Anda di halaman 1dari 18

SOALAN TUGASAN

i. Pelajar secara kumpulan membuat perbentangan ciri-ciri dan fungsi tentang muzik dan
lagu rakyat, tradisional, kanak-kanak, patriotik dan setempat.
ii. Membuat dokumentasi / laporan secara individu.
iii. Pelajar secara kumpulan juga membuat persembahan amali nyanyian empat suara SATB
dengan mengaplikasikan lagu pilihan pelajar. Penilaian secara kumpulan individu.


BAHAGIAN A : Pembentangann (50%)

Membuat aktiviti pembentangan tentang aspek-aspek berikut :

1. Pengenalan
2. Ciri-ciri
3. Fungsi
4. Kriteria tambahan lagu berkenaan
5. Lirik dan skor lagu
6. Dokumentasi dan laporan bertulis - penilaian secara individu


BAHAGIAN B : Amali (50%)

Membuat persembahan amali nyanyian berkumpulan. Aspek-aspek yang dinilai :

1. Ketepatan Pic - penilaian secara individu (20%)
2. Kelancaran - penilaian secara individu (20%)
3. Keseragaman - penilaian secara berkumpulan (10%)









PENGHARGAAN



































ISI KANDUNGAN


BIL PERKARA M/SURAT

































1.0. Pengenalan

Seni muzik merupakan salah satu seni yang telah lama wujud dalam masyarakat sosial di
negara kita. Seni muzik merupakan salah satu hiburan yang paling diminati di negara kita dari dahulu
hingga kini. Muzik juga merupakan satu tarikan kepada manusia dalam kehidupan sosial. Ahli
falsafah berpendapat manusia secara semulajadi mempunyai tarikan terhadap muzik. Fakta ini jelas
kerana muzik menjadi kegemaran sejak manusia dilahirkan lagi. Muzik bukan sahaja dapat dinikmati
melalui pancaindera malahan dapat dirasai melalui hati dan perasaan seseorang itu. Muzik juga
dapat memberi kesan dalam hidup orang ramai melalui hati dan perasaan seseorang itu. Muzik juga
dapat memberi kesan dalam hidup orang ramai melalui seni, irama, dan lagu. Muzik juga dapat
ditontonkan dan dipersembahkan melalui pelbagai cara sama ada secara terus atau pun melalui
media. Persembahan muzik bukan sahaja dapat dilakukan dengan pelbagai cara malahan dapat
dipersembahkan oleh kaum lelaki mahu pun wanita. Menurut Kamus Dewan pula, seni muzik
merupakan satu gabungan bunyi yang menghasilkan hiburan dalam bentuk lagu dan irama yang
indah dan menyenangkan. Seni muzik juga sentiasa berubah-ubah melalui aliran zaman ke zaman.


2.0 Muzik Rakyat

Lagu rakyat merupakan khazanah warisan bangsa yang tidak ternilai harganya. Ia menjadi
warisan dan kebanggaan sejak turun temurun kerana dalamnya terkandung pelbagai falsafah dan
pemikiran Melayu yang unggul yang menjadi teras pembentukan identiti Melayu.

Lagu rakyat terhasil atau dicipta secara spontan oleh golongan masyarakat yang
kebiasaannya tinggal di desa-desa atau kampung-kampung yang agak jauh di pedalaman. Ia
diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi secara turun temurun dalam bentuk lisan.
Lagu rakyat dapat diistilahkan sebagai gabungan gubahan muzik berdasarkan seni katanya dan
diiringi dengan persembahan atau gerak tari tertentu. Ia tercipta dalam pelbagai bentuk antaranya
seperti pantun, seloka, syair, gurindam, bahasa berirama atau pun bentuk-bentuk bebas yang lain.
Seni kata yang digunakan pula lazimnya menggunakan bahasa dialek, bergantung kepada tempat ia
dihasilkan dengan loghat-loghat tempatan masing-masing. Irama dan rentak lagunya pula sangat
unik kerana mempunyai kaitan langsung dengan suasana budaya dan alam setempat. Lebih menarik
lagi, muziknya bersifat kelompok atau kumpulan etnik tertentu dan kebanyakan lagunya dinyanyikan
dengan iringan alat-alat muzik tradisional, manakala persembahannya mempunyai gerak tari yang
mengandungi makna tertentu yang sering menggambarkan aktiviti masyarakatnya.

