman lain seperti jagung, kopi, tembikar, pisang dan
tebu. Penanaman sara diri ini juga menjalankan hasil hutan, memburu binatang, penternakan
dan perikanan. Tambahan pula, selain menjalankan aktiviti sara diri, tamadun Melayu ini juga
menjalankan kegiatan ekonomi secara komersial seperti mengeksport beras ke negeri-negeri
lain. Selain itu, kegiatan ekonomi secara komersial ini juga menjalankan aktiviti hasil hutan
seperti rotan, damar, gading gajah dan sebagainya. Pertanian dagang juga merupakan salah
satu aktiviti pertanian komersial yang diamalkan dalam masyarakat Melayu di Malaysia untuk
berkembangkan lagi hasil-hasil tanaman.

Persamaan dalam bidang pendidikan tamadun Melayu di Malaysia ialah membasmi


masalah buta huruf dalam kalangan masyarakat. Selain itu, bidang pendidikan dalam tamadun
Melayu ini juga adalah sangat penting kerana menuntut ilmu merupakan satu kewajipan tanpa
mengira lapisan masyarakat. Di Malaysia, persamaan yang terdapat dilihat dalam bidang
pendidikan ialah pendidikan diberikan sama rata tanpa mengira diskriminasi jantina. Persamaan
pendidikan tamadun Melayu di Malaysia ialah dikategorikan kepada lima peringkat iaitu
pendidikan rendah, pendidikan menengah, latihan perguruan, pendididkan vokasional dan
teknik dan pendidikan tinggi seperti yang telah dihuraikan oleh Choong Lean Keow (2008) di
dalam bukunya Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia mengatakan bahawa Pendidikan rendah
dan menengah ini juga diasaskan orang Melayu adalah untuk memupuk kesedaran mengenai
kepentingan nilai –nilai murni iaitu kesucian peribadi, kebersihan persekitaran dan sebagainya.
Latihan perguruan juga diberikan dalam masyarakat Melayu adalah untuk memantapkan lagi
bahan bacaan. Manakala, pendidikan vokasional dan teknik juga diberikan untuk memantapkan
lagi pelbagai kemahiran pekerjaan dalam masyarakat Melayu di Malaysia. Pendidikan
masyarakat Melayu di Malaysia juga mengamalkan pendidikan tinggi. Dengan menubuhkan
pendidikan tinggi ini juga dapat mewujudkan peluang pendidikan dalam masyarakat Melayu.

