Anda di halaman 1dari 21

HBAE 3103

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEPTEMBER /2014

HBAE 3103
KRAF TRADISIONAL

NAMA

: WAN MAZLAN BIN WAN CHIK

NO. MATRIKULASI

: 641229025119001

NO. KAD PENGENALAN

: 641229025119

NO. TELEFON

: 0127162061

E-MEL

: wmazlan@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

: KELANTAN LEARNING CENTER

HBAE 3103

HBAE 3103
MUKA
SURAT

ISI KANDUNGAN
1.0.

2.0.

PENGENALAN

1-2

1.1.

DEFINISI KRAF TRADISIONAL

2-3

1.2.

LATAR BELAKANG KRAF TRADISIONAL

1.3.

ASAL USUL SEJARAH KRAF

MOTIF RAGAM HIAS


2.1.

BATIK
2.1.1. GARAPAN IDEA MOTIF DAN CORAK DALAM

SENI UKIRAN KAYU


2.2.1. GARAPAN IDEA MOTIF DAN CORAK DALAM
UKIRAN MELAYU
2.2.2. ANALISIS MENGENAI CONTOH UKIRAN

2.3.

MELAYU YANG BERKONSEPKAN KESENIAN ISLAM


SENI ANYAMAN MELAYU
2.3.1. GARAPAN IDEA MOTIF DAN CORAK DALAM
ANYAMAN MELAYU
2.3.2. ANALISIS MENGENAI SENI ANYAMAN MELAYU

2.4.

SENI TEMBIKAR
2.4.1. GARAPAN IDEA MOTIF DAN CORAK DALAM
SENI TEMBIKAR
2.4.1. GARAPAN IDEA MOTIF DAN CORAK DALAM

3.0.

3-4
4

BATIK MELAYU
2.1.2. ANALISIS MENGENAI CONTOH BATIK LUKIS
2.2.

SENI TEMBIKAR
KESIMPULAN

4-7
6-7
7-8
8-9
9
10 - 11
11 - 12
12
13
14 - 15
14
16
17
18

RUJUKAN

HBAE 3103
1.0. PENGENALAN
Kesenian menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun
temurun lagi. Dengan adanya kesenian seperti ini identiti masyarakat Melayu lebih
terserlah dan dikenali ramai. Warisan seni tradisional di kalangan orang Melayu
disampaikan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi. Individu yang menghasilkan
kraf ini mempunyai ruang untuk menggalakan kreativiti dan mempertahankan nilai-nilai
estetik karya seni tersebut.
Kita sering mendengar istilah kraf dimedia dan ianya sering jadi sebutan oleh
pengiat-pengiat seni. Selain daripada itu seni kraf tangan dan kraf tradisional juga
merupakan salah satu bidang dalam matapelajaran dunia seni visual. Walaupun seni kraf
tradisional sering dapat kita dengari atau dibaca tetapi tidak semua dari kita memahami
secara terperinci maksud sebenar kraf tradisional ini.
Kraf tradisional merupakan hasil seni warisan yang diperturunkan dari generasi ke
generasi dan ia merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita satu
masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini jelas
tercermin melalui bentuk, gaya sifat, garis, gerak dan warnanya.
Menurut Modul OUM HBAE3103:
Kraf tradisional adalah warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita
suatu ketika dahulu. Kraf tradisional yang dihasilkan kaya dengan unsur-unsur budaya
yang dapat dilihat melalui bentuk, gaya, sifat, garis, gerak dan warnanya.
Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah
dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik
hati. Penciptaan kraftangan itu memerlukan keahlian dan kecekapan dalam penggunaan
bahan-bahan asas yang teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan
itu tercipta. Proses penciptaan kraftangan tersebut memerlukan daya estetika demi untuk
memberikan rekabentuk yang indah dan menarik.
Menurut Herbert Read, dalam bukunya The Meaning of Art, seni merupakan
usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang menyenangkan. Nilai-nilai indah, tidak cantik
adalah bidang yang yang termasuk dalam seni dan nilai keindahan dalam kehidupan
manusia yang kadang-kadang lebih berpengaruh dalam bidang logik.

