Anda di halaman 1dari 4

PENDIDIKAN

Dalam Kamus Dewan, pendidikan ialah kata nama terbitan daripada kata akar "didik" yang
membawa maksud jaga, pelihara dan ajar. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan
pendidikan juga sinonim dengan ajaran, latihan, tarbiah, pelajaran, bimbingan, asuhan dan tunjuk
ajar. Dalam bahasa Inggeris, pendidikan disebut sebagai education seperti yang dijelaskan oleh
Simpson & Weiner pada tahun 1989 yang dikatakan berasal daripada cantuman kalimah dalam
bahasa Latin, iaitu e'ex dan ducereduc bererti "memimpin" yang dapat diinterprestasikan pula
sebagai mengumpul maklumat ke dalam diri bagi membentuk bakat.
Dalam bahasa Arab, menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas, terdapat beberapa kalimah yang
merujuk kepada pendidikan seperti yang pertama, Tarbiyyah. Kalimah yang berasal dari kata
dasar rabba, bermaksud mengasuh, memelihara dan memimpin. Kedua ialah Ta'lim yang
berasal daripada perkataan 'alima, bermaksud mengetahui, memberitahu, melihat dan mencerap
atau menanggap (fokus). Ia merujuk kepada proses menyampaikan atau menerima ilmu
pengetahuan yang kebiasaannya didapati melalui latihan, arahan atau tunjuk ajar. Ketiga ialah
Ta'dib, berasal dari perkataan aduba, maksudnya memperhalusi, berdisiplin dan berbudaya dan
merupakan proses pembinaan watak dan pengajaran asas-asas penting untuk hidup
bermasyarakat termasuklah memahami dan menerima prinsip asas iaitu keadilan. Kalimah ta'dib
memberi pengertian yang membawa sebagai satu proses memperkembangkan pertumbuhan dan
membentuk peribadi seseorang dari aspek kerohanian, sosial, fizikal, estetika dan moral. Ia juga
merupakan proses suatu unsur adab, hikmah dan adil yang membawa manusia mengenali dan
mengiktiraf Allah SWT, pencipta serta pemilik alam ini dan kita manusia sebagai hambaNya.
Secara umumnya, pendidikan dapat memelihara serta memancarkan nilai-nilai asas sesebuah
masyarakat dan melalui pendidikan juga mampu menjadi punca kekeliruan dalam sesebuah
masyarakat. Sedikit sebanyak pendidikan dapat membantu dalam pertumbuhan sahsiah dan
menyemai jati diri seseorang individu. Hal ini bertujuan bagi membincangkan konsep tamadun
dan peradaban dari segi pendidikan kerana peranannya sebagai petunjuk dalam memperkasakan
tamadun sebuah bangsa. Sehubungan itu, pendidikan memainkan peranan yang sangat penting
dalam usaha membangunkan tamadun sesebuah masyarakat dan juga merupakan satu bentuk
medium untuk membentuk sesebuah masyarakat tersebut. Ia juga merupakan elemen yang
penting dalam proses tumbesaran seseorang dalam melahirkan masyarakat yang berguna dan
berakhlak mulia. Tanpa pendidikan, masyarakat akan hidup dalam kemunduran dan akan
menyebabkan keruntuhan nilai moral dalam diri. Maka, kepentingan pendidikan perlu
dilaksanakan dan diterapkan mengikut landasan yang sewajarnya. Sejarah telah membuktikan
bahawa pendidikan yang berteraskan falsafah dan prinsip Islam, berjaya membangunkan serta
melahirkan tamadun manusia dan tamadun islam khususnya.
Jika diperhatikan dengan teliti, pendidikan ini sebenarnya tidak dapat dipisahkan dengan nilai-
nilai akhlak dan moral. Al-Ghazali menekankan maksud pendidikan ialah menyuburkan nilai-
nilai keperibadian yang baik dalam diri seorang kanak-kanak supaya mereka dapat menilai
sesuatu perkara samada yang benar atau salah. Syed Muhammad Naquib Al-Attas pada tahun
1980 pula menegaskan bahawa pendidikan merupakan proses penerapan adab ke dalam diri
seseorang. Dua pandangan diatas diakui oleh Halsted dengan menyatakan bahawa pendidikan
merupakan proses perkembangan potensi seseorang individu untuk menuju kepada satu keadaan
yang selesa dan matang. Menurut perspektif Islam, pendidikan sangat penting dalam memainkan
peranan bagi melahirkan dan mewujudkan seseorang individu yang berakhlak serta beradab
mulia. Justeru, bagi melengkapkan seseorang individu samada yang beragama Islam mahupun
bukan beragama Islam, elemen yang penting dalam kehidupannya adalah dengan meningkatkan
kualiti ilmu pengetahuan, Jika gagal dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dalam diri, manusia
kini hanya akan menganggap lmu pengetahuan hanyalah sekadar fakta yang hanya perlu
difahami sahaja.
Ahli-ahli pendidikan Barat juga banyak memberikan pandangan mereka mengenai konsep
pendidikan. Menurut Mouly yang mentakrifkan pendidikan sebagai satu proses yang dapat
menyesuaikan seseorang individu dalam kehidupan sosial, undang-undang, kepercayaan, agama
dan situasi masyarakat dari satu generasi ke generasi berikutnya. Menurut seorang ahli falsafah
dan pendidikan Amerika Syarikat, John Dewey mentakrifkan bahawa pendidikan sebagai proses
bagi membentuk kecenderungan asasi yang berupa kepercayaan dan perasaan terhadap alam dan
sesama manusia. Tambahan juga, beliau mentakrifkan pendidikan sebagai proses mengatur dan
menambah ilmu pengetahuan yang dimiliki supaya dapat hidup dengan selamat.
Pendidikan di barat dibahagikan kepada dua iaitu pendidikan tradisional, perenialisme dan
esensialisme serta pendidikan moden, progresivisme dan rekonstruksionisme. Berpandukan
konsep perenialisme, pendidikan dapat dilihat bertujuan mengajar pengetahuan dan nilai yang
bersifat sejagat, abadi dan tidak mempunya had masa. Ini adalah kerana mempermudahkan
dalam mencapai dan menyebarkan kebenaran. Esensialisme yang bersifat praktikal dimana ilmu
dan kemahiran yang perlu diajar bagi seseorang individu menjadi masyarakat yang produktif.
Berikutan konsep progresivisme bersifat relatif dan tenataif bagi menerangkan realiti yang
sementara. Ia nya bertujuan memperbolehkan seseorang itu menerima perubahan dalam
kehidupannya dan berusaha mencari penyelesaian bagi setiap masalah. Akhir,
rekonstruksionisme dapat meningkatkan kehidupan manusia seperti dengan bersekolah mampu
membentuk masyrakat baru yang lebih baik.
Melalui pendidikan barat ini juga, bermaksud memberikan keindahan dan kesempurnaan
terhadap jasmani dan rohani. Ia bertujuan memberikan nila-nilai yang baik, mempertingkatkan
jati diri dan memupuk sahsiah yang tinggi dalam diri. Menurut pendidikan barat, ia hanyalah
sekadar bahan dan tidak memikirkan kedepan tentang apa yang dipelajarinya.
Menurut Confucius iaitu tokoh falsafah dari Timur menyatakan bahawa pendidikan ini dapat
membina tingkah laku manusia agar berakhlak mulia, mengikut peraturan serta taat dan cinta
kepada negara. Ia adalah proses memupuk kesempurnaan tingkah laku seseorang manusia seperti
bersopan-santun dan hormat-menghormati. Ini dapat dikaitkan dengan tamadun yang wujud pada
masa kini, iaitu dengan adanya sebuah pendidikan dapat menerapkan dan mempertingkatkan
tamadun dan peradaban dalam masyarakat kini. Tambahan pula, pendidikan adalah terbuka
untuk semua pihak tanpa mengira status sosioekonomi dan kedudukan sosial.