Tamadun India sangat mempengaruhi masyarakat di Malaysia. Hal ini terjadinya apabila
kedatangan masyarakat India datang ke Malaysia. Oleh itu, jelaslah bahawa banyak pengaruh
India yang mempengaruhi masyarakat di Malaysia yang diguna pakai pada hari ini. Menurut
Mohd Nor Jusoh (2011) di dalam bukunya iaitu Tamadun Islam Dan Tamadun Asia memberi
pendapat dalam aspek sosiobudaya ini juga membawa kesan yang positif terhadap
masyarakat Malaysia apabila melihat keunikan yang dibawa dari tamadun India yang masih
diguna pakai oleh masyarakat di Malaysia. Secara amnya, tamadun India banyak
mempengaruhi corak kehidupannya di Malaysia, antara tamadun india yang mempengaruhi
aspek sosiobudaya di Malaysia ialah dari segi budaya. Dalam budaya masyarakat tamadun
India adalah sangat mempengaruhi budayanya antaranya ialah upacara bersanding. Dalam
upacara bersanding ini dalam masyarakat India, penggunaan sirih pinang dan beras kunyit
merupakan salah satu aspek yang sangat penting untuk memberi semangat kepada pengantin.
Dalam upacara perkhawinan masyarakat India juga banyak mempengaruhi adat berinai yang
diguna pakai pada masa kini dalam majlis perkahwinan masyarakat Melayu. Dalam adat berinai
pula pengantin perempuan akan memakai inai pada kesemua jari tangan dan jari kaki.
Manakala, pengantin lelaki pula hanya memakai inai pada jari-jari tertentu seperti jari kelingking,
jari manis dan jari hantu pada sebelah tangan sahaja. Selain itu, cara makanan juga telah
mempengaruhi kesan pengaruhnya di Malaysia. Makanan tradisional masyarakat India adalah
roti canai, tosei, nasi beriyani dan kuih muih seperti muruku yang sangat digemari oleh rakyat
Malaysia. Cara pemakaian juga mempengaruhi masyarakat Malaysia yang telah dibawa oleh
masyarakat India. Dalam budaya pemakaian yang telah diguna pakai dalam tamadun India
ialah cara pemakaian sari dan Kurta yang sangat mempengaruhi masyarakat rakyat di
Malaysia. Justeru, cara pemakaian sari dan kurta ini juga merupakan pemakaian tradisional
kaum masyarakat India. Sari ini juga dipakai oleh kaum perempuan. Manakala, cara
pemakaian kurta pula dipakai oleh kaum lelaki. Ini juga telah dijelaskan oleh Kannishah
Selvanathan ( 2014).
Seterusnya, persamaan dalam bidang pendidikan tamadun India di Malaysia ialah
mendirikan sekolah tamil bagi anak-anak pekerja. Pendidikan tamil juga didirikan di kawasan
pembandaran yang mempunyai ramai penduduk orang India. Selain itu, persamaan pendidikan
masyarakat India di Malaysia ialah dengan penubuhan nazir sekolah tamil dan latihan untuk
guru tamil untuk mengatasi masalah kekurangan guru yang terlatih. Oleh itu, pengenalan
sukatan pelajaran berorientasikan masyarakat India di Malaysia ialah melalui penggunaan
Bahasa Tamil, Malayalam dan Telegu. Persamaan ekonomi tamadun India di Malaysia ialah
pembahagian pekerjaan berdasarkan etnik masing-masing seperti perkerjaan buruh ladang
yang berkerja di ladang getah . Di samping itu , masyarakat India juga menjalakan aktiviti
perniagaan getah dan pedagangan tekstil. Kegiatan ekonomi masyarakat India juga telah
dihuraikan oleh Siti Zuraina Abdul Majid, Muhammad Yusoff hashim, Abdullah Zakaria Ghazali,
et al. (1992) di dalam bukunya yang berjudul Sejarah Malaysia Tingkatan 5 mengatakan
bahawa sesetengah orang India berkeja di ladang kerana tidak mendapat pendidikan yang
mencukupi untuk melengkapkan diri mereka untuk mencari pekerjaan lain.

Di Malaysia, tamadun Cina banyak mempengaruhi persamaan dari segi sosiobudaya,


ekonomi dan pendidikan. Oleh itu, persamaan dari segi sosiobudaya ianya juga dapat dilihat
dari segi pakaian yang diamalkan oleh masyarakat Cina di Malaysia. Dari segi pakaian,
persamaan yang dapat dilihat ialah memakai pakaian tradisional seperti baju kebaya yang telah
dibawa oleh peranakan Cina iaitu baba dan nyonya. Baju kebaya ini adalah sangat sesuai
dipakai oleh kaum wanita. Selain baju kebaya yang sesuai dipakai oleh kaum wanita, Samfoo
juga merupakan salah satu pakaian yang sesuai jika dipakai oleh kaum lelaki dan wanita.
Namun demikan, pakaian seperti cheongsam juga tidak ketinggalan dalam masyarakat Cina di
Malaysia dipakai semasa diadakan majlis dan upacara yang dijalankan. Dari sudut ekonomi
pula, persamaan tamadun Cina di Malaysia juga dapat dilihat dari sudut perkembangan
ekonomi dari segi pekerjaan yang mendominasikan masyarakat Cina dengan menjalankan
aktivirti perniagaan di kedai–kedai komersial. Oleh itu, seperti yang kita tahu, tamadun Cina
juga lebih cenderung bekerja sebagai pengusaha perniagaan sendiri daripada bekerja di bawah
orang lain. Oleh itu, kegiatan ekonomi yang telah dijalankan oleh masyarakat Cina ini juga
melibatkan diri dengan semua jenis perniagaan di sektor swasta atau sektor kerajaan. Dari segi
pendidikan tamadun Cina yang telah diamalkan di Malaysia ialah menggunakan bahasa Cina
yang dijadikan sebagai bahasa penghantar di sekolah-sekolah vernakular. Selain itu,
persamaan dalam aspek pendidikan tamadun Cina yang banyak mempengaruhi masyarakat
Cina di Malaysia ialah mengekalkan sekolah cina serta sukatan pelajaran hendaklah diasaskan
di Tanah Melayu. Persamaan pendidikan Cina di Malaysia juga dapat dilihat dengan pembinaan
tiga buah sekolah iaitu sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti yang merupakan
salah satu pendidikan yang sangat penting untuk diberikan terhadap anak bangsa. Selain itu,
dengan menggunakan bahasa Cina, ianya juga dapat memberi peluang pekerjaan terhadap
rakyat.

