Anda di halaman 1dari 7

Refleksi minggu 9

Pada pendapat saya, pengaruh kebudayaan antara China dan tamadun lain
khususnya Melayu telah berlaku kerana terdapat bukti-bukti interaksi dan
asimilasi antara tamadun-tamadun tersebut. Interaksi ini berlaku disebabkan
China mempunyai sifat terbuka dengan tamadun-tamadun lain di dunia. Di
samping itu, tamadun China merupakan tamadun yang tertua dan
berkesinambungan sehingga kini.
Dengan itu, Kita harus mengambil satu perspektif perbandingan
supaya kebijaksanaan dan fikiran Konfusianisme dan tradisi lain dapat
digunakan dalam segala pertimbangan mengenai perkembangan kurikulum dan
strategi mengajar dan pengajaran. Dalam konteks ini, warisan-warisan tamadun
Cina yang relevan dan menarik hati ialah pertama, kepercayaan optimistik pada
potensi manusia untuk mencapai kecemerlangan individu atau berkelompok;
kedua, pendidikan sentiasa diutamakan; ketiga, kepercayaan bahawa setiap
individu harus dan boleh dididik; keempat, pembentukan keperibadian atau
ajaran moral dan etika diberikan keutamaan; dan kelima, guru harus dihormati
dan diberi status sosial yang tinggi. Nyatalah bahawa warisan-warisan ini adalah
berpunca daripada humanisme, personalisme, intelektualisme dan moralisme
dalam tamadun Cina.








Refleksi minggu 10
Peningkatan dalam bidang pendidikan bermula pada Zaman Vedik.
Pendidikan pada zaman ini sangat mementingkan keagamaan dan Hindu
menjadi terasnya. Pendidikan pada zaman ini hanya didominasi oleh kaum lelaki.
Golongan wanita pada masa itu tidak mempunyai ruang untuk menerima
pendidikan. Pendidikan pula memberikan perhatian kepada pembelajaran kitab-
kitab Veda dan bahasa Sanskrit merupakan medium pengajaran yang penting.
Kaedah hafalan merupakan kaedah yang digunakan untuk mendalami kitab-kitab
Veda tersebut.

Pendidikan yang berteraskan agama Hindu dan Buddha adalah untuk
menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati. Tumpuan pendidikan ialah
agama. Segala hukum agama harus dipelajari supaya mereka dapat hidup
sempurna dengan nilai-nilai murni yang diajar oleh agama. Pendidikan tinggi
telah diberikan di Kolej Brahman. Untuk mencapai taraf sebagai Brahmin tang
berpendidikan, seseorang harus menghafal pelbagai buku agama khususnya
Veda yang mengandungi peraturan ritual, mantera, dan lagu-lagu agama.

Dengan itu, berdasarkan interaksi antara tamadun India, telah
menyatakan bahawa pendidikan berteraskan agama Hindu ialah agen utama
dalam menyampaikan ilmu dan penyuluh kehidupan manusia agar mencapai
sebuah kehidupan yang sempurna. Oleh itu, setiap pengajaran yang
disampaikan oleh seseorang guru perlu dilaksanakan dengan ikhlas. Melalui
tajuk ini, telah menjadikan sebagai rujukan bagi guru pelatih ke arah
memartabatkan profesion keguruan. Ini sejajar dengan usaha melahirkan dan
membentuk guru yang berilmu, beradab, beramal dan menjadi teladan kepada
murid-muridnya.



Refleksi Minggu 11
Selepas membuat nota tentang interaksi Tamadun Jepun, saya telah
dapat mempelajari beberapa aspek daripada kemajuan negara Jepun.
Pertamanya, nilai-nilai etika, moral dan ajaran agama Shinto telah menjadi
pemangkin mempercepatkan kemajuan masyarakat Jepun. Mereka berfikiran
terbuka, senang menerima dan berusaha mendapatkan ilmu dan kemahiran
daripada luar. Ini bermakna sikap terbuka dan menerima itu tidak pula mengubah
jati diri orang Jepun.
Melalui topik ini, saya telah memahami dan mempelajari nilai istimewa
kejepunan. Nilai istimewa kejepunan telah menyebabkan mereka cepat
menerima perubahan dan pemodenan. Kemajuan yang dicapai bukan sahaja
disebabkan faktor dalaman tetapi juga sumbangan faktor luar dari China dan
saduran nilai dan ilmu dari Barat. Jadi, nilai-nilai positif masyarakat dan
kebijaksanaan orang Jepun meniru, mencanai dan mengubah suai
menyebabkan Jepun cepat menjadi negara maju. Jepun sekarang menjadi
kuasa yang kuat di Asia dan antarabangsa khususnya dari segi ekonomi.
Kegigihan masyarat Jepun membangunkan negara dan tamadun mereka patut
menjadi contoh kepada negara lain.
Jadi, sebagai guru pelatih, saya akan menjadikan nilai-nilai positif Jepun
sebagai landasan dan pegangan saya supaya memajukan pendidikan malaysia
bertaraf antarabangsa.






