Anda di halaman 1dari 4

Laporan Teater Muzikal Jang Oh Jang

Pada 25 Mac 2016 telah berlangsungnya Teater Muzikal Jang Oh Jang yang bertempat
di Panggung Eksperimen Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Konsert ini berlangsung selama dua
jam iaitu dari pukul 8.30 malam dan berakhir pada pukul 10.30 malam. Konsert ini diadakan
adalah bagi mengasah bakat siswa dan siswi Universiti Malaya dalam bidang seni teater ini.
Dalam persembahan teater tersebut, terdapat beberapa persembahan yang disajikan iaitu
lakonan, nyanyian, tarian, dan permainan alat muzik moden (band) dan alat muzik tradisional
(cak lempong). Aspek yang diambil kira dalam laporan ini adalah aspek muzikal dan aspek bukan
muzikal.

Aspek Muzikal

Aspek pertama yang diambil kira adalah jenis lagu. Hasil pemerhatian saya, jenis lagu
yang dipersembahkan dalam teater muzikal ini adalah jenis lagu rakyat. Hal ini dikatakan begitu
kerana, kesemua lagu yang dipersembahkan adalah dalam dialek Negeri Sembilan. Hal ini
berlaku kerana lakonan dalam teater ini berkisahkan masyarakat Negeri Sembilan.

Aspek kedua adalah melodi. Dalam aspek ini, melodi dapat didengar dalam permainan
alat muzik dan juga nyanyian oleh pelakon teater. Secara keseluruhannya, melodi yang
dimainkan alat muzik adalah baik sekali. Bagi penyanyi pula, pic yang dinyanyikannya adalah
kurang baik. Hal ini kerana, ada beberapa bahagian lagu yang dinyanyikan sumbang. Penyanyi
bernyanyi dalam lakonan sekali.

Aspek ketiga adalah harmoni. Dalam aspek ini hanya dapat didengar daripada permainan
alat muzik sahaja. Hal ini dibuktikan dengan adanya gabungan muzik moden dengan muzik
tradisional. Gabungan permainan alat muzik ini telah menjadikan harmoni dalam persembahan
mereka.

Selain itu, aspek keempat pula adalah konsep irama iaitu tempo dan detik. Dalam teater
muzikal Jang Oh Jang ini, tempo lagu adalah bersesuaian dengan tema persembahan. Tempo
lagu banyak dikawal oleh pemain muzik. Penyanyi mengikut tempo yang telah ditetapkan oleh
pemain muzik sahaja. Namun ada satu persembahan iaitu Tarian Randai, hal ini beberapa
pelakon memainkan irama mengikut tempo mereka. Ada seorang ketua yang menepuk tangan
bagi memainkan detik sebanyak empat tepukan dan setelah itu, mereka memainkan irama
mereka mengikut tempo tersebut.
Seterusnya, adalah aspek konsep ekspresi iaitu dinamik. Dalam aspek ini, dinamik dapat
dilihat dalam permainan alat muzik iaitu mereka memainkan daripada ‘piano’ kepada ‘forte’ dan
kembali semula kepada ‘piano’ dalam mengiringi lakonan terutama dalam babak yang berunsur
suspen. Selain itu, iringan yang dibuat oleh pemain muzik adalah ‘piano’ manakala semasa
mengiringi nyanyian dalam ‘mezo forte’ dan ‘forte’.

Aspek yang terakhir adalah jenis alat muzik. Dalam aspek ini, alat muzik yang terlibat
dalam teater tersebut adalah dari keluarga kordofon, membranofon, dan idiofon. Bagi kordofon,
alat muzik yang terlibat adalah gitar elektrik, dan gitar bes. Bagi membranofon pula, alat
muziknya adalah gendang cak lempong. Seterusnya idiofon pula adalah cak lempong, dan
drumset. Kesemua jenis alat muzik ini dimainkan dengan kesepaduan yang baik sekali dan
ketepatan masa dimainkan juga adalah selaras dengan persembahan teater tersebut.

Aspek Bukan Muzikal

Aspek bukan muzikal yang pertama adalah sistem pencahayaan. Dalam persembahan
teater tersebut, secara keseluruhannya, sistem pencahayaan yang dipersembahkan adalah
sangat baik. Hal ini dikatakan begitu kerana pencahayaan semasa waktu malam dalam lakonan
dibuat malap dan kadangkala gelap. Apabila masa pergaduhan, pencahayaan yang
dipersembahkan pula adalah berkelip-kelip melambangkan unsur suspen dalam persembahan.

Aspek yang kedua adalah sistem bunyi. Secara keseluruhannya, sistem bunyi yang
dipersembahkan adalah baik. Namun begitu ada satu ketika, sistem P.A mempunyai masalah
iaitu ada bunyi dengung yang agak panjang semasa lakonan dibuat. Hal ini memberi
ketidakselesaan kepada audien untuk mendengarnya. Bagi alat muzik pula, sistem bunyinya
adalah baik. Tiada sebarang masalah gangguan bunyi bagi permainan alat muzik.

Seterusnya adalah sistem pengudaraan. Sistem pengudaraan dalam persembahan


teater adalah sangat baik. Persembahan telah dibuat dalam dewan besar dan hal ini
menggunakan sistem pendingin hawa. Oleh itu, pengudaraan dalam dewan adalah baik sekali
dan semua audien kelihatan selesa semasa menonton persembahan tersebut.

Bagi aspek susunan pentas pula, dapat dilihat persembahan teater ini memerlukan
pelakon dan set pentas yang banyak. Hasil pemerhatian saya, susunan set pentas adalah baik
kerana berlaku keseimbangan dalam penyusunannya. Kesemua bahagian pentas digunakan
dengan sebaiknya dalam teater tersebut.
Selain itu, bagi keluar masuk pelakon pula, saya dapat lihat bahawa, cara keluar masuk
yang dipersembahkan adalah sangat baik. Hal ini dikatakan begitu kerana, pelakon kesemuanya
masuk dan keluar daripada pintu kecil di kiri dan kanan dewan dan ada juga yang keluar masuk
daripada kiri dan kanan pentas. Cara keluar masuk ini adalah sesuai dengan babak yang
dipersembahkan. Para pelakon juga ada membuat persembahan dengan melalui laluan audien
di dalam dewan.

Aspek bukan muzikal yang terakhir iaitu susunan tempat duduk penonton. Pada
pemerhatian saya, pihak penganjur Teater Muzikal Jang Oh Jang telah memilih tempat yang
sesuai dalam mempersembahkan teater tersebut. Hal ini dikatakan begitu kerana susunan
tempat duduk bagi penonton adalah secara bertingkat-tingkat bagi memudahkan penonton
menyaksikan persembahan teater tanpa gangguan.

Kesimpulannya, setiap aspek yang telah dinyatakan tadi haruslah dijadikan contoh, agar
pada masa hadapan, dapat saya laksanakan program sedemikian dengan menjadikan teater ini
sebagai panduan. Andai ada sebarang kelemahan haruslah dijadikan pengajaran dan peringatan
agar saya tidak melakukannya.
SENARAI KANDUNGAN

Bil Perkara Muka Surat

1. Laporan Konsert Senandung Pusaka

2. Lampiran Konset Senandung Pusaka

3. Laporan Teater Muzikal Jang Oh Jang

4. Lampiran Teater Muzikal Jang Oh Jang

Anda mungkin juga menyukai