HBAE 3103
Drs. Sidi Gazalba dalam bukunya 'Pandangan Islam Tentang Kesenian'
menjelaskan bahawa kesenian adalah sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan
oleh sesuatu kelompok manusia kerana setiap kelompok masyarakat mempunyai fitrah
semulajadi yang cinta kepada seni yang menyenangkan hati melalui pancaindera yang
lima. Justeru itu, manusia dikatakan sebagai makhluk seni yang cinta kepada sesuatu
yang selamat, memuaskan dan memberi kepuasan melalui pancaindera.
1.1. DEFINISI KRAF TRADISIONAL
Ungkapan Keluaran Kraf Tangan membawa erti apa-apa keluaran artistik
yangmempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu
proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan dan
termasuklah apa-apa keluaran batik; dan "keluaran batik" ertinya apa-apa barang, walau
bagaimanapundihasilkan, yang mempunyai rekabentuk batik pada atau di mana-mana
bahagiannya.
(Sumber: Akta 222-Akta perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979)
Maksud Kraf menurut kamus Dewan Edisi Keempat;
1. Perusahaan (kerja, seni, dsb) yg memerlukan kemahiran terutamanya
kemahiran

menggunakan tangan: projek ini diyakini akan memanfaatkan pencipta,

peminat, pereka bentuk, penyelidik, penuntut, dan pelawat


2. Yang memerlukan (dihasilkan dgn) kemahiran terutamanya kemahiran
menggunakan tangan: barangan tempatan; industri Malaysia.
Maksud Kraf menurut kamus Dewan Edisi Keempat;
Berkaitan dgn, bersifat, atau mengikut tradisi: dlm kesusasteraan lama gaya
bahasa dan teknik bercorak; masyarakat yg mengamalkan cara hidup yg turun-temurun;
ketradisionalan keadaan atau sifat yg tradisional: ~nya itulah yg dipuji dan dipuja oleh
orang asing.
Dengan itu

perkataan Kraf adalah barangan yang dihasilkan dengan

menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau
peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusahapengusaha.

HBAE 3103
Tradisional pula didefinisikan sebagai tradisi yang diturunkan dari satu generasi
ke satu generasi.
Seterusnya Kraf Tradisional membawa maksud satu aktiviti yang memerlukan
kemahiran dalam menggunakan tangan yang diperturunkan dari satu generasi ke satu
generasi seperti membuat tembikar, batik, ukiran, tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing,
perhiasan diri dan lain-lain lagi.
1.2. LATAR BELAKANG KRAF TRADISIONAL
Perbezaan dalam menggarap, mentafsir dan memberikan sesuatu kepuasaan dalam
pembuatan kesenian telah menambahkan lagi kepelbagaian dalam hasil seni. Hasil-hasil
seni ini merupakan sebahagian daripada kehidupan pencipta atau pereka dan barkait rapat
dengan kehidupan harian mereka.
Pada hasil ciptaan seni kraf Melayu kita dapat melihat dengan jelas terdapat
pengaruh islam dalam penghasilannya. Penggunaan ragam hias dan motif dalam sesuatu
penghasilan kraf Melayu jelas menunjukkan ciri-ciri keislaman.
Kesenian dan keaslian ragam hias yang terdapat dalam kraf tradisional tidak
berubah dan tetap kekal dari dahulu hingga kini walaupun negara telah pernah dijajah
oleh kuasa asing. Justeru itu kraf tangan ini melambangkan jati diri bangsa Melayu
kerana kraf itu masih ada lagi sehingga kini. Inilah warisan yang perlu diteruskan oleh
generasi masa kini.
1.3. ASAL USUL SEJARAH KRAF
Kraf tradisonal yang terdapat di negara ini seperti batik, ukiran dan sebagainya
adalah merupakan warisan negara yang telah diperturunkan oleh nenek moyang kita sejak
dahulu kala lagi, dari generasi ke satu generasi sehingga kini. Setiap hasil kraf ini
berfungsi dalam kehidupan harian yang dipengaruhi oleh iklim, lokasi, kepercayaan,
pekerjaan, bahan keperluan, kemudahan serra hubungkait dengan masyarakat, seperti;

Alat mempertahankan diri seperti keris yang memang dijadikan senjata untuk
mempertahankan diri ketika diserang musuh oleh orang-orang terdahulu.

Alat perhiasan iaitu tepak sirih digunakan sebagai adat untuk menyambut tetamu.
Kini pula digunakan untuk upacara merisik, bertunang dan nikah.
3

HBAE 3103

Alat muzik seperti gendang merupakan alat yang menjadi hiburan masyarakat
Malaysia pada zaman dahulu. Gendang berfungsi dalam dalam meraikan majlis
keramaian dan juga bertujuan untuk menghiburkan suasana sesuatu upacara atau
perayaan.

Alat rekreasi pada zaman dahulu dijadikan sebagai sumber untuk bersosial iaitu
untuk

menghubungkan masyarakat. Alat permainan seperti bola raga yang

terdapat unsur anyaman kerap dimainkan masyarakat ketika itu. Selain itu Wau
Bulan yang terkenal di negeri Kelantan dan Wau Burung di negeri Terengganu
juga turut merupakan antara alat permainan masyarakat zaman dahulu.