Tambahan pula, perbezaaan sosiobudaya dalam tamadun Melayu di Malaysia adalah


dapat dilihat perkembangan seni yang terdapat dalam tamadun Melayu di Malaysia. Aspek
kesenian ini juga berkait rapat dengan budaya masyarakat tamadun Melayu yang masih
diamalkan di Malaysia. Oleh itu terdapat beberapa kebudayaan yang telah diamalkan dalam
tamadun Melayu di Malaysia seperti seni tari, seni muzik, seni ukir dan khat, seni bela diri, seni
pertukangan dan seni sulam dan anyaman. Dengan mewujudkan kebudayaan keseniaan dalam
tamadun Melayu di Malaysia ini juga dapat menunjukkan kegiatan bangsa yang maju dalam
sesebuah tamadun yang dapat mewarisi oleh generasi yang akan datang. Selain itu, perbezaan
dari segi sosiobudaya yang dapat dilihat dalam tamadun Cina di Malaysia pula ialah dari segi
tarian. Di Malaysia, masyarakat Cina mengamalkan tarian singa dan tarian naga yang
dipersembahkan semasa sambutan Tahun Baru Cina serta merupakan lambang kehormatan
dalam budaya masyarakat Cina. Dalam tamadun India pula perbezaan sosiobudaya yang
terdapat di Malaysia pula ialah dari segi agama yang masih mengekalkan pegangan dan
kepercayaan dalam agama hindu di Malaysia. Seterusnya, perbezaan agama dan kepercayaan
yang dapat dilihat agama India di Malaysia mempercayai pelbagai tuhan seperti yang telah
dihuraikan oleh Esa Khalid dan Mohd Azhar Abd. Hamid (2004) di dalam bukunya yang berjudul
beberapa aspek Tamadun Melayu, India, China dan Jepun. Selain itu, perbezaan agama yang
dapat dilihat dalam agama ini juga mempunyai matlamat utama yang perlu diamalkan oleh
penganut hindu terutamanya dalam masyarakat India.

Matlamat utama yang perlu diamalkan adalah dikenali sebagai dharma yang menjalani
kehidupan dengan jalan yang betul mengikut ajaran hindu dan menitikberatkan tanggungjawab
terhadap individu, sosial dan agama. Artha merupakan salah satu matlamat utama dalam
agama hindu iaitu menekankan keperluan asas yang diperlukan oleh individu untuk menjalani
kehidupan. Matlamat yang seterusnya ialah karma. Dalam kepercayaan karma dalam agama
hindu ini juga menitikberatkan berkaitan dengan kelakuan manusia sama ada baik atau
melakukan kejahatan yang mempengaruhi kelahiran manusia pada kehidupan yang akan
datang. Moksha juga menekankan aspek yang berkaitan dengan pembebasan daripada
pusingan kematian, kelahiran semula dan bebas daripada karma. Secara amnya, dalam
agama hindu ini juga menitikberatkan kehidupan yang lebih baik berbanding kehidupan
sebelumnya. Ini juga dapat dijelaskan bahawa dalam masyarakat India di Malaysia masih
mengamalkan agama dan kepercayaan ini untuk mencapai kesempurnaan hidup.

