Anda di halaman 1dari 3

Sistem Kekeluargaan Kedatangan Islam telah memantapkan lagi sistem kekeluargaan masyarakat Melayu.

Dalam masyarakat Melayu, pembentukan jati diri dan peribadi Melayu yang billk, III beragama, berakhlak dan berbudi menjadi keutamaan. Keluarga sebagai agen sosialisasi : utama dalam masyarakat menjalankan tanggungjawab ini dan turnt dibantu untuk komuniti yang melaksanakan kawalan serta tekanan sosial. Tujuan utamanya ialah mendidik dan mengajar supaya seseorang anak itu akan menjadi anggota masyarakat yang baik. Sistem kekeluargaan masyarakat Melayu berteraskan Islam dan adat. Sejak lahir lagi seseorang itu dididik berteraskan Islam dan adat sehinggalah mereka dewasa. Contohnya sebaik sahaja seseorang itu dilahirkan, bapa atau datuk akan mengazankan bayi lelaki, atau mengkamatkan bayi perempuan. Tujuannya ialah untuk memperdengarkan buat pertama kalinya kepada bayi itu seruan azan dan kalimah syahadah dan meniupkan roh dan semangat Islam kepada bayi tersebut. Proses sosialisasi pada tahap kanak-kanak juga memperlihatkan penerapan unsur-unsur Islam yang berterusan. Seseorang kanak-kanak sejak kedl lagi diajar konsep-konsep dosa, pahala, haram dan sebagainya. Setelah meningkat umur lima tahun ke atas kanak-kanak juga'diajar bersembahyang, berpuasa dan lain-lain. Selain itu mereka juga diajar supaya hormat-menghormati, bertolak ansur dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam menjalani kehidupan seharian. Kedatangan Islam ke Melaka telah merubah sistem kekeluargaan dalam masyarakat Melayu. Dalam sistem perkahwinan, didapati hukum syarak mempunyai pengaruh yang besar malah ianya dicatat di dalam Hukum Kanun Melaka. Contohnya perkara-perkara yang berkaitan dengan syarat pernikahan, yang menetapkan adanya wali bagi pengantin perempuan dinyatakan dalam FasaI25.1, hadirnya saksi Fasal26, upacara ijab dan kabul Fasal 25.2, kontrak perkahwinan Fasal 27, talak Fasal 28.1, dan wanitawanita yang boleh dikahwini Fasal 28.2 (Azmah Abdul Manaf, 2001 : 217). Islam menyusun institusi kekeluargaan dengan meletakkan pembentukan keluarga sebagai asas kepada kehidupan. Ini digambarkan di dalam surah al-Tahrim (66) ayat 61 yang bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhaka kepada Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." Perkahwinan merupakan suatu mekanisme pemeliharaan maruah dan pengembangan zuriat dan keturunan. Ibu bapa berperanan penting dalam pembentukan institusi keluarga. Ajaran Islam telah menggariskan peranan ibu bapa dalam menjaga dan mendidik anak-anak dengan didikan Islam. Selain memberikan perhatian dan kasih sayang anak-anak hendaklah dididik dengan ajaran agama seperti bersembahyang, berpuasa, menghormati orang tua dan sebagainya. Kedatangan Islam juga telah menyusun institusi kekeluargaan masyarakat Melayu dengan lebih teratur. Islam telah menentukan garis panduan dalam membina keluarga berasaskan ajaran Islam. Contohnya dalam pemilihan jodoh, tanggungjawab suami, tanggungjawab isteri dan tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa. Selain itu pelbagai adat dan budaya Islam perlu dihayati oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak seperti meletakkan nama yang baik kepada anak mereka, mengadakan akikah, menyusukan anak selringga berumur dua tahun, mendidik anak-anak supaya menjadi manusia yang