Alat upacara keagamaan kraf tradisional juga turur diguna pakai pada zaman
dahulu. Ada acara keagamaan ada yang menggunakan patung atau boneka untuk
dipuja sebagai dijadikan sebagai menjaga keamanan setempat. Selain itu wayang
kulit

dijadikan acara persembahan dalam sesebuah majlis untuk menghiburkan

masyarakat.
2.0. MOTIF RAGAM HIAS
Setiap hasil kraf mempunyai keunikannya yang tersendiri. Penghasilan kraf ini
disesuaikan dengan bahan tertentu. Penghasilan menggunakan buluh, nipah dan daun
pandan menunjukkan keunikannya. Begitu juga dengan penciptaan ragam hias dan ragam
bentuk yang mempunyai bentuk geometri. Contohnya pada anyaman tikar mengkuang
dan pandan. Penghasilan jalur-jalur dan garisan panjang merupakan identiti atau ciri dan
dijadikan satu teknik dalam penghasilan tikar. Penghasilan keris melambangkan
kepahlawanan Melayu.
2.1. BATIK
Batik adalah merupakan salah satu kraf

tradisional. Batik merupakan kraf

tradisional yang unik dan terkenal di Asia atau Gugusan Kepulauan Melayu. Keindahan
coraknya mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang tinggi.
Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke
15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada

HBAE 3103
masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi
kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden.
Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun
1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang
bermaksud menitik atau menulis titik-titik.
Di Tanah Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan
sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak
terdapat di Kelantan dan Terengganu.
Teknik membatik telah dikenali sejak ribuan tahun yang silam. Tiada keterangan
sejarah yang cukup jelas tentang asal usul batik. Ada yang menduga teknik ini berasal
dari bangsa Sumeria, kemudian dikembangkan di Jawa setelah dibawa oleh para
pedagang India. Saat ini batik bisa ditemukan di banyak negara seperti Indonesia,
Malaysia, Thailand, India, Sri Lanka, dan Iran. Selain di Asia, batik juga sangat populer
di beberapa negara di benua Afrika. Walaupun demikian, batik yang sangat terkenal di
dunia adalah batik yang berasal dari Indonesia terutamanya dari Jawa.
Unsur flora yang terdiri daripada motif seperti bunga, kudup, putik, akar menjalar,
daun, ranting dan pucuk digunakan untuk menghias kain batik ela. Setiap motif ini
mempuyai motif yang tersendiri dihiasi pada kain batik. Contohnya pada kepala kain
motif pucuk rebung digunakan selain itu reka corak digubah bukan secara realistik tetapi
campuran gaya organik dan geometri.
Unsur

fauna

seperti

motif

rama-rama,

kumbang,

burung,

ayam

dan

sebagainya.Tapi unsur ini kurang digunakan kena berkaitan dengan pegangan agama
Islam masyarakat. Unsur geometri seperti susunan garis-garis halus, kisi-kisi,
cengkerang, bentuk bujur, jalur dan sebagainya.Unsur ini seringkali digabungankan
dengan unsur flora dan mendapat permintaan di kalangan peminat batik. Di Malaysia,
terdapat beberapa jenis batik yang dihasilkan di sini, antaranya ialah;
A. BATIK BLOK
Teknik pembuatan ini adalah terawal digunakan oleh masyarakat kita. Blok yang
digunakan diperbuat daripada kayu atau logam yang diukir dengan motif tertentu dan
sesuai

bagi mengecap kain

yang dikenali sebagi batik blok atau cop. Kain yang


5

HBAE 3103
digunakan terdiri daripada kain kapas, kain sutera dan organza yang kini menjadi satu
jenama fesyen dan digemari rakyat Malaysia bahkan luar negara. Selain daripada
pakaian, batik blok juga boleh dijadikan sebagai hiasan rumah yang menarik.
B. BATIK CANTING ATAU BATIK LUKIS
Batik canting juga digelar sebagai batik lukis. Ia memerlukan kemahiran proses
yang tinggi untuk menghasilkan motif dan corak yang tertentu di atas sehelai kain putih
yang diregang pada menggunakan pemidang. Ini kerana, pembuat batik memerlukan lilin
cair untuk diterapkan di atas lakaran pada kain dengan menggunakan satu canting khas.
Proses mencanting memerlukan ketelitian dan kesabaran kepada pembuatnya. Kemudian,
ia diwarna mengikut kesesuaian reka corak. Reka corak dan warna yang indah bukan
sahaja menjadi tarikan dari segi fesyen pakaian malahan turut dijadikan sebagai alat
perhiasan dan kelengkapan rumah serta cenderamata. Kain yang digunakan untuk batik
canting terdiri daripada kain sutera, organza, rayon, voile dan kain kapas.
C. BATIK SKRIN
Batik skrin adalah batik stensil atau batik sutera saring yang mana ia
menggunakan teknik lakaran corak dan terapan warna dibuat di atas skrin yang dhasilkan
dari poliester dan diregang di atas pemidang. Motif dilukis di atas skrin yang telah
ditetapkan ukurannya. Selalunya, beberapa keping pemidang dengan reka corak yang
berlainan disediakan. Ini disebabkan satu pemidang boleh disapukan satu warna sahaja.
Skrin akan dilekapkan di atas sehelai kain putih bagi melakukan proses penwarnaan dan
ia dilakukan beberapa kali bagi melengkapkan corak dan warna sehelai kain batik.
2.1.1. GARAPAN IDEA MOTIF DAN CORAK DALAM BATIK MELAYU
Dalam menghasilkan batik, pemilihan motif dan reka corak adalah kemahiran
sesuatu amat diperlukan. Seorang pembuat batik perlu mempunyai kemahiran yang tinggi
dalam bidangnya. Bagaimana seseorang itu menggarap motif yang kreatif dan indah lalu
diterjemahkan kepada sehelai kain polos yang berwarna putih. Proses penggarapan motif
selalunya adalah berasakan sumber alam sekeliling seperti motif flora, arabes geometri,
fauna, benda buatan manusia, atau motif isen. Di pantai timur seperti Kelantan dan
6

