Anda di halaman 1dari 2

Ulasan Kritis

Pertama sekali,penulis akan menerangkan mengenai motif lagu Riang Ria ini. Idea
lagu ini adalah daripada satu gambaran suasana kanak-kanak yang sedang bermain bersama
rakan-rakan dan di dalam suasana yang gembira dan riang.Bagi menguatkan lagi mesej
ataupun memberikan kesan yang lebih mendalam kepada pendengar berkenaan dengan lagu
ini, pemilihan alat muzik daripada pelbagai bunyi merupakan salah satu elemen yang penting
kerana setiap alat-alat muzik tersebut mempunyai karakter bunyi dan warna ton yang tersendiri
yang boleh disesuaikan dengan ekspresi sesebuah lagu.

Bagi lagu Riang Ria alat muzik rekoder telah dipilih sebagai bunyi melodi kerana
karakter bunyinya yang agak nipis dan daftar bunyi yang tinggi yang boleh menimbulkan bunyi
yang ceria. Seterusnya bagi alat muzik yang memandu irama pula adalah alat perkusi cajon.
Bunyi yang agak bertenaga daripada paluan cajon dapat menimbulkan lagi ekspresi riang bagi
lagu Riang Ria ini. Terdapat juga alat muzik dari klasifikasi idiofon vibraphone yang dijadikan
sebagai bunyi tambahan untuk menyedapkan lagi lagu dan dapat mengisi kekosongan melodi
pada lagu. Tambahan pula bunyinya yang agak kedengaran seolah-olah bunyi-bunyian fantasi
juga dapat memberikan kesan yang pelbagai pada lagu dan juga dapat menarik perhatian
telinga pendengar. Hasilnya, satu lagu yang

Seterusnya, penulis akan menganalisis serba sedikit mengenai mengenai komposisi


lagu Riang Ria. Lagu ini merupakan sebuah lagu yang dimainkan di dalam nada major yang
menggambarkan suasana yang riang dan gembira. Lagu ini ditulis dalam meter 4/4 dengan
tempo yang agak cepat iaitu 120 bpm. Sesuai dengan motif lagu yang ingin disampaikan.
Bentuk lagu ini adalah dalam bentuk AABC yang dimulakan dengan intro, kemudian verse
pertama lagu dan seterusnya chorus lagu kemudian diulangi semula daripada verse sehingga
ke chorus lagu, dan kemudiannya ditutup dengan penutup sepanjang 6 bar.

Untuk menampakkan lagi mud lagu ini, dinamik telah diletakkan pada bahagian-
bahagian yang tertentu sebagai contoh, dinamik yang kuat diletakkan pada intro lagu iaitu pada
not-not bahagian attack, kemudian pada korus lagu dan juga pada penutup lagu. Manakala
dinamik lembut pula diletakkan pada verse lagu dan juga pada not awal pada bar pertama.

berikut merupakan petikan beberapa bahgian daripada lagu Riang Ria:

a) dinamik lembut pada bar pertama intro. C) Dinamik kuat pada penutup lagu.

b) Dinamik kuat pada attack

Selain daripada menggunakan unsur dinamik, teknik permainan piano yang digunakan
semasa mengiringi melodi utama juga berjaya menimbulkan kembali mud riang lagu ini. Teknik
yang dimaksudkan ialah teknik jumping kord, Teknik ini sesuai digunakan untuk lagu-lagu
yang rancak seperti lagu ini sendiri. Selain itu juga, terdapat tambahan daripada not-not hiasan
dan juga teknik-teknik yang turut digunakan bertujuan untuk menyedapkan lagi karya Ria Ria
ini. Seperti glissando, ritard, dan juga trill. Akhir sekali lagu ini ditutup dengan Kaden perfek IV-I
yang berakhir pada kord C Major.

a) glissando

b) ritard

Anda mungkin juga menyukai