Anda di halaman 1dari 10

Pengenalan

Tamadun Malaysia telah menerima pengaruh islam yang telah dibawa oleh Nabi
Muhammad mengikut ajaran Sunnah. Walaubagaimanapun, sebelum kedatangan islam
bertapak ke Tanah Melayu, masyarakat lebih berpengaruh ke arah kepercayaan ajaran
hinduisme, animisme, buddhisme, dinammisme, hyang, premis dan lain-lain.

Tamadun Islam

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah memberi kesan yang sangat hebat terhadap
perkembangan pendidikan di Malaysia dan masih boleh dilihat hingga ke hari ini. Pendidikan
secara umumnya membawa maksud kepada mendidik, mengasuh, memelihara, membimbing
ataupun latihan. Menurut Plato (427 SM) – mentafsirkan pendidikan sebagai satu proses
mengenali kemampuan semulajadi individu dan menddidiknya supaya menjadi warganegara
yang berguna terhadap masyarakat dan negara. Sistem pendidikan Islam di Malaysia dapat
kita bahagikan kepada dua jenis iaitu pendidikan formal dan pendidikan tidak formal.
Pendidikan formal ialah pendidikan yang telah kita terima di institusi seperti surau dan sekolah
tetapi bertentangan pula dengan pendidikan tidak formal. Hal ini kerana pendidikan tidak
formal merupakan satu proses pembelajaran seseorang individu yang berlaku secara
langsung dalam kehidupan seseorang muslim itu sendiri. Sebagai contoh adalah cara
beramal, kemahiran berfikir, kecergasan muslim, bidang ekonomi dan sebagainya.
Pendidikan tidak formal ini biasanya diberi secara lisan dan diwarisi secara turun-menurun.
Selain itu, kita dapat melihat pengaruh Islam pada institusi pendidikan dan strukturnya seperti
madrasah dan sekolah-sekolah agama yang berada di Malaysia. Dari aspek ilmu yang diajar
pula,ilmu syariah yang sangat luas meliputi ilmu usuluddin,tasawuf dan fiqah. Berkat
perkembangan pesat dan pengaruh mendalam agama islam di Malaysia, maka lahirlah ulama
berbangsa melayu seperti Nuruddin al-Raniri dengan kitabnya Hidayah al-aman. Hal ini
disebabkan oleh setiap lapisan masyarakat tidak kira umur dan darjat ingin mempelajari ilmu
agama yang sangat luas ini. Guru-guru yang telah meyebarkan agama Islam ini pula
merupakan pedagang-pedagang yang datang dari Tanah Arab, India dan Turki. Antara
pencapaian awal bidang pendidikan islam di Malaysia adalah kelahiran naskah-naskah
melayu, kewujudan institusi pendidikan agama, kecenderungan sultan menguasai pendidikan
islam dan kemunculan golongan intelektual.
Dari segi sosial pula, budaya, cara hidup dan pemikiran yang dibawa oleh Tamadun
Islam turut mempengaruhi sosial masyarakat Tamadun Malaysia. Islam telah mengangkat
taraf manusia dan menyamakan kedudukan mereka di sisi Allah s.w.t. Hal ini kerana setiap
individu mempunyai harga diri yang sama di sisi Allah. Hanyalah keimanan dan ketakwaan
yang boleh mengangkat taraf seseorang itu. Contoh yang dapat kita lihat daripada aspek ini
ialah golongan bawahan mula mendapat perhatian dan penghormatan. Komunikasi antara
masyarakat juga berjalan dengan lancar menerusi sifat hormat-menghormati dan bergotong-
royong. Persefahaman antara bangsa, kemajuan dan kemakmuran manusia banyak
bergantung kepada sikap saling menghormati, akhlak yang berasaskan kepada keimanan,
keadilan, dan kuasa institusi bangsa-bangsa.

