Anda di halaman 1dari 19

HBAE 3103

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

JANUARI /2015

HBMS4103
MUZIK DALAM BILIK DARJAH / MUSIC IN THE CLASSROOM

NAMA

: WAN MAZLAN BIN WAN CHIK

NO. MATRIKULASI

: 641229025119001

NO. KAD PENGENALAN

: 641229025119

NO. TELEFON

: 0127162061

E-MEL

: wmazlan@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

: KELANTAN LEARNING CENTER

HBAE 3103

HBMS 4103
MUKA
SURAT

ISI KANDUNGAN

1.0.

Pengenalan

2.0.

Sejarah Muzik Klasik

2-5

3.0.

Biografi Ludwig van Beethoven

6-9

3.1. Hasil karya Ludwig van Beethoven

9 - 11

3.2. Ciri-ciri Muzik Ludwig van Beethoven

12

4.0.

Analisis "Beethoven's 5th Symphony"

5.0.

Kesimpulan

15

RUJUKAN

16

13- 14

HBMS 4103
1.0. Pengenalan
Muzik boleh didapati pada setiap budaya yang kita ketahui di dunia ini dan berbeza
secara meluas di antara masa dan juga tempat. Semua penduduk dunia ini temasukkan
kaum-kaum yang terasing dari dunia luar mempunyai bentuk muzik masing-masing.
Ianya menunjukkan bahawa muzik telah wujud sejak zaman dahulu lagi dan telah
mempengaruhi kehidupan manusia. Menurut buku "The Origins of Music" keluaran
2001, Muzik mungkin telah wujud sekurang-kurangnya 55,000 tahun dan muzik yang
pertama mungkin telah dicipta di Afrika dan kemudian berkembang dan mempengaruhi
kehidupan manusia.
Muzik dalam sesuatu budaya banyak dipengaruhi oleh aspek budaya sesuatu kaum
tersebut, termasuk organisasi sosial ekonomi serta pengalaman, iklim, dan akses kepada
teknologi. Emosi dan idea-idea yang diekspresikan muzik, situasi di mana muzik
dimainkan dan didengari, dan sikap terhadap pemain muzik dan komposer. Kesemuanya
corak muzik adalah berbeza-beza di antara kawasan, masa dan zaman.
Dalam kajian muzik klasikal, ahli sejarawan muzik membahagikan muzik klasik Eropah
jenis lagu-lagu mengikut pelbagai era berdasarkan gaya yang paling popular dan
perubahan citarasa pendengar. Zaman dan era tersebut termasuk Zaman pertengahan
(Medieval), "Renaissance", "Baroque", Klasikal (Classical), "Romantik", dan abad ke 20.
Terma "Renaissance" dan "Baroque", dipinjam dari sejarah seni negara Barat. Angaran
tarikh boleh ditetapkan dari permulaan dan pengakhiran setiap era atau zaman, yang
mana ianya amat berguna untuk menggambarkan perubahan citarasa dan anggaran gaya
kerja seseorang komposer muzik pada tahun yang tertentu. Walau bagaimanapun
anggaran kepada tarikh sesuatu gaya muzik sesuatu era adalah sukar.

Carta Era Muzik - Sumber Wikipedia.org

HBMS 4103
2.0 Sejarah Muzik Klasik
Muzik klasik merupakan salah sejenis muzik yang mempunyai sejarah yang terpanjang
dibandingkan dengan jenis muzik lainnya. Muzik klasik itu sendiri dapat dibezakan
menjadi 4 era atau zaman iaitu era atau zaman baroque, classical, romantic, dan abad ke
20 atau moden.
1. Baroque (1600-1750)
Perkataan "baroque" berasal dari perkataan Portugis iaitu "barroco" yang
membawa maksud mutiara cacat atau mutiara yang tak sempurna (misshapen
pearl). Sebenarnya sebelum era baroque ini sudah terdapat muzik lain. Akan tetapi
di dalam era tersebut harmoni sebuah lagu hanya berada dalam satu harmoni yang
tetap.
Ramai yang berpendapat, era baroque ini bermula sekitar tahun 1600an dan
berakhir pada tahun 1750. Era baroque telah menenggelamkan komposer yang
besar era renaissance iaitu Palestrina dan Lassus.