Refleksi minggu 12
Secara umumnya, isu-isu kontemporari tamadun Islam dan tamadun Barat
melibatkan perkara yang berkaitan hegemoni, globalisasi, terorisme, zionisme
dan sekularisme. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa hegemoni barat dan
globalisasi telah menimbulkan pelbagai implikasi yang tidak baik kepada politik,
ekonomi, sosial, komunikasi dan hak asasi manusia.
Akan tetapi, saya telah mempelajari beberapa cara menangani yang
positif. Hal ini demikian kerana, hegemoni yang dilakukan telah menyedarkan
pelbagai pihak untuk bertindak sewajarnya bagi menangani krisis dan
memperoleh kejayaan yang lebih baik serta mampu berdikari. Begitu juga
globalisasi yang mempunyai kesan negatif, banyak membantu dalam kehidupan
harian manusia sekiranya peluang ini diambil dengan menepis unsur-unsur yang
boleh merosakkan akhlak dan sistem nilai di negara.
Jadi, sebagai guru pelatih, saya haruslah berwaspada supaya tidak
dipengaruhi oleh unsur-unsur negatif yang akan memudaratkan pendidikan
negara. Kita harus mempelajari kebaikan kontemporari Barat yang boleh
menyumbang kepada kita dan menghindari unsur-unsur yang negatif bagi
memastikan pendidikan negara tidak terjejas.








Refleksi minggu 13
Pada minggu ini, saya telah mengkaji dan memahami isu penjagaan alam sekitar
dan isu hak asasi manusia dan hak wanita. Selepas mengkaji, saya dapat lebih
memahami pemeliharaan dan pemuliharaan bumi akan memastikan kita dan
hidupan lainnya hidup bebas tanpa masalah alam sekitar. Semua bentuk
hidupan ciptaan tuhan di atas muka bumi ini harus dihormati. Segala tindakan
manusia perlu terlebih dahulu memikirkan kesan yang akan dihadapi sama ada
kepada alam itu sendiri dan juga penghuninya.
Selain itu, saya juga mengetahui kedudukan wanita sangat mulia di dalam
Islam. Oleh itu, melalui topik ini, saya mengetahui bahawa sebahagian bidang
seperti pendidikan dan pembangunan masyarakat golongan ini lebih diperlukan.
Begitu juga kumpulan-kumpukan minoriti yang terdapat di Malaysia, mereka
diberi peluang dan hak yang selayaknya tanpa sebarang diskriminasi. Jadi, kita
tidak haruslah mengabaikan sumbangan dan kewujudan golongan wanita dan
minoriti. Penumpunan terhadap prinsip ini membuktikan memberi kerajaan
perhatian terhadap semua golongan masyarakat.











Refleksi minggu 14
Secara amnya, pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan kerana ia lebih lengkap
dan menyeluruh berbanding pendekatan Islam secara juzie atau terpisah-pisah
seperti Islam bersifat politik (Islam al-Siyasi),Islam bersifat tasawwuf (Islam al-
Sufi) dan seumpamanya. Islam Hadhari membawa maksud ajaran Islam yang
membawa fokus kepada kehidupan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat
bertamadun dan mempunyai peradaban yang unggul bagi menghadapi cabaran
alaf baru seperti ledakan maklumat, dunia tanpa sempadan, ekonomi global,
budaya meterialisme, krisis identiti, jati diri serta penjajahan pemikiran.
Pendekatan Islam Hadhari, tidak menolak pentingnya aspek ritual dalam
pembinaan tamadun. Ini kerana pandangan hidup, sistem nilai, kestabilan jiwa
dan kemajuan rohaniah merupakan tonggak kepada pembinaan tamadun yang
luhur.
Jadi, sebagai guru pelatih, kita boleh melahirkan murid berdasarkan
objektif prinsip hadhari. Malah, kita hendaklah melahirkan individu dan
masyarakat yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak, intelektual,
material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta
cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal
dan damai.








Refleksi minggu 15
Pada pandangan saya, pendekatan Islam Hadhari bukanlah ajaran baru atau
mazhab baru, tetapi merupakan usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada
asas menurut al-quran dan As-sunnah sebagai teras pembinaan tamadun Islam.
Islam Hadhari merupakan suatu pendekatan anjakan paradigma untuk
mengubah persepsi ummah terhadap ajaran Islam, sebagaimana yang telah
diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Islam Hadhari tidak sedikitpun
mengurangkan prinsip-prinsip akidah, syariat dan akhlak dalam ajaran Islam,
malah menekankan penghayatan Islam yang syumul, menyeluruh dan realistik
bagi menterjemahkan agama dalam kehidupan. Pendekatan Islam Hadhari akan
membuktikan bahawa ajaran Islam dapat mendorong penganutnya menjadi umat
yang maju bagi mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Dengan itu, pendekatan Islam Hadhari memberi penekanan kepada aspek
pembangunan dan pembinaan peradaban yang didasarkan pandangan semesta
Islam (Islamic worldview) dengan memberi tumpuan kepada usaha
mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan
insan serta pembangunan fizikal. Warisan tamadun Islam yang memperlihatkan
kegemilangan umat Islam dalam semua bidang akan dijadikan dorongan bagi
memajukan ummah secara menyeluruh.
Beberapa prinsip Islam Hadhari dirangka bagi merangsang ke arah
perubahan minda umat Islam secara menyeluruh dan sistematik yang tidak
bersifat sektor atau partisan, yang sudah semestinya memerlukan satu
perubahan pandangan global umat Islam. Selaras dengan itu, konsep hidup
sebagai pengabdian kepada Tuhan dan konsep kerja sebagai ibadah, manusia
sebagai khalifah dan kewajipan mencapai kekuatan dalam semua bidang
kehidupan akan ditekankan, khususnya dalam memenuhi prinsip-prinsip
matlamat Pensyariatan syariat Islam (maqasid al-syariah) yang sentiasa
berkembang.

Anda mungkin juga menyukai