Selain itu, corak kehidupan masyarakat juga turut berubah mengikut cara hidup
masyarakat Islam di mana mereka lebih banyak mengamalkan nilai-nilai murni sebagai
contoh, gelaran dalam keluarga seperti datuk, nenek , along ,angah, pak cik , mak cik , dan
sebagainya. Hal ini kerana ajaran islam sangat menitikberatkan hal-hal berkaitan
kekeluargaan dan juga hubungan sesama manusia. Hal ini telah memberikan kesan kepada
struktur masyarakat yang telah menjadi lebih tersusun dan masyarakat boleh hidup dalam
suasana yang harmonis dan juga tenteram.

Seterusnya, adat istiadat telah menjadi kelaziman bagi masyarakat Malaysia. Setiap
bangsa mempunyai mempunyai adat istiadat tersendiri. Contohnya bagi kepercayaan kaum
Melayu ialah melenggang perut semasa kandungan ibu genap 7 bulan bertujuan untuk
menjauhi perkara-perkara buruk. Di dalam Islam, adat ini tidak wujud sama sekali dan ianya
merupakan unsur-unsur kurafat dan syirik. Sebaliknya adat ini diganti dengan bacaan doa
selamat untuk si ibu dan anak yang bakal lahir agar segala-galanya selamat.
Walaubagaimanapun adat perkahwinan seperti bersanding tidak berapa digalakkan di dalam
Islam kerana ianya boleh membawa fitnah terhadap pengantin. Walaupun unsur-unsur
budaya lama seperti meminang, berinai, dan bersanding masih dikekalkan oleh sesetengah
orang melayu, namun upacara itu banyak disesuaikan dengan lunas-lunas agama Islam
selagi ianya tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Pernikahan yang dijalankan itu misalnya
dilakukan dengan menuruti hukum syarak. Sebagaimana yang ditetapkan pengantin lelaki
mesti melafazkan penerimaan nikah daripada wali atau kadi dengan disaksikan oleh 2 orang
saksi. Bagi melengkapkan upacara perkahwinan itu, kenduri kendara diadakan sesuai dengan
suruhan Nabi Muhammad s.a.w.
Tamadun China

Selain daripada Tamadun Islam, Tamadun Cina juga turut memainkan peranan yang
penting terhadap pemantapan Tamadun Malaysia. Memandangkan usia Tamadun CIna yang
tua dan lebih awal kemunculannya daripada tamadun-tamadun yang lain dan, maka tidak
hairanlah jika Tamadun Malaysia banyak mengambil contoh dan teladan daripada tamadun
ini. Bukan sekadar di asia sahaja malahan satu dunia juga telah terkesan daripada Tamadun
Cina. Kemasukan orang-orang cina ke Tanah Melayu adalah sejak daripada pemerintahan
Dinasti Han lagi hingga ke dinasti Ming. Pada awalnya, perhubungan antara dua tamadun ini
hanyalah bertumpu kepada perdagangan semata-mata tetapi pada akhirnya telah
mempengaruhi banyak aspek kehidupan dalam kehidupan masyarakat Malaysia meliputi
aspek pentadbiran, adat istiadat, ekonomi, sosial dan juga pendidikan. Dalam proses
pemantapan Tamadun Malaysia, pelbagai nilai-nilai boleh dicontohi daripada Tamadun Cina
tetapi saya akan lebih berfokus kepada aspek pendidikan dan juga aspek sosial sahaja.