HBAE 3103
Terengganu amat terkenal dengan penghasilan batik yang halus dan ekslusif. Unsur-unsur
motif yang dipilih selalunya berasaskan hidupan alam seperti tumbuh-tumbuhan, bungabungaan, subjek yang berkaiatan dengan pantai dan laut dan motif isen yang terdiri
daripada sisik, mata dara, poleng, dan lain-lain lagi. Pereka batik terdahulu selalunya
melihat sesuatu objek yang berada disekeliling mereka itu mempunyai keistimewaan dan
menggubahkan serta menjadikan ia sebagai motif yang tersirat di dalam batik yang
dihasilkan. Contohnya sisik ikan yang digubah menjadi corak yang menarik dalam batik.
Begitu juga paku-pakis, pucuk rebung, bunga raya, dan sebagainya yang banyak di dapati
di kawasan itu menjadi sumber inspirasi dan motif popular kepada para pembuat batik.
2.1.2. ANALISIS MENGENAI CONTOH BATIK LUKIS

Rajah 1
Kain batik canting atau batik lukis keluaran Batik Eksklusif Kelantan
Motif yang dihasilkan pada gambar di atas adalah bermotifkan flora Bunga dan
daun disusun indah secara menegak dan dihiasi dengan tataran warna yang ceria
melambangkan keceriaan pada hasil lukisan. susunan motif ini menterjemahkan
imaginasi pembuat batik melalui motif-motif yang
7

dipilih untuk menggambarkan

HBAE 3103
bahawa betapa indahnya objek ciptaan Allah. Ton warna yang digunakan agak
menceriakankan dan melambangkan kepercayaan pada diri si pemakai. Gabungan warna
yang terang dan harmoni dapat menarik mata orang yang memandang. Dari konsep sains
pula, tumbuhan memberi banyak faedah kepada manusia dengan menghasilkan oksigen
untuk keperluan pernafasan setiap makluk yang hidup di muka bumi ini serta ia dapat
mengindahkan rumah kediaman atau baik untuk penglihatan manusia dan memberi
ketenangan pada jiwa manusia. Keseniaan seperti inilah yang dituntut dalam Islam.
2.2. SENI UKIRAN KAYU
Adalah amat sukar untuk untuk mengetahui sejarah awal ukiran kayu. Namun
demikian terdapat berbagai penemuan oleh ahli arkeologi bahawa terdapat seni ini di
zaman batu Neolitik di Asia Tenggara. Ini menunjukkan terdapatnya pengukir-pengukir
handal telah wujud di zaman dahulu. Ianya terbukti dengan terdapatnya ukiran pada
belanga, gelang, kendi dan pinggan mangkuk. Sejarah awal mengenai ukiran kayu di
negara ini dapat diketahui apabila kita membaca buku Sejarah Melayu atau Sulalatus
Salatin. Buku yang dikarang oleh Tun Sri Lanang itu ditulis pada abad ke-17. Dalam
tulisan Tun Sri Lanang, tercatat keindahan seni bina istana Sultan Mansur Syah yang
memerintah Melaka pada tahun 1459 hingga tahun 1477. Istana berukir indah itu digelar
oleh rakyat Melaka sebagai Istana Hawa Nafsu.
Seni ukir di negara ini telah pun berkembang lebih awal lagi daripada catatan Tun
Sri Lanang, namun tidak ada catatan mengenainya. Satu lagi catatan silam mengenai seni
bina ialah Hikayat Misa Melayu. Dalam hikayat itu digambarkan mengenai seni ukir di
istana yang terletak di Pulau Indera Sakti, sebuah tempat di Kuala Sungai Kinta, Perak
Darul Ridzuan semasa pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain (1756 - 1780).
Kelantan, Terengganu dan Pahang dan Kedah adalah negeri yang mempunyai
pengukir mahir dari turun temurun lagi. Dikatakan bahawa kebanyakan ukiran kayu
adalah terpengaruh dengan motif ukiran negara Siam, kerana pada suatu masa dahulu
negeri ni di bawah pengaruh Siam. Ini adalah berdasarkan corak ukiran masjid, wakaf,
istana dan rumah-rumah lama banyak persamaan dengan seni ukir negeri Siam. Tidak
menghairankan kalau dikatakan bahawa seni ukir di negara ini telah didatangi dari selatan
negeri Thailand iaitu Patani.
8