1

Lagu rakyat dicipta kerana pelbagai fungsi dan sebab. Ia merupakan cerminan kehidupan
masyarakatnya atau dengan perkataan lain, sebagai alat untuk pengucapan perasaan seni
masyarakatnya , berdasarkan peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka. Di
dalamnya terungkap pemikiran, falsafah, budaya, nilai, dan sikap masyarakatnya.

Lagu rakyat melahirkan konsep kesepakatan dan juga kerjasama yang erat antara individu
dalam kelompok masyarakatnya. Hasil kesepakatan ini telah memperkembangkan semangat
kerjasama yang erat dan sikap tolong-menolong antara satu sama lain. Persefahaman yang jitu
dengan irama yang menyatukan perasaan terungkap menerusi senikata yang dihasilkan. Suasana
inilah yang dikatakan sangat istimewa yang mungkin tidak lagi dimiliki oleh masyarakat moden pada
hari ini. Ternyata, ia merupakan suatu cara yang berkesan untuk menyemai semangat kerjasama
yang erat terutamanya kepada kanak-kanak dan remaja.


2.1 Pengaruh Dalam Lagu-lagu Rakyat

Perkembangan lagu-lagu rakyat juga tidak dapat membendung pengaruh khususnya menyentuh
dalam hal keyakinan dan pegangan. Jika meneliti iramanya, kita dapat mengesan hubungannya
dengan latar dan suasana masyarakat yang ada. Antara pengaruh-pengaruh yang terdapat di dalam
lagu-lagu rakyat adalah :

1. Pengaruh Animisme
2. Pengaruh Hindu
3. Zaman Peralihan Hindu/ Islam
4. Pengaruh Islam
5. Zaman Kontemporari

Lagu rakyat masyarakat Melayu adalah lagu-lagu atau nyanyian yang berasal dari sesuatu
kawasan dalam Alam Melayu tidak kira kawasan itu terletak di negara Indonesia, Singapura,
Malaysia, Brunei hatta di mana-mana pelusuk pulau terpencil di Nusantara sekali pun, dan
merupakan lagu-lagu yang amat popular di kawasan tersebut. Biasanya lagu rakyat menceritakan
perihal masyarakat, alam, haiwan, tumbuh-tumbuhan atau pun senario semasa di kawasan tersebut.



2

Lagu rakyat biasanya dinyanyikan semasa :

1. Bermain
2. Mendodoikan anak.
3. Hiburan setelah penat membating tulang
4. Majlis-majlis keraian.

Contoh Lagu-lagu rakyat :

1. Anak Ayam
2. Burung Kakak Tua
3. Hijau
4. Hello Hello
5. Lemak Manis

2.2 Fungsi dan Peranan Nyanyian Rakyat

Nyanyian rakyat semestinya mempunyai peranan dan fungsi yang berkesan dalam
masyarakatnya. Fungsi lagu rakyat yang utama adalah sebagai alat untuk menghiburkan masyarakat
pada waktu itu kerana ketia itu tidak ada hiburan lain. Oleh itu, dendengan lagu-lagu rakyat dijadikan
sebagai alat untuk meleraikan ketegangan setelah seharian bekerja. Selain itu, lagu rakyat juga
begitu sinonim dengan upacara pengubatan tradisional yang menggunakan kuasa supernatural
(magis) bagi menyembuhkan sesuatu penyakit yang dihidapi oleh masyarakat dalam kelompok
mereka. Contoh, Lagu Indung, Ulik Mayang, Main Teri dan sebagainya.

Nyanyian rakyat dalam masyarakat tradisional pernah membentuk hati budi masyarakat.
Penjana kepada tamadun fikir ahli-ahli masyarakat. Melahirkan manusia yang bijaksana yang kita
warisi ialah bahan atau khazanah indah yang mereka cipta.