Aspek yang pertama ialah aspek pendidikan. Salah satu budaya yang membawa
kebaikan dalam kehidupan adalah sikap mementingkan pendidikan. Konfusius menyatakan
bahawa pendidikan adalah satu-satunya jalan meningkatkan kualiti moral manusia. Tamadun
Cina berpegang kepada tiga konsep dalam pendidikan iaitu zun shi zhong tao (menghormati
guru-guru dan menghargai kebenaran), you jiao wu lei (mengajar setiap orang tanpa
membezakan kategori dan darjat) dan yang terakhir ialah yin cai chi jiao (mengajar
berdasarkan kebolehan dan keperluan). Daripada konsep yang diterangkan di atas. Kita boleh
mengambil dan menjadikannya sebagai garis panduan ataupun pegangan dalam sistem
pendidikan di negara kita Malaysia. Dan sudahpun dilaksanakan di dalam pendidikan di
sekolah-sekolah yang mana murid-murid telah dibiasakan untuk menghormati guru sejak
daripada kecil lagi, selain itu guru-guru juga banyak menyelitkan nilai-nilai murni dalam
pembelajaran seharian di dalam bilik darjah. Seterusnya bagi konsep yang kedua, negara kita
juga mengamalkan konsep yang sama iaitu setiap individu mempunyai hak untuk belajar dan
mengikuti pembelajaran secara formal di sekolah-sekolah mahupun di intitusi pengajian tinggi.
Bagi konsep yang ketiga pula iaitu “mengajar berdasarkan kebolehan dan keperluan”,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa membuat penambahbaikan dan membuat
kajian berkaitan penggubalan kurikulum Malaysia untuk menepati dan juga mencari
kecacatan di dalam keberkesanannya dalam pendidikan negara ini.
Dalam aspek sosial pula, Tamadun Cina banyak menerima dan dipengaruhi oleh
agama dan juga budaya asing kesan daripada interaksi dengan budaya luar menyebabkan
mereka lebih bersifat terbuka dan bertolak ansur. Salah satu ajaran yang menjadi pegangan
Tamadun Cina ialah ajaran Konfusiusme, ajaran ini dapat dirumuskan dalam konsep “Jen”
yang menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain dan harga diri. Selain itu,
sistem etika Cina sejak zaman purba berasaskan keluarga semata-mata dan mengutamakan
kebaikan hati (benevolence atau cohumanity) serta keharmonian dalam hubungan antara
sebarang entiti (individu, kelompok, alam). Tamadun Malaysia sememangnya banyak
terpengaruh dengan tamadun ini. Hal ini kerana, masyarakat moden yang sentiasa mengejar
kemajuan tidak pernah lupa akan nilai-nilai murni seperti tolong-menolong, kerjasama,
menghormati orang tua dan sebagainya. Nilai-nilai seperti ini akan memantapkan lagi
sesebuah Negara itu terutama dari segi ketamadunannya .

Selain itu juga, kesan daripada kemasukan Tamadun Cina dalam Tamadun Malaysia
telah mewujudkan masyarakat Baba dan Nyonya yang terdapat di negeri Melaka dan juga
Pulau Pinang. Baba dan Nyonya terhasil daripada perkahwinan masyarakat cina pada waktu
itu dengan wanita tempatan, hal ini telah menyebabkan percampuran dan juga pertukaran
budaya dalam masyarakat ini. Baba dan Nyonya bertutur menggunakan bahasa mereka
daripada percampuran dua bahasa iaitu bahasa hokkien dan juga bahasa melayu. Mereka
juga amat fasih bertutur dalam bahasa melayu. Bukan sekadar bahasa sahaja, masyarakat
kacukan daripada dua tamadun ini juga turut mengamalkan cara hidup masyarakat melayu
seperti cara berpakaian, rutin harian dan juga mengikut beberapa pantang larang masyarakat
melayu. Generasi Baba dan Nyonya sekarang tidak menghargai warisan mereka seperti
barang antik dan rumah pusaka. (Koh Kim Bok, 2013). Walaupun Baba dan Nyonya semakin
pupus, namun masih ada pihak yang masih memperjuangkan dan juga mempertahankan
kaum ini, mereka masih teguh mengamalkan cara hidup kemelayuan sehingga kini. Mereka
sayang untuk meninggalkan budaya yang unik itu begitu sahaja. Mereka sanggup
mempertahankan budaya masyarakat Baba dan Nyonya. Percampuran budaya dan adat
antara masyarakat Cina dan masyarakat Melayu dalam masyarakat Baba dan Nyonya telah
membuktikan akan keakraban dan perpaduan yang wujud dalam masyarakat tersebut, malah
masih mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan bermasyarakat. Jika tiada
percampuran tersebut, maka masyarakat Baba dan Nyonya tidak akan wujud.
Tamadun India