HBAE 3103
Ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung. Sejarah seni ukir
di Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan-catatan sejarah iaitu dalam Sejarah
Melayu di mana dikatakan seni ukiran Melayu tradisi telah ada sejak lebih 500 tahun
dahulu. Pada ketika itu, orang-orang Melayu sudah memberi perhatian yang istimewa
terhadap seni ukiran pada bangunan seperti istana dan rumah kediaman. Ianya juga
adalah satu hasil kreativiti masyarakat Melayu yang mengagumkan. Ukiran ini kerap kita
lihat pada tangga rumah Melayu, kisi-kisi rumah, masjid, istana, rumah makam, rumah
kediaman, kepala sampan, perabot rumah dan barangan hiasan dan keperluan harian
seperti bingkai jam, bingkai cermin, bingkai gambar, katil dan sebagainya. Namun di
Malaysia, ukiran bukan sahaja dihasilkan oleh orang Melayu malahan, suku kaum di
Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Teknik ukiran yang dihasilkan adalah
hampir sama, tetapi motif yang dipilih mungkin agak berbeza. Ukiran bermaksud
mengukir sesuatu bahan, contohnya kayu menggunakan alat mengukir seperti pisau wali,
carving tool(Khairuddin Talib: 2011).
2.2.1. GARAPAN IDEA MOTIF DAN CORAK DALAM UKIRAN MELAYU
Dalam ukiran tradisional melayu, terdapat pelbagai motif yang dipilih untuk
menghasilkan ukiran, iaitu motif flora, motif fauna, Arabes, motif angkasa atau kosmos,
motif geometri dan motif seni khat atau kaligrafi yang menggunakan huruf Arab. Proses
menggarap idea adalah berunsurkan objek disekeliling mereka seperti bunga teratai, daun
keladi, itik pulang petang, motif awan larat yang terdiri daripada bintang, matahari, bulan
dan bukit bukau, bentuk bulatan, segitiga serta tulisan ayat Al Quran. Kebanyakannya
ukiran yang dihasilkan oleh pengukir melayu akan melambangkan budaya Melayu itu
sendiri yang bernaungkan agama Islam. Dikebanyakan rumah orang-orang Melayu, ciriciri Islam agak terserlah dengan ukiran khat pada ambang pintu rumah, tingkap, bingkai
cermin, bingkai jam serta alat keagamaan seperti rehal. Masjid atau surau juga sering kita
dapati melihat ayat-ayat Al Quran di ukir di kayu dan diletakkan di dinding serta ukiran
motif pelbagai diukir pada mimbar masjid atau surau.

HBAE 3103
2.2.2. ANALISIS MENGENAI CONTOH UKIRAN MELAYU YANG
BERKONSEPKAN KESENIAN ISLAM

Foto di ambil di Masjid Pekan Jerteh Terengganu


Ukiran pada daun pintu di atas dinamakan sebagai ukiran tebukan timbul. Idea
motif adalah dari motif flora. Corak disusun dengan indah dan teratur menunjukkan
bahawa motif yang dipilih menggambarkan bahawa pengukir cuba melihat dunia ciptaan
Allah yang luas ini dan menterjemahkannya dengan cara tersendiri. Manakala pada atas
pintu terdapat tulisan khat dan digabungkan dengan flora. Gabungan ini menunjukkan
konsep Islam pada ukiran pada masjid tersebut. Di sini juga kita boleh menafsirkan
bahawa pengukir sebenarnya menghayati kebesaran Ilahi dan mengagumi bahawa setiap
apa yang diciptakan Allah mempunyai fungsi tersendiri. Konsep penting dalam
penghasilan seni ukiran yang bercirikan Islam kerana ia mewujudkan perasaan tenang,
aman dan damai di hati dan merendah diri pada Tuhan yang Esa.
Wujudnya ukiran seperti ini adalah memberi kesan keindahan yang mendekatkan
diri manusia kepada Penciptanya. Oleh itu, ukiran-ukiran dari pelbagai motif itu terjalin