Perbezaan dari segi ekonomi dalam tamadun Melayu di Malaysia pula ialah
perkembangan Dasar Ekonomi Baru (DBE). Dengan mewujudkan Dasar Ekonomi Baru ( DBE)
ini juga dapat menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum. Perbezaan dari segi ekonomi ini
juga telah dihuraikan oleh Samri Sainuddin (2003) di dalam bukunya yang berjudul Titas
Tamadun Melayu mengatakan bahawa dalam tamadun Melayu, kegiatan ekonominya juga
dapat menyusun semula masyarakat supaya orang Melayu dan bumiputera dapat menjalankan
aktiviti perdagangan industri. Di samping itu juga, dengan matlamat utama dalam pelaksanaan
Dasar Ekonomi Baru (DEB) ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan perpaduan kaum dalam
bidang ekonomi. Dari segi perbezaan ekonomi pula dalam tamadun Cina juga lebih tertumpu
perkembangan perusahaan biji timah. Selain menjalankan aktiviti perkembangan perusahaan
biji timah, perbezaan ekonomi yang dapat kita ketahui juga adalah dari segi perdagangan
seperti barangan mereka seperti kain sutera, kain benang emas, tembikar, pinggan mangkuk
dan sebagainya. Selain itu, masyarakat Cina di Malaysia bekerja sebagai buruh di lombong
bijih timah dan ladang lada hitam. Hal ini demikian kerana disebabkan kemasukan imigran Cina
di Tanah Melayu telah mempengaruhi aspek ekonomi. Oleh itu, dengan kemasukan imigran
Cina di Tanah Melayu ini juga dapat mengembangkan lagi kegiatan ekonomi masyarakat Cina
di Malaysia. Namun demikian, kemasukan buruh Cina di Tanah Melayu ini juga memberi
peluang pekerjaan. Secara keseluruhannya, kemasukan imigran Cina di Tanah Melayu ini juga
memberi manfaat terhadap masyarakat orang Cina di Malaysia untuk memajukan kegiatan
ekonomi serta dapat mengubah corak penduduk masyarakat Cina yang terdapat di Malaysia
pada hari ini.

Kegiatan ekonomi dalam tamadun India pula adalah dapat dilihat menjalakan aktiviti
kegiatan pertanian dan perternakan yang dapat membangunkan sesebuah ekonomi. Perbezaan
yang dapat dilihat dari sudut ekonomi dalam tamadun India yang mempengaruhi masyarakat
India di Malaysia ialah bekerja sebagai buruh di ladang-ladang tebu dan kopi. Malahan dalam
kegiatan ekonomi dalam masyarakat India ini juga menumpukan kegiatan ekonomi iaitu
penanaman getah di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Selain menjalankan kegiatan
ekonomi seperti penanaman getah, masyarakat India juga menjalankan kegiatan ekonominya
seperti pembantu domestik. Kedatangan orang India di Tanah Melayu ini juga telah
mempengaruhi masyarakat Melayu di Tanah Melayun ini dengan memenuhi keperluan tenaga
buruh di ladang serta menjadi kakitangan dalam perkhidmatan kerajaan.
Dari segi perbezaan pendidikan Melayu masih menekankan pengajaran Quran dan
pengetahuan asas membaca, menulis dan membaca (3M). Selain itu, pendidikan Melayu juga
berbentuk sekular dalam Bahasa Melayu yang dihadkan kepada 4 tahun sahaja yang
mempunyai kurikulum yang terhad. Dengan penubuhan Maktab Perguruan seperti Maktab
Perguruan Sultan Idris dan Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka juga dapat
memenuhi permintaan terhadap guru di sekolah Melayu yang berkelayakan. Dalam tamadun
India di Malaysia perbezaan pendidikan yang terdapat di Malaysia ialah sekolah didirikan di
ladang –ladang getah. Sekolah juga telah didirikan dan dilaksanakan oleh masyarakat India.
Sekolah tamil juga didirikan di ladang getah untuk menghadapi beberapa kekurangan dari segi
isi kandungan kurikulum, tenaga pengajar dan pedagogi. Selain itu, kurikulum, buku teks dan
guru juga dibawa dari negara India. Program latihan guru juga dimulakan untuk guru di sekolah
tamil. Di samping itu, tamadun Cina juga menunjukkan perbezaan dari segi pendidikan di
Malaysia. Dalam sistem pendidikan Cina di Malaysia ini dilaksanakan selaras dengan tradisi
yang mengutamakan pelajaran dan mengekalkan kebudayaan serta identiti bangsa masyarakat
Cina yang mula menubuhkan sekolah Cina. Selain itu, kurikulum, buku teks dan guru juga
masih berorientasikan dari negara Cina. Dalam kurikulum pembelajaran masyarakat Cina juga
menekankan pengetahuan dalam bidang seni lukisan, bahasa inggeris, ilmu alam, sejarah,
kraftangan dan pengetahuan am.

