Anda di halaman 1dari 3

TUGASAN 1: ULASAN KRITIS

Melalui Pendidikan Muzik di sekolah dapat mengembang murid dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial. Pendidkan muzik adalah bertujuan untuk mengembangkan potensi
dan kualiti diri individu dari sudut nilai estetika muzik dan etika melalui pelbagai pengalaman
muzik ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup dalam konteks budaya dan aspirasi negara.

Pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran muzik telah diperkenalkan oleh


Emile Jacques Dalcroze, Carl Orff, Zoltan Kodaly, Shinuchi Suzuki dan Edwin Gordon.
Walaupun masing-masing membawa pendekatan yang berbeza, namun setiap pendekatan
yang diperkenalkan menekankan bagaimana konsep muzik seharusnya diperkenalkan kepada
pelajar. Di antara lima pendekatan tersebut, pendekatan Dalcroze, Orff dan Kodaly lebih
menumpukan kepada pembelajaran untuk pengajaran muzik di sekolah rendah. Ketiga-tiga
kaedah pendidikan muzik tersebut mempunyai banyak pertindihan dan perbezaan kerana
mereka semua melibatkan penyertaan pelajar yang tinggi dalam pelbagai gaya pembelajaran
iaitu visual, audio, sentuhan, dan kinetik.
ULASAN KRITIS

Secara kritisnya, Kaedah Orff yang diasaskan oleh Carl Orff ini lebih bersifat informal yang
mana lebih menyeronokkan di kalangan murid sekolah rendah. Beliau menekankan
pembelajaran corak irama, melodi, harmoni, tekstur serta bentuk. Konsep ini dipelajari dengan
bercakap, berucap dengan irama, menyanyi, menari malah memainkan alat muzik. Pendekatan
Orff menggalakkan kanak-kanak untuk berucap dengan menggunakan silibel yang tak
bermakna seperti ka, ta, la, ri, chi dan sebagainya untuk mewakili not dalam irama. Menurut
Kodaly pula, nyanyian adalah asas kepada kemahiran pendidikan muzik dan suara merupakan
alat muzik utama dan semula jadi. Pendekatan Kodaly juga mengaplikasikan notasi lidi bagi
meningkatkan pemahaman murid tentang rentak dan irama secara ringkas. Kaedah pendekatan
Dalcroze pula menyatakan muzik melalui pergerakan, bunyi dan pemikiran serta bunyi yang
bermakna. Tubuh badan merupakan satu medium bagi interpresi dan ekspresi kepada muzik
yang disampaikan. Kaedah Dalcroze juga menekan corak irama dan rentak melalui koordinasi
otot supaya murid dapat mengembangkan kemahiran muzik seperti irama dan rentak melalui
gerakan tubuh badan. Ketiga-tiga pendekatan ini ternyata mempunyai persamaan bagi
meningkatkan kemahiran muzik dengan menekankan irama dan rentak walaupun
menggunakan kaedah yang berbeza.

Selain itu, ketiga-tiga pendekatan tersebut menekankan komponen masing-masing seperti


improvisasi, nyanyia solfa, kemahiran pendengaran dalaman dan pengalaman muzikal..
Komponen improvisasi dalam pendekatan mengembangkan daya kreativiti serta menunjukkan
tahap pemahaman murid dalam aktiviti muzikal. Dalam pendekatan Orff, improvisasi diterapkan
oleh guru apabila murid diberi kebebasan untuk mencuba corak-corak irama dan melodi yang
berlainan dengan menggunakan skel pentatonik kerana skel ini mudah dimainkan dengan alat
perkusi. Murid juga diberi kebebasan untuk meneroka alat muzik dan guru perlu menggalakkan
murid untuk mencipta alat muzik daripada bahan buangan. Penggunaan bahan buangan
tersebut dapat mereka meneroka pelbagai jenis bunyi yang berbeza dan menjadikan aktiviti
muzikal lebih menarik dan fleksibel.Pendekatan Dalcroze juga menekankan improvisasi ke atas
pergerakan berirama atau eurhythmic dengan prinsip irama. Mereka boleh mengubahsuai
pergerakan mereka dengan menginterpretasi bunyi yang dimainkan. Sebagai contoh, guru akan
memainkan piano manakala murid akan bertindak balas secara spontan kepada perubahan
unsur muzik yang dimainkan. Pendekatan Kodaly pula, guru memberi kebebasan untuk
mencipta irama sendiri berdasarkan notasi lidi atau bit yang diberikan oleh guru.

Pada kasarnya, pendekatan Orff lebih menekankan untuk permainan alat perkusi dalam
aktiviti pembelajaran dengan bahan muzikal yang diadaptasi dan bersesuaian dengan budaya
serta konteks tempatan. Muzik yang digunakan sebagai bahan adalah muzik kanak-kanak
kerana muzik kanak-kanak mempunyai notasi yang lebih mudah. Pendekatan Dalcroze lebih
kepada aktiviti pergerakan tubuh bagi meningkatkan pemahaman untuk menerapkan
pengalaman muzikal dan semua jenis lagu boleh di mainkan sebagai bahan pengajaran.
Pendekatan Kodaly pula menekankan perkembangan kemahiran pengalaman muzikal secara
menyeluruh dan berurutan. Tujuan nyanyian dijadikan fokus adalah kerana kemahiran nyanyian
merupakan asas kemahiran bagi semua kemahiran muzik yang lain. Kanak-kanak harus diajar
lagu-lagu rakyat bahasa ibunda mereka sebelum mempelajari lagu-lagu dari bahasa asing
kerana lagu rakyat merupakan lagu yang mudah diingat dan biasa didengar oleh kanak-kanak.

Walaupun ketiga-tiga pendekatan mempunyai komponen, teknik dan idea yang berbeza,
tetapi pedekatan ini membantu murid dalam mengembangkan kemahiran muzikal mereka. Guru
perlu bijak untuk mengaplikasikan pendekatan-pendekatan ini mengikut kesesuaian dan
keperluan murid. Guru perlu menyediakan kaedah pengajaran yang bermakna agar dapat
menarik perhatian murid serta meningkatkan lagi kemahiran muzikal mereka.

Anda mungkin juga menyukai