Gambar Illustrasi Lassus

Beberapa ciri lain yang menandakan mulainya era barouque ini adalah dengan
bermunculannya karya-karya dengan skala yang besar seperti opera, cantata,
oratorio, concerto, dan sonata sebagai genre muzik.
Era ini telah mula menggunakan tonal counterpoint yang lebih canggih, komplek
dengan penambahan bass line. Terdapat opera drama muzikal mulai mampu
membentuk imej yang berbeza dari seni muzik klasik itu sendiri. Bentuk vokal
seperti

oratorio

dan

cantata

juga
2

terkesan

menjadikan

ianya

sering

HBMS 4103
diperdengarkan. Sementara itu jenis alat muzik dalam ensemble juga sudah mulai
dibezakan dan diklasifikasikan mengikut bentuknya. Hal inilah menjadi ianya titik
awal terbentuknya muzik orkestra yang sering kita dengar di persembahan muzik.
Pada era ini telah lahir ramai komposer-komposer terkenal Johann Sebastian
Bach, George Frideric Handel, Alessandro Scarlatti, Domenico Scarlatti, Antonio
Vivaldi, Henry Purcell, Georg Philipp Telemann, Jean-Baptiste Lully, Arcangelo
Corelli, Tomaso Albinoni, Franois Couperin, Denis Gaultier, Claudio
Monteverdi, Heinrich Schtz, Jean-Philippe Rameau, Jan Dismas Zelenka, dan
Johann Pachelbel.
2. Classical (1750-1830)
Zaman Klasik dalam sejarah muzik Barat adalah berlarutan sehingga sebahagian
besar abad ke-18.
Pada

era

classical,

telah

terbentuk

norma-norma

dalam

menciptakan

persembahan, gaya dan komposisi sesebuah muzik klasik. Pada era ini, piano
juga menjadi unsur alat muzik terpenting yang digunakan sehingga karektoristik
muzik yang dihasilkan terkesan dengan lebih ringan, tidak terlalu komplek,
namun lebih jelas jika dibandingkan jenis muzik klasik di era Baroque. Variasi
key, melodi, rhythm, dan dinamik (menggunakan crescendo, diminuendo,
sforzando) digunakan bersamaan dengan perubahan mood penggubah lagu. Opera
mulai dikembangkan dizaman ini dan orkestra tidak lagi menggunakan
harpsichord namun digantikan dengan alat muzik piano dan fortepiano.
Ciri-ciri Zaman musik Klasik:

Penggunaan dinamika dari Keras menjadi Lembut, Crassendo dan

Decrasscendo.
Perubahan tempo dengan accelerando (semakin Cepat) dan Ritarteando

(semakin lembut).
Pemakaian Ornamentik dibatasi
3

HBMS 4103

Penggunaan Accodr 3 nada.