Terdapat dalam masyarakat desa/petani. Latihan muzik diadakan secara bersahaja dan
pengetahuan mengenai teori muzik biasanya tidak dapat dikesan. Asas sejarah muzik tidak diketahui
dengan tepat namun begitu, muzik rakyat mencerminkan nilai dalam kebudayaan di mana muziknya
wujud. Perbezaan antara muzik rakyat dan muzik klasik sukar untuk ditentukan.

3


Muzik rakyat juga merupakan pengucapan biasa dan tidak mudah berubah-ubah kerana dipercayai
bahawa muzik rakyat mencerminkan dengan tepat nilai dan dasar kebudayaan di mana ianya wujud.
Contoh, mak yong, wayang kulit, tarinai dan juga zapin. Antara contoh lain : Dikir Barat popular di
Kelantan, Rodat di Terengganu, dan Cak Lempung di Negeri Sembilan.


2.3 Ciri-Ciri Lagu Rakyat

1. Mengenegahkan nilai-nilai universal seperti akal budi, pendidikan, kerohanian, dan
kekeluargaan dalam masyarakat.
2. Lagu yang disajikan itu tidak terlalu pendek dan tidak terlalu panjang.
3. Tidak terlalu banyak mempunyai variasi nada dan melodi.
4. Menggunakan instrument sederhana.
5. Memiliki tema tentang kehidupan dan pergaulan rakyat seperti bertani, berkebun, adat istiadat
dan kepercayaan penduduk setempat.
6. Mempunyai irama yang riang, bersifat menghibur dan kadang kala ada unsur-unsur jenaka.
7. Dipopularkan secara lisan (mulut ke mulut)



3.0 Muzik Tradisional

Muzik Tradisional secara amnya digunakan sebagai lambang bagi budaya sesuatu bangsa.
Selain bertujuan untuk hiburan, ia juga digunakan sebagai mengiringi upacara-upacara adat tertentu.
Gabungan ritma dan intonasi muzik yang murni bergabung menjadi suatu melodi yang istimewa.
Muzik tradisional Malaysia mempunyai latar belakang yang menarik, peralatan muzik yang berlainan
dan dimainkan sesuai dengan panorama tertentu. Muzik Tradisional Malaysia tidak akan lapuk dek
zaman kerana ianya masih mempunyai penggemar-penggemar muzik tradisional yang
memperjuangkan irama ini.

Di Malaysia, seni muzik tradisional merupakan seni yang tidak lapuk di kalangan pelbagai etnik.
Seni muzik tradisional merupakan warisan turun temurun sesuatu kaum dan mempunyai keunikannya
yang tersendiri. Setiap bangsa mempunyai ciri-ciri muzik yang tersendiri. Seni muzik tradisional juga
bergantung kepada adat dan budaya sesuatu bangsa.

4
Pada zaman dahulu, muzik hanya dimainkan oleh golongan bangsawan atau pun untuk hiburan di
raja sahaja. Namun begitu, terdapat juga muzik yang dimainkan untuk rakyat. Jelas di sini, seni
muzik pada zaman dahulu mempunyai hieraki tersendiri. Selaras dengan peredaran zaman, rakyat
juga dapat menikmati seni ini pada masa kini.

3.1. Ciri-ciri Muzik Tradisional :

1. Dipelajari secara lisan
2. Tidak memiliki notasi
3. Bersifat formal.

3.2. Fungsi Muzik Tradisional :

1. Lambang budaya sesuatu bangsa.
2. Hiburan
3. Mengiringi upacara-upacara keramaian/ adat/majlis rasmi.


Variasi muzik tradisi di Malaysia adalah hasil campuran pelbagai etnisiti di negara ini.
Istimewanya, pelbagai etnik termasuk kaum majoriti Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India serta
Bumiputra Sabah dan Sarawak bergabung bagi menghasilkan alunan muzik nusantara yang unik
yang tidak terdapat di negara lain. Muzik tradisional secara amnya digunakan sebagai lambang
budaya sesuatu bangsa selain daripada bertujuan bagi mendapatkan hiburan atau mengiringi
upacara-upacara adat tertentu. Pelbagai muzik tradisional yang terdapat di Semenanjung Malaysia
bahkan Sabah dan Sarawak. Gabungan ritma dan intonasi muzik yang murni bergabung menjadi
suatu melodi yang istimewa. Muzik tradisional Malaysia mempunyai latar belakang yang menarik,
peralatan muzik yang berlainan dan dimainkan sesuai dengan panorama tertentu.