Dalam Tamadun Malaysia, pengaruh daripada Tamadun India dapat dirasakan


daripada pelbagai aspek, baik dari segi aspek politik, sosioekonomi dan corak budaya
masyarakat serta adat- istiadat. Ianya adalah hasil daripada interaksi Tamadun India dan telah
menjadikan budaya tamadun India sebati dalam kebanyakkan masyarakat. Pada perenggan
yang berikutnya saya akan menerangkan lebih lanjut mengenai sumbangan tamadun ini
terhadap pemantapan Tamadun Malaysia dari aspek pendidikan dan juga sosial.

Aspek yang pertama iaitu pendidikan. Pendidikan Tamadun India merupakan sebuah
pendidikan yang sangat mementingkan keagamaan dan menjadikan Hindu sebagai teras dan
tidak memberi peluang kepada golongan wanita dalam bidang pendidikan dan dimonopoli
oleh golongan lelaki. Sebelum kedatangan Islam, Tamadun Malaysia banyak mendapat ilmu
berkaitan dengan sains dan teknologi daripada Tamadun India, mereka mendapat ilmu-ilmu
ini daripada kitab suci mereka iaitu Kitab Veda.

Dari aspek sosial pula, Tamadun Malaysia dahulunya telah menggunakan gelaran
Raja kepada pemerintah tertinggi negara. Mengikut konsep ini, raja dianggap penjelmaan
Dewa Shiva, Vishnu dan juga Buddha (Abdul Rahman Haji Abdullah, 1989). Ini jelas bahawa
organisasi sosial di Tamadun Malaysia pada ketika itu adalah pengaruh daripada Tamadun
India. Tetapi selepas kedatangan Islam, institusi beraja telah digantikan dengan gelaran
Sultan namun kita masih menggunakan beberapa alat kebsaran diraja yang diambil daripada
Tamadun India seperti contoh cap mohor, tombak dan juga perhiasan berwarna kuning. Hal
ini jelas memperlihatkan kita betapa kuatnya pengaruh agama Hindu di dalam Tamadun
Malaysia ketika dulu.

Pengaruh Hindu yang menjadi ikutan dalam masyarakat Melayu yang kedua ialah adat
melenggang perut. Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat
Melayu di Selatan Semenanjung manakala di sebelah Utara Semenanjung lebih dikenali
dengan panggilan kirim perut. Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri
yang telah genap 7 bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam
perut di tempat yang sepatutnya, iaitu di bahagian kepala di pintu rahim. Ini penting bagi
memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut. Upacara melenggang
perut ini akan di lakukan oleh Tuk Bidan dan ini merupakan kepercayaan animisme pada
unsur ghaib. Bahan-bahan yang digunakan dalam upacara ini ialah beras kunyit, buah kelapa
agar ibu dapat lahirkan anak dengan mudah dan selamat. Pada permulaannya bidan akan
membacakan jampi mentera dan mengandam wanita hamil tadi. Seterusnya tepung tawar
akan dicalit ke muka wanita hamil tersebut dan beras kunyit akan ditabur. Adat ini dipercayai
mengandungi unsur-unsur budaya Hindu dan telah menjadi ikutan masyarakat Melayu di
Malaysia.