Zaman klasik (Classical) ini berada diantara zaman Baroque dan zaman
Romantic. Muzik klasik menjadi elemen dasar pada semua muzik di era
selanjutnya. Muzik klasik boleh dikatakan tidak pernah mati. Contohnya Franz
Schubert, Carl Maria von Weber, dan John Field yang hidup di era transisi dan
menjadi generasi klasik romantik. Terdapat ramai komposer selepas era klasik
masih mempelajari karya-karya Mozart dan Beethoven. Bahkan keagungan karya
Beethoven dalam Moonlight Sonata telah menjadi contoh dan inspirasi dari
ratusan karya lain selepasnya. Bahkan hasil karya Mozart masih lagi dimainkan
dan dipelajari dalam harmoni dan orchestra muzik setelah 80 tahun kematiannya.
Kejatuhan era muzik klasik dimulai dengan kejatuhan generasi Vienna dan mula
ditinggalkan oleh komposer ternama pada ketika itu.
Beberapa komposer terkenal pada era ini ialah Joseph Haydn, Wolfgang Amadeus
Mozart, Ludwig van Beethoven, dan Franz Schubert selain daripada itu terdapat
juga yang nama-nama yang ketara seperti Luigi Boccherini, Muzio Clementi,
Antonio Soler, Antonio Salieri, Franois Joseph Gossec, Johann Stamitz, Carl
Friedrich Abel, Carl Philipp Emanuel Bach, dan Christoph Willibald Gluck.
Ludwig van Beethoven juga boleh dianggap sebagai komposer Romantic atau
komposer yang merupakan sebahagian daripada peralihan kepada era Romantic.
Franz Schubert juga merupakan seorang tokoh peralihan, seperti juga Johann
Nepomuk Hummel, Mauro Giuliani, Friedrich Kuhlau, Fernando Sor, Luigi
Cherubini, Jan Ladislav Dussek, dan Carl Maria von Weber.
Zaman ini juga kadang-kadang dikenali sebagai era Vienna Classic atau
Classicism, dimana pada ketika itu Wolfgang Amadeus Mozart, Joseph Haydn,

HBMS 4103
Antonio Salieri, dan Ludwig van Beethoven semua bekerja di Vienna, dan Franz
Schubert juga dilahirkan di sana.
3. Romantic (1815-1910)
Muzik era romantik bermula pada tahun 1815 dan berakhir pada tahun 1910.
Walaupun dinamakan era muzik romantik, bukan bermakna muzik di era ini
hanya berisi tentang cinta ataupun cinta yang romantik. Sebenarnya era muzik
tersebut dinamakan romantik kerana dapat menggambarkan komposisi muzik
pada jangka waktu tersebut. Lalu kenapa disebut romantik? Sekali lagi romantik
disini tidak ada hubungannya dengan cinta. Namun karya-karya dan komposisi
muzik yang lebih ghairah dan jauh lebih ekspresif daripada era-era sebelumnya.
Contohnya, peralihan indah dari gerakan ke 3 hingga gerakan ke 4 dari symphony
Beethoven. Pada dasarnya, semua komposer pada era romantik mempunyai cara
baru yang jauh lebih menarik dari sebelumnya. Muzik zaman Romantik dikaitkan
dengan Gerakan Romantik pada sastera, seni, dan falsafah, walaupun sekatan
zaman yang digunakan dalam muzikologi sekarang sangat berbeza dari sekatan
zaman ini dalam seni yang lain (iaitu 1780-an hingga dengan 1840-an).
Penggubah lagu pada era Romantic ini meningkatkan perhatian pada baris melodi
yang lebih panjang, dengan sentuhan emosi dan ekspresi yang seiringan dengan
romantisme dalam bentuk seni yang berbeza. Muziknya menjadi lebih chromatic,
dissonant, dan tonally yang penuh warna dengan penekanan pada pelbagai key
signature. Pada abad ke-19 ini institut muzik mula muncul. Para pemuzik dan
penggubah lagu juga mula mempunyai dihormati. Peningkatan minat masyarakat
Eropah keatas muzik memacu kemunculan organisasi untuk mengajar,
penampilan, dan pemeliharaan muzik klasik. Dalam era ini alat muzik piano
sangat popular di kalangan masyarakat, sehingga timbul ramai pembuat-pembuat
piano pada ketika itu. Beberapa komposer dari zaman ini adalah Franz Schubert,
Johann Strauss, Sr.Felix Mendelssohn, Frdric Chopin, Robert Schumann,
Richard Wagner, Giuseppe Verdi, Hector Berlioz, dan Johannes Brahms. Ludwig
van Beethoven juga boleh dianggap sebagai komposer Romantic.
5