beriman, bertaqwa, berakhlak mulia dan menghormati kedua ibu bapa mereka. Adat dan Cara Hidup Tradisi animisme dan Hinduisme telah diganti dengan adat dan cara hidup Islam yang dilakukan sejak individu itu lahir di dunia hinggalah hari kematiannya. Islam telah mengubah corak hidup masyarakat Melayu di dalam segala aspek kehidupan manusia. Adat resam masyarakat Melayu diperkemaskan lagi dengan ajaran Islam. Walau bagaimanapun, setelah kedatangan ajaran Islam, adat dan cara hidup masyarakat Melayu yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam masih terus diamalkan. Adat adalah suatu perbuatan atau perlakuan menurut kebiasaan masyarakat atau bangs a yang berkenaaf':. Masyarakat Melayu menganggap adat sebagai undangundang hidup. Mereka mematuhi adat serta menghormatinya dengan keyakinan bahawa melanggar adat dianggap sebagai suatu sikap atau perbuatan buruk dan akibatnya akan merosakkan diri dan sekaligus mencemarkan kesejahteraan hidup masyarakat (Asmad, 1990: 4). Adat resam pula ialah kebiasaan cara hidup individu dan masyarakat yang secara nyata menggambarkan corak budaya sesuatu bangsa. Sebelum kedatangan Islam masyarakat Melayu mengamalkan adat tradisi warisan nenek moyang mereka. Apabila masyarakat Melayu mula menganuti ajaran Islam adat-adat dalam masyarakat Melayu mula diubahsuai supaya tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Adat masyarakat Melayu juga telah mengalami perubahan dengan kedatangan ajaran Islam di rantau ini. Selain daripada mengubah sistem kepercayaan kita, Islam juga telah mengenepikan adat yang dianggap bercanggah dengan akidah dan kepercayaan Islam. Dalam proses sosialisasi masyarakat Melayu, tradisi animisme dan Hinduisme telah diganti dengan adat Islam yang dilakukan sejak individu itu lahir sehinggalah hari kematiannya. Contoh-contoh Perubahan Adat dan Cara Hidup adalah seperti berikut: Kelahiran bayi disambut dengan persiapan tujuh lapis kain kuning, hiasan katil berwarna kuning, pulut kuning dan putih Kelahiran bayi disambut dengan azan dan kamat Perkahwinan dilakukan oleh kadi dan dua orang saksi, upacara khatam al-Quran dan berzanji Mengadakan majlis bacaan Yasin dan doa selamat Membaca ayat-ayat al-Quran untuk mengelak gangguan syaitan Perubahan yang jelas telah berlaku terhadap masyarakat Melayu dari segi adat resam dalam kehidupan. Islam telah mengatur kehidupan masyarakat agar kehidupan yang dilalui itu berlangsung dalam suasana aman dan harmoni. Islam telah merubah adat resam masyarakat Melayu dengan adat-adat Islam. Tujuannya adalah untuk kesejahteraan dan keharmonian hidup masyarakat. Kesan daripada perubahan adat ini telah mewujudkan suasana hidup yang lebih teratur, seperti adat berkeluarga, berjiran tetangga, adat menuntut ilmu, adat berkampung dan sebagainya. Adat Melayu yang bersendikan agama menjadi amalan masyarakat Melayu. Contohnya pantun Melayu ada menyebut: Bunga cempaka baunya harum Pelbagai kembang digubah indah Adat bermula dengan hukum Hukum bersandar di kitab Allah

Islam telah mengangkat taraf manusia dan menyamakan kedudukan mereka di sisi Allah SWT. la membentuk suatu sistem masyarakat yang saling mengasihi dan menghormati. Sejajar dengan realiti tersebut, kedatangan Islam ke Alam Melayu menjadikan golongan bawahan mula mendapat perhatian dan penghormatan. Tiada lagi sistem kasta yang berasaskan ajaran agama Hindu diamalkan dalam masyarakat Melayu. Komunikasi antara kelompok masyarakat berjalan dengan baik menerusi sifat hormat-menghormati, bergotong-royong dan bantu-membantu. KESIMPULAN Islam memberi pengaruh yang besar kepada masyarakat dan tamadun Melayu. Proses penyerapan Islam ini berlaku secara berperingkat-peringkat di kalangan masyarakat Melayu yang bermula daripada golongan istana, pembesar sehinggalah kepada rakyat biasa. Proses Islamisasi ini menjadikan masyarakat Melayu akhirnya dapat menerima ajaran Islam dengan baik. Ini kerana keistimewaan ajaran Islam yang sederhana dan tiada paksaan. Kedatangan Islam bukan sahaja mengubah pegangan hidup masyarakat Melayu, malah telah membentuk cara hidup baru dalam amalan seharian masyarakat. Amalanamalan Islam yang berunsur tahyul dan khurafat telah ditinggalkan secara beransuransur oleh masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu juga telah berubah daripada masyarakat yang buta huruf kepada masyarakat yang mengamalkan tradisi keilmuan. Contohnya galakan daripada golongan pemerintah telah menjadikan Melaka suatu ketika dulu sebagai pusat pembudayaan ilmu. Dengan berlakunya penyebaran agama Islam ini agama Islam dijadikan sebagai teras dalam pembinaan tradisi budaya Melayu. Orang-orang Melayu yang menganut agama Islam menyedari dan memahami nilai-nilai yang telah ditetapkan oleh Islam dan berusaha menyesuaikan warisan tradisi budaya dan kehendak-kehendak Islam. Mereka menekankan usaha memupuk nilai-nilai Islam sebagaimana yang dikehendaki dari satu generasi kepada generasi seterusnya. Malah, institusi-institusi sosial dan agama dalam masyarakat memainkan peranan penting dalam usaha memupuk dan mempertahankan nilai-nilai sosial dan agama yang mereka bina.

Anda mungkin juga menyukai