KEKELUARGAAN
Keluarga merupakan sekelompok kumpulan dihubungkan melalui pertalian darah atau
perkahwinan yang akan melahirkan dan menjadi proses pembentukan dalam sesebuah peradaban
dan tamadun. Hal ini adalah kerana, kewujudan peradaban dan tamadun tidak akan sempurna
tanpa adanya institusi kekeluargaan ini. Malangnya nilai-nilai moral kehidupan institusi
kekeluargaan pada harini semakin jauh dan menyimpang daripada yang telah diketahui pada
dasarnya. Generasi muda pada zaman kini kebanyakkannya terlibat dalam gejala negatif yang
menyebabkan kebimbangan terhadap pembentukan peradaban dan tamadun. Ini adalah kerana,
mereka merupakan bakal pemimpin pada masa depan. Dalam memastikan atau menangani
permasalahan sosial dalam kalangan generasi muda, perhatian awal adalah salah satu cara yang
penting dalam membina institusi keluarga yang harmoni.
Sebagai bangsa Melayu, kita hendaklah sentiasa memastikan bahawa kekuatan bangsa Melayu
adalah terletak pada adat dan agama Islam itu sendiri. Umum mengetahui bahawa, perutusan al-
Quran melalui Rasulullah S.A.W merupakan satu garis panduan yang lengkap untuk
mewujudkan keluarga yang harmoni dan ia juga dapat membina sebuah kemajuan yang dapat
membawa kebahagian sesebuah kehidupan keluarga di dunia dan di akhirat. Islam juga mampu
menjadi panduan dalam membentuk manusia yang kuat, seimbang dan sempurna
keperibadiannya untuk menjalani kehidupannya di dunia dan di akhirat. Dalam perspektif Islam,
kekeluargaan ini dipandang sebagai satu corak atau induk bagi peradaban dan tamadun yang
bakal diwujudkan. Ini bertepatan dengan beberapa prinsip Maqasid Syariah iaitu menjaga
keturunan. Ia merupakan perkara yang penting bagi memelihara dan melindungi sebuah
keturunan agar ia menjadi masyarakat yang beradab mulia serta bertamadun. Hal ini adalah
kerana, kegagalan dalam menjaga keturunan mengakibatkan sebuah peradaban dan tamadun itu
menjadi genting, huru-hara dan kucar kacir seperti yang berlaku di Pompeii, Itali.
Dari segi kepimpinan keluarga, Islam meletakkan tanggungjawab khasnya pada kaum lelaki
tetapi jika kedua-dua belah pihak, yakni ibu dan bapa memainkan peranan penting dalam
memastikan kejayaan atau kemajuan dalam keluarga pastinya dapat mencapai tujuan membina
peradaban yang berakhlak mulia serta bertamadun. Ibu dan bapa sebagai tunggak utama dalam
keluarga dan kedua-duanya haruslah mempunyai kekuatan dalam perhubungan serta tidak
menyimpang dari garis kebenaran yang telah ditetapkan oleh Islam agar keluarga akan berada
dalam keadaan harmoni. Watak dan keperibadian anak-anak pada masa hadapan akan
bergantung kepada keturunan dan pendidikan yang dipelajarinya pada hari ini.