Adat berinai juga merupakan adat tamadun Hindu yang diikuti oleh masyarakat Melayu. Majlis
berinai dijalankan secara berperingkat. Terdapat 3 peringkat berinai iaitu berinai curi, berinai
kecil dan berinai besar. Secara ringkasnya berinai curi ini biasanya diadakan pada waktu
petang hari. Manakala berinai kecil pula dilakukan selepas berinai curi dan dilakukan pada
sebelah petang. Bagi istiadat berinai besar pula,ianya dijalankan pada malam sebelum majlis
langsung atau selepas majlis akad nikah untuk para jemputan khas daripada kedua-dua pihak
pengantin. Pengantin perempuan akan memakai inai pada kesemua jari tangan dan kaki
termasuklah pada tapak tangan. Sebaliknya, pengantin lelaki hanya memakai inai pada jari
kelingking, jari manis dan jari hantu pada sebelah tangan sahaja. Corak lukisan inai di atas
tangan kalangan masyarakat Melayu bermula sejak beberapa tahun sebelm ini. Corak ini
adalah dari pengaruh tamadun Hindu di India.

Seterusnya ialah adat membelah mulut bayi. Adat ini merupakan upacara mencecah garam
ke mulut bayi yang baru lahir dan bagi upacara ini bersamaan dengan adat Hindu yang
mencecah madu dan minyak sapi ke bibir bayi seperti yang dilakukan oleh Brahmin supaya
bayi itu panjang umur dan mendapat kebahagiaan di dalam hidupnya. Tapi bagi Islam, adat
ini diganti dengan mencecapkan air zam-zam atau kurma ke dalam bibir bayi tersebut.
Pembacaan mentera yang biasa dilakukan sebelum adat itu dimulakan juga telah digantikan
dengan pembacaan surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas kemudian dibacakan doa. Sebaik
sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama dilakukan. Ia dilakukan
dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli keluarga yang tertua
yang arif tentang agama dan perkara yang berkaitan dengan dewa-dewa. Nama-nama yang
dipilih lazimnya berdasarkan almanak dengan mengikut tarikh kelahiran bayi. Nama-nama
tokoh sejarawan, nenek moyang serta yang berkaitan dengan agama Hindu juga dipilih bagi
bayi tersebut kerana nama yang dipilih ini akan mempengaruhi perwatakannya kelak.

4.0 Kesenian

Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, keseniaan bermaksud perihal seni yang
berkaitan keindahan dan kehalusan dalan sesebuah budaya. Seperti yang diketahui, tamadun
india merupakan tamadun yang kaya dengan pelbagai ciri unik dalam aspek kebudayaan
telah mewujudkan warna warni dalam kepelbagaian budaya dan etnik di Malaysia.

Antara sumbangan kesenian tamadun India di Malaysia adalah dari seni tarian. Seni tarian
merupakan aspek kebudayaan kaum India di Malaysia, tarian yang kaya dengan pelbagai
langkah yang menarik telah mewujudkan suasana yang berwarna warni di Malaysia yang
memang kaya dengan pelbagai bangsa dan budaya Muzik di India terbahagi kepada dua iaitu
tradisi muzik Hindustan di utara dan tradisi muzik Karnatak di selatan. Ramai ahli muzik yang
terkenal seperti Tan Sen, Nayak Baiju, Ram Das Raj Bahadur (raja dari Malwa) dan Tantarang
Khan. Tarian ini menjadi satu tarian yang wajib dipersembahkan kepada raja pada masa itu
iaitu Akhbar Khan, pemerintah kerajaan India pada masa itu dan masih dipersembahkan oleh
kaum India khususnya di India.

Salah satu tarian yang masih di amalkan oleh kaum India pada hari ini ialah Tarian Bharata
Natyam. Tarian ini merupakan salah satu gaya tarian klasik India. Tarian klasik Bharata
Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk
menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan
tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan
lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan.Tarian ini berasal
daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India.

Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang penari
wanita.Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di
kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-
peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya ( Tarian Ekspressi
)[6] .