10

HBAE 3103
dengan keindahan ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis dan kata-kata hikmat yang dapat
menambat hati dan perasaan manusia.. (Abdul Ghani Samsudin etal 2001).
Budaya Melayu sendiri juga mengajar anak-anak agar mencintai ayat-ayat Allah
dan sentiasa menyemaikan jiwa dengan iman melalui penghayatan kepada agama Islam.
2.3. SENI ANYAMAN MELAYU
Seni anyaman ialah milik masyarakat Melayu yang masih dikagumi dan digemari
sehingga hari ini. Kegiatan seni anyaman ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi. Ini
boleh dilihat pada rumah-rumah masyarakat zaman dahulu di mana dinding rumah
mereka dianyam dengan buluh dan kehalusan seni anyaman itu masih bertahan sehingga
ke hari ini. Rumah yang berdinding dan beratapkan nipah tidak panas kerana lapisan daun
nipah yang tebal menebat pengaliran haba.
Seni anyaman mengkuang dan pandan sering juga disebut sebagai seni miskin
kerana dilaksanakan penduduk kampung semata-mata untuk memenuhi keperluan harian
mereka. Walau bagaimanapun, sehingga kini beberapa negeri di Malaysia masih terus
aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila,
Dungun, Kampung Ru Renggoh, Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri
Terengganu. Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak,
Sabah dan Pulau Pinang juga tidak ketinggalan. Dengan adanya seni anyaman seperti ini,
identiti masyarakat Melayu Pulau Pinang lebih terserlah dan dikenali ramai. Seni harus
dikaitkan sebagai daya kreativiti dan estetika, seperti kata Siti Zainon (233:1986)
Petikan dari blog http://penangmalays.usm.my.
Terdapat beberapa jenis anyaman kaum Melayu seperti, anyaman kelarai,
anyaman biasa dan anyaman sulaman. Menganyam merupakan proses menjalin jaluran
daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka
bentuk kraftangan dihasilkan melalui anyaman demi untuk mencipta sesuatu alat
keperluan harian contohnya menghasilkan topi, tudung saji, bakul dan mengayam tikar
untuk mengalas tempat duduk. Anyaman telah pun berkembang sejak berkurun lamanya
dan ianya tidak mempunyai pengaruh dari luar. Pada masa dahulu , aktiviti anyaman ini
dikatakan dilakukan oleh kaum wanita untuk mengisi masa lapang dan bukan sebagai
mata pencarian utama. Malah, kini hasil seni anyaman tidak lagi terhad kepada bentuk
11

HBAE 3103
tradisional malahan reka bentuk baru dari segi rupa, warna dan corak, teknik dan bahan,
seringkali diubahsuai mengikut citarasa pengguna.
2.3.1. GARAPAN IDEA MOTIF DAN CORAK DALAM ANYAMAN MELAYU.
Seringkali kita dapat lihat motif anyaman terdiri daripada tumbuhan, nama
manusia, haiwan dan abstrak. Namun begitu, corak yang dihasilkan bukanlah berbentuk
figura manusia ataupun haiwan, tetapi hanya sebagai nama kepada corak yang dicipta.
Contohnya kelarai Mak Mek, Kelarai Cik Kedah ketapang, kelarai Jari Kedidi, Kelarai
Tapak Anjing, kelarai Mata Ketitir adalah sebahagian nama-nama haiwan dan manusia
dalam anyaman manakala kelarai daripada tumbuhan pula terdiri daripada Kelarai
Tampuk Manggis, Kelarai Bunga Cengkih, Kelarai Bunga Cina dan lain-lain.
Contoh Kelarai seperti gambarajah di bawah:

12

HBAE 3103
2.3.2. ANALISIS MENGENAI SENI ANYAMAN MELAYU

Foto Anyaman Tikar Kelarai Pucuk Jala (Foto dipetik dari Blog Work of Art:
http://intan-hmd.blogspot.com/)
Anyaman di atas bermotifkan Kelarai Tampuk Jantung. Motif yang dipilih adalah
berunsurkan tumbuh-tumbuhan dan geometri yang dikenali sebagai motif arabes. Motif
ini banyak digunakan oleh seniman dan tokoh-tokoh seni Islam kerana bentuknya yang
digarap mudah dan indah.
Motif-motif ini saling berkait antara budaya Melayu dengan kesenian Islam.
Bentuk-bentuk anyaman dibuat didasarkan kepada fungsinya. Misalnya bagi masyarakat
petani atau nelayan, kerja-kerja anyaman dibentuk menjadi bakul, topi, tudung saji, tikar
dan aneka rupa bentuk yang digunakan sehari-harian. Bentuk-bentuk anyaman begini
biasanya digunakan oleh masyarakat pada masa dahulu untuk mengisi atau menyimpan
bahan-bahan keperluan hidup dan kegunaan seharian. Beberapa daripada rupa bentuk ini
ialah bakul, kampit (bekas belacan), tudung saji, kembal (rombong) dan sebagainya.