HBMS 4103
3.0. Biografi Ludwig van Beethoven
Ludwig van Beethoven lahir dalam tahun 1770
di bandar Bonn, Jerman. Keluarga beliau
berasal dari Brabant, di Belgium. Bapanya
adalah seorang ahli muzik di "Court of Bonn",
tetapi mempunyai masalah. Ibunya pula
digambarkan sebagai yang lembut, dan berhati
Beethoven in 1803, dilukis oleh Christian
Horneman (Gambar: WikiCommons)

yang mulia. Beethoven menganggap ibunya


sebagai seorang kawan baik. Ibu bapa

Beethoven mempunyai orang anak, tetapi hanya tiga sahaja anak lelaki mereka hidup,
yang mana Ludwig merupakan anak sulung.
Pada usia mudanya, Beethoven, menunjukkan minat mendalam dalam bidang muzik dan
ayahnya mengajar beliau siang dan malam, sebaik saja beliau pulang dari latihan muzik
atau untuk pulang dari kedai minuman. Ludwig van Beethoven memang seorang kanakkanak yang berbakat.
Pada 26 Mac 1778, dalam usia 7 tahun, Ludwig Van Beethoven telah membuat
persembahan pertamanya di Cologne. Walaupun begitu tapi kemahiran beliau tak setara
dengan Mozart pada usia yang sama. Bapanya telah mengumumkan bahawa beliau
adalah 6 tahun. Oleh itu Beethoven ini sentiasa berfikir bahawa beliau adalah lebih muda
daripada yang sebenarnya.
Guru komposisi pertama Beethoven adalah Christian Gottlob Neefe (1748-1798). Neefe
dapat melihat bakat muzik yang tinggi pada Beethoven dan mengajar Beethoven
memainkan komposisi-komposisi milik Bach dan cara menambah baik, dia juga
membantu Beethoven menerbitkan karya pertamanya (1783). Dalam sebuah majalah
muzik, Neefe menulis bahawa Beethoven adalah 'Mozart' yang kedua seandainya ia
meneruskan kariernya.

HBMS 4103
Putera Bonn, Franz Xaver Stelker memberi peluang kepada Beethoven sebagai wakil
Neefe dalam memainkanmain organ dan harpsikord. Pada 1783, Beethoven menerbitkan
tiga sonata yang didekasikan kepada Putera Franz, tapi oleh kerana beliau tidak
mendapat gaji dari pekerjaannya ini, Beethoven meminta untuk menjadi wakil Neefe
secara rasmi. Permohonan ini diterima pada tahun 1784. Pada 1785, Beethoven
menggubah tiga trio piano untuk putera tersebut, namun karya ini tak diterbitkan
sehingga Beethoven meninggal. Pada masa yang sama, Beethoven mempelajari muzik
dengan Franz Ries.
Dalam tahun 1787, beliau telah berkunjung ke Vienna dan telah diperkenalkan kepada
Mozart tetapi perjumpaan keduanya berlangsung dalam masa yang agak singkat.
Walaupun begitu Mozart sangat kagum dengan Beethoven dan dia menyatakan bahawa
Beethoven boleh menjadi seorang pemuzik yang ternama pada masa akan datang.
Lawatan Beethoven ke Vienna hanya sekejab sahaja kerana beliau telah kehabisan wang,
selain daripada itu beliau juga dipanggil untuk pulang ke Bonn kerana ibunya sakit teruk
akibat batuk kering, yang kemudiannya meragut nyawa ibu beliau pada 17 Julai 1787.
Beethoven terbeban kerana terpaksa mengurus kedua-dua adik belia yang masih kecil.
Oleh kerana ayahnya seorang pemabuk dan suka membazirkan wang untuk alkohol,
Beethoven meminta agar gaji ayahnya diberikan kepadanya. Beethoven mendapat
pendapatan tetap dengan memberi latihan piano kepada keluarga bangsawan.
Dalam tahun 1792, Joseph Haydn singgah di Vienna untuk sementara semasa
perjalanannya menuju ke London. Putera Waldstein pada ketika itu merupakan salah
seorang teman rapat Beethoven berjaya memujuk Putera Franz untuk membiayai
perjalanan Beethoven menuju Vienna untuk mempelajari muzik dengan Haydn.
Pembelajaran Beethoven dengan Haydn tidak berjalan dengan lancar. Haydn memang
seorang guru yang mesra dan baik namun beliau tidak memberi banyak perhatian dan
tidak membetulkan tugas Beethoven dengan teliti. Haydn menghargai Beethoven walau
dia kurang faham idea-idea muzik. Pada masa yang sama tanpa pengetahuan Haydn
7