Selain itu, Tarian Khatak ini merupakan salah satu lagi tarian klasikal India. Perkataan Kathak
berasal dari perkataan India Katha yang bermaksud ‘seni bercerita’. Dari sifat asalnya yang
merupakan ekspresi menghambakan diri kepada tuhan-tuhan Hindu, Kathak berkembang ke
istana-istana pemerintah. Tarian yang klasikal dan memiliki langkah tari yang menarik perlu
diiringi oleh alat muzik yang menghidupkan seni tarian yang dipersembahkan oleh penari.
Antara alat muzik yang terkenal dalam kalagan India adalah alat muzik seperti Tata Jati (alat
muzik bertali), Vitata Jati (alat muzik bertali), Sushir Jati(alat tiupan),Ghana Jati (alat muzik
gendering). Alat muzik purba India ialah drum dan gong. Alat muzik tersebut di kenali sebagai
genderang , mridangan di Selatan India yang dikatakan tidak berapa berkembang. Mridangan
boleh menghasilkan pelbagai jenis bunyi. Di sebelah utara, tabla dan dua buah drum diambil
daripada tabla Arab yang merupakan alat muzik yang terpenting kepada muzik India hari ini.
Alat muzik bertali seperti biola, petikan gitar sejenis pancang (sebatang kayu atau tembaga
yang digunakan untuk tunjuk pada hujung yang ditolak ke dalam).

Secara keseluruhannya, dapatlah dirumuskan bahawa seni tarian masyarakat India dan
Melayu adalah terdiri daripada beberapa jenis dan juga turut mempunyai keunikan seninya
yang tersendiri yang berlainan antara satu dengan yang lain. Walaupun demikian, matlamat
sebenarnya adalah satu iaitu untuk menghiburkan ataupun sebagai bahan hiburan dari dahulu
hinggalah ke pada hari ini. Oleh itu, adalah diharapkan tarian dua masyarakat yang berlainan
ini akan berkekalan hinggalah ke generasi yang seterusnya.

5.0 Budaya

Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup. Adat ini juga
mencerminkan segala perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim sama
ada berpandukan bulan atau tahun. Suatu perkataan yang sinonim dengan adat ialah budaya.
Walaupun dari aspek bunyinya berbeza,tetapi dari segi pengertiannya adat dan budaya
merupakan konsep yang saling bergantung dan sama. Kebudayaan dan peradaban pula
adalah satu kesatuan yang kompleks yang mengandungi antaranya pengetahuan,
kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain. Sebelum
kedatangan Islam, agama dan budaya Hindu-Buddha telah bertapak kukuh dalam masyarakat
alam melayu hingga berabad-abad lamanya. Mereka menyapa dengan sebutan “vanakam”
dan sentiasa bertanyakan tentang kesihatan, kerja, perniagaan atau sebagainya. Tetamu
sentiasa dijamu minuman atau makanan dan mesti sudi menerima hidangan dengan baik
sebagai tanda hormat kepada tuan rumah. Jika menerima sesuatu, elok digunakan tangan
kanan sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran.

Agama Hindu boleh dikatakan menjadi anutan kebanyakkan masyarakat atasan seperti
golongan istana kerana ianya amat sesuai untuk menjaga kepentingan sosial dan politik
mereka sendiri. Rakyat biasa atau bawahan selalunya menganut dan memegang kepada
kepercayaan animisme. Hal ini demikian kerana pada asalnya agama Hindu dianggap sebuah
agama suci yang hanya layak dianuti oleh golongan atasan seperti golongan raja dan
golongan Brahmin seperti yang dapat di lihat dalam stratifikasi sosial masyarakat India.
Tamadun India banyak mempengaruhi adat dan budaya masyarakat melayu di Malaysia.

Adat Melayu yang awal dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu yang


Rujukan

Abdullah Zhidi Omar et all. (2014). TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS).
Puchong: PENERBITAN MULTIMEDIA SDN. BHD.

Rafiza. (2013) Tamadun China Dalam Pemantapan Tamadun Malaysia Dan Dunia +
Kekuatan Tamadun China Sebagai Sumber Rujukan.
https://www.slideshare.net/diyraz/kump-6-tajuk-7

Anda mungkin juga menyukai