3.0 RUMUSAN

Sebagai kesimpulannya, dalam sesebuah tamadun seharusnya memperolehi ilmu


ketamadunan. Hal ini adalah sangat penting untuk membantu kearah pembinaan dan
kejayaannya. Di samping itu, dalam sesebuah tamadun seharusnya mewujudkan sesebuah
tamadun yang merangkumi pelbagai aspek supaya dapat mengetahui latar belakang tamadun
masing –masing.

Di samping itu, terdapat banyak perbezaan dan persamaan antara satu tamadun
dengan satu tamadun yang lain. Oleh itu, ciri-ciri persamaan dan perbezaan sesuatu tamadun
ini juga dapat dilihat dari segi aspek sosiobudaya, ekonomi dan pendidikan yang diamalkan di
Malaysia supaya masyarakat di Malaysia mengetahui sesuatu tamadun dalam pelbagai bidang.
RUJUKAN

Choong, L. K. (2008). Philosophy and education in Malaysia: For program ijazah sarjana


muda dengan kepujian Institut Pendidikan Guru Malaysia (Program Perguruan
Pendidikan
Rendah Pengajian Empat Tahun). Subang Jaya, Selangor: Kumpulan Budiman.

Khalid, Esa and Mohd Azhar, Abd. Hamid, eds. (2004) Beberapa Aspek Tamadun Melayu,
India, China dan Jepun / Penyelenggara Esa Khalid, Mohd. Azhar Abd. Hamid. Penerbit
UTM, Skudai, Johor. ISBN 9835203555

Kamus Dewan Edisi Keempat. (200. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kannishah Selvanathan. 13 January 2014. Permainan Tradisional Kaum India.


Malaysia.http://trendypinkygirl.blogspot.com/2014/01/permainan-tradisional-kaum-
india.html

Mohd Nor Jusoh (2011) Tamadun Islam & Tamadun Asia, KL: SARJANA MEDIASDN BHD

Ranjit Singh Malhi (November 1989), Pengajian Am STPM (Kenegaraan Malaysia),


Federal Publications Sdn Bhd

Siti Zuraina Abdul Majid, Muhammad Yusoff Hashim, Abdullah Zakaria Ghazali, Lee, K.H.,
Ahmad Fawzi Basri, Zainal Abidin Wahid. (1999). Sejarah Malaysia Tingkatan 5. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Sainuddin, Samri (2003) Titas tamadun Melayu / Samri Sainuddin. Quantum Books,
Tanjong Malim, Perak. ISBN 9834009674

Anda mungkin juga menyukai