Muzik Tradisional Malaysia tidak akan lapuk dek zaman kerana masih mempunyai
penggemar-penggemar muzik tradisional yang memperjuangkan irama ini. Contoh, Ghazal yang
merupakan satu kesenian tradisional masyarakat Melayu Negeri Johor. Muzik tradisional ini sering
dimainkan di majlis-majlis perkahwinan golongan bangsawan (pada masa dahulu), acara-acara
keramaian yang dihadiri oleh Sultan atau Kerabat Di Raja Johor, dan juga majlis-majlis rasmi yang
diadakan di negeri Johor. Antara penyanyi-penyanyi terkenal yang mempopularkan irama ghazal ini
ialah Ramlah Ram, Rosiah Chik, Fadzil Ahmad dan beberapa orang penyanyi lagi.

5
4.0 Lagu Kanak-kanak

Dalam kalangan kanak-kanak, tujuan utama menggunakan lagu ialah dalam bersuka-suka
sesama sebaya atau sambil belajar, sambil bermain dengan pimpinan orang dewasa. Lagu untuk
tujuan belajar sambil bersuka dalam kalangan kanak-kanak memang banyak seperti lagu Buah
Jambu Masak, Buai laju-laju, Anak Ayam, Jong-jong Inai dan sebagainya.


Contoh Lagu :

Buai laju-laju,
Sampai cucur atap,
Belum tumbuh gigi
Sudah pandai baca kitab.

Buai laju-laju
Sampai balik sana
Apa dalam baju,
Kuntum bunga sena.

Buai laju-laju
Sampai hari petang
Orang ramai lalu
Awak tinggal seorang.

Aktiviti nyanyian mampu memberi peluang kepada kanak-kanak meluaskan perkembangan
bahasa, menggalakkan kanak-kanak melahirkan perasaan, mengekspresi perasaan sama ada suka,
duka dan sebagainya, serta mampu meningkatkan perkembangan sosial kanak-kanak.
Nyanyian adalah salah satu aktiviti yang menyeronokkan pada kanak-kanak. Kanak-kanak
prasekolah berasa seronok menyanyi bersama-sama atau dalam kumpulan yang besar. Suara
dijadikan satu alat semulajadi. Melalui nyanyian, ia dapat membantu perkembangan bahasa kanak-
kanak. Nyanyian merangsang minda kanak-kanak menguasai dan membantu mereka menambah
perbendaharaan kata. Guru dapat menggalakkan kanak-kanak melahirkan perasaan seperti
bercerita, berimaginasi, menyanyi dambil bermain. Sewaktu menyanyi lagu kanak-kanak, mereka
meniru pelbagai watak orang-orang di sekeliling mereka.

6
4.1 Kategori lagu Kanak-kanak

1. Permainan Jari
2. Lagu beraksi
3. Lagu Permainan
4. Lagu Yang Berunsur nasihat
5. Lagu Ucapan
6. Lagu Rakyat

Lagu kanak-kanak kebiasaannya dicipta bagi memenuhi tema-tema tertentu dalam pengajaran
dan pembelajaran. Contoh tema dalam lagu kanak-kanak ialah :

1. Haiwan
2. Tumbuh-tumbuhan
3. Konsep masa
4. Konsep Nombor
5. Pantun Seloka


4.2. Fungsi Lagu kanak-kanak :

1. Mendodoikan
2. Pendidikan
3. Usik Mengusik
4. Permainan
5. Sindiran


4.3. Ciri-ciri :

1. Lirik yang sederhana iaitu tidak terlalu pendek atau pun panjang.
2. Mengandungi perkataan berulang atau pun lirik berulang.
3. Melodi, Irama dan Lirik Lagu yang menarik dan senang diingati.