Peranan bagi anak-anak pada masa akan datang adalah yang penting untuk meneruskan
perjuangan dalam membina dan memajukan tamadun sesebuah bangsa. Dengan memberikan
pendedahan mempertingkatkan daya dan upaya dalam pendidikan adalah permulaan yang baik
agar mereka lebih bersedia dalam menghadapi arus globalisasi dan menggunakan teknologi
maklumat dan komunikasi dalam proses pembelajaran mereka. Sehubungan dengan itu, ibu bapa
hendaklah sentiasa memperingatkan anak-anak bahawa dengan taraf pendidikan, kedudukan bagi
sebuah bangsa dapat dimartabatkan. Kesimpulannya, pentingnya penglibatan mereka secara
langsung dalam pembangunan keluarga, masyarakat agama dan negara. Individu yang berusaha
mengembangkan dalam mewujudkan kesejahteraan dalam keluarga merupakan kemakmuran
tamadun dan peradaban yang akan dicapai. Institusi keluarga yang dipimpin oleh ibu bapa
mempunyai integriti yang tinggi sebagai asas pembentukan sebuah peradaban dan tamadun yang
mana memiliki dan menguasai ilmu pengetahuan dan akhlak yang mulia merupakan eleman
penting untuk membentuk sebuah tamadun dan peradaban.

Rujukan:
https://journals.mindamas.com/index.php/sosiohumanika/article/download/462/460
http://journalarticle.ukm.my/1151/
https://jurnalkemanusiaan.utm.my/index.php/kemanusiaan/article/view/171/164

Anda mungkin juga menyukai