HBMS 4103
Bethoven mempelajari muzik dengan Johann Schenk. Putera Franz kemudiannya
memanggil Beethoven pulang ke Bonn tetapi Beethoven memilih untuk tinggal di Vienna
dan berkarier di sana sampai ia meninggal.
Semasa Haydn ke London pada awal 1794, Beethoven mempelajari muzik dengan
Johann Georg Alberchtsberger dan Antonio Salieri. Beethoven memulakan kariernya di
Vienna sebagai pemain piano. Pada Mac 1795, Beethoven membawakan Piano Concerto
in Bb Major, Op. 19, dia juga mengadakan lawatan ke Prague, Dresden, Leipzig, dan
Berlin pada 1796.
Pada pertengahan tahun 1801, Beethoven menyedari bahawa daya pendengarannya mulai
berkurangan akibat otoslerosis. Sebuah surat telah ditemui di sebuah rumah Beethoven di
Heiligenstadt berhampiran Vienna yang dikenali sebagai 'Warisan Heiligenstadt'
mengandungi luahan kesedihan Beethoven kerana penyakit yang dialaminya.
Kesedihannya memang wajar kerana pada saat itu Beethoven sedang dalam puncak
kerjayanya. Kerana penyakit ini, Beethoven menjadi tertekan dan dia menjadi semakin
rendah diri dalam pergaulan sosial. Salah satu alasan lain kesedihan Beethoven adalah
kerana beliau tidak mempunyai pasangan hidup. Ramai wanita bangsawan yang beliau
cintai namun beliau hanya bertepuk sebelah tangan.
Dalam tahun 1802 menyaksikan Beethoven keluar dari kemuramannya dan kembali aktif
dalam muzik. Pada 1803 beliau membuat pementasan "Piano Concerto in Eb Major, Op.
37" dan tampil sebagai pemain solo. Pada tahun yang sama juga Beethoven bermain
Violin Sonata Op. 47 miliknya dengan violinis virtuoso George Polgreen Bridgetower
(1799-1860) dan mempersembahkan karya tersebut dihadapan Rudolph Kreutzer.
Ludwig van Beethoven mulai pekak sepenuhnya pada umur 42 tahun, tetapi ajaibnya
pada ketika ini beliau telah dapat mencipta banyak hasil karya yang teragung.

HBMS 4103
Beethoven meninggal dunia pada 26 Mac, 1827, pada usia 56. Bedah siasat mendedahkan
punca kematian beliau adalah sirosis selepas hepatitis hati. Bedah siasat itu juga
mendapat sebab mengapa beliau mengalami pekak.
Beethoven telah menulis sembilan simfoni, sembilan concertos, dan pelbagai muzik
orkestra yang lain, daripada rundingan dan muzik sampingan untuk teater dan untuk
pelbagai kerja-kerja lain (sekali-sekala), yang ditulis untuk suatu masa tertentu. Daripada
concertos, tujuh adalah diketahui secara meluas (satu concerto biola, lima concertos
piano, dan satu concerto tiga untuk biola, piano, dan selo); dua yang lain adalah concerto
tidak diterbitkan awal piano concerto (Woo 4) dan susunan yang Violin Concerto untuk
piano dan orkestra (Opus 61A).
3.1. Hasil karya Ludwig van Beethoven
Muzik Orkestra
Symphony:

Opus 21: Symphony No. 1 in C major (digubah 17991800, dipersembahkan

1800)
Opus 36: Symphony No. 2 in D major (digubah 180102, dipersembahkan 1803)
Opus 55: Symphony No. 3 in E-flat major ("Eroica") (digubah 1803/04,

dipersembahkan 1805)
Opus 60: Symphony No. 4 in B-flat major (digubah 1806, dipersembahkan 1807)
Opus 67: Symphony No. 5 in C minor (digubah 180408, dipersembahkan 1808)
Opus 68: Symphony No. 6 in F major ("Pastoral") (digubah 180408,

dipersembahkan 1808)
Opus 92: Symphony No. 7 in A major (digubah 181112, dipersembahkan 1813)
Opus 93: Symphony No. 8 in F major (digubah 1812, dipersembahkan 1814)
Opus 125: Symphony No. 9 in D minor ("Choral") (digubah 181724,
dipersembahkan 1824)

Concertos:

WoO 4: Piano Concerto No. 0 in E-flat major (1784)


9

HBMS 4103

Opus 19: Piano Concerto No. 2 in B-flat major (dua pergerakan pertama digubah

17871789, akhir digubah in 1795)


Opus 15: Piano Concerto No. 1 in C major (digubah 179697)
Opus 37: Piano Concerto No. 3 in C minor (digubah 180001)
Opus 56: Triple Concerto for violin, cello, and piano in C major (1803)
Opus 58: Piano Concerto No. 4 in G major (digubah 180506)
Opus 61: Violin Concerto in D major (1806)
Opus 61a: Beethoven's arrangement of Opus 61 for piano
Opus 73: Piano Concerto No. 5 in E-flat major ("Emperor") (digubah 180910)
Hess 13: Romance in E minor for 3 soloists and orchestra
Hess 15: Piano Concerto No. 6 in D major (tidak disiapkan dipersembahkan

sepenuhnya olehNicholas Cook) (1815)


Anh. 7: Piano Concerto (Allegro) in D major (17711813))

Hasil-hasil lain untuk pemain solo dan orkestra

WoO 6: Rondo for Piano and Orchestra in B-flat major (1793)


Opus 40: Romance for Violin and Orchestra No. 1 in G major (1802)
Opus 50: Romance for Violin and Orchestra No. 2 in F major (1798)
Opus 80: "Choral Fantasy" (Fantasia in C minor for piano, chorus, and orchestra)

(1808)
Hess 12: Oboe Concerto in F (fragment)

Rundingan dan muzik sampingan

Opus 43: The Creatures of Prometheus, overture and ballet music (1801)
Opus 62: Coriolan Overture (1807)
Overtures digubah for Beethoven's opera Fidelio, Op. 72:
Opus 72: Fidelio Overture (1814)
Opus 72a: Leonore Overture "No. 2" (1805)
Opus 72b: Leonore Overture "No. 3" (1806)
Opus 138: Leonore Overture "No. 1" (1807)
Opus 84: Egmont, overture and incidental music (1810)
Opus 91: Wellington's Victory ("Battle Symphony") (1813)
Opus 113: The Ruins of Athens (Die Ruinen von Athen), (1811)
Opus 117: King Stephen (Knig Stephan) (1811)
Opus 115: Zur Namensfeier (Feastday) (1815)
Opus 124: Consecration of the House (Die Weihe des Hauses) (1822)

10

HBMS 4103
Selain daripada itu beliau juga telah menghasilkan karya "Chamber music". Beethoven
menulis 16 string kuartet dan banyak lagi bentuk "Chamber music", termasuk trio piano,
string trio, dan sonata untuk biola dan cello dengan piano, dan juga kerja-kerja dengan
instrumen angin.
Beliau juga menghasilkan muzik untuk piano solo dan vokal. Salah satu lagu karya beliau
yang selalu kedengaran dan masih menjadi lagu yang sedap didengar adalah Bagatelle
No. 25 A minor (59 Woo dan Bia 515) untuk piano solo, yang dikenali sebagai "Fr
Elise" atau "Fuer Elise".