13

HBAE 3103
2.4. SENI TEMBIKAR
Seni tembikar ialah hasil seni kraftangan yang dibuat dari bahan tanah liat yang
dibakar dan digilap. Rupanya dicipta berdasarkan kepada fungsi kegunaanya iaitu sebagai
bekas minuman dan menyimpan bahan-bahan makanan untuk jangka masa yang panjang.
Penciptaan tembikar telah bermula sejak zaman Neolitik lagi. Para pengkaji
mengistilahkan primitive pottery kerana rekabentuknya begitu sederhana dan dibuat
secara spontan. Pada zaman tersebut, tembikar dicipta dengan fungsinya sebagai bekas
minuman, makanan dan harta karun yang turut dikuburkan bersama-sama dengan mayat.
Pada zaman itu, tembikar diperbuat dengan bantuan batu bulat atau jalinan bakul
yang diperbuat daripada tali atau rotan sebagai acuan. Apabila kecekapan tangan ketika
membentuk telah dikuasai, tukang-tukang mula membuat dan mereka rupa yang
berbagai-bagai. Rupa bentuk tembikar dikeraskan melalui sistem semula jadi iaitu dengan
menggunakan cahaya matahari. Kemudian, membakar tembikar dengan menggunakan
unggun api untuk menjadikannya lebih keras dan kering. Tembikar-tembikar Neolitik
yang dijumpai di Mesir, Cyprus dan Crete merupakan contoh-contoh yang menarik dari
segi ragamhias. Walaupun bentuk luar masih sederhana seperti bentuk bejana atau
amphora , tetapi teknik sepuh ( glaze ) dan guris telah berkembang.
Tembikar primitif Melayu telah ditemui di gua-gua dan di tempat-tempat
penggalian di seluruh Malaysia, seperti bekas dan serpihan tembikar yang dijumpai di
Ulu Tembeling, Pahang, Bukit Tengku Lembu, Perlis dan Bukit Cuping di Gua Cha,
Kelantan. Penemuan tersebut menunjukkan perusahaan tembikar telah lama wujud di
Tanah Melayu.
Di Johor, tembikarnya bermotifkan geometri tulang ikan, tembikar bentuk
kelalang yang dijumpai di Perak dikatakan mempunyai persamaan dengan tembikar
zaman gangsa di Sumatera dan Jawa. Serpihan tembikar yang dijumpai di Melaka
memperlihatkan bentuk bekas air yang berwarna hitam coklat serta berhias dengan teknik
cetak dalaman.
Di Malaysia, terdapat beberapa pusat perusahaan tembikar. Contohnya di Kechor,
Perlis, Alor Merah, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak. Namun begitu,
Perak merupakan kawasan yang masih mempertahankan nilai pembentukan secara turun
temurun, baik dari segi proses penciptaan mahupun rekabentuk tembikar yang terkenal
14

HBAE 3103
dengan Labu Sayong. Di Perak sahaja, terdapat empat tempat yang mengusahakan
tembikar secara kecil-kecilan iaitu di Lenggong, Kerian, Sayong, Kuala Kangsar dan di
Pulau Tiga.
2.4.1. GARAPAN IDEA MOTIF DAN CORAK DALAM SENI TEMBIKAR
Tembikar tradisi Melayu digolongkan dalam earthen ware iaitu barang-barang
yang dibuat dari tanah liat dan dibakar dalam suhu rendah. Bahan asas ini terjadi daripada
proses endapan semula jadi atau bahan-bahan lain seperti daun-daun atau kayu serta
bahan-bahan alam lain yang telah reput tenggelam dan padu di perut bumi atau sungai.
Biasanya bahan-bahan alam yang terkandung di dalam tanah atau dasar sungai
dapat menentukan warna-warna tanah liat, terutamanya apabila bahan asas ini dibakar.
Tanah liat yang mengandungi bahan besi dari endapan tanah busut selalunya
menghasilkan warna merah kehitaman dan kelabu disebabkan oleh teknik pembakaran.
Tanah liat yang diambil dari kawasan yang berhampiran sungai atau di sungai akan
menghasilkan warna putih kelabu dan biru kehitaman. Tetapi umumnya, tanah liat yang
kualitinya baik berwarna kelabu perang.
Susunan ciptanya mempunyai nilai-nilai kesatuan dan harmoni dari segi
penggunaan bahan asas ataupun fungsi kegunaannya. Hasil penciptaan bersumber alam
semulajadi. Konsep susunan cipta yang sederhana, tanpa menilai dari segi ragamhias,
penciptaan tembikar telah mencapai nilai estetik.
Bentuk motif ini menggunakan teknik guris, tekat dan kelar. Bentuk dan unsur
yang sering digunakan ialah unsure geometri asli dan unsur alam. Bentuk dan unsur
geometri asli ialah susunan garis panjang, melilit pada seluruh permukaan tembikar dan
bersilang. Unsur titik memainkan peranan penting sehingga dapat dibuat bentukbentuk
yang geometri asli.
Bentuk dan unsur alam digunakan dengan mengambil idea alam daripada alam. Bentuk
motif yang dibuat ialah garis, titik, bersilang atau pangkah. Susunan unsur ini akan
menjelmakan beberapa motif tumbuhan, binatang dan unsur-unsur alam.
Berunsurkan alam semulajadi. Bentuk motif ini mempunyai kesamaan dengan ukiran
kayu terutamanya motif awan larat. Motif ini merupakan motif yang umum dalam seni
ukiran kayu.
15