7
5.0 Muzik Patriotik

Patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap tanah air oleh
individu-individu dan kumpulan-kumpulan. Tanah Air atau Ibu Pertiwi itu mungkin suatu bandar
atau rantau, namun patriotisme ini memaksudkan bangsa dan negara. Menurut Kamus Dewan,
patriotisme bermakna perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. (Edisi Ketiga, 2002,hal. 987).

Jenis-jenis atau nilai patriotisme boleh dibahagikan kepada dua iaitu patriotisme peribadi atau
patriotisme rasmi. Patriotisme banyak bergantung kepada tindakan simbolik seperti mempamerkan
bendera, menyanyi lagu kebangsaan, menyertai perhimpunan beramai-ramai, meletakkan pelekat
pada kenderaan atau apa-apa cara sekali pun untuk menyatakan kesetiaan kepada negara di
peringkat umum.

5.1. Ciri-ciri lagu patriotik.

1. Iramanya cepat, rancak atau melankolik dan juga keroncong serta bersemangat.
2. Lirik lagu berkisar kepada ajakan semangat perjuangan dan juga keinsafan.
3. Dinyanyikan dengan penuh semangat
4. Melambangkan sosio budaya serta cita-cita, hasrat, dan harapan bangsa negara berkenaan.
5. Mempunyai melodi serta dinyanyikan dengan vokal yang mantap.
6. Menyentuh jiwa dan menghidupkan semangat juang.
7. Lirik berkisar kepada tokoh tokoh kemerdekaan dan juga pembela keamanan seperti
polis dan tentera.


5.2 Pengaruh dalam lagu lagu patriotik

Terdapat beberapa pengaruh yang mewujudkan lahirnya lagu lagu patriotik. Lagu lagu
ini memainkan peranan penting dalam masyarakat terutama terhadap pejuang pejuang
kemerdekaan pada zaman sebelum kemerdekaan. Golongan golongan yang berkebolehan
dalam bidang seni telah menggunakan lagu lagu sebagai pembakar semangat dan kecintaan
terhadap tanah air serta untuk pejuang berusaha bagi mencapai kemerdekaan.



8
Contoh lagu lagu patriotik adalah seperti lagu lagu yang dicipta oleh nama nama seperti
Johar Bahar, Kassim Masdor, Saiful Bahari (Indonesia), S. Affendi (Indonesia), P. Ramlee, Ahmad
CB dan ramai lagi adalah nasionalis negara melalui kebolehan mereka dalam muzik. Mereka bukan
ahli politik, atau pemimpin terbilang yang mewarnai senario politik pada zaman sebelum atau selepas
merdeka.
Nama-nama ini lahir dan bangkit berdiri bersama dengan ahli politik dan pemimpin negara
yang mengatur strategi perjuangan tetapi memilih landasan seni. Memilih untuk bermain dengan
nada dan irama, hasil seni mereka berjaya membakar semangat juang rakyat untuk sama-sama
menuntut kemerdekaan.
Lagu Selamat Tinggal Bungaku ciptaan Johar Bahar pada tahun 1948 misalnya, memberi
pesan tentang perjuangan. Inilah lagu roman patriotik yang popular suatu ketika dulu. Pada era
sebelum merdeka, Johar menjadikan karya seninya sebagai suntikan semangat juang kepada
perajurit negara.
5.3 Fungsi dan peranan lagu lagu patriotik
Lagu lagu patriotik ini mempunyai fungsi atau peranan yang amat penting dalam
menanamkan sifat kecintaan terhadap negara. Ia bukan hanya menjadi hiburan tetapi juga
dapat membentuk generasi yang menghargai tokoh tokoh yang memperjuangkan
kemerdekaan dan yang banyak member jasa kepada rakyat dan negara. Di antara fungsi
fungsinya adalah seperti berikut -
1. Menyemarak dan memantapkan rasa cinta kepada negara.
2. Menimbulkan rasa keinsafan dan keyakinan terhadap keamanan negara.
3. Melahirkan pejuang dan nasionalis dengan membakar semangat juang anak bangsa.
4. Mengimbau nostalgia pejuang kemerdekaan.