3.2. Ciri-ciri Muzik Ludwig van Beethoven


Ludwig van Beethoven umumnya dilihat sebagai salah seorang sejarah muzik klasik yang
amat berpengaruh. Semasa hayatnya beliau telah diterima umum sebagai komposer
teragung yang pernah hidup pada ketika itu. Muzik Bethoven merupakan muzik yang
sering dijadikan persembahan, dibincangkan dan dikaji. Banyak Jurnal ilmiah membuat
analisis tentang kisah hidup beliau dan hasil karya beliau. Beliau juga telah menjadi satu
subjek banyak jenis biografi dan monograf, muzik beliau adalah penggerak di sebalik
pembangunan analisis Schenkerian (Analisis Schenkerian ialah kaedah analisis muzikal
bagi muzik yg mempergunakan gaya suara berpandukan teori Heinrich Schenker 186811

HBMS 4103
1935). Beliau boleh dianggap sebagai seorang komposer yang paling penting bersamaan
dengan Bach dan Mozart dan muzik beliau adalah yang banyak direkodkan.
Salah satu ciri utama muzik Beethoven adalah kedalaman isi kandungannya yang
emosional. Dalam Appasionata, ia menyedari sepenuhnya bahawa piano adalah alat
muzik perkusi. Karya itu berakhir dengan sejumlah besar trill (ragam nada hiasan, iaitu
bermain sebuah nada dengan disertakan satu nada di bawah nada pokok secara bergilirgilir dengan kelajuan tinggi). Yang khas adalah adanya perbezaan-perbezaan yang hebat
antara pianissimo (sangat lembut) dan fortissimo. Hingga era Beethoven, kebanyakan
muzik memegang pola irama yang boleh diramal. Salah satu ciri-ciri muzik yang terkenal
dari Beethoven adalah adanya unsur kejutan.
Beethoven menulis sepuluh sonata biola, yang paling terkenal adalah Kreutzer Sonata. Di
sini biola mempunyai deklamasi perkusif. Karya ini semakin terkenal kerana Tolstoy
menulis sebuah novel berjudul The Kreutzer Sonata yang mengisahkan tentang suami
yang suka cemburu yang membunuh isterinya.
Beethoven adalah seorang pemuzik drama yang hebat, tetapi beliau jarang menulis
dengan baik untuk muzik vokal. Ia mengabaikan keterbatasan suara manusia dan
menganggap suara manusia hanya merupakan alat muzik lain. Ia sering mencipta muzik
tak bervokal.
4.0. Analisis "Beethoven's 5th Symphony"
Symphony No. 5 dalam C minor oleh Ludwig van Beethoven, Opus number 67, telah di
tulis dalam antara tahun 18041808. Menurut Robert Haven Schauffler "Ia merupakan
salah satu gubahan yang paling terkenal dalam muzik klasik, dan salah satu simfoni yang
paling kerap dimainkan". Pertama dipersembahkan di Teater Vienna an der Wien pada
tahun 1808, karya ini mencapai tahap reputasi yang luar biasa tidak lama selepas itu.
E.T.A. Hoffmann menganggap symphoni sebagai "one of the most important works of
the time" (salah satu hasil karya yang paling penting pada masa itu).

12

HBMS 4103
Karya ini bermula dengan empat not tersendiri daripada motif "pendek-pendek-pendekpanjang (short-short-short-long)" sebanyak dua kali.

Ia bermula dengan dua frasa fortissimo dramatik, motif yang terkenal bagi menarik
perhatian pendengar. Beethoven memulakan dengan not yang kelapan(eight notes). Ianya
berbunyi dengan empat campur empat dan setiap empat kumpulan terdiri daripada tiga
not yang pendek dan di tambah dengan not rendah dan bunyi yang lebih panjang (ta-ta-tataaaaaa).
Apa yang membuat pembukaan ini begitu dramatik adalah keganasan kontras antara
kesegeraan dalam nota kelapan dan pembekuan menyenangkan gerakan dalam not
panjang.
Susulan empat bar yang pertama, Beethoven menggunakan imitasi dan urutan untuk
mengembangkan temanya, Imitasi ini bergerak diatas satu sama lain dengan kekerapan
yang berirama seperti yang mereka muncul untuk membentuk satu, melodi mengalir.
Kemudian, fortissimo bridge yang sangat pendek, dimainkan oleh "horns", ianya berlaku
sebelum tema kedua dimainkan.
Lagu ini bermula dengan kekerasan dan kemudian terhenti secara tiba-tiba. Lagu tersebut
melakar ke kaden tidak lengkap (Imperfect Cadence) dalam kord G major, pendek dan
tajam dalam keseluruhan orkestra, kecuali pada violin pertama yang tergantung pada not
C yang tinggi. Bila saja muzik diteruskan, kita boleh mendengar melodi bagi tema kedua.