HBAE 3103
2.4.2. ANALISIS MENGENAI SENI ANYAMAN MELAYU

Foto Labu Sayong dari Simpanan Penulis


Motif corak yang terdapat pada Labu Sayong ini adalah bercorak Arabes iaitu
gabungan antara motif flora dan geometri. Bunga padi disusun indah secara mendatar
melinkari labu ini dan dihiasi dengan corak bentuk geometri yang dipenuhi dengan titiktitik tekanan di bahagian badan labu. Manakala hiasan bahagian lehernya dihiasi dengan
corak bunga dan gabungan geometri. Bentuk geometri yang terdapat pada leher labu ini
seolah-olah kubah masjid. Motif-motif ini saling berkait antara budaya Melayu dengan
kesenian Islam. Selain itu juga, pereka corak mengolah dan mereka cipta bentuk-bentuk
geometri dan hiasan bermotifkan tumbuh-tumbuhan untuk menghasilkan keseniaan yang
harmoni dan bernilai tinggi.

16

HBAE 3103
3.0 KESIMPULAN
Kraft tradisional melambangkan kesenian masyarakat di Malaysia. Kraf tangan
masyarakat ini adalah dihasilkan berdasarkan alam persekitaran mereka yang berkaitan
dengan alam Melayu. Oleh sebab kebanyakan penghasil kraftangan di negara ini
beragama Islam, rekabentuk kraftangan tradisional banyak mencerminkan pengaruh
Islam. Agama Islam melarang penggunaan gambaran manusia dalam keseniannya. Oleh
itu kebanyakan rekabentuk adalah berdasarkan unsur alam semulajadi seperti corak akar
dan tumbuhan menjalar, bunga serta haiwan.
Bahan-bahan yang sering digunakan dalam pembuatan kraf tradisional terdiri dari
sumber-sumber semulajadi juga mudah didapati di persekitaranya. Namun keunikan yang
terserlah ialah pemikiran kreatif mereka dalam mengolah dan mengubah hasil yang
memperlihatkan aspek budaya, estetika dan fungsi kraf tradisional Melayu mempunyai
nilai estetika yang tinggi.
Pada masa dahulu kraf tradisional di buat atas sebab penggunaan harian yang
memang diperlukan dalam kehidupan harian. Contohnya tikar mengkuang. Pada masa
dahulu tikar mengkuang adalah amat perlu digunakan di rumah-rumah masyarakat
melayu bagi tujuan majlis atau menerima tetamu. Kini tikar mengkuang telah digantikan
dengan karpet atau tikar yang getah dan sebagainya.
Kebanyakan kraf tradisional kini menjadi satu bahan perhiasan atau eksotik bagi
golongan pengamal seni atau golongan mewah. Fungsi kraf-kraf ini tidak lagi menjadi
barangan kegunaan harian tetapi sebagai simbol kesenian.
Walau bagaimanapun kita harus memelihara seni ini agar ianya tidak terus pupus
di telan zaman.

17

HBAE 3103
RUJUKAN
Abdullah bin Mohamed, (Nakula)(1985),Seni Bina Islam Aplikasi di Malaysia, Warisan
Kelantan IV, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan: Kota Bharu.
Khairuddin Talib,( 2011), HBAE3103 Kraf Tradisional.Selangor
Meteor Doc.Sdn.Bhd.
Zailani Yaacob & Azimah, (2011). Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4&5.
Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd
Abdul Halim Nasir,(1996),Ukiran Kayu Melayu Tradisi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan
Pustaka
Kathleen Chee,(2008),Pendidikan Seni Visual SPM, Kuala Lumpur: Pelangi Publishing
Group Sdn. Bhd
Anyaman
http://lamanseni09.blogspot.com/2011_03_01_archive.html
Batik
http://www.kraftangan.gov.my/craft_category/main/10/?menuid=95
Contoh Ukiran Kayu Melayu
http://kayu88.blogspot.com/?zx=ea5e41ce04f241ea
Ukiran Kayu Tradisional
http://myartless.blogspot.com/2008/11/ukiran-kayu-tradisional.html

18

Anda mungkin juga menyukai