6.0 Lagu Setempat

Lagu setempat atau lagu Daerah adalah lagu atau muzik yang berasal dari suatu daerah
tertentu dan menjadi popular dan dinyanyikan dengan baik oleh rakyat daerah tersebut mahu pun
rakyat lainnya.
9
Bentuk lagu ini sangat sederhana dan menggunakan bahasa daerah atau bahasa setempat. Lagu
daerah banyak yang bertemakan kehidupan sehari-hari sehingga mudah untuk difahami dan mudah
diterima dalam berbagai kegiatan rakyat. Pada umumnya pencipta lagu daerah ini tidak diketahui.


6.1. Fungsi lagu setempat
Terdapat beberapa fungsi lagu setempat. Di antaranya adalah seperti berikut :-
1. Menjadi hiburan kepada rakyat sesuatu tempat kerana mereka senang untuk
Memahaminya.
2. Mempunyai fungsi berdasarkan perayaan atau adat istiadat.
3. Sebagai pengiring tari dan pertunjukan..
4. Ianya juga adalah sebagai media bermain.
5. Ia berfungsi juga sebagai media komunikasi iaitu untuk menyampaikan maklumat

6.2 Ciri-ciri lagu setempat

1. Menggunakan bahasa/dialek setempat
2. Diwariskan secara turun temurun dengan tradisi lisan.
3. Kebiasaannya tidak diketahui penulis atau penciptanya
4. Memiliki susunan melodi yang sederhana.
5. Dalam membawakan lagu setempat ini, kebiasaannya ia diiringi dengan alat muzik daerah
tersebut.
6. Sebagai media penerangan (iklan).


6.3 Kategori lagu lagu setempat
Di antara kategori lagu lagu setempat adalah :
1. Lagu anak anak
2. Lagu daerah
3. Lagu perjuangan
4. Lagu keroncong
5. Lagu stambul
6. Lagu popular
7. Lagu langgam
8. Lagu dangdut

10

Bolehlah dikatakan bahawa lagu lagu setempat ini merupakan salah satu unsur yang
penting dalam kehidupan sesebuah komuniti.




Penutup
Begitulah sedikit sebanyak informasi tentang ciri ciri dan fungsi yang berkaitan dengan
muzik yang meliputi lagu rakyat, lagu tradisional, lagu kanak kanak, lagu patriotik serta lagu
setempat. Sebagai kesimpulannya, ia memainkan peranan penting dalam menentukan identiti
sesuatu jenis hiburan. Di samping menjadi halwa telinga, muzik dan pelbagai jenis lagu ini
mempunyai peranan masing masing terutamanya dalam kalangan masyarakat sesebuah
negara.






















11
Bibiliografi

Aripin Said. (2004). Nyanyian Rakyat : Khazanah Bangsa Yang Hilang. Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Warisan Malaysia : Kuala Lumpur

Helen Ten Hong Beng. (1992). Pengajaran Muzik Awal Kanak-kanak . Fajar Bakti Sdn Bhd : Kuala
Lumpur.

Johami Abdullah. (1993). Pendidikan Muzik Semasa. Dewan Bahasa dan Pustaka : Selangor.

Mohamed Ghouse Nasuruddin. (2003). Muzik Tradisional Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka :
Kuala Lumpur

Rogayah A. Hamid dan Jumaah Illias. (2006). Lagu Rakyat : Memupuk Kesantunan Melayu. Dewan
Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur.

http://mimbarkata.blogspot.com/2013/09/warisan- lagu - rakyat. html

http://kumpulan4a.blogspot.com/2010/03/muzik tradisional html

http://alunanmustika.blogspot.com/.

Anda mungkin juga menyukai