13

HBMS 4103
Tema kedua adalah dalam E flat major, relatif major, dan ia lirikal, piano memaparkan
motif empat-nota dalam iringan string. Codetta ini sekali lagi berdasarkan motif empat
not. Semasa rekapitulasi itu, terdapat satu petikan solo ringkas untuk oboe dalam gaya
yang seakan-improvisatory, dan pergerakan yang berakhir dengan coda.massive secara
besar-besaran.
Pada bar yang keenam dalam skor muzik lagu ini kita boleh mendengar bunyi yang amat
halus dan menyenangkan iaitu pada minit yang ke 00:07 dalam video iaitu pada bar yang
ke 21 iaitu minit yang ke 00:17 lagu terhenti dan kemudian bar 22 mengulangi frasa bar 1
hingga bar 4 pada minit ke 00:17 dalam video lagu. Muzik mulai menaik pada bar yang
ke 38 iaitu pada minit ke 00:29. dan senyap pada bar ke 59 dan diteruskan dengan Oboe
pada bar yang ke 60 (minit 00:43) selepas rehat pendek.
Bar yang ke 63 (minit 00:44) dapat kita dengar perubahan bentuk muzik yang
mempunyai tekanan kekerasan kepada kelembutan. Kemudian muzik berubah lagi
kepada bentuk rancak dan ceria pada bar ke 96 (minit 01:04). Pada bar 123 tiada sebarang
bunyi (mute) dan bermula kembali mengulangi frasa bar 1 hingga bar 4 pada bar 126
iaitu pada minit 01:21 dalam video.

5.0. Kesimpulan
Secara keseluruhannya, "Beethoven's 5th Symphony" merupakan sebuah karya yang
sangat menarik dan unik kerana terdapat elemen-elemen kejutan, semangat dan romantik
dapat kita dengar dan kadang-kadang kita beranggapan bahawa lagu telah tamat tetapi
ianya diteruskan dengan satu lagi kejutan. Bersesuian dengan Bethoven yang berada
diantara zaman peralihan antara era "Classical" dan era "Romantic" menjadikan beliau
seorang komposer yang terunggul. Walaupun pada ketika itu beliau pekak tetapi beliau
masih dapat mencipta lagu yang sangat baik setanding dengan komposer-komposer lain
seperti Bach dan Mozart.

14

HBMS 4103

(3430 Patah Perkataan)

RUJUKAN
J.S. Smith and B. Carlson. 1978. The Gift of Music. Wheaton: Crossway Books
Krause, Bernie. (2012). The Great Animal Orchestra: Finding the Origins of Music in
the World's Wild Places, Little Brown/Hachette, New York.
Rosen, Charles (1971). The Classical Style: Haydn, Mozart, Beethoven. London: Faber &
Faber. ISBN 0-393-31712-9
Schauffler, Robert Haven (1933). Beethoven: The Man Who Freed Music. Garden City,
New York: Doubleday, Doran, & Company. p. 211.
Wallin, Nils Lennart; Steven Brown, Bjrn Merker (2001). The Origins of Music.
Cambridge: MIT Press. ISBN 0-262-73143-6.
15

HBMS 4103
Classical Music
http://en.wikipedia.org/wiki/Classical_music
Ludwig van Beethoven
http://en.wikipedia.org/wiki/Ludwig_van_Beethoven

16

Anda mungkin juga menyukai